UPDATE 15 OGOS 2024: Sila rujuk entri terbaru bertajuk Renew Passport Di Imigresen UTC Pudu 2024 bagi kaedah terkini untuk buat atau renew passport.
UPDATE 24 SEPTEMBER 2022: Entri ini telah lama dan sesuai untuk layan bacaan je. Mungkin banyak prosedur telah berubah termasuk kesesakan di pejabat imigresen disebabkan ramai rakyat Malaysia mula bercuti ke luar negara setelah lebih 2 tahun ‘terkurung’ berpunca dari pandemik.
Entri asal bermula di bawah:
Hari selasa lepas, saya dan isteri renew passport di imigresen UTC Keramat. Hampir 3 tahun lebih passport kami dah tamat tempoh. Mula beratur kaunter jam 10.30pg dan selesai semua jam 12.15pm.
Walaupun ambil masa 1jam 45 minit, pegawai2 nya sgt efisien. Yang buat lambat sebab ramai org, itu pun jumlah menunggu hanyalah 20 org. Kalo banding dgn pejabat imigresen cwgn Seri Rampai, saya pernah buat tahun 2007/08 dulu dgn kecepatan 50 minit shj krn kurang org. Dgr kata cawangan Seri Rampai dah tak ada.
Ini prosedurnya bagi yg dah tamat tempoh passport lama:
- Bawa passport lama.
- Bawa Mykad masing2 dan photostat.
- Tak perlu bawah kad nikah bagai.
- Utk anak bwh 12 tahun, walaupun ada MyKID, bawa juga surat beranak ori dan photostat. MyKID tu walaupun tak diperlukan, tapi bawa gak le just in case.
- Gambar semua dah tak perlu.
- Pakai lawa2, sikat elok2 dan senyum sentiasa sbb nanti gmbr akan diambil di sana. Cuma masalah gmbr utk anak kecik yg tak reti duduk diam.
- Bayar dewasa RM200 utk 5 tahun dan kanak2 bawah 12 bayar RM100 utk 5 tahun.
- Selesai dpt, jgn terjah melancong, check dulu status PTPTN hehehhe.
Ok itu jer..
Oh ye, ntah knp depa mintak photostat. Ahkak kedai photostat tu pun heran. Katanya kalo nak renew tak payah photostat. Pd pendpt sy, mgkn krn passport dah tamat tempoh. Yg tak perlu mgkn utk passport yg expiry date dia dah hampir nak tamat tapi masih valid. Alah susah2 sgt, photostat je la… nanti byk cerita. Sekian.
Leave a Reply