KEMASKINI: 29 Mei 2024 – Pemetaan stesen laluan ETS akan dijangkaukan ke Segamat (yang sekarang ni berakhir di Gemas) selepas ia mula beroperasi nanti (anggaran 1 Julai 2024)
Kali ni aku tergerak untuk share plot atau marker dalam map bagi pemetaan stesen yang dilalui keretapi KTMB bagi Semenanjung Malaysia. Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bergantung pada pengumuman oleh pihak KTMB.
Walaupun boleh didapati dalam laman web KTMB, namun pemetaan melalui paparan yang biasa dilihat dalam Google Maps lebih menyenangkan. Dengan mengetahui lokasi stesen-stesen ini, aktiviti kembara boleh dikreatifkan melalui projek Trainpacker atau misi kembara hanya menggunakan keretapi (zaman sekarang aku sebut tren lah senang). Contohnya, bila tahu wujudnya stesen keretapi Jerantut, jadi bolehlah bertandang ke bandar Jerantut, Kampung Mat Kilau dan Gua Gelanggi.
PERHATIAN:
Usaha pemetaan adalah hak milik blog www.zatiewanderer.com. Lokasi adalah tepat berdasarkan stesen KTMB yang ada di sepanjang laluan tren.
PENANDA:
Hijau โ Laluan tren ETS dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Padang Besar (Perlis)
Oren โ Laluan tren KTM Intercity dari JB Sentral (Johor) ke Gemas (Negeri Sembilan)
Biru Muda โ Lauan tren KTM Intercity dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Tumpat (Kelantan). Juga termasuk tren henti-henti (Intercity) DMU yang terbaharu.
Biru Tua โ Laluan tren Sabah dari Tanjung Aru ke Tenom
Jika peta Google di atas tidak dapat papar sepenuhnya, klik di sini:
https://www.google.com/maps/d/u/0/edit?mid=1S6elA24Zyfps_rO6XzFiMMB4ylYtVcdZ&usp=sharing
JIKA ADA STESEN BARU YANG DITAMBAH OLEH KTMB DI MASA HADAPAN, SILA MAKLUMKAN PADA ADMIN DALAM COMMENT DI BAWAH. TERIMA KASIH ADMIN UCAPKAN.
Leave a Reply