Tarikh kembara: 23 Mac 2015 hingga 28 Mac 2015
Assalamualaikum kepada para pembaca budiman. Setelah sekian lama berhajat untuk bertandang ke pantai timur bagi melepaskan kempunan hampir 20 tahun lama aku tidak menjejakkan kaki di tanah Kuala Terengganu serta membawa isteri (Tatie) dan anak (Aqif) yang belum pernah ke Kuala Terengganu.
Catatan ni sengaja aku abadikan walaupun dah setahun lebih terperap kisah dan gambar terperap dalam hard disk.
Pada bulan puasa tahun 2013, kami berkesempatan juga ke Terengganu tapi hanya sehingga Dungun sahaja atas sebab urusan peribadi dalam keadaan yang agak kalut dan tak menyempat untuk menyinggah ke Kuala Terengganu bahkan berjalan-jalan di Dungun sekalipun.
Memang aku tak sabar sangat-sangat untuk memulakan langkah sebab aku suka suasana dan pemandangan pantai timur terutama pantainya yang bersih, kebiruan, angin yang kuat, ketenangan dan sebagainya.
Keduanya, aku tak sabar nak jadi tour guide untuk isteri dan tak sabar nak tengok telatah Aqif bermain pasir pantai yang putih dan gebu.
Beberapa hari sebelum tu, aku ada check website Agoda untuk harga-harga hotel di Kuala Terengganu. Sengaja aku pilih tarikh ni sebab cuti sekolah berakhir sehari sebelumnya. Jadi, aku beranggapan, rate hotel mungkin back to normal.
Check punya check, aku fikir dalam hati, apa kejadah dalam negara nak pakai Agoda? (Aku nasihatkan jangan buat macam ni, entah apa mengarut pula cara aku waktu tu.) Aku check dulu map bagi lokasi hotel-hotel di sana. Cantik…. aku pilih Batu Buruk Burok Beach Resort sebab dekat dengan gerai Nasi Dagang Kak Pah yang begitu popular, jarak hanya walking distance jer. Satu lagi sebab, resort ni berdekatan dengan pantai dan terdapat taman permainan kanak-kanak yang agak baru dan besar, sangat sesuai untuk Aqif. Ye lah, takkan aku dan isteri je nak enjoy, anak pun kenalah enjoy sama-sama, kan?
Aku tanya dulu Tatie, ok tak resort? Saja aku bagi belek-belek gambar secara online. Ok jer katanya. Yang penting harga berpatutan, selesa dan bajet yang lebih boleh guna untuk lain.
So, aku cari dalam Google je nombor telefon resort, terus aku call. Dia kata tak payah booking, walk in jer. Wah, nampak sangat orang pun dah tak ramai, ini yang syiok nih. Katanya, rate cuti sekolah RM150-160 untuk deluxe room, rate harga biasa pula RM130. Anak pun bukannya sekolah, nak buat apa berebut-rebut macam orang lain yang ada anak sekolah, ye tak?
Laman web resort: http://www.bbbr.my/
Sebenarnya, kami bukan sahaja ke Terengganu, kami juga ke sekitar Pahang dan Kelantan. Maklumlah carpacker. Mana je yang boleh lajak, kami serbu selagi ada masa, ruang dan tenaga. Cuma, kami tak menginap di Pahang atau Kelantan, jadi tak payah le booking hotel.
Setel bab resort, aku buat carian tempat-tempat menarik pula sekitar 3 negeri ni. Tuh dia, banyaknya dan macam-macam! Paling banyak di Pahang dan Terengganu. Bayangkan nak setelkan seluruh jalur jalanraya sepanjang pantai dari Kuantan ke KT, sikit punya banyak tarikan pelancongan yang ada.
Ok, semua tempat menarik aku masukkan dalam apps Evernote. Aku ikut dan jer, mana sempat aku singgah. Malas nak rushing-rushing. Kita nak relax, bukan stress.
Bersambung ke entri kedua, Carpacker 2015 – Pantai Timur – #2 Perjalanan, Temerloh dan Pusara Sudirman. Carpacker punya pasal, jam 5 pagi kami dah bangun!
Senarai entri yang dah siap:
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #2 Perjalanan, Temerloh dan Pusara Sudirman
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #3 Bandar Jerantut dan Mat Kilau
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #4 Bandar Kuantan dan Restoran “Jiwa Merdeka”
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #5 Beserah dan Cherating
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #6 Sambung Perjalanan ke Kuala Terengganu dan Batu Burok Beach Resort
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #7 Warung Nasi Dagang Kak Pah dan Sekitar Pantai Batu Burok
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #8 Chinatown Kuala Terengganu dan Graffiti
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #9 Kompleks Kraftangan Noor Arfa
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #10 Makan Tengahari Gaya “Rare” dan Masjid Terapung
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #11 Muzium Terengganu dan Keropok Losong
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #12 Pantai Batu Burok dan Review Batu Burok Beach Resort
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #13 Makan Steamboat di Pulau Duyong
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #14 Landasan Keretapi Tumpat, Kelantan
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #15 Overview Tok Aman Bali Beach Resort
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #16 Aku jatuh cinta dengan Pantai Merang dan Overview Sutra Beach Resort
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #17 Bazar Warisan dan Pasar Payang
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #18 Taman Tamadun Islam
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #19 Kuih-Muih Terengganu dan Masjid Terapung Sekali Lagi
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #20 Bulatan Batu Bersurat, Kereta Kuda dan Istana Maziah
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #21 Kota Lama Duyong
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #22 Menunggu Matahari Terbit dan Keropok Kak Yah
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #23 Menuju ke Kuala Berang dan Memorial Batu Bersurat
- Carpacker 2015 – Pantai Timur – #24 Pantai Marang dan Berakhir Sudah Carpacker Pantai Timur Pulang Ke KL
Leave a Reply