Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 8 – MBK Center & Chatuchak Park, Bangkok
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Di tepi jalan yang menghadap stesen BTS Mo Chit terdapatnya tiga jenis pengangkutan; bas, Skytrain dan underground MRT! Aku pun teliti peta laluan. Ok, stesen terakhirnya ialah Hua Lamphong.
Aku memang berhajat sangat nak ke stesen keretapi Hua Lamphong kerana ia merupakan stesen terbesar di Thailand. Satu lagi sebab kerana teruja dengan pengembaraan rakan-rakan aku yang overland menuju ke Bangkok menaiki tren. Ruangan dalaman stesen sering dijadikan sebagai checkpoint bergambar apabila tiba di bandar ini. “Kami dah sampai Bangkok!” sering berkumandang dalam kepala aku.
Manakala kami pula, walaupun overland dari selatan Thailand tapi tak berkesempatan berhenti di stesen Hua Lamphong kerana arah tujuan kami berbeza iaitu ke arah Maeklong Railway Market dan seterusnya ke Nakhon Pathom dan berakhir di Kanchanaburi bagi kawasan barat Thailand. Dan bila tiba di Bangkok dari Kanchanaburi, kami berhenti pula di stesen Thonburi.
Menuju ke bawah tanah stesen MRT di Mo Chit ini tidak susah. Korang hanya perlu cari escalator ke bawah sahaja.
Pada waktu seperti ini, masih terdapat kerusi kosong yang boleh diduduki. Untuk pengetahuan korang, perjalanan menaiki MRT menuju ke stesen Hua Lamphong sebenarnya lebih jauh dan tambang sedikit mahal dari menaiki Skytrain. Tapi dek kerana nak mencuba juga, kami pun naik. Penumpang tempatan perangai sama juga dengan orang kita, tangan tak pernah lekang dengan phone.
Perbezaan menaiki MRT berbanding Skytrain dari Mo Chit menuju ke Hua Lamphong ialah, kami tidak perlu transit di stesen National Stadium dan bertukar ke line Sukhumvit. MRT ini terus sahaja ke Hua Lamphong.
Tenang dan sunyi sahaja. Maklumlah underground. Aku dapati, MRT di sini lebih menggalakkan penumpang untuk berdiri. Gerabaknya juga lebih lebar dari Skytrain, sesuailah digelar “MRT”.
Muka masing-masing dah penat, mata pun sedikit merah.
Ok, bila tiba di stesen Hua Lamphong inilah yang menyebabkan aku terasa penat betul berjalan kaki.
Selepas keluar dari tren MRT, inilah laluan bawah tanah yang kami perlu menapak bagi menuju ke stesen Hua Lamphong. Dah sampai ke hujung tu, ada lagi sambungan laluan sebegini yang panjangnya juga sama. Mampuih! Gila penat. Untuk pengetahuan korang, beberapa hari lagi kami juga akan tempuh laluan yang sama ini juga, dengan tambahan backpack seberat 12 kilo setiap seorang!
Pintu keluar underground MRT terletak di luar stesen Hua Lamphong. Jadi, kami pun lalu di kawasan luar ini. Teruja pula aku kerana pernah melihat gambar-gambar dalam net betapa ramai penumpang yang menunggu waktu ketibaan tren masing-masing. Sambil tu mereka melabuhkan diri di luar sini.
Sesi bergambar di pintu masuk stesen. Bangunan serta pintunya masih mengekalkan ciri-ciri asal.
Tatie bergambar membelakangi kaunter-kaunter tiket di sini. Terdapat 26 kaunter tiket dan 14 platform. Nama Hua Lamphong ini hanya dikenali oleh pengembara dan pelancong luar. Bagi orang tempatan, mereka menggelarnya stesen Krung Thep. Maksud “Hua Lamphong” juga tidak diketahui maksudnya dan dari mana ia berasal.
Percaya atau tidak, pakar mengatakan nama Hua Lamphong berasal dari perkataan Melayu! Hua bermaksud Khua dalam bahasa Siam iaitu jambatan manakala Lamphong (Lumphung) bermaksud ‘sementara’ dalam bahasa Melayu. Jadi terjemahan penuh, Jambatan Sementara. Mungkin dahulunya ada jambatan di sini, lagipun terdapatnya sungai betul-betul di sebelah stesen ini.
Sewaktu kami berada di sini iaitu tahun 2017, maka genaplah 100 tahun usia stesen Hua Lamphong yang telah dibina pada tahun 1916. Ianya dibina dengan gaya Italian Neo-Renaissance dengan meniru rekaan stesen Hauptbahnhof di Frankfurt, German sebagai prototaip. Patutlah rekabentuknya hampir sama dengan stesen-stesen di London seperti St. Pancras, King Cross dan Paddington.
Signboard ini sangat penting bagi yang pertama kali sampai di Bangkok. Setiap hari, stesen Hua Lamphong melayani 60 ribu orang penumpang.
Dari stesen, kami pulang semula ke hotel tapi singgah dahulu di Khao San Road dengan menaiki tuktuk motorsikal. Terbang juga hampir THB150. Bagi aku sangat mahal bagi perjalanan sejauh 4.8km. Dah penat sangat, malas nak naik bas awam. Korang nampak ada tiang sebelah baju-baju tu?
Terkejut kau… siap ada cicak tokek melekat di tiang. Ingatkan betul, rupanya tokek getah.
Kami masuk ke Khao San Road dari arah timur. Di sini banyak juga kedai-kedai yang menjual pakaian.
Kami sekadar melihat sahaja, tak beli apa-apa.
Aku cukup suka mengambil gambar kedai-kedai yang mempunyai lighting yang menarik seperti ini.
Selepas melalui jalan Khao San Road yang hiruk pikuk dengan bising macam disko, kami pun berhajat terus menuju ke jalan Soi Rambuttri yang telah kami lalui semalam. Bunyi macam rambutan, tapi bukan. Soi pula bermaksud ‘lorong’.
Pak sedara korang tengah menunggu nak ajak bersembang…
Cantik lighting di sini…
Suasana dine in di sini lebih aman berbanding di Khao San Road.
Berjalan-jalan di sini selamat, insyaAllah jangan risau.
Untuk non-muslim yang kaki mabuk. Pemandangan seperti ini tidak terdapat di Malaysia kerana undang-undang kita menegah penjualan arak secara terbuka.
Berjalan-jalan di sini juga aman terasa. Tiada kepoh-kepoh atau happening melampau. 70% dipenuhi orang warga asing.
Kalau nak jalan di sini, pastikan korang berpandukan Google Maps kerana ada beberapa lorong-lorong yang berpecah dua.
Di sini, Tatie hanya meninjau-ninjau dahulu pakaian yang ingin dibeli. Esok hari terakhir kami di Bangkok, mungkin akan membelinya nanti.
Kembali semula ke Barnana Hostel. Maka, tamatlah kembara kami pada hari ke 8 di Thailand. Kita bersambung pula pada hari esok.
Saat JB
Assalamualaikum…nak tanye ada tak group yg boleh buat.perjalanan sepertimana tuan.dan keluarga tuan lakukan…saya juga berminat kalonada group yg boleh anjurkan backpackers sebegini, terima kasih respon tua jua…
Admin
Waalaikumsalam… saya rasa mgkn tuan boleh rujuk group Backpackers Buddies Malaysia di FB. Cuma, kebykan yg travel backpacking ni terdiri dari org2 bujang dan bukan famili. Kecualilah kalau tuan cari group yg memang semuanya bujang atau solo traveler.