Lama dah aku tak menulis di sini. Sekarang aku buat quick blog post saja tanpa tangguh-tangguh.
Korang tahu kenapa ramai post berpuluh-puluh gambar, malah sampai 100 lebih gambar, dalam FB gambar-gambar kembara?
Mesti korang fikir yang post beratus gambar ni level makcik-pakcik yang tak aware dengan cara orang yang lebih muda, iaitu post satu gambar tapi berserta caption/description untuk lebih penghayatan, kan?
Haha. Korang salah tu.
Tahukah korang itu juga free storage? Hentam lah beribu gambar sekali pun, tiada bayaran.
Perasan tak mereka post gambar semasa sedang kembara? Kenapa? Sebab nak kosongkan storage dalam phone atau kamera. Bijak tu.
Gambar saja ke? Video pula bagaimana? Youtube kan ada. FB dan Youtube saja korang boleh tibai upload banyak-banyak tanpa perlu bayaran.
Jadi, jom aku guide paling mudah bagaimana untuk menggunakan kemudahan percuma ini. Kaedah ni dah lama. Sesuai untuk yang belum tahu atau tak perasan wujudnya kaedah ini.
Soalan pertama sudah tentu… “Bang, banyak gambar atau video yang sepatutnya bukan untuk tatapan umum (privacy)”. Ya betul lah tu. Privacy tu adakalanya bukanlah gambar dedah aurat, bukan-bukan atau lain. Privacy dalam erti kata “untuk famili-famili saja” atau “untuk ayang” jer.
Okay boleh. Di FB, gunakan kaedah post “Only Me” dan upload banyak-banyak. Untuk tak nampak suspicious sangat, buatlah sedikit description pendek pun jadilah. Balik dari kembara, terus download masuk ke laptop atau komputer masing-masing.
Video pula bagaimana? Guna app Capcut atau apa saja yang percuma di phone. Gabungkan saja semua video. Untuk mudah, gabungkan (kompilasi) semua video mengikut hari. Contoh, hari ni ada 20 video, kompilasikan sebagai “video-20260601.mp4”. Tak payahlah edit itu ini, cut sana sini sebab confirm tak ada masa punya, tambah-tambah waktu tengah kembara. Lepas buat kompilasi, save dalam format asal. Kalau asal 4K, jadi save juga dalam 4K. Kemudian upload ke Youtube dan Save dulu sebagai draft atau Publish terus sebagai “private”. Balik nanti, terus download semula. Video yang di upload awal-awal tu boleh saja padam kalau perlu.
Begitulah cara smart untuk elak dari melanggan cloud storage dan sebagainya secara bulanan.
Macam mana pula gambar dan video yang masih disimpan dalam phone atau kamera? Selagi storage belum full, biarkan. Jangan delete. Kenapa? Baca di bawah kelemahan kaedah ini:
- Bukan semua tempat ada kelajuan upload yang tinggi. Mungkin tak sempat untuk backup ke FB atau YT setiap hari semua gambar dan video.
- Syarikat Meta (FB dan IG) serta Google mungkin tutup seperti Friendster dan Myspace dulu, jadi akan hilang segalanya. Tapi pendapat aku, susahlah syarikat ni nak runtuh melainkan tiba-tiba mereka keluarkan polisi baru yang jadi penyebab hilang semua data.
- Perubahan polisi baru yang tiba-tiba pada pemilik akaun FB dan Youtube.
- Akaun kena hack, confirm lah habis kena delete. Untuk selamat, biarkan dan jangan padam gambar/video yang masih ada dalam phone walaupun dah upload ke FB atau Youtube.
- Lupa password, 2FA dan sebagainya.
- Akaun kena block sebab terlalu banyak upload (situasi seperti ni aku tak pernah dengar lagi terjadi).
- Akaun kena flag.
- Mungkin dua platform ni guna kaedah compression. Jadi, gambar dan video yang kita download semula selepas tiba di Malaysia mungkin dikurangkan kualitinya. Apa-apa pun boleh cuba bereksperimen dulu sebelum berangkat. Tengok perbezaan pada Metadata gambar atau video. Kalau tiada beza, proceed terus.
Setakat ini, hanya FB dan YouTube yang terbaik untuk projek free storage backup. Lain-lain seperti Instagram dan X tidak sesuai kerana limit dalam jumlah gambar.
Kenapa tak upload video sekali ke FB? Sebab platform tu aku jarang upload video dan tak tahu sangat tentang kualitinya
Selamat mem-backup guys!





Leave a Reply