Buat para pembaca yang berminat dengan siri kembara Thailand-Laos kami, ini adalah entri kedua terakhir sebelum kami menutup buku kisah kembara ini. Entri terakhir nanti adalah berkenaan bajet secara keseluruhan manakala entri untuk ini pula adalah route secara overland yang kami tempuhi. Walaupun dah lama kembara ini berakhir (setelah 3 tahun berlalu..), aku tetap habiskan juga sisa-sisa penulisan kerana masih ada ramai peminat setia. Tambahan pula PKP (Perintahan Kawalan Pergerakan) sepanjang Covid-19 ni langsung tak boleh keluar negara.
Sebelum itu, rujuk (jika perlu): Pra Kembara Thailand-Laos.
Bermula dari entri ini juga kaedah penulisan aku akan bertukar iaitu perenggan dahulu diikuti gambar. Di bawah ini adalah peta secara keseluruhan bermula dari stesen Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur sehingga ke Vientiane, Laos.
Di bawah pula adalah peta terperinci bagi setiap langkah kami ber-overland. Peta tidak mengikut laluan tren kerana had fungsi yang terdapat pada Google Maps. Jadi, aku gunakan laluan kereta menggantikan tren. Dan juga, akibat Google Maps hadkan 10 layer sahaja, jadi perlu dipecahkan kepada dua bahagian peta.
Bahagian 1: Dari Malaysia hingga Lopburi
Sila klik icon yang terletak di sebelah kiri label perkataan “Thailand-Laos blog map part 1”. Kegunaannya adalah untuk enable atau disable route sedia ada atau khusus agar lebih jelas.
- Malaysia (ETS train)
- Padang Besar to Hat Yai (Tuktuk dan bas awam)
- Hat Yai to Prachuap Khiri Khan (train)
- Prachuap Khiri Khan to Hua Hin (minivan/minibus)
- Hua Hin to Pak Tho (train)
- Pak Tho to Mae Klong Market (bas awam)
- Mae Klong Train Market to Nakhon Pathom (minivan/minibus)
- Nakhon Pathom to Kanchanaburi (train)
- Kanchanaburi to Bangkok (train)
- Bangkok to Lopburi (train)
Bahagian 2: Dari Lopburi hingga Vientiane
- Lopburi to Ayutthaya (train)
- Ayutthaya to Nong Khai (train)
- Nong Khai to Vientiane (train)
Kemudian dari Vientiane (Laos), kami pulang semula ke Bangkok juga menaiki train. Bermakna, dua kali jugalah kami keluar dan masuk negara Thailand. Di Bangkok, kami menginap di Lat Krabang sebelum berangkat ke KL menaiki kapal terbang MAS.
Gambar-gambar dalam pengangkutan awam di sana (mengikut susunan jadual kembara):
Lihat juga:
- Pra Kembara Thailand-Laos
- Ringkasan Perbelanjaan Kembara Overland dari Thailand ke Laos
- Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati
- Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Leave a Reply