Alhamdulillah, kami sekeluarga selesai berbackpacking secara lasak ke Thailand dan Laos selama 16 hari bermula pada 28 Disember 2016 hingga 12 Januari 2017.
Pertama sekali aku nak kongsikan pd kawan-kawan macam mana aku navigate dengan GPS di setiap daerah di Thailand dan Laos tempoh hari.
Asalnya, cadangan kembara ni merangkumi Thailand (beberapa daerah), Laos (Vientiane, Vang Vieng, Luang Prabang, Phonsavan), Cambodia (Battambang, Siem Reap, Phnom Penh, Kampong Cham) dan Vietnam (HCMC, Mui Ne). Tapi, dek kerana masa yg tak mencukupi, terpaksa batalkan trip ke Cambodia dan Vietnam dan mula berbackpacking bersama isteri dan anak usia 3 tahun 10 bulan selama 16 hari secara lasak ke Thailand dan Laos sahaja. Mungkin tempat yg tak jadi pergi tu lain kali lah, dan yg penting misi Indochina dilaksanakan juga dan walk the talk, daripada takde langsung kan?
Beberapa minggu sebelum mulakan kembara, aku list dulu daerah yang ingin di lawati, menelaah info-info dlm Tripadvisor tentang “Things to Do” di setiap tempat, dan mula menggunakan “Your Places” dalam Google Maps dan memplot koordinat.
Koordinat sangat tepat kerana aku bukan je berpandukan pd carian keyword dlm Google Maps tapi combine juga Street View utk mendapatkan kepastian (kecuali Vietnam tiada langsung Street View).
Ok, apakah kelebihan menggunakan kaedah ni? Sila rujuk pd gambar screenshot tertera:
- Dapat mengetahui lokasi semasa anda vs lokasi tempat-tempat lain yg berdekatan.
- Dapat mengetahui kawasan mana yg mempunyai kelompok koordinat terbanyak. Jadi, di tengah-tengah kelompok tu korg boleh mula cari dan tetapkan sbg “di situlah hotel/hostel yg terbaik utk menginap” dan menjimatkan kos pengangkutan kerana banyak tempat adalah ‘walking distance’ sahaja.
- Contoh seperti di Bangkok, terdapat 3 kelompok-kelompok terbesar dgn marker biru yg banyak. Jadi, boleh pecahkan tiga tmpt penginapan. Hari pertama di tengah-tengah kelompok 1, hari kedua di tengah-tengah kelompok 2 dan seterusnya.
- Hasil menginap di tengah-tengah kelompok marker? Menjimatkan dr segi kos pengangkutan, mengurangkan tenaga sekiranya perlu menapak, boleh melawat beberapa marker di kelompok yang sama sekaligus dalam satu hari dan menjimatkan masa.
- Dapat melihat lebih jenis tempat yg dikatakan “tourist spot” melalui taburan kelompok marker yg begitu banyak.
- Perjalanan jadi kurang berterabur, contohnya sekejap ke tourist spot di utara, sekejap ke selatan. Bila dah sampai ke selatan, nampak pula spot lain di utara, jenuh kena patah balik dan merugikan kos pengangkutan.
Utk menggunakannya perlu on GPS pada phone masing-masing, sebaiknya artikel blog ini dibaca menerusi phone korang dan layari setiap link di bawah ini. Buat masa ini hanya Indochina shj dan ini adalah COMPLETE SET dlm semua “Things to Do” bg setiap daerah dlm Tripadvisor. Dan ada beberapa tmpt aku dah tandakan lokasi masjid serta restoran halal, stesen bas, stesen minibus dan stesen keretapi.
Pengguna smartphone, sila klik dan “Open with..” dengan Maps.
1. Hat Yai (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1Tjb_YHm_M-gb8RfKSH49jlCT0rXONkKe&usp=sharing
2. Nakhon Si Thammarat (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1rpTR6Q8_4roQ4yI7MMkjX14gDBR8sjL_&usp=sharing
3. Koh Samui (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1BYif0gU-7OnFNw3t40n2J_JXQL1s3PBx&usp=sharing
4. Surat Thani (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=17M6AZgCCFUJgS3K1WSoX_0wldd0avSSH&usp=sharing
5. Chumpon (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=14pqjf97-S6UAzWjaBUbdJkLeQAtO3URg&usp=sharing
6. Prachuap Khiri Khan (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1cgUdB47DvSHSbaNUqvNyZZPoHyWuR1G7&usp=sharing
7. Hua Hin (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1_iIGqZO4YohtldYRl7sHDWr0TXBhFfce&usp=sharing
8. Cha-am (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1eZvba-xqOCNsbEQjmwcWp35BBl-9HXkw&usp=sharing
9. Ratchaburi (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=19w7BbtdDVsCRcQXs4X_Kn1–UZZ-Sa5G&usp=sharing
10. Kanchanaburi (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=14KWLxDgjfErdTb_MCDY5n6hfOP5lWFRc&usp=sharing
11. Bangkok (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1m-gI7smIUoAr0n8mLk7zlWSrJP6S3DQh&usp=sharing
12. Lopburi (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1weLFQxVZyGIQ7-TiwvCwNzmoi9X4Iump&usp=sharing
13. Ayutthaya (Thailand)
https://drive.google.com/open?id=1KMCbbFdC_94uP5tGMT6jbWCxhgBVQ9lB&usp=sharing
14. Battambang (Cambodia)
https://drive.google.com/open?id=1DRH7r903MX9VHpr2FCwIO7tcapsM_i33&usp=sharing
15. Siem Reap (Cambodia)
https://drive.google.com/open?id=1xT_C2eT0HNzB8VO32K4CR0pWOXXlSgqv&usp=sharing
16. Phnom Penh (Cambodia)
https://drive.google.com/open?id=1GDbkjgwZxxGdKW-guI8aZq4wI4m9O7Z1&usp=sharing
17. Ho Chi Minh City (Vietnam)
https://drive.google.com/open?id=1xz3_oY1mZB_SLlLOYetjyrLJx4x0PVgh&usp=sharing
18. Vientiane (Laos)
https://drive.google.com/open?id=1rISMLC5Cxsh8emi91kUdOawD7uro0fQN&usp=sharing
Leave a Reply