Warning: Artikel panjang dan khas buat ibubapa.
Dalam perihal mengembara bersama keluarga, kami sering mendapat persoalan dari rakan-rakan serta netizen tentang persekolah anak-anak apabila mereka telah mula memasuki alam persekolahan.
Sebelum ini, hanya seorang sahaja anak kami yang bertadika dan adakalanya alam tadika hanyalah tentang keseronokan semata-mata dan sekali-sekala kami skip kelas dan (sebagai contoh) pusing seluruh Semenanjung Malaysia selama seminggu. Banyak yang diajar di tadika, boleh diajar oleh ibubapa. Antara kami berdua, isteri lebih pandai mengajar dariku.
Apabila masuk tahun 2020, anak sulung telah mula memasuki darjah 1. Dan sebagai pengembara (kental atau biasa), ini sedikit sebanyak akan mengurangkan dari segi masa untuk membawa keluarga mengembara. Akan tetapi, hobi atau cita-cita kami yang dah dewasa ini perlu dipendam atau ‘slow down’ untuk memberi ruang pada anak memperoleh pelajaran yang wajib di sekolah kerana itu lebih penting dari segala-galanya.
Pengurusan Jadual Percutian Melalui Kalendar
Untuk melihat lebih jelas hari-hari dalam tempoh setahun ini yang boleh selit untuk mengembara berkeluarga, aku telah menambahbaik kalendar kosong dengan diisi dengan pelbagai jenis aktiviti seperti cuti awam, cuti penggal persekolahan, cuti long-term dan ‘cuti selit’. Semua cuti awam ini telah aku synchronize sebaik mungkin dengan beberapa sumber online. Seeloknya menggunakan Google Calendar sahaja lebih mudah. Tapi untuk tujuan sharing, Google Calendar agak privasi untuk dikongsi. Pembaca boleh skrol kalendar di bawah atau klik Download untuk mendapatkan file docx (boleh digunakan untuk edit sendiri).
Penerangan tentang kalendar di atas:
- Bintang hijau – mewakili ‘cuti selit’ yang boleh anda lakukan bersama keluarga ke tempat-tempat yang berdekatan. Jika diamati, setiap ‘cuti selit’ bermula pada hari Jumaat. Bagi anak kami, sesi persekolahan hanya pada waktu pagi sahaja. Ini memudahkan kami berangkat ke mana-mana selepas solat Jumaat dan pulang pada Ahad malam.
- Bintang merah – mewakili cuti awam.
- Kotak hijau – mewakili cuti penggal persekolahan.
- Kotak oren – sama seperti bintang merah.
- Bintang ungu – ini ‘cuti tambahan’. Jangan cakap aku yang ajar bukan-bukan, ok? Pandai-pandailah nak hidup. Sebenarnya, ‘cuti tambahan’ ini aku selitkan juga kerana ada keluarga yang susah untuk mengembara dalam setahun kerana pelbagai sebab dan mungkin tiba-tiba ada bajet yang mencukupi, bolehlah menyelit melalui bintang ungu sekali atau dua kali dalam setahun.
- Hari Jumaat dan bintang ungu (Isnin):
- Cuba anda lihat contoh bagi tarikh 10-13 Januari.
- Ada yang mampu bercuti bermula dari hari Jumaat (terpaksa cuti tambahan) hingga hari Ahad. Golongan ini biasanya akan mula menaiki flight pada Khamis malam apabila anak-anak selesai pulang dari sekolah dan ibubapa juga tamat waktu bekerja. Jadi, jumlah hari percutian akan menjadi 4 hari.
- Ada yang mampu bercuti bermula dari hari Sabtu hingga hari Isnin (terpaksa ambil cuti tambahan). Golongan ini biasanya akan mula menaiki flight pada Jumaat malam. Jadi, jumlah hari percutian akan menjadi 4 hari.
- Bintang ungu bukan pada hari Isnin – untuk contoh ini, sila rujuk tarikh 20-23 Ogos. Adakalanya, terdapat cuti yang bersambung iaitu Cuti Awal Muharram pada 20 Ogos (Khamis), kemudian bersekolah/bekerja semula pada 21 Ogos (Jumaat) dan bercuti pula pada hari Sabtu/Ahad keesokan harinya. Jadi, pada tarikh ini juga boleh ‘cuti selit’.
Namun, segala cuti di atas mungkin akan mengalami perubahan bagi setiap individu kerana:
- Kalendar ini sesuai untuk sekolah anak kami dan mungkin tidak sama untuk sekolah anak anda.
- Kalendar ini berdasarkan cuti bagi sekolah kumpulan B dan bukan untuk kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu).
- Kalendar ini untuk sekolah rendah dan bukan sekolah menengah.
- Kalendar ini untuk tahap 1 (darjah 1, 2 dan 3) dan bukan untuk tahap 2 (darjah 4, 5 dan 6). Tahap 1 tiada peperiksaan sepanjang tahun berbanding tahap 2.
- Kalendar ini untuk sekolah sesi pagi dan bukan untuk sesi petang.
- Ada sesetengah sekolah yang mempunyai aktiviti pada hari Sabtu tetapi tidak bagi sekolah anak kami.
Ke negara mana boleh terjah semasa ‘cuti selit’?
Berikut adalah senarai beberapa buah negara / bandar yang boleh diterjah:
- Dalam negara – untuk perjalanan di antara negeri maksima sejauh 300km sahaja (3.5 jam). Jika lebih jam, akan kepenatan dan sebahagian masa telah dibazirkan atas jalan raya semata-mata. Jika makan masa sampai 4 jam, lebih baik naik flight bercuti ke luar negara.
- Luar negara dipecahkan kepada tiga jenis hari iaitu cuti 3 hari, 4 hari dan 5 hari. Tempoh penerbangan pula mengambil masa tidak lebih dari 5 jam dan tanpa transit.
- Negara jiran seperti Hat Yai (Thailand) dan Singapore tidak dimasukkan dalam senarai di bawah kerana sangat dekat dan penerbangan kurang dari 1 jam.
- Maaf buat bapak-bapak dan mak-mak, dukacita dimaklumkan, destinasi seperti US, Canada, New Zealand, Australia, Afrika, Timur Tengah dan keseluruhan Europe tak dicadangkan di sini memandangkan tempoh flight sahaja mengambil masa minima 6.5 jam hingga 20 jam. Memang tidak akan cukup masa jika bercuti selama 5 hari sekalipun.
- Jadual di bawah disusun mengikut tempoh penerbangan dari cepat hingga lambat.
- Perlu diingatkan, tempoh penerbangan di bawah belum lagi dicampur dengan tempoh 2 jam yang perlu berada di airport sebelum berlepas dan 2 jam selepas tiba (passport, bagasi dll).
- Hanya cuti sekolah hujung tahun selama 40 hari sahaja aku tak highlight di sini kerana ia tidak melibatkan hari persekolahan.
Nota: Jangan lupa untuk klik page seterusnya dalam jadual di atas.
Adakah praktikal kaedah ‘cuti selit’?
Praktikal kerana:
- Sebagai individu atau keluarga seperti kami yang mempunyai minat mengembara, ini adalah ‘heaven’ walaupun terasa penat dan letih.
- Dapat bonding bersama keluarga.
- ‘Cuti selit’ adalah kaedah untuk stress-free dan lari dari hiruk-pikuk bandar.
- ‘Cuti selit’ adalah weekend getaway.
- Hidup akan bertambah fun dan bukan hanya terperap dalam daerah atau bandar yang sama atau mengulangi rutin harian yang sama setiap hari.
- Waktu cuti: Bertolak Jumaat petang atau malam dan pulang semula pada Ahad malam.
- Praktikal untuk yang mempunyai anak kurang dari dua orang. Jika anak masing-masing dah bersekolah menengah, seberapa ramai pun boleh.
Tidak praktikal kerana:
- Kepenatan kerana mengejar masa (solusi: hadkan jumlah tempat tourist attraction dari Top 10 ke Top 5 sahaja di bandar itu. Yang penting, dapat jejakkan kaki ke sana).
- Tidak cukup masa (solusi: abaikan kaedah backpacker kental yang bergantung pada public transport semata-mata. Sebaliknya sewa sahaja van dengan pemandu untuk membawa sekeluarga ke mana-mana. Lagipun tiga hari sahaja bercuti dan belanja sewa van tidak terlalu banyak).
- Waktu cuti yang singkat dan tiada hari buffer untuk merehatkan badan sebelum mula bekerja atau bersekolah akan menyebabkan terpaksa extend cuti tambahan pada hari Isnin kerana penat belum hilang.
- Cuti selama 3 berturut-turut hari terdapat 28 kali dalam tempoh setahun dan negara yang boleh dilawati hanyalah yang berjarak kurang dari 4 jam perjalanan di udara. Adakah praktikal? Mungkin tidak kerana bandar-bandar popular yang berdekatan negara kita berjumlah kurang dari 18 buah. Cadangan saya, cuti 3 hari akan masuk akal jika dilaksanakan sebulan sekali berbanding tiap-tiap minggu seperti dalam kalendar di atas.
Bagaimana gerak kerja untuk dan semasa bercuti?
- Kaedah ini sesuai untuk yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan atau berhampiran dengan KLIA1 dan KLIA2.
- Pada pagi Jumaat semasa anak berada di sekolah, packing siap-siap barangan yang perlu dibawa. Hanya gaya minimalist sahaja kerana tempoh cuti hanya 3 hari. Kombinasi backpack yang sesuai:
- Backpack bersaiz 30-40L bagi setiap suami dan isteri.
- Backpack bersaiz 50-55L bagi suami sahaja dan backpack 15-20L untuk isteri (suami tanggung lebih muatan).
- Sebaik sahaja sesi sekolah tamat pada waktu tengahari dan selesai solat Jumaat, anda sekeluarga boleh bertolak ke airport pada jam 3.00 petang. Sila ambil waktu flight bermula dari jam 6.00 petang dan ke atas.
- Apabila tiba di luar negara, anda mempunyai 1-2 jam untuk menikmati suasana malam di sana. Malam hanya santai sahaja seperti dinner dan melawat mall, taman atau night market di sana.
- Pulang semula pada hari Ahad dengan menaiki flight jam 6.00 petang dari negara tersebut dan tiba di Malaysia jam 9 malam. Anda mempunyai masa sehingga jam 11.00 malam untuk tiba ke rumah. Selepas itu boleh tidur nyenyak untuk hari persekolahan atau bekerja esok harinya.
- Bagaimana jika check-out dari hotel pada jam 12.00 tengahari pada hari Ahad? Itulah gunakan menyewa van. Anda perlu juga menyewa pada hari untuk pulang ke Malaysia. Check-out lebih awal contohnya jam 8.00 pagi, letakkan semua barangan dalam van sewa dan berjalan-jalan lagi di sana sehingga jam 4.00 petang dan terus menuju ke airport. Jangan lupa yang anda bercuti selama 3 hari dan perlu menggunakan sehabis mungkin masa yang ada semasa di sana.
Bagaimana pembelajaran anak-anak apabila sedang bercuti?
- Percutian hanya menggunakan cuti 3 hari di hujung minggu iaitu Jumaat (selepas solat Jumaat), Sabtu dan hingga Ahad (malam). Jadi, tidak mengganggu persekolahan anak-anak.
- Bukankah lebih baik jika anak-anak dapat juga mengulangkaji pelajaran pada hari cuti minggu? Ya benar. Tapi perlu diingatkan yang anak-anak juga seperti orang dewasa yang memerlukan waktu “timeout” dan bebas seketika dari sebarang komitmen berat. Jangan terlalu menekan anak-anak untuk belajar umpama tiada lagi hari esok.
- Anak kami juga di tahap 1 (darjah 1, 2 dan 3), bermakna tiada peperiksaan pertengahan atau akhir tahun.
- Tiada aktiviti tambahan pada hari Sabtu, jadi dapat dihabiskan untuk bercuti.
Oleh itu, aku sediakan kaedah ulangkaji pelajaran gaya moden sesuai dengan zaman kereta terbang
- Sejak 3 tahun kebelakangan ini, aku dah biasa menggunakan smartphone untuk membaca buku-buku dalam format EPUB. Awalnya bermasalah juga kerana tak biasa. Lama-kelamaan best pula. Tak payah bawa buku berat-berat ke hulu ke hilir.
- Jadi untuk tempoh 5-10 tahun akan datang termasuk generasi anak-anak kita nanti, aku bajet penggunaan buku fizikal akan mula berkurangan dan lebih ramai menggunakan buku digital (ebook).
- Murid-murid sekarang ialah Digital Natives. Pelajar yang berada di alam persekolahan ini adalah golongan ‘Digital Natives’ dan membesar dengan komputer, internet, google, youtube dan media sosial.
- Dan sekarang adalah masa yang terbaik untuk membiasakan anak-anak menggunakan tablet untuk belajar, bukan lagi seperti berita-berita sebelum ini yang hanya gah mengatakan yang sistem pendidikan akan bertukar ke paperless tapi tidak serius. So, kali ni kita serius..
- Tablet apakah yang sesuai dan apakah isi kandungan tablet bagi anak-anak? Bukan game atau app education ya tuan/puan, tapi buku teks sekolah.
- Sebelum aku tunjuk tutorial buku teks sekolah dalam format digital, tablet yang diperlukan adalah yang mempunya pen.
- Paling murah dalam pasaran buat masa ini adalah Samsung Galaxy Tab A8.0 2019 (P205) seperti dalam gambar di atas. Harganya RM949 dan boleh dibeli di sini.
- Kami dah cuba tempoh hari dan pen sangat terbaik serta sensitif, sesuai untuk jari anak-anak.
Tutorial mendapatkan buku teks sekolah dalam format digital
Di mana untuk dapatkan buku teks sekolah? Di bawah adalah senarai untuk sekolah rendah sahaja:
- Tahun 1 – di sini atau di sini
- Tahun 2
- Tahun 3
- Tahun 4
- Tahun 5
- Tahun 6
- Tingkatan 1
- Tingkatan 2
- Tingkatan 3
- Tingkatan 4
- Tingkatan 5
Kebanyakan buku teks digital yang anda download adalah dalam format PDF. Sudah tentu PDF tak boleh edit atau tulis apa-apa di dalamnya kecuali dalam format Microsoft Word, kan? Apakah penyelesaiannya? Selepas download, layari ke https://pdf2png.com/
Nota: Alternatif file converter lain ialah Zamzar atau FreePDFconvert kerana laman pdf2png di atas tidak membenarkan upload file pdf bersaiz melebihi 50Mb.
Upload setiap satu file PDF dan download. Kemudian extract file ZIP seperti ini:
Bila dah convert menjadi file PNG, barulah S-Pen yang terdapat pada Samsung Tab tadi boleh digunakan untuk menulis, melukis, melakar dan sebagainya. Buka setiap file PNG menggunakan app Album atau Gallery. Jika untuk menulis, edit gambar PNG tersebut. Kemudian SAVE hasil yang anak anda buatkan.
Suasana pembelajaran semasa bercuti
- Terdapat tiga amalan semasa menuntut ilmu iaitu belajar, mengulangkaji dan menghafal.
- Semasa bercuti, laksanakan hanya belajar dan mengulangkaji sahaja. Elakkan dari menghafal kerana akan bertambah keserabutan semasa bercuti. Melainkan jika sebagai contoh, sifir matematik anda tukarkan menjadi nyanyian lagu yang mudah dihafal.
- Peruntukkan purata satu jam sahaja di hotel untuk mengulangkaji pelajaran dan lebih elok di awal pagi sebelum masing-masing keluar berjalan. Maksima hanya 2 jam sahaja. Lebih baik 1 jam yang padu daripada berjam-jam.
Akhirnya kata, semoga artikel ini dapat membantu para ibubapa. Aku juga ingin memberi pendedahan dan kesedaran bahawa apabila anak telah mula bersekolah, aktiviti kembara masih boleh dilaksanakan. Tidak perlu menunggu cuti penggal persekolahan semata-mata baru nak bercuti. Anjakkan paradigmamu……………………
Leave a Reply