Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 15 – Part 1 – Bangkok Kami Datang Lagi & Hotel Di Lat Krabang
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Tepat jam 4.00 pagi, kami semua bangun bagi persiapan untuk pulang ke KL. Disebabkan jarak dari hotel ke lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi hanya 5 minit sahaja dengan teksi, pagi ini tidaklah kelam-kabut seperti hari-hari sebelumnya.
Staf reception hotel membantu kami mendapatkan teksi di luar hotel. Tambang teksi pagi-pagi begini dicaj THB120 untuk jarak 4.0 km. Tunggu di luar 5 minit sahaja dan teksi pun tiba. Tak susah sangat.
Ini adalah pertama kali kami sekeluarga menjejakkan kaki ke lapangan terbang Suvarnabhumi. Teruja juga kerana sering melihat gambar-gambar rakan FB yang travel ke Bangkok.
Banyak dekorasi dalaman yang cantik dan ia mewakili kesenian dan kebudayaan Thailand.
Sambil Tatie dan Aqif ke tandas, aku menikmati pemandangan dalaman di kawasan departure ini.
Menapak dari hujung ke hujung aku rasakan hampir 300 meter panjangnya.
Jam 6.15 pagi, kami pun masuk ke dalam kabin MAS.
15 minit kemudian, barulah kapal berlepas. Selamat tinggal Thailand! Negara anda best gila!
MAS seperti biasa, free meals.
Berakhirlah sudah (17 Januari 2017), pengembaraan lasak anak beranak secara overland dari KL bergerak ke Padang Besar, Hatyai, Prachuap Khiri Khan, Maeklong Railway, Nakhon Pathom, Kanchanaburi, Bangkok, Lopburi, Ayutthaya, Nong Khai, Vientiane (Laos) dan akhir sekali kembali semula ke Bangkok selama 16 hari.
Alhamdulillah, perjalanan lancar dan keselamatan terjamin. Untuk masalah-masalah kecil tu biasalah, mana ada segalanya 100% sempurna.
Penerbangan selama 2 jam. Pada jam 10.00 pagi, kami pun landing di KLIA. Dah sekian lama aku tak jejak kaki di sini. Pada ketika ni Aqif belum mengerti tentang perihal kapal terbang, masuk ke dalam kapal lalu terbang. Dan ini juga penerbangan pertama Aqif. Yang kelakarnya, penerbangan pertama ini bukanlah penerbangan dari Malaysia ke luar, tapi terbalik. Sejarah hidup kau akan unik wahai Aqif.
Pada mulanya, aku beranggapan mungkin perlu ke KLIA2 dahalu bagi mendapatkan bas. Rupanya, di KLIA1 juga boleh terus menaiki bas menuju ke Terminal TBS.
Bahagian dalam yang ber-aircond agak padat dengan penumpang, jadi kami duduk di luar sahaja.
Selesailah sudah kisah perjalanan travelog Thailand-Laos yang berjaya disiapkan selama 3 tahun! Lama weh dan aku tak suka buat kerja separuh jalan. Sikit-sikit lama-kelamaan habis juga. Buat follower setia blog kami, terimalah salam kasih sayang dari kami sekeluarga buat korang.
Semoga coretan perjalanan ini menjadi inspirasi bagi ibubapa yang ingin menjadi backpackers berkeluarga. Segala kos-kos hangus akan aku kongsikan dalam entri akan datang – Ringkasan Perbelanjaan Kembara Secara Overland Dari Thailand Ke Laos.
Psst rahsia ni… tahukah korang, bulan September 2019 yang lepas, sepatutnya entri terbaru blog bakal ditulis iaitu kembara lasak ke London, Paris, Brussels, Belgium, Amsterdam, Hamburg, Berlin, Gdansk, Warsaw, Krakow, Budapest, Bratislava, Vienna, Prague, Salzburg, Munich, Innsbruck, Zurich, Interlaken, Lauterbrunnen, Jungfrau dan Geneva selama 2 bulan.
Hah, tuh dia! Malangnya… sabar jangan marah ya, sabar…. ongkos kami belum cukup! Kihkihkih. Yang travel solo tu bolehlah, RM6000 pun lepas untuk 2 bulan. Yang kami travel berkeluarga, kos mencecah sebijik Perodua MYVI 1.3 tau! Doa-doakanlah agar kami dapat melunaskan hutang-hutang duniawi yang ada terlebih dahulu, dimurahkan rezeki ke sana dan seterusnya menulis blog yang sangat terperinci bagi travel dan panduan ke Europe untuk korang.
p/s: Entri terakhir ini ditulis pada hari ke-48 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-4. Tahun 2020 ni makin mereputlah semua di Malaysia disebabkan Covid-19. Tahniah!
Leave a Reply