Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #9 Kompleks Kraftangan Noor Arfa. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Tengah dok menahan gastrik, aku tak fikir panjang. Teringat pula deretan kedai di area sama dengan warung Kak Pah. Aku fikir, mungkin tengahari ni mesti ada jual nasi campur. Tak dapat pekena nasi ala-ala Terengganu pun tak kisah, janji ada benda boleh soru.
Sambil on the way, aku makan dulu baki roti Gardenia yang dibeli di KL buat alas perut. Aku dah lupa warung mana yang kami beli nasi campur sebab aku minta Tatie belikan. Eh lupa lah! Rupanya kami beli nasi ayam. Maklum lah dah setahun kisah kembara ni.
Tengah lepak menunggu dalam kereta, aku terfikir…. why not cari port baik punya depan pantai kan? Takkan nak lepak depan pantai yang berhadap resort BBBR? Tak best lah, kita cari yang rare sikit. Bagi orang tempatan mungkin tak rare, tapi tidak bagi kami yang dari KL ni.
Jeng jeng jeng… sudah sampai. Ini namanya Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Direction untuk ke sini korang rujuk peta GPS kedua yang aku letakkan di atas. Siap patah balik yang tak tahan tu sebab lokasinya dekat jer dengan Noor Arfa tadi. Sebenarnya, taman ni terletak di kawasan yang sama dengan Masjid Terapung. Dari sini, terus lagi ke depan dan jalan belok mana-mana samada kiri atau kanan. Terus lagi sampai jalan besar menjadi jalan kecil. Cuba try cari lokasi sama macam yang kami park iaitu betul-betul depan pantai.
Di sinilah kami parking. Tengok tak ada orang, menariknya…
Aku kena makan dulu, so Tatie tengah siapkan apa-apa yang patut untuk Aqif makan dulu. Last sekali, baru dia makan. Terima kasih my wife sebab memahami.
Aku tengah melahap sorang-sorang dengan bangganya kerana perut dah menjerit-jerit. Risau jugak entah-entah aku ada saka kot yang asyik lapar 24 jam, tak pun jin lapar perut boroi…. hehehehe.
Ok turn Tatie pula nak makan, aku temankan. Tengok atas meja, itulah juadah kami. Tak banyak pun. Tapi view kat depan meja yang tak boleh tahan tu…
Tuh dia ada lagun. Kalau korang still tak dapat makan dengan tenang.. aku tak boleh kata apalah kan.. no komen.
Sambil makan, melayan speed boat membelah ombak…
Kejap…. apa pula yang si Aqif tengah buat???
Nih dia! Bersepah, berlemoih, comot dan segala macam dengan pasir. Suruh makan tak mau pula, kena paksa makan…. asyik nak main pasir jer.
Selesai bab makan, aku pun mulalah acah-acah jadi photographer professional. Harapkan tripod je panjang, skill bukan ada pun. Orang yang lalu mesti kata… “abam tu mesti professional, mungkin jurugambar sampai peringkat international, koman-koman National Geographic… sekeping gambar mungkin dia jual 20 ribu… besar gaji abam nih…”
Iyerlah sangatttt….
Meh kita layan apa yang aku snap…
Setakat gambar macam nih, budak darjah 5 pun boleh… Aku nak jer berjalan ke hujung-hujung tu tapi masa tak mengizinkan. Sekali sekala tu ada lah juga pakcik aiskrim naik motor lalu di sini. Gerai bergerak yang jual nugget goreng, pisang goreng dan lain-lain pun ada juga.
Jom layan pula gambar di sekitar Taman Awam Lagun Kuala Ibai…
Ok masa untuk ke tempat lain. Untuk keluar dari sini, perlu membuat satu pusingan keliling Taman Awam Lagun. So, di hujung pusingan akan ternampaklah spot baik punya untuk ambil gambar Masjid Terapung.
Kami berhenti di spot menarik untuk mengambil gambar Masjid Terapung. Di kawasan ni bukan kami je, ada lah 2-3 orang yang sama-sama bergambar.
Ke mana pula lepas ni? Betul-betul punya berjalan…
Kos di Taman Lagun dan Masjid Terapung (ikut harga semasa, kecuali makan/minum):
- Minyak kereta: Mengikut jenis kereta masing-masing.
- Taman Lagun / Masjid Terapung: Tiada
Bersambung ke entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #11 Muzium Terengganu dan Keropok Losong.
Leave a Reply