Aku biasa follow overlander yang merentas dari Malaysia sampai ke Eropah tanpa menaiki flight. Cuma jangan tanya aku kenapa sanggup nak kematu punggung travel jauh-jauh dengan kenderaaan awam. Masing-masing ada minat. Sama seperti mana orang yang minat menjahit, datangnya kita disuruhnya pula beli baju siap.
Jadi, ada beberapa kaedah:
1. Tanpa kenderaan:
Menjadi commuter dengan bertukar-tukar jenis pengangkutan dari bas, keretapi, kereta/motor ehailing, feri, minibus dan kenderaan pelik seperti tuktuk (roda 3 atau 4).
Kaedah (1) ni nama sahaja seperti backpacker tapi realitinya tidak menjimatkan sebab kos pengangkutan awam ni agak mahal. Melainkan (sebagai contoh) jika sanggup naik keretapi dari selatan Thailand ke Bangkok selama 21 jam dengan kelas ekonomi paling murah (RM28) sejauh 947km. Dapat pula kerusi kuat gegar.
2. Berkereta (sedan, SUV, campervan dan lain-lain):
Ada 2-3 orang kawan online aku dah buat. Yang pakai Kelisa pun ada. Kelebihan menjimatkan kos penginapan kerana membawa khemah atau boleh tidur dalam kenderaan.
Minyak? Perbelanjaan minyak merentas timur ke barat benua tak sampai RM5000 mengikut pada jenis kenderaan dan harga minyak sesebuah negara.
Makan/minum? Boleh masak sendiri. Hanya perlu beli bahan mentah.
Kekurangan: Spare part masalah jika bukan brand terkenal (Toyota, Nissan, Isuzu). Juga kena apply carnet iaitu satu permit utk bawa kenderaan sendiri ke negara lain. Yuran dikira sebagai deposit yang akan dikembalikan. Khabarnya, yuran kos carnet bersamaan 70% dari harga sebuah kenderaan. Contoh harga second hand Kelisa RM8000, jadi deposit carnet lebih kurang ~RM6000. Sebab tu ramai beli kenderaan terpakai dan murah bagi memulakan apa-apa ekspedisi kembara jarak jauh.
Pautan rujukan tentang carnet:
c. Malaysian International Chamber of Commerce and Industry
3. Bermotorsikal
Ini paling popular. Ada kawan FB dulu guna Honda EX5 dan selamat tiba di Mekah. Lebih jimat kos dari segi minyak. Maintenance juga rendah.
Ada seorang lagi pengembara dah pusing dunia (Kak Anita Yusof), guna motorsikal 250cc sahaja & banyak memilih untuk berkhemah.
Kekurangan sama seperti berkereta kerana melibatkan kos carnet. Pilihlah motorsikal second hand contohnya Kawasaki Versys dan yang CC rendah sahaja (pastikan lebih dari 250CC).
4. Berbasikal
Cukup-cukup digalakkan. Apa kelebihannya? Banyak sangat. Kesihatan bagus kerana sentiasa berkayuh dan ada masa kena sprint ala-ala senaman HIIT. Ada 2-3 orang kawan (sekumpulan) berbasikal dari Eropah ke Malaysia dan juga suami-isteri yang berbasikal dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah. Jimat kos penginapan kerana berkhemah.
Makan/minum juga masak sendiri, dua kali jimat. Minyak petrol tak perlu. Carnet ke apa pun tak perlu. Tiada sekatan di sempadan mana-mana negara kerana basikal bukan dianggap barang berdaftar yang perlu segala permit bagai. Susah-susah atau kalau malas sangat, boleh masukkan basikal dalam tren.
Berapa belanja per hari bagi pengembara berbasikal jika berkhemah dan makanan yang dibeli hanya sekali sehari dan malam pula masak sendiri? Jangan terkejut:
Sehari: $10 (RM46)
Sebulan: $300 (RM1380)
Ini adalah pilihan aku kalau nak betul-betul kembara kos rendah.
5. Berjalan kaki????
Percaya atau tidak, yang tak biasa mungkin anggap pelik. Yang dah biasa follow 2-3 orang (Malaysian & Indonesian) yang pernah berjalan kaki ke Mekah tu takkan pelik.
Senaman berjalan kaki (minima 20 ribu tapak sehari) sangatlah bagus untuk kesihatan. Kos hanya pada makan/minum.
Tiada attachment pada kenderaan (termasuk basikal) seperti kerisauan ketiadaan spare part, rosak di tengah jalan, dicuri/dirompak orang asing, kes langgar (kenderaan kena sita atau ditahan sehingga ganti rugi dibayar) dan sebagainya.
Kekurangan juga banyak sangat.
Cuaca panas, sukar untuk rentas gurun berhari-hari. Cuaca sejuk pun sama. Ada keadaannya mungkin kesihatan akan merosot seketika. Hitchhiking pula bakal naik dengan stranger yang tak diketahui apa niat mereka.
Mungkin dikejar binatang buas. Mungkin terpaksa bermalam di tempat gelap kerana tempoh jalan kaki tak cukup utk tiba di destinasi (kita ambil contoh paling dekat… bayangkan jalan kaki di Grik, Kedah dan bermalam di tempat yang orang kata keras atau jin bertendang).
Post ni dikongsikan pd yang berjiwa travel sahaja akan faham dan juga yang menyukai penghayatan dalam kembara, suka ‘meredam’ dengan alam dan masa bukan satu isu bagi mereka.
So pilihlah kaedah mana yang disukai. Buat masa ini, aku dan keluarga menyepikan diri buat seketika dalam dunia kembara. Suatu masa nanti, insya Allah kami akan buat comeback. Orang kalau dah jiwa kembara, pusing ke mana pun akan kembali ke minat yang sama juga.
Leave a Reply