Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 4 – Review Maggie Guesthouse dan Perjalanan ke Hua Hin. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Masuk sahaja bandar Hua Hin lebih kurang jam 3.00pm, aku masih tercangak-cangak mencari lokasi yang sesuai untuk berhenti. Walaupun dah maklumkan pada pemandu minibus untuk berhenti di Hua Hin Clock Tower, tapi target aku ialah tempat yang penuh dengan hotel-hotel yang murah.
Ternyata dari mula masuk bandar sampai ke clock tower, tiada sebarang hotel murah. Elok sampai je depan clock tower, kami terpaksa turun dan pemandu minibus drop kami di situ. Hanya kami bertiga sahaja yang turun. Kalau lajak lagi ke hadapan, memang tak ada apa-apa lagi berdasarkan peta. Untuk pengetahuan korang, jalan yang kami berhenti ni adalah highway ok? Highway ‘Phetkasem Rd’ mereka sama seperti jalan lama di antara Bentong dan Raub iaitu kena masuk singgah ke pekan-pekan dahulu sebelum masuk semula ke highway.
Lokasi tempat kami berhenti, klik di sini.
Kami berehat sebentar di tepi jalan sambil melabuhkan backpack masing-masing dan disandarkan di koridor rumah kedai. Wah…. ada CIMB Bank di hujung rumah kedai, ini sudah bagus! Kebetulan duit pun dah tinggal setengah. Tapi bukan sekarang, nanti-nantilah keluarkan duit.
Waktu begini memang aku tak sempat ambil apa-apa gambar kerana tengah ‘scan’ aura dan keadaan sekeliling dan juga meneropong mana-mana rumah kedai yang bertulis ‘hotel’. Sebenarnya, lokasi kami berhenti ni memang paling tepat kerana ada Hua Hin Night Market bersebelahan dengan CIMB Bank. Hotel pun nampak berderet dan terdapat berlapis-lapis kawasan rumah kedai yang boleh diteroka. Tak seperti di awal masuk bandar tadi yang mana hanya banyak tempat-tempat ‘grand’ seperti hotel-hotel mewah, shopping mall, rumah kedai yang terdiri dari satu block/deret sahaja dan lain-lain.
Ok dah selesai ‘scan’ selama 5 minit, kami pun menggalas backpack masing-masing. Aku cuba ikut rentak kaki dan berjalan. Sampai di sebuah jalan dalam, aku bertanya pada beberapa orang lelaki yang aku rasa kerja mereka ialah mempromosikan teksi bandar. Aku sebut ayat keramat seperti biasa, ‘cheap hotel’! Nasib baiklah dia tahu bahasa Inggeris. Ditunjuknya sebuah lorong menuju ke sebuah hotel yang bernama ‘Tong Mee’. Bunyi pun dah macam tong sampah yang penuh mee.
Ini dia lorong yang dia maksudkan. Sebelum masuk ke sini, kami ada juga bertanya beberapa buah hotel/hostel contohnya Les Bobos Home tapi fully booked. Di Thailand, hotel yang terselit di celah-celah lorong ni perkara biasa. Korang tak perlu risau terutama bila lalu malam-malam kerana tiada penagih dadah, mat kutu lepak dan sebagainya. Itulah yang aku respek dengan Thailand.
Gambar yang diambil oleh Tatie. Kebetulan ada seorang penunggang motorsikal lalu di sini.
Menapak lagi ke hadapan, sempat juga mengambil gambar pemandangan di hadapan Hotel Tong Mee. Di hujung sana tu boleh terus ke pantai. Malangnya, sepanjang kami di sini memang tak sempat-sempat memasuki lorong tersebut.
Lokasi Hotel Tong Mee (Tong Mee House), klik di sini. (UPDATE 19 Januari 2023, hotel masih beroperasi).
Sampai sahaja di hotel, kami tengok keadaan interior sangat cantik. Cuma reception yang agak ringkas. Ada seorang akak Thailand ni yang sedang bertugas. Beliau sangat baik dan melayan kami penuh mesra. Aku bertanyakan sekiranya ada rate bilik yang terbaik untuk satu katil queen size. Nasib baik ada, tapi harganya THB700. Sebelum ni aku tengok Agoda pun rate dalam RM60 lebih. Mungkin sebab cuti tahun baru 2017. Aku fikir-fikir, bolehlah cuba untuk satu malam. Ikut rancangan, kami akan menginap dua malam di Hua Hin. Jadi, lepas berlabuh di sini, hajatnya ingin mencari lagi kalau-kalau ada hotel murah di Hua Hin sambil-sambil bersiar di bandar pada sebelah petang nanti.
Aku hulurkan THB1000 pada akak reception tu. Katanya dia tak ada duit kecil. Dalam tangan aku ada THB500. Dia kata, bagi sahaja THB500 tu dan aku hutang dia THB200 dan boleh dibayar esok hari sewaktu check out.
Nota: Review tentang Hotel Tong Mee akan dibuat nanti.
Kami memang tak mandi atau bersalin pakaian, terus dengan apa yang ada dan keluar ke bandar. Tak sabar dah nak teroka. Nampak signboard di atas? Ada tertera Les Bobos Home/Hostel. Tempatnya cantik dan moden tapi full. Sangat sesuai untuk solo backpacker.
Di hadapan Les Bobos ada lah pula tiga orang wanita (atau pondan?) yang sedang terjoget-joget di luar kedai massage mereka. Bermacam-macam strategi pemasaran yang terdapat di sini semata-mata untuk melariskan perniagaan. Di belakang kami ada bar dan terdapat 2-3 orang barat sedang minum sambil mencuci mata melihat mereka. Kalaulah aku datang secara solo, pasti penari ni akan twit twit kat aku, hehe.
Kami sebenarnya berjalan dan berpatah balik ke tempat mula-mula minibus berhenti tadi. Tujuan sebab nak cari warung halal yang dikatakan terletak dalam Night Market. Tapi dalam perjalanan, terserempak pula dengan gerai Muslim yang menjual pelbagai jenis roti seperti roti banana, mentega dan lain-lain. Kami tak beli apa-apa sekadar bertanyakan waktu operasinya sahaja. Lunch pun belum, tekak hanya mahu nasi je.
Terus menapak. Dari jauh dah nampak signboard merah CIMB Bank. Sambil-sambil tu ada juga promosi teksi bandar. Aku rasa rate agak tinggi juga dalam THB400-800.
Wefie dulu suami-isteri.
Di seberang jalan ni banyak menjual pelbagai barangan yang murah. Akibat perut nak nasi, segala pemandangan diabaikan. Bayangkanlah, dari pagi sarapan pun ala kadar, tengahari di Prachuap Khiri Khan langsung tak makan apa-apa. Dalam FB aku tengok ada beberapa orang backpacker tak kisah bab makan. Pesanan aku; kalau hangpa solo tak ada hal lah. Cuba kalau ada tanggungan seperti isteri dan anak kecil? Mana ada yang sanggup biar mereka kelaparan. Aku sendiri pun, kalau dah kembara solo dah tentu makan pun tak kisah, cincai sahaja asalkan perut beralas.
Entrance hadapan untuk ke Night Market, klik di sini.
Aku menapak dahulu ke hadapan. Mata aku tengah melilau mencari simbol halal, Allah, Muhammad, Bismillah dan yang berkaitan.
Waktu sekarang belum jam 4.00 petang. Jadi, banyak lagi warung dan gerai di Night Market yang masih belum dibuka.
Banyak mainan kecil-kecil. Kami terpaksa redakan Aqif yang dah mula meragam sebab nakkan permainan.
Di tengah-tengah Night Market pun ada kemudahan tandas.
Seafood weh. Ikutkan boleh je bedal seafood sebab kebanyakannya halal kecuali yang dua alam. Mungkin korang boleh minta penjual seafood tu sekadar masak atau rebuskan sahaja seafood ‘kosong’ tanpa sebarang kuah, sos dan lain-lain yang agak diragui. Kemudian pergi 7-Eleven dan beli sos.
Pelbagai jenis udang, siput dan lain-lain. Harga sahaja yang tak boleh tahan. Di sebelahnya ada juga dijual buah-buahan. Ini pun boleh dibuat alas perut.
Tips untuk negara bukan Islam: Lepas selesai kembara Thailand-Laos, aku berpendapat yang bab makan ni tak perlulah wajib cari nasi semata-mata. Apa yang ada, capai sajalah asalkan kenyang contohnya buah-buahan, roti, seafood, western (fish and chip), ikan bakar (terpaksa walaupun jaring yang digunakan untuk membakar ikan juga dikongsi dengan daging lain) dan makanan dalam tin seperti tuna atau sardin. Bagi yang bawa famili tu, makan (contohnya) buah tu biar sampai kenyang.
Tertarik pula aku dengan topi tradisional tu. Lupa nak tanya berapa harga. Bagi yang nak buat kerja merapu berbackpack sambil pakai topi tu, apa salahnya. Nampak sedikit kelainan, kan?
Nampak serupa macam kain pelikat atau batik yang dilipat empat segi dan dibungkus seperti di Malaysia atau Indonesia.
Eh tepi, tepi! Saya nak lalulah…. Muka dia dah serius. Apahal aku duduk tengah-tengah kan…
7-Eleven di Thailand tumbuh macam cendawan bagai nak gila di merata tempat. Yang lawaknya, satu deret rumah kedai boleh ada sampai dua buah 7E. Tak jauh pula tu dalam 200 meter je jarak antara satu sama lain.
Night Market ni terbahagi kepada dua bahagian. Jadi sekarang kami berada di bahagian kedua. Untuk pengetahuan korang, di tengah-tengah sinilah banyak tuktuk akan lalu dan berhenti. Mereka memang tak akan melalui hadapan clock tower. Kebanyakan tuktuk datangnya dari selatan Hua Hin.
Selepas melintas, kami akan masuk ke bahagian ke-2 Night Market iaitu jalan di sebelah kiri gambar.
Awal-awal dah disajikan dengan port mengurut.
Bahagian ke-2 ni agak sempit sedikit tak macam di bahagian pertama tadi. Tengok tu ada jual beg favourite saya iaitu Fjallraven Kanken. Original harga RM300 lebih. Yang tak ori ni tak pastilah berapa harga. Minat, tapi tak sesuai untuk backpacking walaupun daypack sebab tali galasnya walaupun yang original, terlalu nipis dan buat sakit bahu je.
Seafood di sini makin besar-besar. Aku tak dapat bayangkan harga udang lobster tu berapa.
Antara bar yang aku rasa akan memeriahkan tempat ni pada malam hari dan dipenuhi oleh pelancong-pelancong luar. Bandar Hua Hin ni dikategorikan sebagai tempat berhibur. Ia bukanlah tempat bersantai seperti mana Cha-am atau Prachuap Khiri Khan. Umpama Genting Highland (berhibur) vs Cameron Highland (bersantai). Itulah sebabnya kenapa aku suka dengan Prachuap. Cuma dalam kembara ni kami terpaksa skip bandar Cha-am kerana memikirkan tempatnya mungkin sama sahaja dan berada dalam daerah Hua Hin juga.
Pelbagai corak Tattoo yang boleh dipilih.
Banyak kraftangan atau produk-produk mini/kecil berasaskan kayu. Aku berminat sangat dengan meja mini snooker. Kalau murah pun, macam mana nak bawa balik? Makin padat beg dan penuh barang di tangan pula.
Entah siput jenis apa tak pasti.
Kedai menjual cenderamata. Akibat perangai “nanti dulu, kita cari di tempat lain mungkin lebih murah”, kami dah terbeli fridge magnet di tempat lain yang agak mahal pula. Di sini rasanya lebih murah.
Barang kegilaan Aqif. Sempat juga kami membeli sebuah kereta mainan bersaiz tapak tangan, berkualiti, pintu boleh dibuka dan dibuat dari besi. Jenuh minta kurang, tapi dapat last price dalam THB300.
Seorang bayi Hua Hin yang sempat aku snap.
Hasil seni menggunakan lilin agaknya. Nasib baik tak ada jari tengah, kohkohkoh! Rasanya gerai ni dah di hujung jalan Night Market bahagian ke-2.
Aku masih lagi mencari warung makan Muslim tapi nampak gaya tak ada. Kebetulan di hujung jalan kami ternampak dua orang wanita bertudung sedang lalu. Aku pun tanyakan dalam bahasa isyarat. Mereka seperti lambat pickup pula. Dalam kelambatan tu, ada pula seorang pakcik menegur kami dan menunjukkan warungnya.
Apalagi, terus kami cargas ke situ. Pada mulanya memang aku dah terperasan tapi ‘terhijab’ kerana makcik tersebut tidak bertudung. Oklah, asalkan ada simbol Allah-Muhammad boleh sajalah. Halal selagi boleh. Nak cari ditempat lain pun dah buntu akal.
Antara lauk yang kami pesan di sini. Jalan di belakang Tatie tu kalau terus menapak akan bertemu dengan stesen keretapi Hua Hin.
Pelbagai jenis lauk yang dijual. Boleh tahan sedap juga lauk-lauk yang kami pesan, mungkin sebab dah lapar kot. Selesai makan, aku pun membayar. Alamak, aku dah lupa. Rasanya dalam THB200 je.
Lokasi GPS bagi warung Muslim di atas, klik di sini.
Perjalanan seterusnya, kami perlu hadap semula Night Market tadi dan menapak kembali ke jalan masuk utama. Lagipun, jalan besar di bahagian belakang bahagian ke-2 ni tiada apa-apa yang menarik selain dari stesen keretapi Hua Hin. Itupun dalam jarak 300 meter.
Masa untuk shopping barangan yang ringan dan mudah dibawa. Tatie dah terjah ke kedai yang menjual subang, gelang dan anting-anting. Untuk gambar-gambar di bawah, aku tunjukkan bagi rujukan backpackers wanita mencari ‘ilham’. Kalau nak beli, tawar sampai habis. Tapi, jangan pula dah tawar tapi tak beli pula.
Sambil aku menunggu Tatie shopping kat kedai tu, dah tentu sebagai lelaki bukan minat aku dengan anting-anting dan gelang ni semua. Aku cuba berhibur sendiri dan mengajak Aqif meninjau kedai di sebelahnya pula.
Haha, menakutkan! Hairan pula aku si Aqif ni tak takut. Penyamun tegar mesti suka topeng ni.
Eh! Look like a shit. Memang shit pun. Shit pun ada replika, bukan motorsikal dan kereta je yang ada replika. Tapi tolonglah jangan jadikan perhiasan rumah.
Mamat manalah pula terlepas kat tengah-tengah Hua Hin ni. Muka ada senyum…. kerana perut sudah kenyang.
Aku suka tengok orang-orang dari negara Asian mengendong baby dari arah belakang terutama di Laos, Cambodia dan Indonesia.
Elok je menapak sampai ke hujung bahagian pertama, iaitu menuju ke jalan yang kami masuk mula-mula tadi, terjumpa pula dengan warung Muslim ni. Macam mana tak perasan pada awalnya? Aku rasa mungkin waktu tu belum lagi dibuka. Buat korang yang nak cari, dari jalan utama (Phetkasem Rd) melangkah masuk dalam 50 meter dan lihat ke sebelah kanan. Aku rasa waktu terbaik ialah jam 5.30pm ke atas.
Inilah ikan bakar yang aku maksudkan. Sekiranya korang susah sangat nak cari makanan halal, ikan bakar ni pun boleh bedal asalkan jangan minta kuah, sos atau sebarang jenis perencah. Kita pun tak tahu apa kandungan perencah, kan? Memanglah akan timbul isu “jaring besi tu kan yang sama diguna untuk kerbau pendek?”. Habis kalau dah darurat sangat-sangat, lu fikirlah sendiri….. hehe.
Seterusnya, kami ‘berkumpul’ kembali di CIMB sambil memikirkan apa aktiviti yang perlu dibuat. Ok, aku dapat idea iaitu menapak sekeliling jalan utama (Phetkasem Rd) mencari hotel-hotel lain yang lebih murah untuk menginap pada malam ke-2.
Menapak…..
Menapak lagi…..
Tinggalkan Tatie dan Aqif di tepi korridor….
Sambil aku menapak ke dalam hotel-hotel….
Haaa… ambik kau. Kebanyakan hotel yang kami jumpa semuanya berharga minima THB890 per malam! Aku check Agoda dan Booking. Sama je minima harga RM60 dan ke atas. Nampak gaya memang kena sambung satu malam lagi di Hotel Tong Mee.
Ke mana kaki kami berjalan lagi? Bersambung ke Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 6 – Pone Kingpeth Park dan Bluport Shopping Mall di Hua Hin. Apa benda pone pet pone pet ni? Layan sajalah nanti……
hamdan
Hua Hin ni serabut sikit .. maklumlah bandar besar .. tambah sekarang AA dah fly direct ke Hua Hin .. lagi naik syeh lah org berniaga.
Pengalaman kami makanan halal semua dekat area hangpa pi .. night market paling byk tapi kena tunggu night la .. betui2 depan stesen keretapi ada dua .. dua2 org Pattani cakap Melayu .. yg ni dr siang sampai mlm
Kalau time siang/tghari, ada satu kt dlm market .. tak jauh dr area juai buah/sayur
lagi satu kat area belakang .. hujung end of night market .. kedai roti/murtabak ..
Kalau yg last resort .. pii 7-11 area freezer .. ada mcm2 makanan set .. cari yg ada logo halal .. kat counter bebudak tu akan microwave .. siap bagi sudu garpu plastik lagi .. yg ni 24jam available .. bergantung stock depa .. pengalaman kami .. stock set makan halal ni tak pernah putus
Admin
Wah baru tau AA dah ada direct flight ke Hua Hin… confirm harga kat sana naik sedikit. Tapi mmg puas hati, HH ni byk kwsn makanan halal.