Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 5 – Hello Kitty Bangkok!!
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Ini pemandangan kanan iaitu jalan yang kami sampai awalnya.
Ini pula bahagian kirinya. Senang cerita, kami di hadapan pintu masuk Siam Square One selepas keluar dari shoplot Hello Kitty House.
Kucing… tak pasti binaan berkaitan dengan Hello Kitty House atau tidak.
Aku nak cerita sedikit tentang Siam Square One. Binaannya agak pelik kerana lantainya condong 5 darjah seperti menaiki bukit. Bagi setiap 1-2 meter terdapatnya bonggol mini bertindak sebagai ‘stopper’ khas untuk yang membawa stroller bayi atau shopping cart. Stopper atau tidak, pada pendapat aku macam tak praktikal walaupun diakui adanya unsur kelainan dan tarikan.
‘Pendakian’ berakhir hingga sini. Kami hanya lalu di bahagian tengah sahaja tanpa menaiki ke tingkat atas yang lain. Dari jauh ternampak beruang kutub sedang berdiri. Aku juga baru perasan terdapatnya hiasan pokok yang seolah-seolah berbentuk seperti rumah ‘Ewoks’ dalam movie Star Wars, Return of the Jedi tahun 80an.
Kebanyakan yang lalu lalang di sini biasanya berhajat untuk cross ke arah bahagian luar Siam Square One (menghadap Hello Kitty) atau menuju ke Siam Paragon, Siam Center atau Siam Discovery.
Rombongan anak beranak beruang kutub. Aku rasa beruang ni hanya hiasan sementara sahaja kerana ketika ini masih lagi dalam mood Christmas. Dan bila tiba giliran korang bertandang ke sini, mungkin dah tiada… sob sob.
Bagi peminat anime dan games yang selalu kita nampak dalam iklan app Android, mungkin tahu.
Haa kan dah kata. Masih lagi dalam mood Christmas.
Untuk pengetahuan korang, Siam Square One dan Siam Paragon ni terletak bersebelahan sahaja dalam jarak kurang dari 100 meter. Hanya seberang jalan. Aku dah terlupa samada kami melalui jejantas khas atau terus melintas jalan untuk ke sini.
Seperti arca-arca dan patung yang terdapat dalam filem Alice in Wonderland.
Sangat mudah untuk ke sini jika menaiki MRT. Adoi.. lupa pula nak bergambar dengan tulisan La La Land. Ia merupakan promosi bagi movie La La Land.
Suasana di bahagian dalam Siam Paragon. Kami tak berminat untuk masuk lebih dalam kerana hati lebih terpaut pada night market yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Ruangan dalamannya agak besar dan bertingkat-tingkat.
Sebenarnya di Siam Paragon ni kami buat syarat dah menjejakkan kaki ke sini. Pertama, kerana ianya landmark penting dan terkenal dan kedua, kerana kedua ibubapaku pernah tiba ke sini pada tahun 2012 dahulu melalui overland juga dengan menaiki bas persiaran dari Bukit Kayu Hitam hingga ke sempadan Cambodia.
Tiga beranak ‘binatang’ berwarna putih terjelir lidah di hadapan. Semasa di sini, aku diberi amaran oleh pak guard agar tidak mendekati air pancutan di sini. Baiklah aku akur kerana untuk kebaikan juga. Nanti tak pasal-pasal basah kuyup pula baju akibat teruja sampai lupa diri bila berada di sini. Tapikan… kalau aku pakai baju coat dan tie, mungkin dia tak tegur.. dasar diskriminasi! ๐
Pintu masuk ke Siam Paragon. Mulanya aku beranggapan yang pintu ini bukan pintu utama. Bila aku check semula dalam Google Maps, ternyata inilah pintu utama. Apa tidaknya, dataran pintu ini terletak menghadap Siam Center dan bukannya jalan utama seperti mana Pavilion dan Lot 10 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dataran ni dikira sebagai tingkat 1 dan terdapat juga pintu masuk di tingkat bawah yang betul-betul menghadap jalan besar, namun tidaklah grand sangat pintunya seperti di dataran sini. Dan dari jalan besar, korang takkan nampak dataran ni.
Abam sampai dah. Korang bila lagi? Lepas ni abam sekeluarga menapak pula ke bangunan sebelahnya iaitu Siam Center dan Siam Discovery.
Leave a Reply