Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 6 – Part 2 – Maeklong Market dan Railway Station di Samut Songkhram. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Elok sahaja selesai di pasar Maeklong, kami pun cepat-cepat berkemas untuk ke Nakhon Pathom. Secara seriusnya, aku langsung tak tahu di mana perlu kami menapak untuk mendapatkan minibus. Waktu sekarang masih awal iaitu 11.30am.
Jadi, sambil mengangkat beg, aku pun bertanyakan pada tuan rumah kedai yang kami tumpang tadi tentang lokasinya. Ada pula seorang lelaki tua di rumah tersebut yang keluar dan menunjuk arah dengan menggunakan bahasa isyarat. Agaknya sebab dia risau kami tak faham, dia pun escort kami ke tempat yang dimaksudkan melalui tengah-tengah pasar (kawasan dalam pasar dan bukannya bahagian landasan). Dahlah tua, punyalah macam ribut dia berjalan. Yang kami dengan backpack berat tercungap-cungap menahan penat sebab terpaksa follow kaki laju dia. Tatie pula dah tertinggal ke belakang tapi masih dalam lingkungan penglihatan. Aku terpaksa ke hadapan dulu supaya tak terlepas pakcik tu.
Memang lokasi berbeza dari waktu kami tiba pagi tadi. Berjarak 250 meter dari pasar tadi.
Nah aku bagi lokasi GPS stesen minibus: 13.405791, 99.999649. Di sini juga merupakan stesen minibus untuk ke Bangkok.
Tayang muka dulu. Waktu ni kami pun dah siap beli tiket ke Nakhon Pathom. Setiap tiket berharga THB80, kanak-kanak pun kena bayar harga yang sama. Jam 1.00pm baru minibus akan bertolak dari sini, bermakna ada 1 jam 15 minit menunggu.
Aku pun usha keliling apa yang patut. Memang tengah lapar sangat. Silap kami tak membeli buah di pasar tadi. Untuk pengetahuan korang, di sini satu pun tak ada kedai atau warung makanan halal. Bila tanya pada budak kaunter tiket, katanya boleh makan di warung seperti dalam gambar di bawah.
Aku pun minta Tatie dan Aqif rikki dahulu samada betul atau tidak kerana dari kejauhan memang tiada petanda yang warung tersebut menyajikan makanan halal.
Di warung tu ada tandas, lepas tu kami pun bertukar giliran menjaga beg. Ya, memang benar bukan halal. Mungkin orang di kaunter tu tak paham kot tentang bab halal ni. Aku tak salahkan kerana mereka bukan beragama Islam.
Minibus kami sebenarnya dah ada pun di sini tapi kerana mengikut jadual, terpaksalah naik jam 1.00pm. Kemudian pemandunya memanggil aku dan menyuruh meletakkan dahulu kedua-dua backpack di dalam.
Kemudian, apa yang kami nak buat? Ada lagi 45 minit penantian.
Zaman dulu semasa manusia hidup dalam gua, memang kerja orang lelaki yang keluar memburu dan membawa balik makanan. Tapi dalam hal aku, gua yang dimaksudkan ialah stesen minibus. Jadi, aku tinggalkan mereka berdua di situ dan mula mengorak langkah mencari makanan halal.
Yes aku teringat, di hujung sana iaitu tempat laluan kami tadi adanya 7-Eleven. Aku fikir, mungkin ada maggi halal di situ. Nak menapak lebih jauh aku tak berani kerana famili aku menunggu di stesen.
Inilah stesen minibus dari seberang jalan. Ok bersambung bab maggi, nasib baik di 7-E ada jual. Aku beli beberapa bungkus biskut dan maggi jenis mangkuk leper. Perasa tomyam pedas dan tertera logo halal. Di 7-E, seperti biasa hanya perlu minta air panas yang disediakan. Aku pun buka penutup mangkuk dan tuangkan air panas sambil menapak semula ke ‘gua’.
Entah kali ke berapa kami bedal maggi. Aku memang tak sentuh sebab perut jenis sensitif dan bermasalah. Ingatkan maggi buat alas perut, rupanya dah jadi lunch. Terpaksa pula aku patah balik untuk membeli maggi khas untuk Aqif pula.
Kali ni Aqif pun mengikut aku ke 7-E. Dengan mangkuk panas terpaksa pegang dua tangan, aku dah mula tak senang waktu menapak. Puas aku dok sondol badan Aqif dengan lutut aku agar dia tak terkeluar dari bahu jalan raya, hahaha.
Semua orang dah kenyang buat seketika, minibus pun dah nak berangkat. Perjalanan mengambil masa selama sejam lebih sejauh 66km. Semasa dalam perjalanan, Tatie pula tiba-tiba termuntah mungkin kerana perut bergoncang sebab baru lepas makan dan pemandu minibus pula bawa macam orang gila. Nasib baiklah aku bawa minyak cap kapak. Terus tak ada mood.
Di sinilah kami diberhentikan oleh pemandu minibus (GPS: 13.814806, 100.041747). Katanya, dia cuma tahu lokasi ini sahaja yang dikatakan ‘stesen minibus bagi Nakhon Pathom’. Kami pun ok sajalah lagipun stesen keretapi dah tak jauh. Agak ralat juga hati aku sebab dah maklum awal-awal nak berhenti di lokasi paling hampir dengan stesen keretapi. Tak mengapa kerana kembara jenis sebegini tak boleh nak feeling VVIP sangat.
Aku pun mundar-mandir di tepi jalan tu dok fikir bagaimana jenis transport yang perlu kami naiki. Di tepi kami ada barisan motorsikal dan beberapa penunggang sedang bersantai. Dengan jaket kuning, aku beriya ingatkan mereka pekerja sapu sampah tepi jalan (lihat penunggang motorsikal dalam gambar di bawah). Rupanya penunggang tuktuk bermotorsikal.
Aku pun cuba bertanya dan dibalas bahasa ayam dan itik. Seperti biasa Google gambar tren dan tunjukkan barulah mereka paham. Maaf korang, aku sebenarnya terlupa pula tambang perjalanan dengan tuktuk motorsikal. Seingat aku dalam THB20 atau THB40 per orang, kanak-kanak percuma. Aku tanya lagi pada penunggang, boleh ke dengan backpack besar ni? Katanya boleh. Tiba-tiba timbul dalam kepala, takkan isteri aku nak naik motorsikal dengan orang lain pula? Disebabkan kami bawa anak, jadi anak diletakkan tengah-tengah antara penunggang dan Tatie. Jadi, adalah jarak sedikit dengan penunggang. Dan aku pula naik dengan motorsikal lain. Kedua-dua motorsikal bertolak seiringan dalam waktu yang sama sejauh 2.8km ke stesen tren Nakhon Pathom.
Peta menaiki tuktuk bermotorsikal ke stesen tren Nakhon Pathom.
Sampai sahaja di stesen, aku terus bergegas untuk membeli tiket tren kelas ke-3 di kaunter. Maaf, harga tiket pun aku terlupa tapi tak lebih dari THB40 per orang. Kanak-kanak tidak perlu bayar. Kondisi gerabak kami lebih pada bentuk lama iaitu kerusi dan dalamannya diperbuat dari kayu.
LIHAT JUGA: Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Tapi satu masalah yang mana jadual perjalanan tren jam 3.00pm dan waktu ketika itu sudah pun 2.30pm!!! Dah tu pula, jadual tren terakhir sememangnya jam 3.00pm. Bagaimana kami selesaikan?
Terus menapak dari stesen ke stupa tersebut yang berjarak 400 meter. Ya memang dekat, tapi boleh ke korang menapak dengan backpack berat dalam keadaan seperti berlari-lari anak? Hehehe.
Maka, terpaksalah kami melalui deretan kedai dan gerai bergerai yang terdapat di tengah-tengah jalan.
Dari kejauhan dah nampak stupa tersebut. Apa yang ada di kiri kanan jalan memang kami tak jenguk dah. Masa ada kurang 30 minit sahaja weh! Tempat ni tak berbaloi kalau nak menginap.
Kemudian ada sebuah jambatan. Di waktu ni Tatie dah tertinggal ke belakang bersama Aqif. Aku terpaksa lead dulu memandangkan stupa ni menjadi favourite aku.
Sempat aku ambil gambar di jalan yang kami lalu tadi. Penuh dengan pelbagai barangan jualan.
Nampak tu stesen tren di hujung? Sekejap lagi kami kena menapak kembali semula ke situ.
Ok dah dekat! Suasana agak tegang. Raut muka wajah aku dan Tatie masing-masing tengah tension dan penat. Kalau tak datang ke sini nanti rugi pula. Menurut sumber di laman web, ini merupakan stupa terbesar di dunia. Pernah ke Borobudur di Jogjakarta? Korang akan nampak sebuah binaan berbentuk seperti loceng penjual aiskrim dan di dalamnya terdapat patung sami sedang bermeditasi. Itu adalah stupa mini. Ini pula jenis besar bapak tak ingat.
Aku zoom lebih dekat.
Zoom bahagian atas pula.
Disebabkan Tatie penat, jadi aku minta dia tunggu di gerai-gerai jualan di sebelah kanan tu. Kemudian aku tinggalkan backpack di situ.
Gerai-gerai di tepi pintu masuk ke stupa.
Gambar bahagian dalam gerai jualan yang diambil oleh Tatie.
Stupa ini namanya Wat Phra Pathom Chedi (atau Phra Pathommachedi). Berkemungkinan nama Nakhon Pathom diambil dari namanya. Pada ketinggian 120.5 meter, ia merupakan stupa tertinggi di dunia selepas stupa Jetavanaramaya di Sri Lanka.
Maksud Phra Pathommachedi ialah stupa suci pertama yang diberi gelaran oleh Mongkut. Nama asalnya yang sepatutnya iaitu Phra Tom Chedi pula bermaksud ‘stupa besar’ dalam bahasa lama Khmer atau ‘stupa diRaja’ dalam bahasa Thailand utara. Namun, ia bukanlah stupa yang tertua atau yang pertama di Suvarnabhumi (nama lama bagi Asia Tenggara). Menurut ahli arkeologi, stupa ini berusia sejak abad ke-4.
Lalu, aku dan Aqif pun menapak naik ke atas. Ini pula gambar dari atas mengarah ke stesen tren tadi.
Aku tak pasti apa yang berlaku di sini kerana ada pen, kertas dan tempat untuk menulis. Mungkin kertas untuk menulis doa dan hajat masing-masing.
Patung Buddha dengan symbol ‘No Fear’ atau ‘Abhaya Mudra’. Bermaksud patung ini menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari kekuatan diri serta menolak bala.
Di depan patung ada pula seperti tembikar besar mengisi air atau air yang didoakan? Entahlah…
Kemudian kami turun semula kerana masa tidak mengizinkan. Kelihatan ada lagi patung Buddha di sebelah kiri….
….. dan juga sebelah kanan.
Kalau masa panjang, dah lama aku pusing sampai ke belakang stupa ni atau mencari pintu masuk untuk masuk ke dalamnya.
Kami menuju semula ke jambatan batu. Tadi memang tak sempat nak bergambar.
Binaan jambatan ni macam dah tua dan lama.
Masa adalah lagi 15 minit sebelum cecah jam 3.00pm. Kami perlu ke 7-Eleven dahulu bagi membeli barang.
Alhamdulillah, dah sampai ke stesen. Ada lagi 5 minit sebelum tren tiba. Ramai juga yang melepak, duduk dan berbaring di sini.
Ingatkan ini trennya tapi bukan.
Akak dan makcik yang membawa hasil membeli-belah.
Tren tadi pun dah berlepas. Aku rasa mungkin menuju ke Thonburi (Bangkok).
Bergambar kenangan di sini. Aku anggap tempat ini hanya sekali sajalah kami cecahkan kaki.
Video sekitar perjalanan dari Maeklong Railway Market ke Nakhon Pathom.
Tahu jam berapa tren tiba? 3.30pm… aduhai… menyesalnya menapak tadi macam ribut. Bersambung ke entri seterusnya iaitu Kembara Thailand – Laos: Day 6 – Part 4 – Perjalanan Ke Kanchanaburi dan Ulasan Tentang Rainbow Guesthouse.
Leave a Reply