Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 13 – Part 1 – Vientiane, Lao National Culture Hall & Lao National Museum
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Dari Lao Cultural Museum, kami menapak ke Jamia Mosque. Kebiasaannya akan terdapat restoran atau warung halal di sekitar masjid, begitulah sangkaan kami.
Setibanya di sini, sangkaan kami meleset 100%. Langsung tiada apa-apa di sekitar. Yang ada hanyalah masjid sahaja. Buat para pembaca, jangan cari restoran atau warung halal di sini.
Akibat letih dan masih lesu, kami melepak seketika di sini dan mengerjakan apa-apa yang patut.
Masam mencuka muka aku akibat berpusing-pusing tanpa arah tuju.
Penyudahnya, aku bercadang untuk lepak sekali lagi di restoran Dhaka. Kalau boleh nak mengelak kerana harganya agak mahal. Apakan daya, tiada pilihan.
Restoran halal di Vientiane sangatlah susah……….
Kami pilih packet 12 kerana nampak tak pedas dan sesuai dimakan bersama anak. Nasi juga disediakan untuk packet ini. Harganya 120 ribu kip bersamaan RM58.00.
Semasa menulis entri ini, terkejut juga aku. Kami menapak dari Lao Cultural Museum hingga ke Restoran Dhaka sejauh 5.8km!! Aku tau sebabnya… sebab masih fobia dengan tuktuk dan nak mengelak dari menaikinya, risau kena scam seperti hari semalam.
Selesai makan, kami berlegar bahagian luar restoran sambil memikirkan destinasi pelancongan di sini yang terdekat. Kiranya, destinasi ni yang terakhir untuk hari ini dan ingin pulang semula ke hotel dan berehat.
Hasil carian dalam GPS, kami bercadang menuju ke Wat Inpeng atas kerana ianya disenaraikan sebagai top 10 dalam Tripadvisor.
Di bahagian tepi restoran ada perkumpulan tuktuk motorsikal. Aku menghampiri untuk bertanyakan tambang ke Wat Inpeng. Kali ini, aku mengeluarkan phone, membuka app Calculator dan menaip 20,000 kerana katanya tambang untuk kami semua adalah 20,000 kip. Beliau mengangguk tanda benar nombor yang aku inputkan.
Disebabkan beliau petah English, berulang kali aku bercerita tentang harga kena scam semalam. Katanya, tak perlu risau dan berjanji apa yang disebut itulah harganya.
Apabila sampai di Wat Inpeng, ternyata benar apa yang diperkatakannya. Lalu kami pun masuk ke dalam.
Wat ini sama sahaja seperti wat-wat yang lain. Perbezaan ketara yang aku dapati di sini ialah penggunaan warna merah yang banyak.
Sejarah Wat Inpeng ini bermula dari abad ke-16 apabila raja mengarahkan agar dibina sebuah wat baru untuk ibu negeri baru mereka di Vientiane.
Apabila melihat ke atas, korang akan melihat susunan hiasan yang luar biasa di syilingnya. Ini benar-benar karya seni yang menakjubkan.
Disebabkan usianya yang lama, ia mewakili kesenian berlatarbelakangkan kisah kehidupan dan sejarah Laos semenjak dari abad ke-16. Namun, tidak diketahui kenapa ia menerima jumlah pelancong yang sedikit setiap tahun.
Selama lebih dari 150 tahun, Wat Inpeng berdiri sebagai struktur besar yang digunakan untuk pemujaan dan sebagai rumah bagi penganut Buddha. Sehinggalah pada tahun 1827, segalanya berakhir. Raja pada masa itu memberontak melawan Tentera Siam yang menjajah. Akibatnya, tentera Siam menghancurkan kota, sekaligus menghancurkan kuil pada masa yang sama.
Selama bertahun-tahun ia telah dibina semula atau diubah suai dalam beberapa fasa. Yang terbaru adalah oleh seorang rakyat France pada tahun 1930-an yang membina semula struktur tersebut.
Pintu gerbang untuk masuk ke Wat Inpeng. Pada awalnya, kami masuk dari pintu belakang. Pada tahun 2020, istilah pintu belakang sangat sensitif…. faham-faham sajalah.
Bergambar kenangan di hadapan Wat Inpeng sebelum pulang semula ke hotel tempat raja bersiung bersemayam.
Leave a Reply