Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 9 – Part 2 – 14 October Memorial & Democracy Monument
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Dewa Siam.
Pada ketika ini baru jam 12.20pm menurut data Exif dari foto. Masalah utama aku dengan tarikh di foto ialah terlupa untuk set jam di kamera Canon EOS mengikut pada waktu tempatan iaitu sejam lebih awal dari Malaysia. Cuma waktu di handphone sahaja yang tepat kerana ia akan synchronize dengan menara telekomunikasi.
Kami dah sampai di Wat Ratchanatdaram Woravihara. Asalnya terasa malas nak masuk kerana memikirkan tiada apa-apa di sini. Jadi, kami pun bergambarlah buat kenangan.
Jarak perjalanan kami dari Democracy Monument, iaitu sejauh 400 meter.
Dan kami pun keluar semula ke laluan pejalan kaki di tepi jalan sambil memerhatikan gelagat lori penyembur air untuk pokok dan tanaman di sekitar. Yang enjoy ialah Aqif maklumlah pelik tengok air pancut yang agak besar dan jangkauan yang jauh.
Sambil melihat lori air, aku baru perasan yang bangunan Wat dengan bumbung emas itu yang popular. Rupa-rupanya yang bahagian depan ni cuma sebuah kemudahan sekiranya diadakan sebarang acara keagamaan untuk rakyat awam.
Inilah bumbung keemasan yang bagi aku sangat unik binaannya.
Dia datang arah sini pula, sangat dekat dengan kami.
Dia pancut atas kepala aku pula. Cuba tengok, jauh juga jangkauan airnya. Pada ketika ni, aku masih berkira-kira… nak masuk ke dalam Wat bumbung emas tu ke atau tidak?
Ok, untuk pengetahuan pembaca, di sini serta sekitarnya adalah tempat pelancongan terkenal selain dari kawasan The Grand Palace. Banyak juga tempat bersejarah di sini. Nampak tak tertera arah ke Golden Mountain? Itulah Wat favourite aku. Entri berkenaannya akan menyusul selepas ini.
Kami menapak di sekitar luaran kawasan ini tanpa masuk ke bahagian tamannya. Ini pun masih lagi berkira-kira nak masuk atau tidak.
Ini pula ialah kubu Pom Mahakan. Akan aku ceritakan di bawah nanti.
Melayan dahulu bahagian luar. Ini adalah patung King Rama III (tempat memorial) sewaktu Dinasti Chakri. King Rama III atau dikenali sebagai King Nangklao dianggap sebagai raja yang memerintah dengan baik dan juga merupakan seorang ahli perniagaan. Baginda sering melaksanakan misi perdagangan dengan negara China.
Sedang kami menapak di bahagian tepi kawasan ini, tiba-tiba ternampak lorong untuk masuk ke dalam menuju ke Wat yang berbumbung keemasan tadi. Oh, di sini rupanya tempat landing pelancong. Boleh dikenalpasti melalui deretan minivan, bas dan tuktuk yang parking di sini.
Kami masuk melalui sini. Seronoknya kerana pintu serta temboknya mirip filem dengan latarbelakang kota kungfu zaman dulu di China. Malah tak silap aku dalam filem Ip Man juga ada props yang sama seperti tembok ni. Nun di hujung sanalah arah kami masuk dari Pom Mahakan.
Tuh dia…. senibina Wat favourite aku! Setiap satu bumbung emas tu sebenarnya adalah stupa. Pada stupa tu, kita boleh lihat susunan pencapaian kerohanian mereka dari peringkat bawah sehingga peringkat tertinggi iaitu kesatuan dengan Buddha (telah ‘menjadi’ Buddha) dan ia digelar sebagai telah mencapai ‘enlightenment’. Matlamat terakhir mereka ialah mencapai ‘nirvana’ iaitu satu keadaan transcendent yang mana manusia tersebut telah bebas dari penyakit duniawi seperti kesakitan, kesengsaraan, terlepas dari kitaran kematian serta hidup yang ‘dikitar semula’ (reincarnation) dan bersatu dengan Buddhanya.
Buddhism ini sebenarnya adalah agama falsafah malah ia bukannya sebuah agama pada mulanya. Namun, setelah beribu tahun berlalu, akibat kerinduan pada guru-guru yang mengajar mereka, maka dibina patung sebagai mewakili guru. Dan di sinilah berlakunya titik tolak kepercayaan asal yang beralih ke kepercayaan baru yang aku rasa, kalau guru mereka hidup mungkin penganutnya akan dimarahi. Kenapa?
Titik tolak kejadian itu menyebabkan patung pula yang menjadi pujaan dan dipuja sehingga ke hari ini. Malah, ada juga guru-guru yang diangkat menjadi dewa. Dewa pula, kemudiannya diangkat menjadi tuhan. Dan jadilah ia sebuah agama dengan tuhan yang banyak.
Setiap guru pada zaman dulu mungkin ada karamah/keramatnya contohnya dapat melindungi sebuah kampung. Jadi, guru yang telah meninggal dunia diangkat sebagai dewa keselamatan. Ada juga guru yang berkelebihan dalam bab rezeki, jadilah dewa rezeki. Seperti yang aku katakan tadi, jika tok guru mereka masih hidup, mungkin penganutnya akan dimarahi kerana matlamat asal untuk bersatu dengan Buddha dan melepaskan diri dari kesengsaraan tidak tercapai dan sia-sia sahaja.
Aku terus menapak untuk masuk ke tempat ini yang dikenali sebagai Loha Prasat.
Pintu masuk ke dalam Loha Prasat. Tiada sebarang bayaran dikenakan cuma kalau pembaca di sini ada yang beragama Buddha, bolehlah menderma di sini.
Loha Prasat bukanlah sebuah tokong atau Wat kerana ia hanya menempatkan patung-patung Buddha dan sami zaman dulu. Terdapat juga patung makhluk-makhluk dari alam ghaib yang diukir di sini. Berkemungkinan besar, adanya tempat simpanan abu mayat sami yang telah meninggal dunia dahulu.
Keunikan Loha Prasat ialah ia mempunyai banyak koridor, lorong dan bilik-bilik. Kita boleh naik sehingga ke… tak silap aku, tingkat 3.
Tangganya yang menghubungkan tingkat-tingkat semuanya jenis spiral. Ini juga satu keunikan bagi kami. Jika ingin melawat, jangan lupa untuk hadir sebelum jam 4.50 petang kerana ia ditutup pada waktu itu. Dicadangkan untuk menghabiskan masa di antara 30-45 minit di sini.
Naik tangga, tapi bukanlah naik ke tingkat dua, tapi terus ke kawasan bumbungnya yang open air.
Kemudian kami melalui koridor-koridor yang terdapat di sini. Kelihatan banyak susunan patung.
Patung-patung di sini hanya simpanan sahaja dan bukannya untuk sembahan kerana aku tak nampak sebarang colok, bekas colok dan sebagainya di sini. Sofa juga disediakan jika kepenatan.
Jika diperhatikan, patung-patung di sini sengaja dipakaikan baju sami yang keorenan atau kekuningan. Di sebelah kiri aku pula, terdapat sebuah papan informasi berwarna hitam yang dilekatkan di dinding. Terdapat banyak papan yang sama sepanjang koridor.
Papan ini mewakili petikan kata-kata falsafah dari Buddha. Banyak juga papan yang aku teliti dan membacanya kerana ia banyak menerangkan tentang perjalanan kehidupan seseorang manusia. Ini semua sekadar pengetahuan bagi kami.
Satu satu patung buddha yang ‘dibelenggu’ dengan ular berkepala tujuh. Banyak versi terjemahan dari patung ini. Pada pendapat aku, ular bukanlah jin yang menyamar yang mengajar sami-sami. Tapi ular mewakili hawa nafsu atau hasutan syaitan dan iblis. Jadi, patung ini menunjukkan ketahanan yang diperlukan untuk menjadi sami yang ingin mencapai kesatuan dengan Buddha. Makin menuju ke kesatuan, makin kuat gangguan iblis dan syaitan.
Tapi..
Ada juga pendapat mengatakan makhluk kategori ‘serpent’ ini membawa maksud ‘wisdom’ dalam akal setiap ahli kerohanian.
Di bahagian koridor yang lain..
Rupanya baru aku perasan, kami hanya berlegar di tingkat 3 iaitu tingkat teratas. Entah bagaimana, aku lupa…. samada kami terlupa nak ke tingkat dua atau sememangnya ia ditutup laluannya. Apa-apapun, tingkat 3 pun dah lebih dari cukup.
Oh view dari sini sangat menarik! Kerana akhirnya kami berada berdekatan dengan bumbung keemasannya.
Merekodkan kedatangan aku ke sini dengan catatan ‘Know Yourself’. Ya, kenalilah diri anda sendiri kerana awal agama itu, mengenal Allah.
Loha Prasat ialah salah satu bangunan dalam keseluruhan kawasan ini yang digelar Wat Ratchanatdaram Woravihara.
Ini pula betul-betul bertentangan di hadapan pintu masuk ke Loha Prasat. Teringin juga aku nak tahu apakah maksud bintang dengan 8 bucu.
Dan barulah kami melawat ke bahagian Wat utama yang memang terkenal dalam Trip Advisor.
Apa yang aku minat di sini?
Lihatlah hasil kesenian lukisan di syilingnya. Melihat pada ramai penganutnya yang terbang menuju ke sesuatu tempat, mengingatkan aku pada lagu M. Nasir, Tanya Sama Itu Hud-Hud.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh
Uuh… Sang Algojo
Uuh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ada lagi Wat yang ke-2, tapi cukuplah.
Sedikit sebanyak tentang sejarah Wat dan sekitarnya.
Jam hampir 1.05pm dan kami menuju ke simpang tadi iaitu ke Pom Mahakan (jangan tersasul sebut Pak Menakan pulak).
Selepas melintas jalan, kami pun meninjau-ninjau kawasan sekitarnya.
Pom Mahakan ini merupakan sebuah kubu. Sewaktu kami datang ke sini, ianya ditutup kerana sedang dalam proses pembaikan. Asalnya ia dibina pada tahun 1783 di zaman pemerintahan King Rama III dan sekarang telah berusia 236 tahun. Golongan yang menetap di dalam kubu ini ialah para bangsawan kerana mahu menetap berdekatan dengan Raja mereka.
Disebabkan tiada apa yang boleh dilihat di Pom Mahakan, jadi kami beransur menuju ke tempat lain. Ini pula dari arah awal tadi iaitu Democracy Monument.
Dan ini pula jalan bertentangan yang menuju ke sebuah Wat yang lain.
Kami tidak terlepas untuk bergambar di hadapan kubu iaitu pemandangan kubu yang ikonik dan perlu dilihat dari hadapan jalan besar. Mari ikut perjalanan kami ke The Golden Mountain!
Leave a Reply