Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 9 – Part 5 – Funarium
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Semasa kami di luar Funarium, kami menapak sehingga ke jalan besar. Pada ketika tu, kami agak ‘lost’ kerana tidak tahu di mana hendak mencari tuktuk motorsikal. Berkat ilmu tenang dan berserah pada gerak hati, kami menapak ke sebuah stesen minyak.
Seingat aku, di sinilah lokasi stesen minyak ESSO tu.
Rupa-rupanya ramai menunggu di kawasan stesen minyak di bahagian tepi berdekatan tempat mengepam tayar. Ramai beratur, dah macam naik bas pula. Apa yang menariknya, mereka tidak berebut-rebut. Dan kami pula terpaksa beratur bersama dengan ramai pekerja pejabat di situ. Walaubagaimanapun, tidaklah terlalu lama kami beratur, lebih kurang 4-5 minit sahaja kerana tuktuk motorsikal mereka terlampau banyak.
Harga tambangnya sama, THB50/orang. Lalu kami terus kembali semula ke stesen BTS Phrom Phong.
Di stesen ini, kami tertarik dengan tiga buah shopping mall yang terletak sebelah-menyebelah sahaja. Lagipun waktu masih awal jam 6.20 petang dan menapak ke shopping mall yang pertama.
Di sini masih kawasan stesen BTS Phrom Phong. Ini cara pengiklanan yang menarik perhatian. Aku terasa seperti benar-benar wujudnya anak dinasour dalam kotak ni.
Kelihatan dari jauh dan bakal kami tuju ialah The Emporium. Sangat cantik dekorasi lampu kecil-kecil yang sememangnya dihias sempena Hari Krismas yang telah berlangsung 10 hari yang lalu.
Twinkle twinkle little star!
Di sebelah The Emporium kiri pula adalah shopping mall kedua iaitu The EmQuartier.
Sekarang, kami bergambar pula di bawah lampu-lampu kecil tadi. Kalaulah langit telah gelap sepenuhnya, pasti lampu di sini bertambah cantik.
Tiba-tiba Aqif terjumpa pula cermin di sini. Seolah-olah seperti ‘right on time’ apabila aku mengambil gambar candid sedang melihat cermin walhal mukanya pantul ke arah mata aku.
Teringat pula lagu dari M. Nasir bertajuk Di Balik Cermin Mimpi. Semoga kau mengenal dirimu nak…
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat…
Twinkle twinkle lagi sambil membelakangi pintu masuk The Emporium.
Ini pula di hadapan pintu masuk shopping mall ketiga iaitu The Helix Quartier.
Untuk pengetahuan pembaca, semua ketiga-tiga mall ini kami tidak masuk ke dalam akibat kepenatan sedikit. Satu lagi perkara, tidak ada apa yang menarik untuk dibeli di sini. Kami lebih suka membeli di night market yang akan kami terjah sebentar nanti.
Advertising board di sini mirip seperti di Piccadilly Circus, London.
Tatie dan Aqif bergambar berdekatan dengan pokok krismas gergasi sebagai kenangan.
Bergambar di pintu masuk The EmQuartier sebelum bergerak pulang.
Jam 6.30 petang kami mula berjalan ke arah stesen BTS Phrom Phong semula. Rupanya, kami di sini hanyalah 10 minit sahaja walaupun bergambar berhadapan tiga buah mall.
Entri kami yang terakhir untuk hari ke-9 di bumi Thailand ini ialah ke Khao San Road dan meninjau Suzie Walk.
Leave a Reply