Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #18 Taman Tamadun Islam. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Assalamualaikum pembaca dan selamat menjalani ibadah puasa. Wah, sudah lama aku tak kemaskini entri bagi Carpacker Pantai Timur ini sebab terlalu sibuk memasukkan entri Kembara Thailand-Laos. Kali ni aku nekad juga nak habiskan baki entri yang ada.
Selesai solat Jumaat, dalam jam 3.00 petang, aku pakat dengan Tatie untuk ulang semula melepak di Taman Lagun Kuala Ibai. Jadi, dalam perjalanan aku ternampaklah deretan gerai menjual kuih. Sangatlah menarik dan apa yang membuat aku teruja ialah terdapat banyakkkkkkk kuih-muih yang dipamerkan untuk jualan.
Apa lagi, mata dah rambang. Mula-mula aku turun. Kemudian aku kembali ke kereta dan mengajak Tatie join sama.
Tuh dia kuih. Dari jenis berbalut sampai ke jeli dalam bekas plastik. Hmmm… Ramai betul peniaga yang guna nama “Kak Yah”.
Kami membeli satu persatu. Semuanya dalam kuantiti yang sedikit. Sekadar buat syarat nak merasa.
Lagi kuih…
Ishk… Memang teruja sangatlah. Kecur air liur bila tengok sekali lagi gambar ni. Untuk harganya, korang jangan risau ianya masih lagi murah berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.
Nak lokasi GPS gerai kuih? Klik di sini.
Taman Awam Lagun Kuala Ibai ni aku dah story kan dalam entri sebelumnya. Korang boleh rujuk di sini.
Pokok Rhu yang mengingatkan aku rumah quarters lama di Pulau Pinang. Bila angin bertiup tengah malam, punyalah takut sebab bunyinya menderu. Waktu tu aku pun masih kecil lagi sekolah rendah pada pertengahan tahun 80an.
Aqif sebenarnya dah tak larat, mengantuk dan berpeluh selepas pusing-pusing sekitar Taman Tamadun Islam tadi.
Otai ni masih lagi ‘berbisa’ biar pun rambut terlebih beruban walau belum cukup 40 lagi.
Hah ini lah dia kuih ‘borong’ tadi. Itu pun separuh dah siap telan dulu. Kiranya, tengahari ni kami memang tak makan nasi berlauk. Ini pun dah cukup kenyang.
Kemudian, kami bergerak ke Masjid Terapung bagi menunaikan kewajipan. Lagipun dah nak dekat waktu Asar.
Bergambar membelakangi Masjid Terapung.
Aku pula posing sebelah sini. Saja nak tunjuk korang pemandangan masjid berserta air tasik. Sebenarnya aku tak pasti air ni tasik buatan atau ada aliran sungai kecil dari laut masuk ke sini. Ye muka aku berkilat. Memang panas terik ditambah pula bahang dari air laut yang berdekatan. Tapi angin yang kuat membuatkan terubat juga.
Bersambung di entri seterusnya Carpacker 2015 – Pantai Timur – #20 Bulatan Batu Bersurat, Kereta Kuda dan Istana Maziah.
Leave a Reply