Photos by: Anna Shvets
Disclaimer:
- Maklumat dalam artikel ini bukan sebagai rujukan konkrit. Ia hanya sebagai kajian dan pengetahuan sahaja dan data terkini boleh berubah bila-bila masa sahaja.
- Melalui artikel ini, TIDAK bermaksud menyuruh korang berlagak berani dengan mengambil risiko meredah travel ke luar negara.
- Artikel ini juga tidak boleh dipraktikkan 100% SAMA SEKALI sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa kerana kebenaran ke luar negara ditutup. Sebagai warganegara, sila patuhi arahan kerajaan.
- Segala pendapat aku adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan kerjaya atau kepakaran aku. Sila dapatkan sendiri nasihat dari mana-mana pakar.
- Tidak kira samada warganegara sudah dibenarkan untuk keluar negara atau tidak, SILA PASTIKAN ANDA KUARANTINKAN DIRI SENDIRI SELAMA 14 HARI kerana tidak semua negara di dunia pulih sepenuhnya 100%. Sesungguhnya, aku pun benci kluster kayangan.
Nota: Artikel kali ini berbunyi seolah-olah menyuruh korang ke luar negara, tapi adakah hanya untuk pengembara? Tidak semestinya. Ia boleh dijadikan kajian oleh mereka yang ingin memulakan tugasan bekerja di luar negara oleh kerajaan atau badan-badan swasta (multinasional company), mereka yang ingin meneliti faktor ekonomi negara luar dan bila waktu sesuai negara tersebut akan ‘restart ekonomi’ (contohnya pengimport barangan dari China, Italy dan France) dan banyak lagi. Untuk mengembara juga boleh tapi kesesuaian hanya pada pengembara DIY atau backpackers sahaja (tidak termasuk yang melancong menggunakan travel agency).
**********************
Begini kisahnya…..
Dua minggu yang lalu, aku terpandang satu tweet tentang kajian sebuah makmal Data-Driven Innovation Lab di Singapore University of Technology and Design, berkenaan anggaran tempoh bila masalah Covid-19 akan selesai di beberapa buah negara termasuk Malaysia berdasarkan actual data.
Dan aku pun menyemak data-data yang telah dilaksanakan secara big data, data analysis, data science, AI, actual vs forecast dan lain-lain dari universiti tersebut. Di bahagi kepada tiga jenis kebarangkalian iaitu tahap kes positif per hari menghampiri sifar bersamaan 97%, 99% dan 100%. Kemudian, seminggu yang lalu, PM kita juga memetik angka dari kajian di Singapore itu.
Untuk entri artikel ini seterusnya aku menggunapakai data kemaskini mereka sehingga tarikh 29 April 2020. Kenapa tak gunakan data kemaskini sehingga hari ini iaitu 13 Mei 2020 (hari tarikh artikel ini ditulis)? Ini adalah kerana, file pdf dan page khas dalam laman web mereka tiba-tiba tiada lagi. Entah kenapa.
Kebarangkalian kes pulih 97% di Malaysia jatuh pada 7 Mei 2020. Pulih 99% pula pada 20 Mei 2020 manakala 100% pada 8 Julai 2020.
Sebelum meneruskan pembacaan, ingin aku terangkan secara layman iaitu faktor berkurangnya masalah Covid-19 ini BUKAN merujuk pada jumlah kematian per hari tapi jumlah kes baru per hari. Jika sesebuah negara itu mengistiharkan jumlah kes sehari contohnya dari 98, menurun ke 50, kemudian 22 dan akhir sekali 1 atau 2 kes baru sehari, itu petanda negara tersebut mempunyai masa depan yang cerah untuk bebas dari Covid-19.
Tanpa berlengah lagi, aku kepilkan senarai negara yang paling tercepat pulih pada kadar pencapaian 99%. Tarikh haribulan yang dinyatakan adalah tarikh selamat ke negara yang disenaraikan menurut data kajian dari universii tersebut. Untuk data pada perkadaran forecast 97%, maaf aku kurang yakin kerana waktunya terlalu hampir dan belum ada tanda-tanda kelegaan):
Adakah tahap 99% dikira selamat? Bergantung pada penerimaan masing-masing. Tapi bagi aku, lebih memilih tahap yang aku gelar sebagai “100% + 3 bulan”. Apakah maksudnya? Terlebih dahulu, lihat kadar pencapaian bagi 100% pula:
Selesai sharing jadual haribulan bagi setiap negara yang dianggarkan 100% pulih. Jadi pilihlah negara destinasi anda yang diminati. Dan maksud “100% + 3 bulan” tu ialah…
Contohnya, ambil negara dengan kadar 100% iaitu United Kingdom pada tarikh 22hb Ogos 2020. Kemudian tambah 3 bulan ke hadapan menjadi 22 November 2020. Itulah tarikh yang mana kiraannya pada aku selamat jika dibandingkan dengan tarikh asal tiga bulan sebelumnya.
Kenapa aku tambah 3 bulan?
- Lebih selamat dan yakin dari tarikh 100% yang asal.
- Aku dah follow kes Wuhan (China) sejak dari 23 Januari 2020. Walaupun bukan pakar tapi aku cukup memahami rentak virus ini. Wuhan mengambil tempoh selama 2.5 bulan sehingga bandarnya sesuai untuk ‘restart ekonomi’.
- Berlaku kes terdapatnya test yang negatif tapi apabila test kali ke-2, keputusannya positif pula. Kebiasaannya dikesan, ditangani dan diasingkan kurang dari dua minggu.
- Berlaku kes seperti yang terbaru di South Korea yang mana setelah negara diistiharkan bebas Covid-19 dua minggu yang lalu, tiba-tiba wujud pula kluster baru dari bar dan night club. Tapi berjaya ditangani secepat mungkin.
Ikutkan bukan dari 23 Januari aku follow virus Wuhan, tapi sebelum tu lagi tak silapnya pada minggu ke-2 bulan Januari 2020. Waktu tu, aku mula dengar-dengar tentang satu wabak “mystery virus” yang dikatakan berasal dari China.
Aku beriya ingatkan wabak influenza H1N1 yang melanda China tahun 2002/2003 dulu tu muncul kembali. Tiba-tiba dikhabarkan dah sampai ke Singapore dan tak sampai beberapa hari, dikesan pula di Malaysia. Kebetulan pula bulan Januari adalah pertama kali anak bersekolah darjah 1. Dengan serta-merta aku menyuruh anak memakai face mask sepanjang masa semasa waktu sekolah. Lantaklah aku tak peduli apa orang nak kata. Memang tak sampai 10 orang pun kanak-kanak sekolah yang memakai face mask. Penyudahnya, menjelang pertengahan bulan Februari hingga cuti sekolah pada bulan Mac, hampir semua memakai face mask. Tahu pun takut, kan?
Korang nak mengembara pasca Covid-19? Ini nasihat aku:
- Dari kajian universiti di Singapore itu, dikatakan seluruh dunia akan bebas 100% dari Covid-19 pada 1 Disember 2020. Selepas tarikh tersebut adalah waktu selamat untuk korang berkelana di mana saja.
- Jika ingin ke negara tertentu, pastikan ikuti saranan aku dengan menggunakan formula “100% + 3 bulan”.
- Pastikan korang mempunyai travel insurance yang boleh cover jika terkena jangkitan Covid-19 kerana ada negara yang mewajibkan syarat ini, contohnya Thailand.
- Pastikan untuk MENGELAK dari ke negara yang mengenakan kuarantin selama 14 hari pada pelancong yang tiba di pintu masuk negara mereka sebelum dibebaskan untuk meneruskan pelancongan. Ini menguntungkan negara mereka tapi dalam masa yang sama, adakah anda sanggup mengambil cuti “14 hari + 5 hari” yang mana jumlah hari untuk mengembara yang sebenar dirancang hanyalah 5 hari tapi tiba-tiba menjadi 19 hari? Tapi tidak mengapa jika ada negara yang hanya mengenakan kuarantin 24-48 jam.
- ELAKKAN dari ke negara yang mempunyai populasi tinggi seperti India, US dan Indonesia kerana mereka mempunyai masalah kekurangan RTK (rapid test kit) bagi menguji rakyat mereka dan bukan kerana tiada kepakaran. Walaupun kes harian yang diumumkan oleh mereka adalah rendah seolah-olah bunyinya ‘selamat’ tapi itu kerana kekurangan RTK. Tapi awas! Ada juga negara-negara yang menipu kadar jangkitan positif demi kerana tidak mahu ekonomi dan pelancongan mereka lumpuh.
- Hanya ke negara yang mempunyai bukti kurang dari 10 kes baharu harian selama beberapa hari berturut-turut atau kalau boleh 0 kes.
- Jangan bawa anak kecil dan ibubapa yang telah tua mengembara bersama anda untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2021.
- Elakkan meredah kembara pada musim sejuk kerana dikhabarkan yang virus ini akan mula muncul kembali pada musim sejuk hujung tahun ini. Gantikan dengan ke tempat musim panas seperti Australia dan New Zealand yang terletak di hemisfera selatan.
Tapi ini pula nasihat yang lebih mengukuhkan keadaan:
Tunggu sahaja pengumuman penghasilan vaksin Covid-19 secara komersil. Apabila vaksin ini sudah ada dan jika terjangkit di luar negara, korang tak perlu risau lagi apa-apa. Atau tunggu keputusan hasil dari penggunaan ubat-ubatan dari mana-mana negara sehingga mencapai kesembuhan lebih dari 80%.
Tapi korang tahu ke perbezaan vaksin dan ubat?
Nama-nama seperti Remdesivir, Hydroxychloroquine, Favipiravir, Chloroquine, Avigan, Ivermectin, Galidesivir, Sofosbuvir, Tenofovir dan Ribavirin adalah ubat-ubatan dan BUKANLAH vaksin.
Vaksin pula adalah virus lemah yang disuntik ke dalam badan dan antibodi akan cuba membina sel pertahanan badan sehingga boleh mengalahkan virus lemah tersebut. Lama-kelamaan antibodi yang terbina akan bertambah kuat dari masa ke semasa.
Ubat-ubatan pula bertujuan untuk merawat, mengurangkan simptom atau mengurangkan kesakitan. Ia bukan bertujuan untuk menyembuhkan. Jika ada yang sembuh kerana ubat-ubatan, itu adalah bergantung juga pada ketahanan antibodinya.
Kesan Covid-19 ini amat malang bagi…
- Traveler yang full time bertugas sebagai pemandu pelancong di mana-mana negara yang langsung akan menerima kesan terburuk kerana tiada pelancong, tapi amat menguntungkan pula bagi PERSONAL SHOPPER yang bergerak secara solo.
- Agensi-agensi pelancongan termasuk agensi umrah dan haji.
- Pengusaha-pengusaha perhotelan dan penginapan dalam dan luar negara.
- Pengusaha-pengusaha tempat tarikan pelancongan.
- Makcik yang menjual kuih-muih di luar hotel.
- Ishk banyak yang aku nak senaraikan. Senang cerita, semua sektorlah yang terjejas!
Semoga korang yang bertekad untuk menjadi ‘tiptoe traveler’ pasca Covid-19 diberikan keselamatan dalam perjalanan dan dipermudahkan segala urusan. Boleh jadi anda seorang ayah yang ingin melihat anak di luar negara yang tak dapat pulang ke tanahair, bekerja dengan kerajaan atau di syarikat GLC dan dihantar untuk tugasan di luar negara, terpaksa ke luar negara ke universiti anda bagi urusan-urusan yang sangat penting dan sebagainya.
Menjadi seorang ‘tiptoe traveler’ sangat mulia kerana memberi keyakinan pada mereka-mereka yang lain (digelar team perintis) yang mempunyai semangat sama seperti anda tapi belum ada keberanian mendalam.
Akhir kata, terima kasih kepada semua frontliners di negara kita terutama kepada Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba. Bagi rakyat seperti kita, teruskan amalan memakai face mask dan social distancing dan terimalah hakikat bahawa ianya adalah “the new normal” di zaman ini dan jangan lupa kuarantinkan diri anda selama 14 hari apabila pulang ke tanahair, ok kawan? InsyaAllah, aku pun akan menyusul nanti menjadi tiptop traveler atau perintis.
Tambahan: Ramalan pasca Covid-19 oleh Forbes:
- Gelombang pertama – team Tiptoe Traveler yang terdiri dari pengembara awalan yang berani menempuh dunia. Mereka akan mulakan aktiviti dalam tempoh di antara 6 hingga 9 bulan pertama bermula pada penghujung tahun 2020 ini.
- Gelombang kedua – team Perintis yang terdiri dari pengembara yang akan memulakan aktiviti dalam tempoh di antara 8 hingga 16 bulan bermula pada penghujung tahun 2020 ini. Ramalan jangkauan mereka hanya di negara-negara berdekatan. Pada peringkat ini juga diramalkan industri penerbangan dan perhotelan akan kembali sibuk dan perlahan-lahan golongan Perintis ini akan meneroka negara-negara yang lebih jauh atau ke seluruh dunia.
- Gelombang ketiga – bermula 24 bulan selepas penghujung tahun 2020. Diramalkan industri pelancongan akan kembali pulih 100%.
Leave a Reply