Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #12 Pantai Batu Burok dan Review Batu Burok Beach Resort. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Ok, ni entri last untuk Hari ke-1 projek Carpacker Pantai Timur. Tuh dia, sampai 13 bahagian khas untuk hari pertama jer!! Juling tak mata korang baca part by part?
Malam tu kami keluar agak lewat untuk dinner iaitu jam 9 malam. Memang tak lapar sangat sebab masing-masing penat.
Sebelum tu, aku dah survey steamboat yang best di Kuala Terengganu yang terletak di Pulau Duyong iaitu D’Ganu Cafe yg terkenal. Entah macam mana, nasib kami serupa jer waktu melawat ke Taman Tamadun Islam…. tutup!
Tapi ada restoran steamboat alternatif yang tak kurang hebatnya….
Dari BBBR, kami bergerak ke Pulau Duyong dan perlu melalui tengah Bandar KT dan menaiki Jambatan Sultan Mahmud. Jalan ke dalam Pulau Duyong tu agak tricky sikit uols. Aku pun terpaksa tanya pada orang tempatan sebab jalannya gelap, melalui kawasan kampung sebesar lorong biasa jer. Mula-mula macam yakin tak yakin nak masuk tapi katanya memang itulah jalannya. Lokasinya mungkin agak isolated atau terahsia bagi sesetengah orang. Nak mudah, korang copy paste koordinat GPS “5.335693, 103.129073“,
Berposing sewaktu di perhentian trafik light di tengah bandar KT.
Aku suka dengan tema/motto Terengganu iaitu “Allah… Peliharalah Terengganu”…. amin dalam hati aku.
Ok dah sampai. Seperti yang aku maklumkan awal tadi, restoran steamboat D’Ganu Cafe tutup. Tapi aku tak pastilah samada tutup setiap hari Selasa atau ada renovation dalaman.
Nasib baik ada restoran steamboat alternatif iaitu D’Otai Corner yang terletak sederet jer. Orang tak berapa ramai mungkin sebab dah lewat, 9.30 malam. Aku tanya Tatie, ok ke restoran ni? Isteri aku ok jer.
Setiap review aku, kalau boleh memang aku nak masukkan info sejujurnya. So kat sini, masa mula-mula nak pesan tu, dua kali juga aku panggil waitress. Ada lah sorang akak ni agak berumur. Bila dia datang ke table kami, muka serius tak senyum. Pulak tu layanan kami seolah-olah macam pendatang haram pula dengan suara tone tinggi macam apek jawab panggilan call. Macam layan tak layan jer bila nak ambil order. Isteri aku pun dah pandang aku semacam, mungkin rasa yang sama macam aku, rasa nak kecam orang malam tu. Aku pun apa lagi, up sikit suara tunjuk tanda protes kecil. Lepas tu baru dia tone down sikit. Start dari sini aku dah mula hambar.
Tapi….
Tapi…..
Datang je steamboat …. muka kami ata senyum!! Hehehehehe…. terubat lah sikit. Memang sedap juga makan di sini terutama rencah sup rebusnya, sos dan lain-lain lagi. Harga pun not bad, RM25 jer untuk semua yang dalam gambar di atas. Dalam hati aku, mungkin akak tu penat kot…
Tak fikir apa dah…. akak tu pun entah ke mana, aku pun entah ke mana, dah terlupa pula kes tadi…. kita soru dulu!!
Ni pula pemandangan depan kami sambil tengah makan. View menarik tapi terhalang dek kerana dua buah kereta di depan.
Habis makan, kami pun usha jeti mini di situ. Best juga tengok pemandangan tengah bandar KT dari sini dengan lampu pokok ala-ala I-City di Shah Alam. Untuk pengetahuan korang, kawasan lampu pokok tulah River Cruise, boleh rujuk entri aku tentang Chinatown sebelum ni.
Nah River Cruise lepas aku zoom maksima.
Eh ada titi pula ke tengah jeti kecil. Apa lagi, kepala otak explorer macam biasa buat cubaan merayap ke jeti.
Aku jer yang selalu takde dalam gambar…. ๐
Bot-bot yang berlabuh di sekitar jeti mini.
Ada juga jeti melepak untuk orang awam. Kami tak teroka pun sebab dari jauh gelap jer. Bukan sebab tok nenek setan ada di situ, tapi malas dengan nyamuk.
- Kos di D’Otai Steamboat: RM25-30
Selesailah sudah hari ke-1 projek Carpacker Pantai Timur. Kita bersambung di entri hari ke-2 iaitu Carpacker 2015 – Pantai Timur – #14 Landasan Keretapi Tumpat, Kelantan. Uik? Macam mana boleh sampai ke Kelantan pula? Standard lah kan carpackers.. merata merayap! Hehehe.
Leave a Reply