Salam sejahtera pengunjung Dunia Bulat. Baru-baru ni, Malaysia Airlines (MAS) ada mengiklankan promosi akhir tahun yang mungkin berakhir Disember 2014 ini.
Bagi saya, agak murah dan berpatutan juga harganya jika dibandingkan dengan harga tanpa promosi contohnya dari Kuala Lumpur ke London yang berharga RM4600.00 (return). Saya sengaja membuat carian dengan tarikh berlepas pada 1 Mei 2015 dan pulang kembali pada 8 Mei 2014 (musim panas). Harga yang diperolehi adalah seperti di bawah ini:
RM3,089 sahaja!! Hampir sama harga dengan return tiket Airasia X yang telah saya bayar sewaktu ke sana tahun 2009. Apa lagi kawan-kawan, inilah masanya untuk ke sana atau ke destinasi-destinasi promosi yang lain. Malang bagi saya, ongkosnya nggak cukup (kali ni kena ajak wife sekali). Doakan saya dapat membeli tiket dengan harga promosi ini pada bulan Disember ni! InsyaAllah, trip kedua saya ke kota London, akan cover lebih banyak lagi tempat termasuk Muzium Harry Potter, scene stesen keretapi yang mana Harry Potter menolak troli begnya menembusi dinding dan sebagainya. =)
p/s: Perihal lama tragedi MAS usah dikenangkan. Pisang tidak boleh berbuah dua kali, dan pasti tidak akan berbuah sampai tiga kali. Siapa lagi yang nak menyokong MAS jika bukan anak tempatan sendiri.
Admin
sebenarnya, boleh cari lagi murah… ada yg boleh dptkan rm1999, ada yg dpt rm2500… itu mgkn harga yg lama … tapi utk kali ni, harganya bagi saya offer yg available buat masa skrg… semlm saya check Emirates, harga hampir sama iaitu RM30xx return.Btw, Airasia X akan mulakan perjalanan KL-London pada penghujung tahun 2015… lambat lagi. Kali ni saya tak pasti samada AAX akan landing di Stansted airport spt dulu atau lain.