Salam sejahtera buat pengunjung setia blog Zatiewanderer. Posting ni sebenarnya dah delay selama 13 bulan lamanya. Ini adalah projek carpacker kami ke Kuantan, Cherating dan Kemaman pada musim tengkujuh! Ya, memang bad timing tapi dah bosan sangat. Jadi pada musim cuti sekolah kami pun terjah ke sana.
Antara faktor lain ialah teringat akan kata-kata seorang sahabat “Aku kalau ada big project bagi kembara berbulan-bulan akan datang, memang aku tak ke mana kerana nak berjimat sehabis mungkin.”
Akibatnya, aku pun dah terjangkit penyakitnya. Kah Kah Kah. Terasa macam rugi pula nak berbelanja ke negara-negara berdekatan kerana kosnya akan mengosongkan kembali tabung kami bagi big project akan datang. So, Kuantan, Cherating, Kemaman… here we come!
p/s: Kembara secara carpackers secara 3 hari 2 malam ini di ‘optimize’ bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak. Disebabkan blog kami dalam niche ‘family traveler’ yang jarang diketengahkan oleh ramai pengembara, jadi aku tetap nak berkongsi juga walaupun dah delay 13 bulan lamanya. Tapi jangan risau, 99% maklumat di dalamnya masih boleh digunapakai.
Berikut adalah snapshot gambar yang aku akan ceritakan dalam posting akan datang:
1. Muzium & Lombong Bijih Sungai Lembing
2. Warung Pak Su dan Mak Su
3. Restoran Ana Ikan Bakar Petai
4. Kuantan Esplanade
5. Arenaa Boutique Hotel
6. Taman Mini Zoo Teruntum
7. Kuala Tembeling
8. Teluk Cempedak
9. Warung Aja
10. Petronas Playsmart
11. Restoran Burgerak!
12. Restoran Sara Thai
13. Pusat Santuari Penyu
14. Kula Cakes
Posting seterusnya akan disiapkan nanti, harap maklum.
Entri bagi projek carpacker ini:
- Muzium Bijih Sungai Lembing
- Claustrophobia di Lombong Bijih Sungai Lembing
- Tempat makan best dan menarik di Kuantan
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating
Leave a Reply