Welcome gais, ke laman travelog Zatie Wanderer! Dulu nama blog kami bermula dari Kembara Travelog (Blogspot) sampai Dunia Bulat (www.duniabulat.com), start tulis-tulis sejak 2011.
Kalau nak tau, kami tulis semua panjang-panjang, sepanjang highway PLUS. π Jadi, siap-siap sedia, grab popcorn, dan gigihlah untuk baca sampai habis! ππ¨
Siapa Kami
Kami ni, keluarga yang suka buat hal, terdiri dari pasangan suami isteri yang selalu ajak anak-anak berjalan-jalan dan mengembara. Tapi bukan jalan biasa-biasa, okay, tapi campur-campur dengan camping style, walaupun tengah bandar!
Mulanya, sang suami dah start gila travel ni dari zaman 2008. Tapi takde la dia tau dia ni dah jadi ‘backpacker’ pun. Tak tau pun beg Deuter yang dia galas tu orang sebut ‘backpack’. Lepas tu, bila sang isteri join sekali, memang power duo dah jadi ni. Isteri tu, asalnya anak kampung, mandi parit (orang utara dengan pantai timur sebut tali air), redah hutan belukar, petik kopi, nenas, apa saja lah, dari kecil dah expert. Jadi, bila suami ajak jalan-jalan dan mengembara campur gaya camping, dia macam, “Ini semua celah gigi.”
Jadi, kami lebih rasa macam pengembara sejati dari pelancong biasa. Sebab bagi kami, kembara ni dah jadi DNA kami! ποΈπ²
“Zatie” adalah gabungan nama kami suami dan isteri.
Baca: Dapat Jemputan Dari TV Al-Hijrah Tapiβ¦β¦..
Kami suka sangat mengembara, especially kalau boleh naik bas, keretapi, atau kapal laut. Ada satu kepuasan lain bila travel macam tu.
Yang paling seronok, bila boleh cross sempadan dua negara ikut laluan darat. Rasa macam Harry Potter masuk ke platform 9ΒΎ.
Kami pilih trip yang panjang, tak kurang dari 2 minggu. Sebab nak betul-betul rasa atmosphere tempat tu, bukan datang terjah celup kaki je. πππ’
Pernah ditanya, “Anak dan isteri tak kisah ke?” Eh, betul la tu. Biasanya suami kena make sure family happy, kan? Tapi nasib baik, isteri pun sama gila dengan gaya kembara macam tu. Jadi, bolehlah kita berdua memilih untuk keluar dari comfort zone.
Lagi satu, ramai tak sedar, negara di dunia ni macam ada dua jenis. Ada yang selesa, ada yang kurang selesa. Kalau kita terlalu lekat dengan yang selesa je, confirm takkan explore banyak tempat, kurang dari 100 negara. Tapi kalau kita train diri untuk adapt dengan kedua-dua jenis, bermakna kita boleh conquer 200 negara dengan senang hati! Tak teringin ke nak explore negara-negara cantik tapi lebih cabaran macam India, Pakistan, Myanmar, Laos, Afrika, Amerika Latin? Semua boleh kalau tak kisah! ππ
Kami ni bukan veteran traveler yang dah cover banyak negara, tapi bukan juga freshie yang baru nak mula. InsyaAllah, kalau ada rezeki, akan terus merayap sana sini. Dan tentu, cerita-cerita teruja pasal kembara kami akan terus dikongsi dengan pembaca yang setia. Jadi, teruslah stay tuned ok! ππ
Cerita pasal gaya hidup baru kami yang dah praktik sejak 2020. Kami lebih ke arah minimalis, baik dalam rumah, kenderaan, ataupun backpack semasa travel. Semua benda yang berkertas, kami tukar jadi ‘paperless’ (digitalkan) untuk kurangkan benda-benda yang memberatkan, yang ambil ruang banyak dan boleh menjimatkan jumlah pokok yang ditebang di seluruh dunia.
Waktu travel, benda yang kami bawak memang jenis ringan dan multitasker lah. Nak cari benda 2-in-1, 3-in-1 tu memang jadi obsesi kami. Lagipun, kalau satu peralatan boleh buat untuk banyak jenis kerja, kenapa nak bawak banyak-banyak, kan?
Kami ni jenis chill, tak berminat nak rajinkan diri cari social validation atau join perlumbaan tak habis-habis nak tunjuk status (social climber). Biarlah pemikiran lama tu tinggal dalam lemari. Matlamat kami lebih kepada merantau dan mengembara.
Takde minat nak layan orang yang suka fikir negatif, toxic, atau penuh dengan narsisis. Hidup ni pendek je, buang masa dengan benda tak guna tu, tak berbaloi! Lagipun, nak enjoy life je, takyah drama-drama. Chillax! π
Kami ni, suami isteri asalnya ambivert. Kadang-kadang boleh jadi extrovert, sibuk je, tapi ada gak masa introvert, nak ‘me time’ sendiri. Tapi sejak pandemik 2020, memang lebih kepada introvert la.
Tapi, jangan fikir introvert ni sama dengan social anxiety yang takut nak bergaul. Bukan tu maksudnya. Kami ni lebih suka chill dengan keluarga sendiri je. Jadi, kalau korang pelik kenapa kami jarang join wawancara atau meet-up, ni jawapan dia. π
Cerita pasal kerjaya, sebab sang suami dah terjerat dalam dunia IT lebih dari 20 tahun dan sang isteri pula sejak 8 tahun lepas, jadilah kami digital nomad sepenuh masa (WFA – Work From Anywhere). Dah lama juga tinggalkan rutin 9-5, hampir 16 tahun dah.
Yang paling latest sekarang, kita amalkan SFA (School From Anywhere) untuk anak-anak. Mungkin bagi orang kita ni agak baru, tapi negara maju dah lama praktikkan.
Bagi yang baru kenal digital nomad, maksudnya kerja online, boleh buat kat mana-mana asalkan ada internet. Tak payah nak pi opis, tak payah nak deal dengan kertas, fail, atau jadi seller kat Shopee pun tak perlu. Santai je!
Kalau tanya berapa rumah kami ada, satu je, dan kenderaan pun sama. Takdelah nak berlumba-lumba buat collection. Orang dulu-dulu kononnya status tinggi kalau banyak kenderaan, tapi sorrylah, kita takda dalam game tu.
Zaman sekarang, nak keluar jalan-jalan pun tak payah fikir banyak. Ada Grab, InDriver, MyCar, senang je! Lagipun, sekarang ni trend ke arah sewa je kenderaan, tak payah pening nak pikir pasal hire purchase.
Duit masuk, straight masuk tabung untuk upgrade peralatan membuat content, tabung bagi projek kembara akan datang, dan belanja bagi pendidikan anak-anak.
Kami bukan jenis yang ikut trend zaman batu, di mana lepas kahwin, kira dah boleh pension aktiviti single. Kenapa nak tinggalkan seronoknya benda-benda zaman bujang macam mengembara, hiking, camping, atau road trip bersama anak-anak? Takde salahnya pun! Lagipun, aktiviti macam tu bukan je seronok, tapi tambah kuatkan lagi bonding dalam keluarga kita. Jadi, kenapa nak kena limitkan diri kita, kan?
Sejak kami wujud tahun 2011, baru la dalam tahun ke-8 kena calit dengan TV Al-Hijrah. Macam ‘baru nak kenal’ gitu, kan? Padahal, dah 8 tahun lamanya kami hidup dalam keadaan ‘under the radar’, takde orang tahu pun yang ada laman blog ni. Main reasonnya sebab kerja utama kami bukan dalam bidang travel atau kembara. Ni more like side hustle, tapi hobi yang membuahkan hasil la.
Laman blog pun, takde lah kami promote bagai. Biar dia tumbuh secara organic, macam pokok kat taman. Lagipun, takdelah nak bersaing jadi “terpaling blogger”. π
Alasan kami melantun-lantun ni pelbagai, tapi semuanya atas rezeki masing-masing la. Kami ni memang tak pernah travel solo atau tinggal belakang keluarga. Jadi, bila plan trip, confirm satu pun dari keluarga tak tercicir. Tetap bersama!
Sebab tu, bajet kembara kami memang on another level, lebih tinggi la kos dari pengembara solo. Lagi-lagi bila kami suka trip yang tak pendek-pendek sangat, minimum dua minggu punya la. Duit tu boleh cari, tak jadi halangan. Cuma kena buat saving mode lebih lama sikit.
Jadi, kalau orang tanya kenapa kami baru je explore sikit negara, ni dia jawapannya. Bukan tak nak, tapi kena tunggu tabung travel melimpah ruah dulu. π
Tapi kalau memang dah ada saka pengembara yang suka penghayatan, tak payah lah nak kira negara berapa banyak yang kita jejak. Yang penting, macam mana kita alami setiap detiknya! Macam cita-cita nak jadi foodie, kan? Bukan kira berapa banyak restoran kita serbu, tapi betapa nikmatnya setiap suapan! π
Okay, jadi blog ni macam buku diary tapi versi travel. Cerita pasal perjalanan kami sekeluarga, dari Malaysia sampai ke luar negara, tapi gaya kami budget-friendly je, backpacker, trainpacker, carpackers semua ada!
Nak bagi tau, ni bukanlah blog yang khusus bagi iti (itinerary) atau panduan travel yang formal. Ni lebih macam travel diary, cerita pasal aktiviti dan kisah-kisah yang terjadi dalam trip kami setiap hari. Tapi, takdelah kosong sangat info, tips-tips travel pun kami selitkan sikit dalam cerita. Jadi, bolehlah sambil baca, sambil dapat ilmu travel.
Baca: Jumlah Posting Yang Dibaca Pengunjung Mencapai 205,000 Sebulan
Gambar-gambar original straight dari kamera DSLR. Takde lah nak masuk campur filter Instagram, Snapchat, LUTs atau apa-apa lagi tu. Biarlah nampak natural, macam tengok realiti TV show, tanpa edit-edit yang melampau. Janji, apa yang korang nampak, tu lah yang korang dapat!
Pertama, sebab nak jadikan catatan untuk tatapan anak-anak bila dah besar nanti. Tengok gambar-gambar dan kisah masa diorang kecil, confirm gelak-gelak sorang-sorang.
Kedua, rugi lah kalau pengalaman seronok kami tak dikongsi dengan orang ramai yang mungkin mencari panduan kembara.
Ketiga, ada kawan yang cakap kat aku, “Kau pergilah jalan-jalan sana-sini, sebab aku dah tua ni, dah macam-macam penyakit. Nak keluar pun dah takut.” So, aku pun buatlah blog ni sebagai teman dia dan orang-orang yang senasib baca. Bukannya semua orang dapat peluang sama. Setiap orang punya cerita masing-masing, kan?
Habis satu dekad jadi blogger, tiba-tiba rasa nak jadi Youtuber (vlogger) pula. Maybe sebab dah bosan tengok gambar statik, nak gerak-gerak sikit, buat video.
Tapi sebelum tu, kena la belajar dulu macam mana nak shoot video betul-betul, pastu kena reti edit video. Ni tak, kalau tekan button record je, habis video macam gempa bumi jadinya.
Lepas tu, kena bersedia dengan kos tambahan bila ramai dah kenali dari kembara akan datang. Harap-harap lepas tu, channel dah mula famous, dapat la sikit-sikit income sampingan. Dah tu, boleh la kembara lagi, sambil share-share cerita kat penonton.
Ada sorang penulis buku travelog, Meor Farid Asyradi (gambar bawah), penulis buku Travelog Mr Traveler, cadangkan suruh kami buat buku travelog. Macam best je. Kalau tak jadi Youtuber, maybe la kot. Siapa tahu, kan? π
Plan awal nak conquer seluruh Eropah. Tapi apa daya, rezeki belum sampai. Lepas tu, fikir balik, baik sambung trainpacker Indochina yang tergendala dulu. Baru setengah jalan je pun dari Malaysia sampai Laos. Kali ni tambah Cambodia, Vietnam, sampai China, confirm best!
Tapi tiba-tiba Covid datang tak bagi salam selama 2 tahun, sangkut lagi la misi kami ni.
Lepas ni, mungkin ke Indonesia ke, Filipina ke, atau maybe sambung lagi Indochina. Thailand dah tak masuk list sebab dah bosan asyik cerita pasal tu je. Dah macam lagu request berulang-ulang kat radio. π
*************
Kenangan bersama rakan-rakan FB yang mempunyai minat yang sama: