Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #17 Bazar Warisan dan Pasar Payang. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Tengah gigih nak mencari mood nak menulis…… harap-harap lancar lah penulisan. Bajet nak habiskan jugak sebelum trip seterusnya ke utara. Entri kali ni aku rasa agak panjang lebar. Panjang sebab banyak gambar-gambar.
Terlebih dulu, aku masukkan route perjalanan dari Pasar Payang / Bazar Warisan menuju ke Taman Tamadun Islam. Disebabkan hari Jumaat dan cuti, so jalan pun tak jam sangat.
Taman Tamadun Islam (TTI) ni sebenarnya terletak di sebuah pulau iaitu Pulau Wan Man. Jambatan yang menghubungkan bukanlah jambatan tinggi tapi sebuah jambatan yang ditambak serupa macam Tambak Johor. Aku tak pastilah ada atau tidak transport lain seperti bas awam sebab jalan masuknya macam lengang jer.
http://www.tti.com.my/rates-hours
Untuk rujukan waktu operasi dan harga tiket, bolehlah rujuk link di atas ni. Waktu kami ke sana tahun lepas, tak salah ingatan aku, harga tiket ialah RM10.00 dan kanak-kanak bawah usia 6 tahun percuma. Sekarang harga dah naik iaitu dewasa RM21.20.
Di sini, parking adalah percuma.
Untuk mudahkan korang, aku buatkan peta keseluruhan tempat ni. So, jalan masuk melalui titik merah dan titik-titik hijau pula ialah track kami menapak (naik buggy). Titik biru tu salah satu masjid yang digemari ramai selain dari Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi iaitu Masjidil Al-Aqsa. Pusingan track adalah mengikut lawan jam. Besar tempat ni tau sampai berpeluh-peluh dan ketiak pun hampir masam. Nasib baik lah ada beberapa replika masjid yang ada aircond. Kami ber’buggy’ siap melawat setiap replika masjid pun dah makan sejam setengah.
Lupa nak beritahu, TTI sebenarnya menempatkan replika-replika masjid terkenal seluruh dunia. Dari Taj Mahal sampailah ke Masjid-masjid di Arab Saudi, Palestin dan Afrika. Yang bestnya, binaan setiap replika hampir sebijik design dengan yang asal. Tengok dalaman Masjid Al-Aqsa dan batu tergantung pun rasa macam tak percaya, seolah-olah macam betul!
Ok, berbalik pada permulaan cerita. Dari pintu masuk kami melalui bawah payung tergantung yang serupa seperti di Floria Putrajaya dan Chinatown Kuala Terengganu.
Kemudian… ehh… ternampak lak buggy. Macam best je kan. Memang tak rancang nak sewa. Aku pun tanyalah pekerja di situ. Katanya kalau 4 seater harga RM50. Untuk 6 seater tak tahu pula berapa pula harganya. So kami ambil yang 4 seater. Memang agak mahal tapi aku malas nak berkira sebab memang niat nak happy kan famili aku. Apa salahnya ber enjoy-enjoy sambil kayuh bersama-sama.
Apa lagi, terus berkayuh dan berselfie. Layan juga buggy ni walaupun termengah-mengah nak kayuh sebab berat. Untuk pengetahuan uols, buggy ni ada dua stering dan dua tempat kayuh. Kalau agak-agak letih tu, bolehlah passing pada partner kat sebelah.
Tayang buggy satu kali….. Jenis 4 seater. Aku tengok gaya macam kitorang jer yang ada kat sini. Mungkin masih awal pagi jam 11 pagi lebih.
Perhentian pertama…. replika menara masjid di Xian, China dan dikenali sebagai Great Mosque of Xian (dikenali juga sebagai Huajue Mosque). Sekali tengok macam tokong atau pagoda. Ia merupakan masjid terbesar di China dan dibina pada zaman Dinasti Ming. Mungkin uols tertanya-tanya, kalau singgah ke replika, buggy nak letak mana? Letak jer tepi-tepi jalan, no hal punya. Sebenarnya replika yang pertama ialah Masjid Negara. Tapi sebab dah berjuta kali tengok, kami skip jer.
Replika kedua ialah Kul Sharif Mosque yang terletak di Tatarstan, Russia. Ia dibina pada abad ke 16. Senibina berasaskan binaan tradisional Volga Bulgaria dan sedikit sebanyak mempunyai pengaruh Utmaniyah dan permulaan zaman Renaissance. Pada tahun 1552, ia dimusnahkan oleh Ivan The Terrible. Pada tahun 1996, masjid baru menggantikan masjid lama dibina semula ditapaknya yang asal dan siap tahun 2005. Ianya boleh menampung sehingga 6000 jemaah. Dana pembinaannya disalurkan oleh Arab Saudi, UAE dan beberapa buah negara yang lain.
Untuk replika-replika seterusnya, aku terus masukkan info yang kebanyakannya dipetik dari Wikipedia……
Masjid Kudus, terletak di Kota Kudus, Jawa Tengah, Indonesia. Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Manar. Ia dibina oleh Sunan Kudus sejak dari tahun 1549. Sunan Kudus merupakan salah seorang dari 9 orang Wali Songo. Antara keunikan masjid ini ialah ia memiliki menara yang serupa seperti candi serta senibina yang menggabungkan konsep budaya Islam dengan budaya Hindu-Buddha.
Masjid (Jamek) Pattani. Dibina pada tahun 1954 dan siap pada tahun 1963. Senibinanya dipengaruhi oleh Arab dan Taj Mahal dan terdapat sebuah kolam dilengkapi tugu berbentuk kubah di tengah halaman bagi mendapatkan suasana ala-ala Taj Mahal. Kos pembinaan mencecah RM400,000 (46 juta Baht) dan boleh memuatkan sehingga 3000 jemaah. Ia menjadi pusat tumpuan jemaah di Pattani untuk beribadah serta mendalami ilmu agama.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik di Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Ianya diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei. Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III. Ia siap dibina pada tahun 1958.
Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk “kalat” (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei.
Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
Taj Mahal. Mesti semua orang dah tahu kan. Terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan ‘Taj’ sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Ianya bukanlah sebuah masjid tapi dikatakan sebagai ‘permata senibina Islam’.
Di bahagian bawah replika Taj Mahal ni terdapat sebuah auditorium mini. Buat yang nak tahu sejarah bolehlah masuk. Buat yang nak sejukkan ketiak pun boleh juga masuk. Kami sempat layan 10 minit jer sebab Aqif dah mula tak reti duduk diam.
Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan. Ia juga dikenali sebagai Masjid Kaisar. Dibina oleh raja ke-6 Kesultanan Mughal, Raja Aurangzeb tahun 1671 dan selesai pada tahun 1673. Merupakan masjid dan sebagai landmark serta tapak tumpuan pelancongan di Lahore. Ia boleh memuatkan seramai 5000 jemaah di ruang solat utama dan 95,000 jemaah di halaman tengah, menjadikannya sebagai masjid tebesar di dunia dari tahun 1673 hingga 1986.
Selepas tu, kami singgah pula di TTI Waterwheel. Di sebelah kiri tu terdapat galeri yang mempamerkan karya-karya dari pencipta waterwheel yang sama. Ada macam-macam info dalam tu dan pelbagai benda lagi. Aku saja taknak cerita, biar korang sendiri yang explore.
Ok, masjid yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Baitulmaqdis, Palestin setelah bertungkus lumus bertarung nyawa melepasi sempadan Israel-Palestin yang dikawal oleh tentera laknatullah Israel. Acah jer…. Mempersembahkan…. treng teng teng….. Masjid Al-Aqsa! Replika je pun. Walaupun bukan yang sebenar, tapi cukup terasa feel nya seolah-olah macam yang real punya.
Bahagian luarannya.
Pintu masuk.
Bahagian dalam. Macam real kan? Ditambah pula dengan replika batu tergantung di bahagian tengah.
Senibina kubah. Semuanya dibina semula berdasarkan senibina yang asal.
Replika batu tergantung dengan lebih dekat lagi. Tak silap aku, kalau di masjid yang asal, terdapat tangga menuju ke ruangan bawah tanah. Di bawah tu bolehlah tengok bahagian bawah batu tergantung yang dikatakan sengaja diletakkan alas konkrit/batu agar pelawat tidak terkejut melihatnya tergantung.
Masjid Agung Samarra ialah sebuah masjid abad ke-9 yang terletak di Samarra, Iraq. Pembinaan masjid ini dimulakan dalam tahun 848 M dan diselesai dalam tahun 851 oleh khalifah Abbasiyah, Al-Mutawakkil, yang memerintah di Samarra dari tahun 847 sehingga tahun 861.
Pada satu masa dahulu, Masjid Agung Samarra merupakan masjid terbesar di dunia: menaranya, Menara Malwiyah, ialah sebuah kon berpusar yang besar berukuran 52 meter tinggi dan 33 meter lebar, dengan dilengkapi tanjakan berpusar. Pemerintahan al-Mutawakkil memberi impak besar tehadap kota Samarra, oleh sebab beliau meminati seni bina, dan seperti yang dinyatakan, beliaulah yang bertanggung jawab akan pembinaan Masjid Agung Samarra.
Masjid mempunyai 17 lorong, dan dindingnya disalut dengan mozek kaca berwarna biru tua. Seni dan seni bina masjid amat berpengaruh; ukiran stuko di dalam masjid berbentuk bunga dan geometri menggambarkan hiasan Islam awal. Tambahan, Masjid Ibn Tulun di Kaherah, Mesir menyerupai Masjid Agung Samarra dalam banyak perkara. Masjid termusnah dalam tahun 1278 M (656 H) selepas serangan Hulagu Khan terhadap Baghdad. Hanya dinding luar dan menaranya yang kekal kini.
Masjid Lutfallah, terletak di Isfahan, Iran. Merupakan hasil senibina terbaik arkitek Safavid Iranian. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1603 dan selesai pada tahun 1619. Ia dibina oleh ketua arkitek, Shaykh Bahai, sewaktu pemerintahan Shah Abbas I dari Dinasti Safavid.
Tak perlu diperkenalkan lagi. Seluruh umat Islam mesti dah tahu masjid apa ni. Inilah replika Masjidil Haram di Mekah. Memang sebijik direka mengikut yang asal.
Replika mini Kaabah pun ada di sini. Cuma cat bahagian atas replika ni tak diselenggara dengan betul. Agak berkulat sedikit. Cuma aku lupa nak ambil gambar di bahagian jemaah bersai’e.
Berehat sebentar. Penat weh….
Digelar “Mausoleum of Abu Nasr Parsa Balkh” terletak di Balkh, Afghanistan. Ia dibina pada tahun 1598 dengan rekabentuk oktagon setinggi dua tingkat. Abu Nasr Parsa merupakan ketua/khalifah kerohanian bagi Tarikat Naqshabandi serta pensyarah di Herat. Walaupun tiada bukti mengatakan tempat ini sebagai makamnya, ahli sejarah Golombek dan Wilder telah mengenal pasti beberapa makam yang tidak bertanda yang terletak di hadapan lokasi yang pernah ditandakan sebagai kuburnya.
Citadel of Aleppo. merupakan istana dan kubu/benteng pertahanan dan terletak di tengah-tengah bandar Aleppo, Syria. Ia adalah istana terbesar dan tertua di dunia. Dahulunya bukit digunakan sebagai benteng pertahanan pada tahun 3SM. Ianya pernah digunakan oleh banyak tamadun seperti Greek, Byzantine, Ayyubids dan Mamluk. Kebanyakan ciri-ciri pembinaannya dipengaruhi oleh zaman Ayyubid. Usaha pemuliharaan telah diambil alih oleh Aga Khan Trust for Culture pada tahun 2000s dengan kolaborasi bersama Aleppo Archeological Society. Citadel ini merupakan sebahagian dari bandar kuno Aleppo, yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO sejak 1986. Malangnya, Citadel ni rosak teruk disebabkan krisis perang saudara yang sedang berlaku di Syria sekarang ini.
Al-Hambra Citadel, terletak di Granada, Andalusia, Spain. Ia merupakan kompleks gabungan istana dan kubu pertahanan. Asalnya ia dibina sebagai kubu kecil pada tahun 889 di atas tapak asal kubu kepunyaan Rom. Kemudian, ia diabaikan sehinggalah dibina semula dan ditambah baik pada pertengahan kurun ke-13 oleh Moorish emir Mohammed ben Al-Ahmar, Emiriah bagi Granada. Ia diubahsuai menjadi istana diraja pada tahun 1333 oleh Yusuf I, Sultan Granada. Selepas tamatnya Christian Reconquista pada tahun 1492, tapak ini bertukar menjadi mahkamah diraja Ferdinand dan Isabella (di mana Christopher Columbus menerima pengikhtirafan diraja bagi ekspedisinya), dan istana ini juga diubahsuai mengikut gaya Renaissance. Proses pertukaran milikan berlaku hingga ke zaman Napoleon.
Masjid Suleymaniye, terletak di Istanbul, Turki. Ia dibina atas titah perintah Sultan Suleyman pada tahun 1550 dan selesai pada tahun 1557. Kompleks besar yang digelar Suleymaniye ini adalah gabungan artitektur dan elemen Islam dan Byzantin.
Masjid ini sangat terkenal bagi pelancong apabila melawat Istanbul. Rugi pula saya sebab tak teliti dengan lebih dekat binaan masjid ini sewaktu di TTI. Tak tahu pula yang ianya merupakan masjid terkenal di Istanbul.
Pemandangan tasik buatan yang terletak di tengah-tengah kawasan TTI ini.
Kalyan Minaret, terletak di Bukhara, Uzbekistan. Ia merupakan menara bagi Masjid Po-i-Kalyan. Ia direka oleh Bako, sewaktu pemerintah Mohammad Arslan Khan pada tahun 1127 bagi mengingatkan umat Islam agar mengerjakan solat sebanyak 5 waktu sehari. Menara yang asal telah runtuh sebelum sempat disiapkan. Ketinggiannya 45.6 meter, berdiamater 9 meter di bahagian bawah dan berdiameter 6 meter di bahagian puncak.
Pada waktu peperangan, pahlawan-pahlawan menggunakannya sebagai menara bagi meninjau musuh dari jauh. Seratus tahun selepas dibina, Genghis Khan sangat tertarik denan binaannya dan memerintahkan agar tidak dimusnahkan oleh tenteranya. Ia juga dikenali sebagai Menara Kematian. Ini adalah kerana pada abad ke-20, penjenayah-penjenayah yang bersalah dihukum bunuh dengan cara dilontarkan dari atas menara.
Masjid Agadez, terletak di Agadez, Niger. Merupakan sebuah masjid yang terkenal kerana senibinanya yang unik. Ia diperbuat dari tanah liat. Asalnya dibina pada tahun 1515 dan kemudiannya dibaikpulih pada tahun 1844.
Ok selesai sudah penerangan dan replika-replika yang telah kami lawati. Sebenarnya ada beberapa lagi replika yang tak sempat kami tinjau disebabkan waktu dah suntuk untuk solat Jumaat.
Masa untuk kanak-kanak pula…..
On the way nak keluar balik tu, kami kena lalu kedai cenderamata. Tapi sebelum tu, buggy yang disewa kami pulangkan.
Kat sini kami beli patung bantal penyu jer, hehehe.
Sementara ada sedikit lagi masa, kami tinjau pula bahagian ‘Riverside’. Sekali lagi ditutup.
Selesai sudah di sini tapi terlupa pula nak bergambar di Masjid Kristal. Aku pun mula cari masjid di bahagian luar Pulau Wan Man untuk solat Jumaat.
Bersambung di entri seterusnya Carpacker 2015 – Pantai Timur – #19 Kuih-Muih Terengganu dan Masjid Terapung Sekali Lagi.
Leave a Reply