Salam kepada pembaca-pembaca blog kembaratravelog.blogspot.com. Ini adalah posting pertama saya dalam blog ni. Mudah-mudahan saya dapat membuat review yang terbaik dalam setiap pengembaraan dan pelancongan yang dilalui. Disebabkan baru lagi nak mengarang posting, mungkin cara saya menulis tak kena gaya bahasa, saya mintak maaf. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki lagi dalam posting di masa hadapan. Untuk posting yang pertama ini saya akan membuat beberapa review tentang Bandung iaitu sebuah negeri atau disebut “kota” yang terletak di provinsi (wilayah) Jawa Barat, Indonesia.
Kalau korang nak tahu, Bandung, Indonesia ni merupakan negara pertama di luar negara yang saya lawati pada tahun 2008. Sehingga hujung 2010, saya telah melancong ke Bandung sebanyak 3 kali. Kali pertama sewaktu menemankan kedua orang tua saya untuk membeli barang-barang dan di import ke negara kita untuk dijual. Di sana, barang-barang terlalu murah. Kiranya begini, satu barang fizikal adakalanya mencecah 1/3 dari harga yang terdapat di negara kita. Bila di bawak balik ke Malaysia, kita akan mendapat keuntungan sebanyak 2/3 dari nilai harga apabila di jual dalam negara. Kali kedua pun sama iaitu menemankan kedua orang tua saya berkursus ke sana. Dan kali ketiga ialah ‘simple honeymoon’ saya dengan isteri setelah selesai kami bernikah pada Oktober 2010.
Pada tahun 2008 yang pertama kalinya, sewaktu usia 31 tahun (sedih gak, orang lain dah awal2 buat passport dan dah ke luar negara, saya plak baru nak merasa negara orang) maklumlah baru nak merasa pijak negara orang, semangat nak melancong tu jangan citer lah. Seronok bukan main. Nak kata sebab pertama kali naik kapal terbang tu tak la jugak sebab saya sendiri dah biasa naik ‘burung besi’ ni sejak dari sekolah rendah lagi. Perjalanan selama 2 jam (kadang2 ada juga flight yang lewat 15 minit dan kadang2 ada yang cepat pula 15 minit). Macam biasalah, saya naik ‘Now everyone can fly!’ iaitu Airasia. Murah jugak tiket pergi dan balik. Harga tiket pada lawatan kali pertama dan kedua biasanya di antara RM300-RM450. Asalnya saya dan isteri melancong ke Bandung pada tahun lepas gara2 tiket tawaran oleh Airasia ke Bandung pergi dan balik yang betul2 murah iaitu RM250 seorang. Tunggu apa lagi, terus kami booking online. Korang nak tau tempoh waktu date masa booking dan departure date? Hehe, seminggu jer. Website Airasia ni bukan pe, kadang2 kena selalu check. Buatnya hari ‘gila’, mmg harga pun gila murah.
Ok citer pasal semangat melancong kali pertama ni. Dua ke tiga hari sebelum ke sana, saya sempat lagi cari review2 pasal Bandung iaitu di Virtualtourist.com. Bila mula tengok gambar2 dalam site tu, wah bukan main excited. Saya pada mulanya ingat Bandung ni macam Malaysia jer, ye lah dah kata negara yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa (equator). Lagipun, orang tua saya yang ajak temankan dan saya time tu main cakap ‘ya’ jer tanpa usul periksa. Kiranya saya haram tak tahu langsung pasal Bandung, apa kebenda Bandung ni, dan macam-macam lagi. Excited punya pasal, mulalah plan secara serius. Antara plan2 mengarut saya ialah nak print map bandung (sikit punya besar, orang giler je akan print, padahal zaman sekarang dah pakai GPS), print semua page pasal Bandung dalam site Virtualtourist.com tu (ada lah dekat 30 mukasurat yang mana penyudahnya langsung tak pakai waktu kat sana), nak beli lampu suluh mini konon2 in case hotel dorang blackout ke apa ke. Konon bajet negara Indonesia ni mundur ler sangat, tapi awas! Sangkaan saya benar-benar meleset. Tak semua bahagian atau kawasan di sana kemudahannya kurang. Sebagai contoh, kalo korang nak tahu, perkhidmatan 3G untuk henpon, speed internetnya tiga kali ganda lebih laju daripada Celcom 3G broadband. Serius memang saya terkejut gak. Antara voice dan data provider yang popular ialah SimPATI. Ok ni antara beberapa rujukan tambahan yang buat saya terlebih excited:
http://forum.cari.com.my/search.php?searchid=2154&orderby=lastpost&ascdesc=desc&searchsubmit=yes
Setelah membelah awan menaiki burung besi selama 2 jam, so kitorang pun sampai lah ke Lapangan Terbang “Bandara Husein Sastranegara Bandung”. Untuk pengetahuan korang, Bandara tu sebenarnya bermaksud Lapangan Terbang. Itulah satu yang peliknya dengan bahasa sebutan di Indonesia. Mereka gemar shortform kan perkataan. Bandara tu ialah gabungan nama “Bandar Udara” yang menghasilkan Bandara. Lagi contoh lain iaitu Bandung ni terletak di Jawa Barat, so short form bagi Jawa Barat ialah Jabar. Kalau Jawa Timur pula, disebut Jatim, hehe.

Ok, disebabkan lawatan ke Bandung ni untuk menemankan kedua orang tua saya, jadi dorang terlebih dulu dah siap booking wak supir (driver) dengan van Suzuki APV. Boleh tahan gak le van ni. Kalau kat Malaysia, nampak macam van mahal lah (rasanya mahal gak harga dalam RM70K). Tapi kat sana, harga kenderaan memang murah, tak silap saya van ni dengan harga baru RM25K. Murahkan? Ok takpe, saya pun malas nak panjang lebar pasal dasar automotif negara kita, kita abaikan.
Kebiasaannya harga sewa van bagi sehari ialah RP300,000 ke RP450,000 bergantung pada wak supir yang bukan perangai macam lintah atau jenis kenderaan yang kita sewakan tu. Banyaknyer ratus ribu harga? Hehe, bagi yang kurang biasa dengan matawang Indonesia, boleh masuk site ni iaitu XE.com dan convert duit. Untuk Indonesia, pastikan pilih matawang “IDR”, Malaysia pula “MYR”. So, kalau RP300,000 adalah bersamaan RM105 sehari. Agaknya murah tak? Bagi saya kira OK lah sebab harga per hari tu dah termasuk duit rakyat, opss sori, duit minyak van untuk ke hulu ke hilir dan upah wak supir. Kami ke sana seingat saya dalam 4 hari 3 malam. Dan van tu kami sewa dalam 3 hari je.
Maklumat tambahan untuk korang iaitu walaupun secara online nilai RP300K tu bersamaan RM105, tapi kalau pergi ke money changer diorang akan amik upah yang mungkin menjadikan RM105 naik ke RM120. Tak boleh nak buat apa2 sebab kebanyakan money changer dalam Malaysia akan amik upah banyak tu. Kena pandai2 ler cari money changer yang terbaik. Biasanya saya akan tukar di Tesco Extra, Cheras atau Ampang Park. Kecuali kalau korang guna kad kredit untuk beli apa2 secara online dari Indonesia, memang kadar seperti RM105 tu akan dikira secara tepat. Nasihat saya, jangan tukar duit sewaktu berada di Indonesia atau negara2 lain sebab dorang akan beli matawang kita pada harga rendah walaupun sebenarnya matawang kita lebih tinggi dari dorang. Lebih baik tukar dalam Malaysia sebelum berangkat ke sana.
Haa! Lagi satu, saya nak pesan, jangan tukar last minit dekat money changer yang terdapat di airport (KLIA atau LCCT) dalam negara, sebabnya majoriti airport antarabangsa di Malaysia hanya mempunyai satu jer money changer untuk setiap airport. Bagi money changer yang berniat untuk monopoli perniagaan, dorang akan amik upah money changer yang tinggi disebabkan raut wajah orang-orang seperti kita yang mungkin terdesak di saat akhir.
Lepas keluar dari kapal terbang je, penumpang berjalan kaki menuju ke terminal. Agak lama juga nak menunggu sehingga melepasi imigresen Indonesia. Saya kira-kira hampir 40 minit termasuk menunggu bagasi untuk diperiksa. Pegawai imigresennya friendly tapi satu yang masalahnya ialah bag pakaian kita. Bila kita beratur untuk pemeriksaan passport, serentak dalam masa yang sama bagasi akan masuk dalam mesin x-ray. Bagi yang terlebih dulu beratur, bolehlah ambil bag lebih awal. Bagi yang giliran pemeriksaan passportnya lambat, bag2 yang telah diperiksa tu akan diletak sebelah sampai lah kita mengambilnya nanti. Apa yang dirisaukan ialah mungkin ada penumpang yang tersalah ambil bag kita sewaktu memilih bag. So, mau tak mau kena selalu rajinkan mata meninjau bag kita sewaktu beratur untuk pemeriksaan passport. Tapi tak apa, sebab kawasan pemeriksaan bag betul2 bersebelah kawasan imigresen. Jarak dalam 3-5 meter je, tak jauh.
Bagi yang baru2 je melancong seperti saya, ni saya nak pesan, tersangat penting kalau tidak korang takkan boleh lepas dari pemeriksaan imigresen Indonesia (dan mungkin di mana2 negara sekali pun). Kalau membeli tiket Airasia secara online, pastikan di print kan sekali jadual untuk return ke tanahair. Ini sebab imigresen akan tanya. Jika tak, akan jadi masalah macam saya sewaktu melancong ke Padang, Sumatera, Indonesia pada Jun 2010. Tapi nasib baiklah lepas. Akan saya ceritakan lanjutan nanti di post akan datang (mungkin lambat sikit sebab ada tempat2 lain saya nak cover dulu seperti Surabaya, Jakarta, London, Arab Saudi dan lain2). Airportnya sempoi jer. Habis pemeriksaan, kelihatan wak supir pun dah tunggu kitorang kat luar. Saya suka wak supir kitorang ni, nama dia Pak Wawan. Ishk mana pergi ntah nombor tepon Pak Wawan, kalau ada saya akan kongsi dengan korang kat sini. Dia ni baik, sangat2 menghormati privasi penumpang. Sebagai contoh, waktu naik vannya, saya duduk di bahagian penumpang belakang, saya pun tertengok mata dia dekat cermin pandang belakang tu (rear mirror), dia boleh tutup dan ubah cermin bagi turun sampai bawah kasi tak nampak, punyalah respek privasi passenger dekat belakang. My respek for u Pak Wawan.

Pak Wawan bawak kitorang ke hotel dulu. Sewaktu di Bandung, hotel yang kami menginap adalah Hotel Mutiara. Hotelnya OK lah, saya rasa hotel 3.5 star je, semua kemudahannya OK. Di bawah ni ialah peta ke Hotel Mutiara.
Koordinat GPS: -6.912322, 107.598300


Alamat dan nombor telefon Hotel Mutiara:
Hotel Mutiara
Jalan Kebon Kawung,
Bandung, Indonesia
+62 22 4200888
Sebenarnya saya tak rekemen sangat Hotel Mutiara ni, sebab ada banyak lagi hotel2 lain yang lebih bagus dan murah dari Hotel Mutiara, malahan berdekatan dengan tempat2 shopping terkenal. Post akan datang memang saya berhajat untuk bercerita tentang trip saya yang ke 2 dan ke 3 ke Bandung. Hmmm, saya mintak maaf tuan2 dan puan2, saya lupa nak cerita kebagusan melancong ke Bandung. Untuk pengetahuan korang, Bandung merupakan destinasi pelancongan utama di Indonesia yang dikhususkan untuk jenis pelancongan beraktivitikan shopping. Yeahh shopping, orang pompuan mesti sukeee. Bandung sering diperkatakan di mana2 oleh orang Malaysia. Kalau dibandingkan tempat lain di Indonesia yang telah saya pergi iaitu Padang, Surabaya dan Jakarta, akan tetapi Bandung merupakan tempat yang terbaik untuk ber shopping. Apa yang saya suka berkenaan Bandung ni? Tempatnya nyaman. Korang nak tahu? Bentuk muka bumi Bandung terletak sedikit tinggi dari aras laut. Ini bermakna, pada bulan2 tertentu, cuaca agak sejuk mencecah 26’C (saya agak2 saja melalui perbandingan dengan Genting Highland). Jadi, bagi korang yang rajin shopping dan berjalan dari kedai ke kedai, memang tak terasa penat dan peluhnya. Saya pun dah lupa bulan berapa saya ke Bandung semasa tahun 2008. Rasanya bulan Mei. Cuaca memang nyaman.

Orang Malaysia suka ke Bandung ada beberapa sebabnya. Ada yang suka ke sana untuk bercuti dan bersantai di tempat tinggi (berdekatan Gunung Tangkuban Perahu) dan bermain golf. Ada yang suka bershopping untuk diri sendiri. Ada yang bershopping untuk borong barang2 dan jual di Malaysia dan tak keterlaluan saya mengatakan, ada yang suka ke Bandung kerana isteri kedua mereka adalah orang sana. Terima kasihlah kepada Airasia kerana menyediakan penerbangan yang kerap ke Bandung dan harga tiket yang mampu bagi rakyat Malaysia.
Lepas Pak Wawan hantar kami ke hotel bagi urusan check-in dan simpan beg, Pak Wawan bawak kami makan di Restoran Ampera. Restoran ni memang terkenal di Bandung kerana mempunyai banyak cawangan dan menyediakan makanan Sunda.




Di Bandung, yang bestnye berbanding di Malaysia ialah waktu terbit dan terbenamnya matahari. Kat sana, matahari terbit dan cerah jam 6 pagi. Terbenam pula jam 6 petang. Kiranya 6 petang tu dah gelap habis. Kiranya satu pengalaman yang berbezalah terutama bagi rakyat Malaysia yang menetap di semenanjung. Tapi yang lawaknya, kitorang menginap di Hotel Mutiara tu dekat bahagian depan hotel. So, bila jam 6 pagi, dah lah cerah, siap dengar bunyi kenderaan di depan jalan utama. Mahu tak mahu, kena jugak le bangun awal. Bagi yang nak bershopping tu, pastikan mula keluar dari hotel jam 8 pagi sebab jam 6 petang dah mula gelap. Bagi yang menyewa van, tak mengapa kalau balik lambat sehingga lewat malam sebab wak supir boleh menjamin keselamatan penumpang.
Kalau jenis yang berlenggang dan naik teksi je untuk ke mana2, pastikan beramai2 sebab saya sendiri pun, dalam 4 kali lawatan ke Bandung, tak pernah berjalan di waktu malam. Iyalah kita pun tak tahu negara orang ni bila dah malam macam mana ye tak? Lebih baik ambil langkah berjaga2. Malam duduk je dalam hotel lagipun seharian dah keluar memang dah tak larat sangat2. Serius tau korang. Jenis yang berjalan dari satu tempat shopping ke satu tempat secara berjalan kaki (kebanyakan kedai menjual pakaian didirikan berdekatan di sepanjang jalan raya yang dikhaskan), jangan lupa pakai sport shoes atau kasut joging. Nanti kaki melecet susah. Serius, saya memang tak galakkan korang pakai kasut high heel, sepatu dan lain2 yang tak sesuai selain dari kasut sukan. Alamatnya kalau kaki melecet, kena lah balik cepat ke hotel, rugi kan? Hehehehe.Korang nampak tak belut goreng dalam pinggan di atas?
Semua dalam pinggan ni adalah faveret saya. Hehe. Sedap ke belut goreng ni? Belasah jerr. Wajib dicuba. Rasanya rangup, macam ratah ikan bawal goreng yang kecik tu. Bagi yang tak tahan nampak belut ni macam ular melingkar dan geli, saya cadangkan jangan makan, tapi kalo berani, boleh dicuba2. Apa salahnya, bukannya selalu datang ke Bandung. Dekat Malaysia pun ada tapi jarang sekali nak jumpa. Apa lagi dalam pinggan tu ye? Ohh, ada hati lembu, sotong, cendawan skit dan peha ayam kampung. Nasiknya pula dihidang dalam daun pisang, ala2 nasik lemak Malaysia. Sambal2 pun ada, cuma saya tak tahu apa namanya. Memang sedap, terliur! Kalau korang nak tahu, dekat Indonesia memang tak ada nasik lemak dan roti canai, itulah kenyataannya. Hanya popular di tanahair je.
Lepas dari Ampera, kami menuju ke Pasar Baru. Inilah tempat heaven bagi pasangan2 bakal pengantin. Di sini banyak betul baju2 untuk pengantin bersanding yang murah2. Tapi saya ke sana tak beli apa2 pun kecuali ketayap orang jawa dan kain batik. Di bawah ini adalah gambar2 yang sempat saya ambil di luar Pasar Baru.

Citer pasal tempat shopping, waktu pertama kali saya pergi ke Bandung ni, memang saya tak tahu apa2 nama tempat dan lain2. Niat saya waktu tu hanya untuk melihat suasana yang dikatakan ‘luar negara’, menikmati pemandangan dan menimba pengalaman di negara orang. Tapi bila dah terjebak, alang2 biarlah menyeluk sampai ke dalam kedai shopping ye tak? Hehehe. Bukan maksud saya mencuri ler, tapi meringankan tangan membelek2 barangan untuk di shopping. Ok, antara yang saya tahu tempatnya ialah Pasar Baru, Rumah Mode, Heritage Outlet, outlet2 di Jalan Dago dan outlet2 di Jalan Riau.
Lawatan ke 3 baru2 ni lebih banyak nama tempat shopping outlet yang saya tahu, maklum ler bershopping dengan isteri tercinta, dah tentu mahu tak mahu kena bershopping sama, hehehe. Akan saya cover nanti di posting akan datang. Tungguuu. Ok, pasal harga shopping ni, isteri saya ada beritahu, kadang2 setgh pakaian tu harganya sama je macam dekat kedai bundle yang ada di Malaysia. Tapi bezanya, lebih variety dan ditambah pula dengan kawasan2 shopping ni dikhususkan di satu2 jalan atau tempat. Jadi, kalau bertandang ke jalan riau, di situ je ada lebih dari 10 rumah outlet. Setiap outlet besar2 lebih kurang gabungan 3-4 biji rumah teres yang biasa. Penat tau berjalan. Untuk yang dalam poket ada berjuta2 rupiah tu, saya pasti tak penat! Hehehe. Bila bergerak dari outlet ke outlet, akan ada warung2 kecik yang agak bersih terletak di tengah2 setiap outlet.
Kalau penat tu, pandai2 le berenti kejap sambil pekena Teh Botol. Sebut Teh Botol ni memang faveret saya. Kadang2 tu sampai 2 botol saya beli dan habiskan. Ada lagi satu saya tak cerita, berkenaan Pasar Baru. Untuk pengetahuan korang, penjual2 di Pasar Baru memang sukakan orang Malaysia sebab terbukti orang kita banyak bershopping di sana samada untuk keperluan sendiri atau borong banyak2. Saya nyatakan di sini, pasaran jualan dorang bukan untuk mat saleh dan minah saleh sebab orang barat tak tahu nak pakai pakaian tradisional macam mana. Setakat beli sehelai kain batik tu mat saleh tahu ler tu pun bukan untuk dipakai tapi sebagai cenderamata dari Bandung. Hanya orang2 dari nusantara ni je yang tahu kegunaan pakaian2 tradisional ni. Jadi, gunakan diri anda sebagai ‘market pilihan utama’ dorang untuk tawar-menawar. Dah tahu rahsia ni, pandai2 le korang mintak diskaun. Bukti penjual2 di Pasar Baru suka orang Malaysia? Ada satu kedai dalam sana yang mana nampak kitorang dari jauh berjalan ke arah kedai dia. Dengan segera dia pasang lagu Siti Nurhaliza dengan harapan kitorang aware yang dia ni sukakan orang Malaysia dan tertarik untuk ke kedainya. Orang Malaysia ada ‘purchasing power’ berbanding rakyat tempatan dorang.
Ada lagi satu rahsia saya nak bocorkan pada korang. Korang mesti tahu macam mana ‘feel’ duit RM50 kan? Rasa macam besar sebab minyak je hampir 2/3 tangki boleh isi kat Malaysia ni. RM50 pun boleh belanja kawan2 dalam 4 orang makan di restoran mamak. Ok dah rasa feel RM50. Sekarang saya nak bagitau apa yang orang Indonesia ‘feel’ dengan RP50,000 rupiah dorang. Sebenarnya ‘feel’ dorang sama je. Dorang pegang duit RP50,000 rupiah sama macam kita pegang duit RM50 kat sini. Buktinya, sejam parking kat sana RP2500. Di Malaysia pula satu jam bersamaan RM2.50. Haa, kan sama? Jangan convert duit kita dengan dorang sebab ‘feel’ dan ‘convert’ adalah dua perkara berbeza. Jadi, kalau ada nampak peminta sedekah jalanan, dan kalau sedekah kat dorang RP10,000, dorang ‘feel’ macam kita di sini dalam RM10 walhal RP10,000 baru bersamaan RM3.40. Tapi, nasihat saya, kalau rasa nak bersedekah lebih tu, sila-silakanlah, janganlah terlalu berkira sangat. Kesian, lagipun negara dorang ramai orang yang miskin.

Ada lagi satu tempat shopping iaitu Cihampelas. Bagi yang suka dengan pakaian2 bundle ni, boleh berkunjung ke Cihampelas. Tempat ni agak berasingan dari shopping outlet yang terdapat di tengah2 kota Bandung. Tapi, bagi yang tak gemarkan tempat yang berlopak, agak berbau, kedai2 shopping yang nampak seperti tak ada kualiti, bolehlah ke Cihampelas Walk atau nama singkatannya CiWalk. Tapi, kalau tanya saya, dua2 tempat tu iaitu CiWalk dan Cihampelas saya nak pergi, abaikan bau busuk dan have fun! CiWalk adalah sebuah shopping complex yang agak besar dan teratur. Ianya terletak betul2 bersebelahan kawasan bundle Cihampelas. Yang bestnya di sini ialah bila bawak anak2 (bagi yang berkeluarga) sebab banyak patung2 yang terkenal dan besar dipamerkan di tepi2 jalan contohnya Rambo, Dragonball, Superman, Batman, Spiderman dan macam2 lagi. Patung2 tu boleh tahan besarnya. Saya sediakan gambar2 di bawah yang mengandungi Cihampelas dan CiWalk:
Bila dalam outlet, masa nak tanya promoter tu, boleh menggunakan perkataan2 tertentu seperti contoh “Ini, harga pas ya?”. Pas tu shortform bagi “pasti” yang bermaksud “harga tetap”. Kalau dia cakap “nggak” maksudnya bukan harga pas, kalau dia cakap “iyah”, harganya adalah pas. Alah, bahasa Indonesia saya rasa semua dah mahir. Tapi apa2 hal baik saya bagitau perkataan untuk tandas sebab penting sangat bila emergency. Dorang kat sana sebut “kamar kecil” untuk tujuan buang air. So, kalo nak tanya promoter tu sebutlah “Kamar kecilnya di mana yah?”. Perkataan ni boleh di apply di mana2 negeri di tanah Jawa dan beberapa tempat lain di Indonesia sebab ada yang tak guna perkataan2 macam ni bila setengah negeri di Indonesia berpusat berdekatan Makassar, Papua New Guinea dan sebagainya. Saya tak boleh komen lebih2 pasal dua tempat yang saya belum pergi tu lagi. Saya lebih prefer untuk bercerita tempat yang memang saya ada pengalamannya.
Berkenaan pengangkutan. Ok ada yang prefer menggunakan van wak supir sebab selesa, senang nak request wak supir pergi ke sana atau ke sini, wak supir pun tak kisah tunggu berjam2 kat luar sewaktu kita shopping dan sebagainya. Tapi, masa saya pergi ke Bandung kali ke 3 tu, saya tak guna khidmat wak supir sebab banyak tempat di Bandung yang saya sudah tahu. Jadi, saya guna teksi je dan sebut nama2 tempat. Itu pun sebab saya pergi berdua je dengan isteri, so senang le nak berlenggang. Hmmm, bagi pendapat saya lah kan, kalau pergi lebih dari dua orang, tambah2 bawak anak2 ke atau orang tua yang tak larat sangat untuk menunggu di tepi jalan untuk tahan teksi, lebih baik sewa van wak supir. Mudah dan menjimatkan masa, cuma kos keseluruhan belanja ke Bandung ni sedikit naik ler. Ala tak banyak pun, seperti yang saya sebutkan di awal posting ni, sewa wak supir dalam RM105 je sehari, paling kuat pun RM150. Katalah RM150, kalo 3 hari baru RM450. Haa, kan boleh angkut sampai 5 orang. Harga tu hanya untuk pusing2 dalam bandar je tak termasuk untuk pergi ke luar Bandung contohnya Gunung Tangkuban Perahu, Kampung Daun dan sebagainya.
Barang2 pun wak supir boleh simpankan kejap dalam van sementara kita bershopping kat tempat lain pula. Tak perlu le kita usung sama barang2 shopping masuk ke kedai shopping lain. Bagi jenis yang travel ringkas atau ‘backpacker’, boleh le naik ‘Angkutan Kota’ atau singkatannya ‘angkut’. Angkut ni ialah bas mini jenis van. Ada beribu angkut dalam setiap kota di Indonesia. Tambang pun murah jer. Tapi, satu masalahnya, kurang selesa, berbau, duduk pun bercampur2 dengan orang tempatan dan korang perlu hafal setiap nama jalan dan peta sebab angkut ni hanya tulis nama tempat dekat cermin depan dia je. Agak sukar bagi traveler yang baru melancong ke Bandung. Kalau nak berjimat, rancang perjalanan dahulu. Katakan hari pertama nak pergi ke Jalan Riau yang mana di situ je ada lebih 10 rumah outlet. Jadi tak perlu sewa wak supir sebab dekat sana je boleh habis hampir 5 jam bershopping. Lagipun biasanya kapal terbang Airasia sampai tengahari, nak sewa wak supir pun macam dah rugi melainkan sewa bermula jam 8 pagi.
So, hari pertama tu naik teksi ke hotel, check in dan simpan barang dulu, mandi manda dan bersolat zohor, terus keluar naik teksi tanyakan restoran Sunda (preferable Ampera) atau Padang yang terkenal. Selesai makan, naik teksi terus ke Jalau Riau, Jalan Dago atau mana2 tempat. Habiskan 1/2 hari di sana. Saya pasti 4-5 jam dah tentu akan habis. Jam 6 petang dah gelap, on the way balik dinner dulu dekat mana2, balik hotel, berehat dan tidur sebab esok nak kumpul tenaga ke tempat2 yang agak berjarak sikit dari satu ke satu tempat. Hari kedua (atau mungkin sampai hari ke 3) baru sewa dengan wak supir bermula jam 8 pagi sampai malam. Waktu tu, terpulang le pada korang nak suruh wak supir pergi ke mana ke apa. Jadi, rancangkan lah perjalanan begitu, maksud saya “time vs keperluan” iaitu “adakah berbaloi sewa van supir dengan waktu sekian2 berbanding keperluan?”


Isu pengemis di Bandung ni terlalu ramai. Tapi waktu saya ke sana pada Oktober 2010, saya dapati pengemis seperti dah berkurangan berbanding tahun 2008. Mungkin kerajaan dorang ada lakukan sesuatu untuk membersih imej kota Bandung sebagai kota pelancongan berkonsep shopping. Bayangkan, orang Malaysia pasti akan kesian melihat pengemis dari kalangan budak2 yang berusia 5 atau 6 tahun datang meminta sedekah sampaikan kadang2 tu dorang sanggup ikut korang lintas jalan yang sesak tu sorang2. Kalau nak bagi sedekah tu, bagi je senyap2 sebab nanti geng dorang nampak, ramai2 akan datang keliling korang, nanti rimas, hehehe. Nasihat saya, seperti biasa, tak perlulah berkira. Biarlah Allah tentukan jasa kita pada negara yang mempunyai ramai orang2 susah. Bukan perbezaan bangsa dan negara menjadi ukuran, tapi hati kita tu.

Kawasan luar Bandung. Kalau korang sekadar nak berjalan2 untuk bershopping, tak perlu ke Gunung Tangkuban Perahu pun tak apa. Tapi, saya pada pendapat saya, korang rugi sangat2! Hehe. Gunung ni merupakan gunung berapi aktif tapi timingnya untuk meletus tu lambat lagi. Dari Bandung untuk ke sana tak silap saya mengambil masa 40 minit. Satu masalahnya di sana, terlalu ramai penjual jalanan akan menghimpit korang sampai le korang ‘surrender’ dan terbeli. Macam2 ada, strawberri pun ade jual. Ok, strawberri tu memang murah, wajib beli. Paketnya disediakan dalam bentuk kotak polisterin yang biasa kita beli nasik campur bungkus. Bayangkan, 4 kotak yang mengandungi strawberri dan besar macam kotak polisterin tu harganya hanya RP40,000 je! Bersamaan RM13.60. Kalau kat Malaysia saya rasalah, mau lebih dari RM30. Ada jugak cenderamata2 dari Bandung. Belerang gunung berapi pun ada jual tau. Belerang ni ramai gak orang yang beli buat untuk mandi konon-kononnya boleh mencantikkan kulit badan. Bab ni korang sendiri buat sendiri tanggung ye, saya tak jamin. Awal2 saya letak ‘disclaimer statement’ di sini. Untuk menyenangkan consult penjual belerang tu dulu. Dan kalau korang beli, pastikan diguna sewaktu masih di Bandung sebab belerang ni barang merbahaya dan tak boleh di bawak naik dalam kapal terbang. Kan ke rugi nanti? Baik pakai siap2.
Batu2 gunung berapi pun ade dorang jual tapi saya tak pasti boleh bawak balik ke tidak sebab batu-batunya pun ade lapisan belerang. Kalau rajin, boleh upah pemandu pelancong untuk turun ke kawah gunung berapi dan mandi lumpur. Baik untuk kesihatan. Tapi waktu yang saya pergi ni, saya sekadar bahagian atas je, tak turun pun ke kawan, jadi saya tak ada pengalaman bagaimana rasanya merendamkan kaki dalam lumpur ni. Nanti, sebelum ke gunung ni, beritahu pada wak supir untuk masuk ikut jalan dalam sebab nanti boleh nikmati rumah2 yang banyak tanam pokok2 bunga yang segar dan cantik, siap boleh turun dan masuk tinjau rumah dorang lagi. Lepas tu, selesai di gunung, mintak wak supir lalu ikut jalan yang ada ladang teh. Sejuk mata memandang sebab ladang teh ni luas. Nak berhenti kat ladang dan ambil sedikit daun teh pun boleh. Apa salahnya, bila lagi nak datang Bandung, ye tak?

Koordinat GPS Tangkuban Perahu: -6.759464, 107.618749


Lagi gambar2 menarik sepanjang perjalanan naik, berada dan turun dari Gunung Tangkuban Perahu:
Isu keselamatan di Bandung. Baiklah, mana2 tempat boleh dikatakan selamat dan ada yang tak selamat. Bergantung pada keadaan. Kalau ke Bandung, pastikan jaga beg duit dan poket terutama semasa di Pasar Baru kerana di situ penuh dengan bermacam jenis orang yang mungkin meragukan kita termasuk juga di Cihampelas (kecuali Cihampelas Walk). Lain2 tempat di sana, saya rasa OK je tambah2 kalau wak supir yang jadi jurupandu, lebih mudah sebab dia boleh jamin keselamatan kita. Maksud saya, dia sebagai orang tempatan sudah tahu di mana kawasan2 yang ‘panas’ yang perlu dielakkan.
Bagi yang berjalan di waktu malam, pastikan dengan wak supir sahaja dan berjalan lebih dari 2 orang. Kita takkan tahu keadaan sebenar di tempat orang ni. Tapi InsyaAllah, selama mana kita berfikiran positif dan yakin pada Allah, DIA akan melindungi keselamatan kita tak kira di mana negara hatta negara tersebut tengah berperang sekalipun. Dan Alhamdulillah, sepanjang tiga kali saya ke sana, semuanya selamat sahaja.
Buat pengetahuan korang, dan kalau korang masih ingat pada bulan September dan Oktober 2010, kerap berlaku ganyang Malaysia, membaling tahi ke kedutaan Malaysia di Jakarta dan juga kes buluh runcing (sweeping Malaysia) yang berlaku di sana, Alhamdulillah sewaktu saya ke sana pada Oktober 2010, tak ada perkara2 yang tidak diingini berlaku. Semuanya selamat je. Saya ada bertanya pada salah seorang pemandu teksi di sana. Beliau mengatakan yang orang2 di Bandung tak suka dengan kes ‘sweeping Malaysia’ yang berlaku di Jakarta. Katanya lagi, mereka2 tu ialah orang2 yang dibayar untuk melakukan provokasi antara negara Malaysia dan Indonesia.
Orang2 Bandung anti akan sikap mereka2 yang berprovokasi itu dan beliau berkata “Kami di Bandung mau aman2 saja pak”. Lagipun, kita pun tahu, peniaga2 di Bandung meraih pendapatan yang tinggi hasil dari pelancong2 yang datang dari Malaysia. Jika mereka menyambut provokasi di Jakarta, bermakna mereka sendiri meruntuhkan ekonomi kota Bandung. Saya pasti rakyat Bandung tinggi pemikiran mereka dan akan mengenepikan provokasi2 yang berlaku. Percayalah bahawa “di mana2 tempat, semua orang nak cari makan”. Secara peribadinya, saya rasa keadaan di Indonesia dah OK (sehingga waktu sekarang). Dan semasa di sana, jika perlukan bantuan, boleh hubungi kedutaan Malaysia di Jakarta:
Address:
Jl. H.R. Rasuna Said
Kav.X/6, No. 1-3
Kuningan
12950
Jakarta Selatan
Telephone: (6221)5224947 – Canseri (Hunting – 8 Lines)
Fax: (6221)5224974
Email: [email protected]
GMT: – 1 hrs (KL), + 1 hrs (Jakarta)
Work days: Monday – Friday : 8.00 a.m – 4.00 p.m 8.30 a.m – 12.30 p.m / 2.30 p.m – 4.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday
Saya akhiri posting yang pertama ini dengan beberapa lagi gambar di Bandung dengan harapan agar segala maklumat yang saya berikan berguna untuk korang. Majulah travel untuk negara. He he he! Take care bila di negara orang, OK!
Assalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan. Abang/ Akak
Minta maaf apabila mengganggu blog anda
kami dari Mekar Wangi Bandoeng Tour Syariah menyediakan pilihan dan harga terbaik untuk keselamatan familly anda semasa bercuti kat Bandung or Jakarta
Sebuah syarikat muslim kat Bandung dan Jakarta yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati. Driver & tour guide profesional kami inshaAlloh akan selalu bawa anda ke semua tempat menarik kat Bandung, Bogor and Jakarta.
special offer at 2015 jomm tempah murah jer *Include: minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
Rate per Kereta per Day
Suzuki APV / toyota avanza rate nye 400.000rupiah / RM 115 —6seat
Toyota Innova / Kia Pregio rate nye 550.000rupiah / RM 160 —8seat
Coaster Isuzu Elf rate nye 650.000rupiah / RM 185 —12seat
Coaster Isuzu Elf Long rate nye 850.000rupiah / RM 245 —17seat
Toyota Hiace commuter rate nye 850.000rupiah / RM 245 —12seat
*company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture plight and tempahan kereta by whatapps or email
WhatsApp +62 877 1519 6061 (mas Bimo)
email [email protected]
facebook page mekarwangi bandoeng tour
king regards,
Bimo
mekar wangi bandung syariah tour
PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG
Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak
Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan mesra akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.
Special offer 2015… Jom tempah transport murah kat Bandung jer .
Rate per Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115
# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185
# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
# Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
*Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu
Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.
Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour
Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : [email protected]
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG
Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak
Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan mesra akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.
Special offer 2015… Jom tempah transport murah kat Bandung jer .
Rate per Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115
# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185
# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
# Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
*Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu
Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.
Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour
Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : [email protected]
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
Call : +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp : +6282214441280
+6282216270779
Email : [email protected]
Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..
Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..
Greetings Sir / Madam I hope all is always given his health and given sustenance (ameen). Here we will offer all the cars for (Bandung / Jakarta City Tour). For anyone Sir / Madam existing plans for vacation in Bandung / Jakarta and need a car to transport during the Bandung / Jakarta okay PM or WhatsApp only:
Call: +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp: +6282214441280
+6282216270779
Email: [email protected]
Our guaranteed for a very decent price and the best service / service 5 ***** Star (Insha Allah).
Sorry Sir / Madam, if there is an inscription that less pleasing in the Promotion we offer..
Nb: The more expensive ones also much cheaper there, but we assure you the best stay Dhani Bandung (Insha Allah) way street in Bandung is very cheap, Thank you very much..
Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
http://sewakeretamurahpelancong.blogspot.com/
JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… 😉
Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..
Contact Person :
Mobile Phone : +6281322167717
WhatsApp : +6281214741600
+6281220477335
Email : [email protected]
Facebook : – Irdi Tour Bandung & Irdi Wati
Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung.. ^_^
Wassalam..Wr.Wb..
Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… 😉
Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..
Contact Person :
Mobile Phone : +6281322167717
WhatsApp : +6281214741600
+6281220477335
Email : [email protected]
Facebook : – Irdi Tour Bandung & Irdi Wati
Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
Wassalam..wr.wb..
This comment has been removed by the author.
Salam ….
Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan disini..
Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing.
Dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung.
khusus untuk bulan november dan desember ni kami adakan harga promo!! IRDI TOUR BANDUNG, menyediakan perkhidmatan supir Dan kenderaan sepanjang bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk maklumat yang lengkap, Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari Blog : htt:keretamurahpelancongan.blogspot.com. Jom jom ke bandung bersama IRDI, Dijamin murah dan puas hati Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi. Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik. Contact Person : Mobile Phone : +6281322167717 Whatsapp: +6281214741600 / +6281220477335 Email : [email protected] Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan. Waalaikumussalam
This comment has been removed by the author.
Salam ….
Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan disini..
Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing.
Dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung.
khusus untuk bulan november dan desember ni kami adakan harga promo!! IRDI TOUR BANDUNG, menyediakan perkhidmatan supir Dan kenderaan sepanjang bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk maklumat yang lengkap, Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari Blog : htt:keretamurahpelancongan.blogspot.com. Jom jom ke bandung bersama IRDI, Dijamin murah dan puas hati Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi. Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik. Contact Person : Mobile Phone : +6281322167717 Whatsapp: +6281214741600 / +6281220477335 Email : [email protected] Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan. Waalaikumussalam