Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #6 Sambung Perjalanan ke Kuala Terengganu dan Batu Burok Beach Resort. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Waa… bangun pagi-pagi jam 8.00, ni lah gambar pertama aku snap. Seronoknya …… dengan udara laut yang segar, matahari pagi yang terik penuh dengan Vitamin D untuk kulit, angin yang menderu, bauan laut yang aman dan nyaman… perghhh! Terasa macam nak repeat lagi….
Sedar je dari tidur…….. Kak Pah!!! Hahahaha…..
Kami pun bersiap lah secepat yang mungkin sebab perut pun dah mula lapar. Orang laki macam aku simple jer, cik puan pula macam biasa, bermekap-mekap dulu. Sambil tu aku pusing-pusing luar bilik dengan Aqif.
Warung Kak Pah ni bukanlah jauh sangat…. tak sampai 500 meter pun. Itu pun aku nak pakai GPS, mengarut jer lebih. Takpe, aku bagi gak koordinat GPS (5.319716, 103.1543) untuk korang, manalah tahu kalau korang dari arah lain kan. Jangan follow direction carian dalam Google Maps atau Waze sebab kedudukannya tak tepat. Just follow koordinat yang aku bagi.
Ok dah sampai. Awal-awal lagi aku suruh Tatie snap gambar warungnya sambil aku berposing. Ingat lagi deret gerai makan semalam yang aku tunjukkan? Korang kena cari gerai yang paling hujung bernombor 30. Alah, kalau tak cari nombor pun bila dah sampai akan nampak sikit punya ramai orang kat situ, itulah gerainya.
Hasil dari interview aku dengan Kak Pah sendiri, katanya gerai dibuka dari jam 7.00pagi dan biasanya habis jam 8.30 atau 9.00 pagi….. JANGAN LUPA DATANG AWAL WEHHH!! Kalau takkkk… melepasss…. kena tunggu pula esok pagi.
Inilah menunya. Aku rasalah, nasi lemak tu mungkin jarang orang nak makan. Kalau ada pun mungkin orang tempatan yang dah muak makan nasi dagang. Kak Pah tak jual banyak menu…. nasi dagang dan nasi lemak jer. So, walaupun orang ramai tapi tak perlu beratur lama, 5 minit jer. Apa yang aku order? Lauk sepinggan dan nasi dagang dua pinggan. Awat lauk sepinggan jer? Sebab ikan dia pun agak besar boleh share dua orang. Pagi-pagi biasanya kami makan tak banyak, cukup nak alas perut jer.
Haa tengok… kan aku dah kata…. sepinggan lauk pun dah cukup untuk makan dua orang kecuali kalau korang pelahap, hahaha. Itupun aku dah jamah sikit, dasar manusia bernafsu tak reti sabar-sabar! Agak-agaknyalah, berapa harga untuk dua nasi dagang dan lauk sepinggan? RM4.00 jer uols!! Murahnya….. Kak Pah cakap memang nawaitu dia nak bagi murah. Dia caj harga lauk jer dan nasi dia tak caj. Alhamdulillah, moga bisnes Kak Pah berkembang maju dan murah rezeki, amin.
Masing-masing dah kenyang. Tatie suap Aqif nasi dagang kosong jer. Budak-budak usia 2 tahun mana boleh sangat makan lauk berkari, pedas atau bersambal.
Gerai Kak Pah… ramainya orang kan. Kiri dan kanan tiang tu ‘wilayah jajahan’ dia.
Inilah Kak Pah. Bangsa Cina pun datang makan tau. Nampak sangat Kak Pah terkenal. Seingat aku, katanya dah 30 tahun beliau berniaga nasi dagang. Walaupun banyak lagi tempat lain yang tak kurang hebatnya, bagi aku sini dah cukup untuk merasai sendiri nasi dagang original.
Jam pun baru 9.30 pagi. Selesai makan, kami bersiar-siar di Taman Awam Pantai Batu Burok. Tak jauh, dekat-dekat tuh jer. Beberapa hari sebelum tu, aku dok meninjau gambar pantai melalui Google Street View, so ternampak lah Taman Awam ni. Yang menariknya sebab ada taman permainan kanak-kanak yang kelihatan baru, besar dan luas. Dalam hati aku, sesuai sangatlah untuk dijadikan tempat melepaskan gian bagi Aqif. Aku pun berhenti kereta di tepi jalan.
Tuh dia, awal-awal lagi Aqif dah cargas dulu. Set permainan ni baru sebijik, ada lagi 4-5 bijik di situ.
Antara set permainan yang lain.
Mak budak pun tak ketinggalan nak merasa jadi budak-budak.
Seronok sangat ler tuhh!!
Sekitar Taman Awam…
Ingatkan nak balik ke kereta dan teruskan perjalanan, tapi tengok pantai macam menarik pula. Oklah kasi chance one shot kita bergambar.
Kami bertiga….
Terik sangat sampai kena pinjam kejap sunglasses Tatie.
Macam biasa…. kanak-kanak dan ‘krisis’ pasir…
Syioknyer tengok pokok Rhu. Then, kami pun gerak ke Bazar Rakyat dan Pasar Payang.
Gambar-gambar sekitar Bazar Warisan. Untuk ke sini, carian dah siap ada dalam GPS. Asalnya memang plan nak datang pagi-pagi ke sini, tapi macam tak banyak kedai dibuka pagi-pagi ni. Saja nak beritahu, parking di sini sangat strict. Eloklah masukkan syiling dalam tiang parking. So, kami pun lajak terus ke Chinatown.
Kos di KT (ikut harga semasa, kecuali makan/minum):
- Minyak kereta: Mengikut jenis kereta masing-masing.
- Resort BBBR per night: RM130
Bersambung ke entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #8 Chinatown Kuala Terengganu dan Graffiti.
Leave a Reply