UPDATE 24 December 2025: Kemaskini terbaru untuk laluan dari Padang Besar terus ke JB Sentral dan KL ke JB Sentral melalui tren ETS.
UPDATE 18 Mac 2025: Akhirnya keretapi ETS ke Segamat telah dilancarkan oleh KTMB pada 15 Mac 2025. Cara tempahan dari atau ke stesen Segamat telah dikemaskini.
UPDATE 25 Feb 2024: Jadual terbaru telah dikemaskini (masih sama).
UPDATE 15 JANUARI 2023: Jadual dan langkah-langkah tempahan telah dikemaskini. Jika jadual berubah lagi, rujuk laman web ticketing KTMB yang terkini. Jadikan artikel ini sebagai rujukan sahaja. Juga dimasukkan gambar terbaru stesen Gemas dan peta terulung stesen KTMB yang wujud di Malaysia.
UPDATE 9 SEPTEMBER 2022: Disebabkan entri ini mendapat hit agak tinggi setiap hari, kami akan update nanti selepas mengumpul maklumat-maklumat terbaru.
UPDATE 29 NOVEMBER 2018: Tambahan peta terkini laluan tren ke selatan tanahair.
Nota: Ini adalah sambungan dari artikel bagaimana untuk booking tren ETS.
Maklumat ini sangat sesuai untuk pengembara dalam negara yang nak santai-santai, tidak terkejar-kejar, dan suka melayan pemandangan.
Mencari panduan beli tiket keretapi thailand? Lihat juga: Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Ada sesiapa pernah naik ETS ke selatan? Kebiasaannya, ramai pula yang naik ke utara, kan? Jom kita kaji perjalanan ke selatan tanahair dan boleh juga menuju ke Pantai Timur.
Saya kongsikan tentang jadual dan harga tiket train dari KL ke Gemas, KL ke JB Sentral, Gemas ke Tumpat (Kelantan) dan JB Sentral ke Tumpat dengan menaiki tren KTM Intercity. Jadual boleh dicari dalam laman web KTMB di https://www.ktmb.com.my. Untuk pengetahuan anda, train ETS terhad hingga ke Segamat sahaja tiada had sekarang ini. Dari KL terus ke JB Sentral malah dari JB Sentral juga terus ke Padang Besar, Perlis. Kemudian kena transit. Puncanya kerana landasan keretapi elektrik berkembar belum siap lagi.
Apa yang menariknya di Gemas ni (khusus buat yang dari utara atau KL), bukan kata ke JB sahaja tapi boleh juga ke pantai timur. Kalau ke utara, landasan akan melalui tengah-tengah Tasik Bukit Merah, di pantai timur bagaimana pula view nya? Bagaimana dengan terowong-terowong dan pemandangan bukit bukau membelah banjaran Titiwangsa? Macam best kan? Ditambah pula dari Tumpat terus boleh ke Narathiwat, Yala, Pattani dan berakhir di Hatyai dengan bersambung pula menaiki train Thailand yang bermula dari Sungai Kolok (exit melalui Rantau Panjang). Silap haribulan, terus ke Bangkok!


Berikut harga tiket dan jadualnya yang aku dah kaji. Hanya waktu ini sahaja yang available. Kena pandai-pandai memilih waktu untuk transit selepas menaiki ETS.
—————————-
Nota: Stesen Terminal Bersepadu Selatan (KTM Code: Bdr Tasek Selatan) atau TBS, hanya sekadar contoh bagi penerangan di bawah sahaja. Sekiranya anda naik dari mana-mana stesen sebelah utara Semenanjung (tidak kira jam berapa dan hanya untuk tren ETS sahaja), anda akan melepasi stesen TBS juga pada jam yang sama seperti contoh di bawah ini. Tren tidak seperti bas yang sentiasa melalui laluan yang sama setiap jam. Tren hanya lalu sekali atau dua kali per hari.
ETS dari KL (Bandar Tasik Selatan) ke Gemas
Untuk ETS KL (Bdr Tasik Selatan) ke Gemas: Tiket berharga di antara RM28-RM29 (online untuk dewasa). Dari pengamatan terdahulu, terlihat RM2 lebih murah dari sebelum ini.
Jadual waktu siang:
a. Berlepas jam 12.30 tengahari dan tiba jam 2.40 petang (2 jam 10 minit)
Jadual waktu malam:
a. Berlepas jam 6.06 petang dan tiba jam 8.18 malam (2 jam 12 minit) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
ETS dari KL (Bandar Tasik Selatan) ke JB Sentral
Untuk ETS KL (Bdr Tasik Selatan) ke Segamat: Tiket berharga di antara RM61-RM82 (online untuk dewasa).
Jadual waktu siang:
a. Berlepas jam 8.09 pagi dan tiba jam 12.15 tengahari (4 jam 6 minit).
b. Berlepas jam 3.29 petang dan tiba jam 7.35 malam (4 jam 6 minit).
c. Berlepas jam 5.49 petang dan tiba jam 9.55 malam (4 jam 6 minit).
d. Berlepas jam 6.06 petang dan tiba jam 10.30 malam (4 jam 24 minit) – lebih murah berbanding lain-lain.
Jadual waktu malam:
a. Berlepas jam 9.24 malam dan tiba jam 1.03 pagi (4 jam 6 minit) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
Senarai Penuh Stesen Hentian dari KL Sentral ke JB Sentral:
- KL Sentral (Kuala Lumpur)
- Bdr Tasek Selatan / Terminal Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur)
- Kajang (Selangor)
- Seremban (Negeri Sembilan)
- Pulau Sebang / Tampin (Melaka) – Juga merupakan stesen KTM Komuter terakhir dari Lembah Klang. Berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Jika ingin transit dengan pengangkutan awam (bas, Grab) untuk ke Bandar Melaka, di sini paling dekat.
- Batang Melaka (Melaka)
- Gemas (Negeri Sembilan) – Transit ke Pantai Timur jika dari arah utara. Stesen juga berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan dan Johor
- Segamat (Johor)
- Labis (Johor)
- Bekok (Johor)
- Paloh (Johor)
- Kluang (Johor)
- Rengam (Johor)
- Layang-layang (Johor)
- Kulai (Johor)
- Kempas Baru (Johor)
- JB Sentral (Johor)
ETS dari KL (Bandar Tasik Selatan) ke Gemas dan kemudian ke Tumpat, Kelantan
Untuk tren ERT atau Ekspress Rakyat Timuran (bukan ETS) tapi SANGAT DIGEMARI PEMINAT TREN) dari Gemas ke Tumpat, Kelantan (landasan paling hujung dan penghabisan pantai timur), tiket online bagi seorang dewasa berharga:
a. RM46 (lower berth / katil bawah)
b. RM40 (upper berth / katil atas)
c. RM88 (kerusi duduk bagi kelas AFC)
d. RM34 (kerusi duduk ber-aircond kelas kedua)
Waktu malam sahaja yang ada:
a. Berlepas jam 12.25 pagi dan tiba jam 1.35 tengahari pada tarikh yang sama (13 jam 10 minit) – (No train: Express 26).
Dari JB Sentral (Johor Bahru) ke Tumpat (Kelantan)
Laluan ini terus dari JB Sentral ke Tumpat, Kelantan menaiki tren ERT (Ekspress Rakyat Timuran). Satu-satunya tren lama yang masih beroperasi berserta dengan katil (sleeper berth). Merupakan laluan tren terpaling jauh dan berjangkamasa lama di Malaysia dengan tempoh 13 jam 10 minit! Namun, berita sedihnya, mungkin tren ini akan henti beroperasi di masa hadapan jika kabinet mengambil keputusan menukar ke tren jenis baru. Silalah rebut peluang sementara masih ada.
Tiket online bagi seorang dewasa berharga:
a. RM56 (lower berth / katil bawah)
b. RM50 (upper berth / katil atas)
c. RM117 (kerusi duduk bagi kelas AFC)
d. RM44 (kerusi duduk ber-aircond kelas kedua)
Waktu malam sahaja yang ada:
a. Berlepas jam 9.05 malam dan tiba jam 1.35 tengahari (16 jam 30 minit) – (No train: Express 26) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
Laman untuk booking tren KTMB: https://www.ktmb.com.my/
Contoh situasi bila melibatkan transit dari KL ke Gemas dan kemudiannya ke Tumpat, Kelantan
Nota: Tren dari Gemas ke Tumpat, Kelantan hanya ada satu sahaja setiap hari. Jadi, ETS dari KL perlu naik (WAJIB) pada jam 9.55 malam.
Nota 2: Admin perasan yang dulunya dari KL (TBS) ke Gemas bertolak jam 9.55 malam dan tiba di Gemas jam 12.03 pagi. Namun dengan jadual terbaru dari pihak KTMB, tempoh menunggu (transit) semasa di Gemas lebih lama.
a. Mengambil contoh jika bertolak dari KL melalui Terminal Bersepadu Selatan ke Gemas dengan ETS jam 6.06 petang, tiba pula jam 8.18 malam. Kemudian naik tren KTM ERT dari Gemas ke Tumpat, Kelantan pula naik jam 12.25 pagi, sampai pula jam 1.35 tengahari. Jadi, tempoh transit di Gemas ialah 4 jam 7 minit. Maka, bersidailah kita semua di stesen Gemas.
Cabaran V2.0 buat peminat keretapi: KL hingga Johor Bahru kemudian Johor Bahru ke Tumpat
Lagi kerja gila buat peminat dan pemula kembara berkeretapi. Versi 2.0 kali ni dari KL terus ke paling hujung di selatan iaitu JB Sentral (Johor Bahru) dan kemudian JB Sentral ke Tumpat, Kelantan.
Langkah 1: Mulakan dengan menaiki ETS dari Bandar Tasek Selatan (KL) jam 3.29 petang, tiba pula di JB Sentral jam 7.35 malam (4 jam 6 minit).
Langkah 2: Maka bermulalah perjalanan keretapi “Jungle Train” paling panjang dalam sejarah Malaysia dengan menaiki tren KTM ERT dari JB Sentral, Johor Bahru jam 9.05 malam dan sampai pula jam 1.35 tengahari (16 jam 30 minit) di Tumpat, Kelantan (keesokan harinya). Jadi, tempoh transit di JB Sentral ialah 1 jam 30 minit.
Tempoh masa berada dalam keretapi: (4 jam 6 minit) + (16 jam 30 minit) = 20 jam 36 minit
Jumlah stesen berhenti: 16 (ETS) + 21 (KTM ERT) = 37 buah
Cabaran V3.0 buat peminat keretapi: Padang Besar (Perlis) hingga Johor Bahru kemudian Johor Bahru ke Tumpat
Kalau korang dapat buat projek gila ni, mmg confirm korang makan, tidur, mandi semua KERETAPI. Tak ada benda lain dah. Juga bangsawan sebab harga tiketnya. Versi 3.0 kali ni dari Padang Besar (Perlis) terus ke paling hujung di selatan iaitu JB Sentral (Johor Bahru) dan kemudian JB Sentral ke Tumpat, Kelantan.
Nota: Laluan tren terus dari Padang Besar (Perlis) ke JB Sentral (Johor) baru dirasmikan pada bulan December 2025. Hanya satu jadual sahaja per hari.
Langkah 1: Mulakan dengan menaiki ETS dari Padang Besar (Perlis) jam 12.05 tengahari, tiba pula di JB Sentral jam 10.30 malam, dengan tempoh 10 jam 25 minit!! Ini adalah tren ETS terpaling jauh dan tempoh paling lama setakat ini. Hanya satu jadual sahaja sehari.
Okay… sekarang bermula satu masalah yang baru apabila jadual tren baru telah dikemaskini oleh KTMB. Bagi yang menaiki dari utara semenanjung terus ke JB Sentral, ia akan tiba jam 10.30 malam. Maksudnya, akan terlepas tren ERT ke pantai timur yang bergerak dari JB Sentral pada jam 9.05 malam. Tiada solusi buat masa ini. Bagi peminat tren jarak jauh, mahu atau tidak haruslah bermalam di Johor Bharu untuk satu malam sehingga esok hari. Itupun esoknya bertolak jam 9.05 malam.
Langkah 2: Selepas menginap di Johor Bahru semalaman, maka bermulalah perjalanan keretapi “Jungle Train” paling panjang dalam sejarah Malaysia dengan menaiki tren KTM ERT dari JB Sentral, Johor Bahru jam 9.05 malam dan sampai pula jam 1.35 tengahari (16 jam 30 minit) di Tumpat, Kelantan (keesokan harinya). Jadi, tempoh transit di JB Sentral ialah 22 jam 35 minit.
Nota 2: Tak semestinya wajib kena naik keretapi dari hujung ke hujung (Padang Besar ke ke JB sentral ke Tumpat). Boleh juga berhenti dan bermalam di mana-mana daerah yang dilalui. Ini lebih adventurous. Yang penting misi untuk merasai perjalanan naik tren yang sama laluan juga tercapai walaupun berbeza hari jika bermalam di mana-mana.
Tips Tambahan: Jika tiada keperluan ke JB Sentral, boleh sahaja menaiki tren ETS dari Padang Besar hingga Kluang (Johor) yang tiba pada jam 9.33 malam. Kemudian bersambung dengan tren ERT ke Tumpat yang tiba di Kluang pada jam 10.37 malam. Jadi tempoh transit di sini ialah 1 jam 4 minit.
Maklumat untuk tempoh masa dan jumlah stesen berhenti di bawah ini belum dikemaskini. Harap maklum.
Tempoh masa berada dalam keretapi: (2 jam 27 minit) + (3 jam 49 minit) + (16 jam 29 minit) = 22 jam 45 minit
Jumlah stesen berhenti: 5 (ETS) + 4 (KTM Intercity) + 21 (KTM Intercity) = 30 buah
Nota semasa booking
Dalam website KTMB semasa booking tiket, Origin dan Destination berbeza result. Maksudnya, kalau masukkan Origin sebagai JB Sentral, semua result Destination bagi stesen-stesen di KL takkan muncul, yang ada hanya Segamat saja paling hujung. Kalau Origin dimasukkan Gemas atau Segamat, barulah muncul result Destination stesen-stesen KTMB di KL.
Tempoh perjalanan dari KL ke Segamat mengambil masa 2 jam 27 minit. Dari Segamat ke JB pula 3 jam 49 minit. Untuk ke Tumpat, Kelantan pula mengambil masa 16 jam 29 minit dengan jarak sejauh lebih 700km. Untuk elak sakit pinggang belakang duduk berbelas jam, jadi hanya ke arah Tumpat sahaja yang disarankan tempah katil Sleeper Berth seperti gambar di bawah ini dan jangan lupa booking:

Bermula dari maklumat di bawah ini, admin belum kemaskini. Tapi boleh juga dijadikan sebagai rujukan…
Kaedah alternatif untuk menghubungkan di antara Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur
Bagi yang datang dari arah selatan, korang perlu menaiki tren KTM Intercity dan transit di Segamat/Gemas untuk bertukar pula dengan tren ETS kerana Tren ETS terhad hingga ke Segamat sahaja. Kemudian dari situ, terdapat dua cara bagi menghubungkan di antara Johor/N9 dan KL iaitu:
- Menaiki tren ETS dari Segamat ke KL. Untuk kaedah ini, korang kena pastikan jadual on time, maksudnya contoh kalau tiket tren ETS dari Segamat mula bertolak jam 3.35 petang, korang perlu naik KTM Intercity dan perlu sampai ke Segamat 1-2 jam sebelum tren ETS berangkat jam 3.35 petang.
- Atau…. Dari arah selatan, berhenti di stesen Gemas, naik apa-apa pengangkutan awam sehingga ke stesen Pulau Sebang yang terletak di Tampin, Melaka. Agak jauh, dalam 56km. Kemudian dari Tampin, boleh naiki tren KTM Komuter. Rujuk peta KTM Komuter di bawah ini:
KEMASKINI: Selain KTM Komuter yang berakhir di stesen paling selatan iaitu di Pulau Sebang (Tampin), ETS juga akan berhenti di stesen yang sama termasuk stesen KTMB Batang Melaka (stesen kedua terakhir sebelum tiba di Gemas).
Nota 1: Tidak digalakkan naik KTM Komuter untuk jarak terlalu jauh. Dalam hal ini, dari Pulau Sebang ke KL kerana Komuter kebiasaannya kurang tempat duduk. Jika mampu berdiri lama, teruskan.
Nota 2: PERJALANAN CONTOHNYA DARI TERMINAL BANDAR TASEK SELATAN KE PULAU SEBANG (TAMPIN, MELAKA) MEMAKAN MASA SELAMA 2 JAM 13 MINIT. KTM KOMUTER TIADA TANDAS DI DALAM GERABAK!! PENTING GUYS. PASTIKAN KAWAL KADAR MINUM AIR. JIKA TERPAKSA, BERHENTI DI MANA-MANA STESEN DAN TERUS KE TANDAS. TAPI PERLU MENUNGGU 1-2 JAM UNTUK TREN KOMUTER YANG SETERUSNYA. JIKA BERHAJAT MERANCANG UNTUK BERHENTI SEPARUH JALAN BAGI MENYELAMATKAN DIRI KE TANDAS, JANGAN BELI TIKET MANUAL (TOKEN) DIRECT KE PULAU SEBANG. GUNAKAN TOUCH N GO ATAU KAD DEBIT KERANA BOLEH TAP KAD DI PALANG KELUAR BAGI KE TANDAS YANG TERLETAK BAHAGIAN DALAM STESEN.

Anda terkejut? Percayalah! Memang wujud laluan tren KTM Komuter dari KL sampai ke Tampin (Melaka)! Klik peta untuk besarkan.



Gambar Terkini Stesen Gemas
Sewaktu melawat ke sini, aku dapati stesen ini mempunyai parkir yang selamat dan percuma. Selamat dalam erti kata, terletak dalam kawasan dalam stesen. Walaubagaimanapun, tiada jaminan keselamatan dan jumlah parkir kosong yang tersedia.
Pendapat aku, kalau tidak mahu menaiki tren ETS dari KL ke Gemas atau KTM Intercity dari selatan (JB) ke Gemas, boleh juga membawa kereta sehingga ke sini, parkir dan seterusnya mencuba KTM Intercity sehingga Tumpat, Kelantan. Ada setengah orang tiada cukup masa dan hanya nak mencuba sleeper berth KTM Intercity tanpa bercuti di Kelantan dan memadai menaiki dua hala pergi dan balik dalam hari yang sama. Jadi amat sesuai buat orang sebegini.



Bonus: Peta Laluan KTMB Terulung Malaysia
Usaha pemetaan adalah hak milik blog zatiewanderer.com. Lokasi adalah tepat berdasarkan stesen KTMB yang ada di sepanjang laluan tren.
Hijau – Laluan tren ETS dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Padang Besar (Perlis)
Oren – Laluan tren KTM Intercity dari JB Sentral (Johor) ke Gemas (Negeri Sembilan)
Biru Muda – Lauan tren KTM Intercity dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Tumpat (Kelantan)
Biru Tua – Laluan tren Sabah dari Tanjung Aru ke Tenom
Pautan Luar: https://www.google.com/maps/d/u/0/edit?mid=1S6elA24Zyfps_rO6XzFiMMB4ylYtVcdZ&usp=sharing


kalau dari alor setar, naik ktm ke kl sentral. boleh sahaja kan? sebab nya saya ingat nak beli tiket ets, tapi habis pulak. so, boleh je kan kalau naik ktm biasa dari alor setar ke kl sentral???
Setahu saya, tren biasa dah tak lalu lagi dah cik.. semua digantikan dgn ETS… kecuali kalau dari Gemas (n9) ke JB atau dari Gemas ke Tumpat, Kelantan.
ada ke tempat letak kereta di steawn gemas…ada dikenakan caj parking tak
Disember lepas saya saja singgah lalu di stesen gemas, parking byk tapi nampak percuma je. Cari parking yg berdekatan bangunan atau entrance.
Hi, nak tanya. Macam saya beli tiket dari tapah road – gemas – kluang, saya kena tukar train ke? Kalau ya, macam mana ya? Maaflah saya baru first time naik train 😭
Hi, saya belum update lagi yg terkini tapi saya tolong check kan. Kalau dari Tapah road kena naik ETS dan stop di Gemas. Dari Gemas ke Kluang, kena naik intercity train.
Mengikut jadual ETS:
– Tapah Road ke Gemas jam 10.13 pagi dan tiba 2.52 petang
– Tapah Road ke Gemas jam 7.34 petang dan tiba 12.10 malam
Mengikut jadual intercity train pula dari Gemas ke Kluang ada 4 waktu:
– Naik 2.00 pagi dan tiba 4.32 pagi
– Naik 7.44 pagi dan tiba 10.13 pagi
– Naik 9.30 pagi dan tiba 12.20 tghari
– Naik 3.20 petang dan tiba 5.52 petang
Kalau nak follow jadual yg terus menerus train tanpa ada gap masa yg besar di tgh2 pertukaran 2 train, cik ada dua waktu:
1. Naik ETS dari Tapah Road ke Gemas jam 10.13 pagi, tiba jam 2.52 ptg. Kemudian ambil intercity jam 3.20 petang di situ dan tiba di Kluang jam 5.52 ptg. Waktu menunggu pertukaran dari ETS ke intercity ialah dari jam 2.52 ptg sampai 3.20 ptg (ada 28 minit waktu rehat dan sempat sbb dua2 train tu sebelah menyebelah je). Selepas tu, tiada lagi intercity ke Kluang. Kalau ada pun, esoknya jam 2.00 pagi.
Atau..
2. Naik ETS dari Tapah Road ke Gemas jam 7.34 ptg, tiba jam 12.10 malam. Kemudian ambil intercity jam 2.00 pagi di situ dan tiba di Kluang jam 4.32 pagi. Waktu menunggu pertukaran dari ETS ke intercity ialah dari jam 12.10 mlm sampai 2.00 pagi (ada 1 jam 50 minit waktu rehat dan dua2 train tu juga sebelah menyebelah je). Kalau terlepas, jadual intercity ke Kluang yg ada jam 7.44 pagi, 9.30 pagi dan 3.20 ptg.
Dua2 tiket (ETS dan Intercity) boleh di booking di laman web https://online.ktmb.com.my/
Tapi sblm booking, nasihat saya:
a. Kalau booking guna phone atau app tapi leceh atau ada masalah teknikal, lebih baik booking pakai laptop browser.
b. ETS dan intercity. Antara dua ni, paling demand ialah ETS. Check jadual ETS dan beli dulu utk ETS, kemudian baru beli utk intercity sbb intercity sentiasa byk tmpt duduk.
c. Kalau pilih (2) di atas, jgn lupa… naik ETS jam 7.34 ptg dan tiba 12.10 malam (di kira sbg hari esoknya). Jadi hati2 beli pd tarikh yg dikehendaki. Contohnya, Tiket ETS jam 7.34 ptg (1hb Dis), tiket intercity pula jam 2.00 pagi (2hb Dis). Kecuali kalau pilih (1) di atas yg boleh pilih tarikh yg sama.
Jadual waktu di atas mgkn boleh berubah2 dan diubah oleh KTM bila2 masa. Tapi apa2 pun ia sbg contoh mengikut pd jadual actual yg tertera dlm laman web KTMB dan harap membantu..
Kalau dari kuala lipis ke gemas ada x train siang..agk² pukul brp ye dari kuala lipis ye.
Tren express yg long distance, ada katil dll tu hanya sblh mlm yg ada (mula jam 3 pagi dan tiba 7 pagi) utk laluan dari k. lipis ke gemas. Utk siang, hanya tren shuttle yg ada dgn pilihan dua waktu, jam 10.20 pagi atau 4.20 petang. Tempoh perjalanan selama 4 jam bagi dua2 jenis tren. Utk mudahkan lagi urusan, boleh rujuk laman web KTMB di https://online.ktmb.com.my kerana jadual kdg2 berubah. Kebiasaannya, hanya waktu yg dipinda atau diubah tapi perjalanan siang/malam masih tetap sama.
Salam min..nk tnya ni 1st nk jln2 naik train,klau nk prgi pdang besar perlis naik ktm dr tumpat mcm mne ye?train dr tumpat trus ke pdang besar ke?bleh bg pncerahan x cra2 nk prgi pdng bsar naik train dr stesen tumpat..tme ksih
Saya terangkan, panjang gak ni. Train dari Tumpat ke pantai barat (Perlis, Perak, Kedah, Penang, KL, Selangor) secara terus memang tiada. Kena naik dari Tumpat ke Gemas (Negeri Sembilan) terlebih dahulu. Kemudian dari stesen Gemas, naik pula train ETS ke Padang Besar.
Berikut contoh jadual sebenar utk jenis waktu kalau berlepas dari Tumpat ke Gemas dan kemudian ke Padang Besar (dari Tumpat ada 2 waktu berlepas):
****************
Jadual waktu Pilihan A (katakan 1 Julai) – Naik dari Tumpat jam 6 petang:
Tumpat ke Gemas: Naik jam 6 petang (1 Julai), tiba di Gemas jam 6.03 pagi (2 Julai).
Gemas ke Padang Besar (ETS): Naik jam 8.05 pagi (2 Julai), tiba di Padang Besar jam 4.33 petang.
Jadi, bila tiba di stesen Gemas, tempoh masa menunggu utk transit ke train Padang Besar pula ialah 2 jam (sesuai kalau nak bersarapan dulu di luar stesen Gemas).
****************
Jadual waktu Pilihan B (katakan 1 Julai) – Naik dari Tumpat jam 8.30 malam:
Tumpat ke Gemas: Naik jam 8.30 malam (1 Julai), tiba di Gemas jam 7.34 pagi (2 Julai).
Gemas ke Padang Besar (ETS): Naik jam 8.05 pagi (2 Julai), tiba di Padang Besar jam 4.33 petang.
Jadi, bila tiba di stesen Gemas, tempoh masa menunggu utk transit ke train Padang Besar pula ialah 30 minit (jgn risau, mmg sempat).
****************
Kalau saya jadi tuan, saya naik train Thailand. Mula dgn naik pengangkutan awam ke Rantau Panjang dan lintas sempadan ke Sungai Kolok. Di sana ada stesen keretapi dan menuju ke Hat Yai dan itu salah satu perancangan kami di masa hadapan. Kecuali kalau tuan mmg bercadang nak merasa naik train KTM dari Tumpat ke Gemas dan seterusnya ke Padang Besar, teruskan sbb seronok naik train jarak jauh. (Nota tambahan: Di Tak Bai, tiada stesen keretapi Thailand).
P/s: sebenarnya sgt menarik kalau nak ke utara Semenanjung (Kedah, Perlis, Langkawi) tapi naik train dari Sg Kolok ke Hat Yai, kemudian patah balik ke Padang Besar. Cuma lecehnya sbb kena ada passport. Kecuali kalau berhajat mmg nak ke Hat Yai dan utara Thailand.
Niceee. Tq Zatie. Saya memang mencari info train KL – Gemas – JB ni. Baca kat website KTM macam ok ok lah. Tapi bila baca kat sini terus faham. Saya pun nak try ni travel ke JB guna train, akan travel malam kot sebab kena ada sana sebelum tengah hari.
Terima kasih Zatie!
Sama-sama. Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Semoga selamat dalam perjalanan dan tiba ke destinasi on time nanti.