Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 3 – Part 3 – Wat Ao Noi di Prachuap Khiri Khan. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Buat rakan-rakan yang pernah follow travelog dan penulisan aku dalam Facebook, mungkin sedia maklum yang kisah tentang Prachuap Khiri Khan (PKK) terhenti sampai ke sini, iaitu warung Muslim dan Night Market. Sesungguhnya, aku memang tak sabar nak sambung cerita lagi tentang perjalanan kami sekeluarga selepas entri ini.
Kenapa panggil Tuktuk Motorsikal (TM)? Entahlah, aku sebenarnya tak tahu sangat istilah tuktuk mengikut daerah. Ya, memang panggilan bagi pengangkutan jenis ini ada sedikit berbeza mengikut daerah walaupun fungsinya sama. Lepas abang TM hantar kami di sini, dengan pantas dan cergasnya terus ke warung ni tak banyak soal lagi.
Lokasinya terletak bersebelahan sebuah bank dan hanya dibuka jam 5.00pm ke atas. Inilah satu-satunya warung Muslim di Bandar PKK yang ada. Memang kami dah check tempat lain dan tiada kecuali di Night Market sahaja. Mereka menjual nasi ayam dengan pilihan nasi biasa atau nasi pulut (sticky rice). Nasi pulutnya tidaklah liat macam pulut kita. Aku cadangkan korang cubalah nasi pulut, memang sedap tak ingat sampai terangkat weh!! Harganya agak berpatutan dan bermula dari THB35 hingga THB50.
Mungkin ada yang tanya kenapa selalu highlight tempat halal? Pertama, sebab menjadi kewajipan aku sebagai Muslim untuk menghebahkan pada saudara seagama yang lain. Keduanya kerana aku mempunyai blog informasi bagi travel khususnya Zatie Wanderer. Jadi, tujuan mengembara ialah untuk memuatkan semua jenis info yang ditemui sepanjang perjalanan.
Lokasi GPS warung Muslim: 11.803989, 99.797282
Peniaga di warung sangat ramah dan suka bergurau dengan budak-budak. Dalam 3-4 orang yang bekerja di situ, seorang pun tak boleh berbahasa Melayu. Waktu kami sedang meninjau-ninjau ayam goreng yang sedang dimasak, ada pula seorang lelaki tempatan (rujuk gambar pertama paling teratas yang berdiri di hadapan warung) yang baru lepas menapau di situ bertanya kami, “where are you from?”. Aku balas “Malaysia”…. “Oh Kuala Lumpur?” … yess… jawab kami. Tapi pandangan matanya ada kelainan seperti seorang yang ada masalah mental, tapi aku layan sahaja kerana semua manusia walaupun berbeza keadaan, masih tetap hamba Allah. Kemudian dia pun berlalu pergi. Mungkin dia teruja bertemu orang luar seperti kami atau mungkin dia ada kenangan indah yang lama dahulu di Malaysia.
Di sini ada lebih kurang 5-6 buah meja dan tak semua meja penuh kerana ramai pelanggan yang menapau makan. Seronoknya Tatie dan Aqif. Masing-masing tak sabar nak menunggu makanan dihidang termasuklah aku.
Yang bestnya, pelanggan-pelanggan di sini bercampur iaitu beragama Islam dan bukan Islam.
Siap tunjuk Like lagi sampai lupa nak snap gambar nasi ayam. Sedap sangat kan. Thailand memang terkenal dengan berjenis-jenis beras istimewa seperti beras wangi, pulut dan lain-lain lagi. Semuanya kerana teknologi makanan dan pembuatan di sana. Tahun 97/98 dulu, Thailand juga tidak terkecuali dari krisis matawang Asia Tenggara. Tapi disebabkan teknologi pembuatan, penghasilan dan pengetinan makanan, mereka berjaya bertahan.
Perasan warung di belakang aku? Menjadi perkara biasa jika berniaga sebelah-menyebelah dengan peniaga bukan Halal. Tidak seperti di Malaysia, situasi sebegini akan nampak menjijikkan. Nak jadi pengembara kental? Terimalah hakikat bahawa situasi begini berlaku di seluruh dunia. Kalau tak sanggup, jangan kembara ke mana-mana! Memang dari awal, aku dah latih Tatie untuk berhadapan dengan masalah ni.
Balik tu kami ada juga tapau sebungkus lagi nasi ayam kononnya nanti kebuluran tengah malam tak ada benda nak makan. Di depan Tatie itulah 7E dan bahagian kanan gambar terdapat deretan rumah kedai iaitu spot pertama kami landing bila sampai di sini buat pertama kalinya.
Disebabkan guesthouse kami hanya berjarak 300 meter jadi kami menapak je balik. Sambil menapak tu macam biasa perangai aku suka mencari kelainan. Ternampak sebuah klinik pun jadilah bergambar. Saja nak abadikan kelainan dari segi binaan, cara pesakit menunggu, susunan perabut di dalamnya, kaunter reception dan lain-lain lagi.
Contoh bank di sini iaitu Siam Commercial Bank. Lihat bentuk bangunan (yang sebenarnya ia adalah rumah kedai) yang mana mesin ATM di bahagian bawah sekali dengan tempat parking dan kaunter serta pentadbiran di bahagian atas. Sesuatu yang menarik di Thailand, jarang nampak kenderaan parking semalaman di tepi-tepi jalan utama. Kalau ada pun sekadar singgah parking untuk melepak makan atau singgah ke kedai runcit. Saman yang tinggi kompaun? Manners? Disiplin? Atau kesedaran? Tabiat double parking langsung tak wujud di Thailand.
Sampai je ke guesthouse, Tatie mengingatkan aku tentang Night Market yang dimaklumkan oleh Nok siang tadi. Ianya terletak di tepi pantai jadi kami pun terjah terus ke sana. Eh lupa, sebelum tu kami singgah Maggie Guesthouse (MG) untuk meletak nasi ayam yang ditapau tadi.
Suasana on the way ke sana memang best, terasa seperti menapak di Padang Kota Lama dan Baru di Pulau Pinang.
Angin di sini terasa sedikit berbeza. Sederhana kuat tapi anginnya agak halus dan sejuk juga. Pukulan angin terasa seperti dalam movie seorang penulis buku yang bersantai di rumah banglo di tepi-tepi pantai di Scotland menunggu ilham muncul. Sangat mengasyikkan dan mampu membuat orang termenung seketika.
Aqif merenung pantai sambil berteka teki “ni di mana ye?”
Dari jauh dah nampak Night Market. Tapi kami berehat dulu di tepian tembok pantai. Laut tak nampak apa-apa tapi aku tersedar sekali lagi yang kami dah berada hampir dengan Bangkok dan dalam liputan teluk Gulf of Thailand yang membulat beribu kilometer sehingga mencecah ke Cambodia.
Di belakang aku pula ialah jeti yang sangat panjang dan dibina oleh kerajaan tempatan bagi tujuan pelancongan. Dari Google Maps, aku kira lebih kurang 380 meter! Kami tak menapak di atas jeti kerana agak penat. Cukuplah hanya memandang dari jauh, lagipun kalau dah sampai tengah jeti memang tak nampak apa-apa dah selain dari suasana malam yang kelam. Nasib baiklah kamera dengan sensor besar dapat ‘telan’ lighting sekeliling jeti ini dengan jayanya.
Gulf of Thailand yang meliputi hingga ke Cambodia. Garisan hijau itu adalah pandangan mata kami jika terus melihat ke hadapan (Cambodia). Lihat pula di bahagian kiri peta. Jarak kami dengan Myanmar (Burma) hanyalah sekangkang kera. Bandar PKK merupakan lokasi paling hampir kalau nak Touch N Go ke Myanmar.
Kenapa kami tak masuk? Aku tak minat bab Touch N go ni. Alang-alang nak masuk Myanmar biarlah cover semua tempat sepuas hati. Next time…
Tatie pula posing membelakangi bangunan dan lorong menuju ke Guesthouse. 300 meter ke hujung sana merupakan spot waktu kami tiba subuh tadi. Begitulah keadaan gelap malam yang kami terpaksa harungi.
Pinpoint pertama lokasi kami masuk ke Night Market. Mungkin boleh dijadikan rujukan bagi korang. Lokasi GPS: 11.805204, 99.799126
Selepas 15 minit di tembok pantai, kami pun menapak ke Night Market. Tempat ni sangat besar dan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama sebelum mencecah jeti tadi (gambar atas) dan bahagian ke-2 selepas jeti. Untuk yang ingin memburu warung halal, kami cadangkan menapak hingga ke bahagian ke-2 dan melepasi Saranrom Park yang mempunyai naga yang mengelilinginya. Ada 3 gerai halal di situ yg menjual nasi ayam, telur dadar dengan siput (siput apa entah aku tak ingat nama) dan lain-lain lagi.
Sewaktu menulis entri blog ni, baru teringat yang aku ada mengambil gambar peniaga Muslim di sini.
Terdapat pelbagai juadah makanan tapi hanya mampu tengok sahaja kerana status tidak halalnya. Melainkan buah-buahan ok lah boleh makan.
Kami juga terserempak dengan gerai yang menjual pakaian kanak-kanak. Sempat juga membeli sehelai baju untuk Aqif di situ.
Sampai sahaja berdekatan dengan jeti, aku perasan beberapa orang askar dan polis sedang escort seorang VIP atau mungkin seorang menteri. Mereka sedang meninjau-ninjau kawasan sini. Mungkin “site visit” atau VIP tu sendiri datang tujuan untuk membeli-belah. Aku sempat bertanya siapa VIP tu pada seorang polis di belakang mereka, tapi dia geleng kepala dan berlalu pergi. Aku agak, mungkin dia tak paham English dan mereka terpaksa bergerak cepat mengikuti kumpulan VIP tersebut.
Pintu gerbang menghala ke jeti. Dengan lebar hampir 10 meter dan panjang 380 meter, aku rasa inilah jeti terpanjang pernah aku jumpa seumur hidup. Malangnya papan tanda di atasnya dalam tulisan Thailand.
Selepas bergambar di jeti, kami menapak ke bahagian ke-2. Sebenarnya pecahan dua bahagian ni aku yang kategorikan sendiri. Jadi, bagaimana nak tahu di mana bermula dan berakhirnya pecahan bahagian Night Market? Mudah sahaja. Jeti dan Saranrom Park (patung naga dalam gambar di bawah) adalah pembahagi tengah.
Kami tak terus menapak ke dalam sebaliknya meninjau pula Saranrom Park. Jangan keliru kerana di Bangkok juga ada tempat dengan nama yang sama iaitu Saranrom Royal Garden. Disebabkan tiada langsung maklumat dapat diperolehi dari Google, jadi tak dapatlah aku ceritakan asal-usul nama Saranrom ni.
Cuma tujuannya yang aku tahu seperti biasa, sebagai tempat pemujaan mengikut agama mereka. Mungkin memberi ong, luck atau nasib yang baik dalam hidup mereka.
Lokasi Saranrom Park dari Google Maps.
Satu sahaja yang aku suka dengan rakyat Thailand. Walaupun berhibur sana sini, makan best-best sana sini, shopping di night market dan lain-lain, tetap tak lupa pada Tuhan/Dewa mereka, dan rajin bersembahyang. Di mana-mana pun mereka bersembahyang. Bagaimana pula dengan kita dengan amalan yang diyakini benar?
Akak ni terkejut sebab dalam masa yang sama aku snap gambar tempat ni, dia pula bangun menghadap aku, hehe. Semoga permintaan dan doa akak dimakbulkan. Kita tak tahu, mungkin mereka ada masalah dalam kehidupan, ditimpa penyakit kronik, masalah kewangan, masalah jodoh, masalah perniagaan dan sebagainya. Aku anggap itu adalah urusan hamba dengan pencipta.
Patung Buddha di sini, iaitu tarikan utama bagi Saranrom Park.
Seperti biasa, naga air bertindak sebagai “penjaga kawasan”.
Pasangan yang sedang memohon doa dan beribadah. Seperti ada persamaan pula iaitu baju pengunjung di sini berwarna hitam.
Antara patung-patung naga air dalam saiz yang kecil. Cantik pula rumah kecil yang menempatkan lilin, bercahaya laksana si diri terperi yang ditempatkan dalam jasad sebagai rumah dan menunggu untuk dikenali oleh si diri terdiri.
Tatie dan Aqif tak naik ke atas, sekadar meninjau dari bawah.
Suasana di Night Market. Kelihatan ramai pengunjung di sini.
Suasana di bahagian kiri pula. Di situlah akan kami tuju sekejap lagi.
One last shot di Saranrom Park. Naga air ni sangat menyerlah lighting nya.
Di tepi Saranrom Park ni adanya susunan botol arak. Entahlah aku pun tak tahu apa tujuan dan simboliknya.
Nampak seperti nasi ayam dengan telur ikan masin. Ianya tidak halal.
Salah seorang peniaga Muslim di bahagian ke-2. Kasihan makcik ni, berkali-kali aku tanya, “Muslim? Halal?” Berkali-kali juga dia jawab tapi aku macam tak berapa jelas. Punca kenapa aku tanya banyak kali kerana terfikir, entah-entah serkup muka yang dia pakai tu bukannya tudung tapi serkup muka sebab nak cover dari asap masakan?
Akhirnya, dia sendiri bagi jawapan dengan menjerit kuat-kuat…
ASSALAMUALAIKUM!!!!!
Aku: Waalaikumsalam. Ok, tapau sebungkus ye makcik… hihihihihi.
Di Thailand, telur yang digoreng dengan siput tersangatlah sedap! Sambil menulis blog ni, aku dah mula terliur semula.
Di sini ada juga gerai yang menjual makanan unik contohnya telur burung puyuh yang dimasak atas kuali yang mempunyai banyak lubang. Nampak kecil dan comel. Aku rasa kaedah atau teknik ni tiada di Malaysia, betul tak? Walaupun dijual oleh peniaga bukan Islam, tapi aku rasa masih boleh dimakan. Cuma disebabkan tekak Melayu macam aku yang dah lama didoktrinkan dalam minda yang semua jenis makanan dari penjual bukan Islam dianggap sebagai menjijikkan walaupun sah dimakan, jadi langsung aku tak beli. Moga aku dapat kikis doktrin yang ditanam dalam kepala sejak dari kecil.
Di sebelah gerai telur burung puyuh tadi, adanya gerai Muslim yang menjual nasi ayam. Nampak seperti sama dengan yang kami tapau di tengah Bandar PKK tadi. So, tak beli apa-apa di sini.
Comel betul akak korang kan? Macam-macam ragam penjual di sini. Yang pasti, dia bukan seorang wanita tapi auw auwww.
Teringin membeli buah tempatan? Kadang-kadang susah juga nak tanya “how much per kilo?” Peniaga kat sini mungkin tak paham. Solusinya, hulur je THB20 atau THB50 dan biar dia timbang buah tu agar ngam-ngam dengan duit kita. Agak-agak THB20 dah cukup banyak buah, terus bayar.
Belangkas atau dikenali juga sebagai “anak predator”, hahahaha! Kali terakhir aku makan semasa kecil dulu sewaktu di kampung di Pulau Pinang. Walaupun hidup dua alam, tapi fatwa membenarkan:
“Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.”
Ayam yang sedang digoreng. Tidak halal. Sampai tiga kuali besar dia pakai.
Ada juga yang menjual ikan-ikan belaan dalam balang. Lupa pula harganya, tapi memang murah.
Aiskrim batang atau aiskrim lidi. Nak makan tu boleh tapi aku timbul was-was sebab di negara bukan Islam, banyak juga aiskrim, manisan dan sebagainya yang dicampur dengan sedikit arak.
Pandangan jeti dari arah bahagian ke-2. Di bawah iaitu kawasan yang surut tu boleh juga menapak atau lepak.
Untuk balik semula ke arah guesthouse, aku cadangkan pada Tatie agar mengikuti jalan sekitar tepi-tepi tambak kerana bahagian tengah terlalu padat dengan aktiviti jual beli.
Bergambar kali terakhir membelakangi Night Market.
Di bahagian yang menghadap laut pula banyak terdapat jual beli barangan yang unik, rare dan pelik-pelik. Kami ada juga terjumpa air arak yang direndam dengan kala jengking, ular dan sebagainya seperti yang terdapat di Cambodia. Kata orang tempatan, ianya dijadikan sebagai ubat kuat bagi orang lelaki. Paham-paham sajalah maksudnya…
Terletak bersebelahan dengan pintu gerbang jeti. Tak pasti apa yagg ditulis. Tapi simbol “check-in” yang mirip Foursquare, Facebook check in dan Google Maps point tu yang buat kami tertarik. Sebelum kami bergambar, ada beberapa orang Thailand dari luar PKK bergambar di situ. Aku tanya pada mereka apa maksud tulisan tu. Jawapan yang diberikan lebih teruk dari bahasa ayam dan itik. Langsung dia tak tahu. Tak pasti samada dia tak paham soalan aku atau dia tak reti mengeja tulisan tu atau mungkin dia bukan orang Thailand dan merupakan pelancong seperti kami juga.
Saranrom Park dengan latar belakang peniaga-peniaga Night Market.
Patung-patung buddha versi kecil yang dijual di sini. Bagi aku, pemandangan ini sangat rare. Iyalah, mana ada di pasar malam Malaysia kan?
Di kawasan bahagian ke-1 dan menghadap ke pantai, ada deretan kerusi-kerusi untuk berurut.
Murah juga, 30 minit lebih kurang THB100. Disebabkan ada anak kecil, tak jadi nak berurut di sini. Takkan nak tunggu turn aku dulu selama 30 minit kemudian Tatie pula 30 minit, kan? Dekat sejam tu weh! Hehehe. Tak larat nak menunggu, mengantuk dah sangat.
Malam tu kami pun balik semula ke guesthouse dalam keadaan agak penat. Penat yg bercampur-campur dari hari-hari sebelumnya ditambah lagi dengan tak cukup rehat dan tidur. Disebabkan tamak haloba memborong makanan halal seolah-olah esok ada perintah berkurung sebab darurat atau perang dunia ke-3, maka bertimbunlah makanan-makanan dalam bilik. Separuhnya tak habis bukan kerana dah kenyang, tapi mengantuk ya amat.
“Esoknya kita perlu bangun awal,” pesan aku pada Tatie. Esok hari terakhir di Bandar PKK dan perlu checkout tepat jam 12.00pm seperti yang Nok pesan pada kami. Malas nak ambil kesempatan lebih-lebih lagipun dia dah bagi kami peluang untuk check in awal jam 9.00am pagi tadi.
Bersambung di hari ke 4 iaitu Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 1 – City Pillar Shrine di Prachuap Khiri Khan.
Eeren Chong
Maksud papan yg ade logo check in tu ialah Bandar 3 teluk… Teluk Prachuap (Ao Prachuap), Teluk Manao (Ao Manao) dan Teluk Noi (Ao Noi)… Ao bermaksud Teluk… Manao maksud ny Limau dan Noi maksud ny kecil…
Admin
oh…thank you sbb beri penjelasan. Menarik juga bandar prachuap ni bila awak sebut "bandar 3 teluk".
Eeren Chong
Haha… mngkin ade 3 teluk kecil kot kt wilayah prachuap tu… sy dl singgah huahin dgn cha am jer… bandar prachuap lalu jer… tk singgah…
Admin
saya sekeluarga sempat hua hin je, cha-am tak sempat… apa pendapat awak ttg cha-am? perbandingan hua hin dan cha-am bagaimana pula?