Masalah Covid-19 di seluruh dunia ni tak tahu bila akan berakhir. Aku bajet, segalanya bergantung pada kelulusan vaksin untuk kegunaan awam. Dan aku berani jamin, elok saja vaksin ada, dengan segera semua sempadan mana-mana negara akan dibuka sepenuhnya secara bersyarat iaitu dengan SOP. Tak kisah pun SOP asalkan dapat kembara ke luar negara. Banyak negara dah tertekan bab Covid-19 vs ekonomi. Ibarat di sana masuk mulut buaya, di situ pula masuk mulut rimau.
Dengan PKPB di negeri kami iaitu KL yang dimulakan pada bulan Oktober dan masih berjalan kerana disambung pula sampai Disember, adui penat weh. Jadi, aku pun start buat “Siri 1” ni sebagai penulisan zaman-zaman PKPB dan #BorderClose.
Tahu kenapa blog ni banyak berulang kisah di Thailand dan Laos? Dan kenapa aku mengeluh kepenatan? Cerita kami begini…
Pada bulan Januari 2017, kami sekeluarga selesai mengembara ke Thailand dan Laos secara overland. Dua negara tu adalah luar negara yang terakhir kami lawati. Pada tahun yang sama, kami sibuk pula launch bisnes baru. Sepanjang tahun sehingga masuk 2018. Kebetulan pula, isteri sedang mengandung nak pergi mana lagi?
Pada September 2018 pula, isteriku melahirkan anak ke-2 kami. Ikutkan kepala gila dan degil aku, nak sahaja kembara bawa anak bila dah cecah 4 bulan. Tapi sebab aku memahami workflow bagaimana sistem vaksin terhasil dalam tubuh badan, aku pun batalkan hasrat untuk kembara ke mana-mana sepanjang tahun 2018. Lagipun aku pro-vaksin dan bukan anti-vaksin atau anti-vaksin yang berselindung di sebalik pro-vaksin, aku tau! Aku harap tak perlu ketengahkan bab konspirasi pada aku sebab aku sendiri owner forum online 100% bab konspirasi yang pertama di Malaysia dari tahun 2005 sampai 2009 dan dah malas dengan konspirasi tahyul.
Masuk tahun 2019, anak pula belum cukup setahun. Jadi, sekali lagi kami batalkan hasrat tambahan pula bertambah acah-acah sibuk hal bisnes. Elok sahaja masuk awal bulan Januari 2020, tetiba twitter feed aku berlambak pasal kes “mystery virus” di China yang berpusat di Wuhan. Kalau korang biasa follow influenza H1N1 outbreak tahun 2003 dulu, mesti akan timbul sedikit gerun di hati.
Dengan segala video pasal orang yang tiba-tiba pengsan, mati atau sawan di tepi jalan, pintu apartment dan kondo dipateri besi oleh polis, orang awam teresak-esak di penghujung jambatan sebab tak boleh cross sempadan bandar/negeri, orang awam kena seret dan gari dengan rantai dan ishk macam-macam lagi. Masuk minggu ke-2 Januari, tetiba feed masuk pasal virus dah lobos ke Singapore. Mak oihh! Anak aku yang darjah 1 mula aku pakaikan mask walaupun murid-murid dan ibubapa yang lain pandang-pandang kami. Dan seingat aku, hujung Januarilah pertama kali Covid-19 lobos ke Johor Bahru, lebih tepat di hospital.
Dah sudah! Dan bermulalah PKP1 pada 18 Mac 2020. Sejarah tu!
Bermulalah juga ‘plan sangkut sana sini”.
Pada Disember tahun lepas, aku beriya-iya dah nak kembara tahun 2020 ni. Siap buat planner di Google Calendar. Mungkin pembaca boleh tengok blog post aku di sini dan di sini. Konon-konon walaupun anak mula bersekolah darjah 1, masih tetap boleh mencelah di mana-mana untuk kembara. Namun, perancangan Allah lebih tinggi.
Jadi, jumlah tahun yang kami sekeluarga langsung tak dapat kembara ke luar ialah 3 tahun! Marilah kita sama-sama pishang di rumah, hehe. Tak macam kawan-kawan aku yang kali terakhir kembara pada bulan 1, 2 dan 3 yang lepas atau pada hujung tahun lepas. Taklah terasa sangat macam kami, kan? Selayaknya kami boleh meraung… ๐
Mungkin ada yang akan cadang agar kami cuti-cuti saja dalam Malaysia. Maaflah guys. Kalau biasa dengan istilah carpacker, kami adalah hardcore carpacker sepenuh masa sejak dari 2013 hingga sekarang. Hanya post ini saja yang sempat aku logkan walhal segala ceruk daerah kami dah serbu. Sebut saja mana tempat, semua dah pernah sampai. Perlis, timur Johor, Sabah dan Sarawak saja masih belum. Mungkin akan datang kami akan trans-Sabah kalau ada rezeki. Wow TRANS SABAH?? InsyaAllah. Mudah-mudahan kes Covid-19 di Sabah menurun dan terkawal.
Leave a Reply