Bersambung dari entri Carpacker 2015 – Pantai Timur – #14 Landasan Keretapi Tumpat, Kelantan. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
On the way ke Tok Aman Bali Beach Resort (TABBR), aku telefon Pok Li yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan. Memang hajat kalau balik semula ke KT, aku nak singgah rumah dia berurut sikit. Lepas aku telefon dia, rupanya ada kat Ledang, Johor. Tak tahu kenapa dia ada di sana, bertapa agaknya. So, terpaksalah kensel. Aku pun jenis tak suka nak buat temujanji awal-awal, lebih pada spontan jer.
Dan peluang ni aku ambil untuk teroka daerah Bachok membawa kepada jalan-jalan sepanjang kawasan pantai hingga ke Terengganu. Lagipun, jam masih 4.00 petang. Oh ya, gambar kapal di atas ialah replika kapal nelayan di sebuah roundabout di Bachok. Serius menarik kan?
Sebaik jer lepas dari roundabout tu, aku terus menghala ke TABBR. Kejadian “GPS malang” berlaku lagi. Kali ni Google Maps pula. Dia bawak aku masuk entah ke kampung mana aku tak pasti, memang salah lokasi. Sebenarnya, pekan Bachok hingga ke KT ni kira first time aku lalu. Sebelum ni cuma ke pantai Bachok jer untuk mandi manda waktu kecik-kecik dulu. Kami sesat hampir 40 minit juga. Dalam hati aku mula menyumpah-nyumpah Google Maps sebab paksa kami masuk hampir 5-6km jauh ke dalam kampung. Aku dah syak dari awal (ayat cover malu) sebab mustahil tempat terkenal tapi jalan masuknya hanyalah sebesar lorong yang muat 1 1/2 kereta jer.
Aku patah balik, rupa-rupanya memang ada dua lokasi TABBR, satu yang salah, satu lagi yang betul. Tapi sepanjang sesat ni, terhibur juga dengan keadaan sekeliling jalan pantai di sini dengan langit yang cerah kebiruan, pokok-pokok Rhu, angin dari laut dan sebagainya. Nasib baiklah kawan bisnes aku pun tengah on the way juga ke TABBR.
Sampai juga kami di TABBR. Lokasinya terletak di tepi jalan besar dan bersebelahan dengan pantai.
Sebenarnya, TABBR ni bukanlah terletak di daerah Bachok, tapi di daerah lain iaitu Cherang Ruku, Pasir Puteh dan bersempadanan dengan Bachok. Di bawah ialah link website TABBR untuk rujukan korang:
http://www.tokamanbali.com.my/
Ingatkan kami yang lambat, rupanya kawan aku yang lambat. So, sambil-sambil tu kami usha-usha dulu kawasan sekitar TABBR ni. Lupa nak cerita, dari jalan besar menuju ke dalam, aku dapat nampak kawasan pantainya dan ada lah 2-3 penjaja tepi jalan. Aku rasa tempat dan pantai di sini tak happening sangat. Ok, kawasan pantai pula tidaklah macam pantai Rhu Sepuluh yang membiru yang aku akan ceritakan nanti. Maksudnya, pantai bukan jenis kebiruan tapi kehitaman sedikit berdekatan pesisir pantai dan kebiruan jauh di tengah laut. Tak pasti kenapa begitu.
Di atas ni ialah gambar kawasan tengah TABBR. Kawasan keseluruhannya berbentuk U dan di tengahnya ialah kawasan riadah seperti kolam renang, wakaf santai, sunbathing, taman permainan kanak-kanak, menara tinjau dan lain-lain.
Ni kawasan kolam renang. Di belakang tu nampak menara tinggi sebagai menara tinjau.
Kawasan riadahnya aku rasa ok-ok lah. Cuaca pun panas memang tak sesuai nak bersantai.
Manalah kawan aku ni tak sampai-sampai lagi, Aqif pun dah mengantuk. Sekarang dah jam 5 lebih.
Tetiba dari jauh ada lah pulak orang lambai-lambai kat aku. Ler, dah sampai si Amir ni. Kawan aku ajak pergi ke reception katanya nak ‘belanja’, Aku tak tau lah nak belanja apa tapi sebelum ni dia pernah cakap ada ‘hutang hadiah’ untuk aku pasal job bisnes dulu. Rupanya nak belanja aku menginap satu malam di sini. Alhamdulillah. Amir ni orang Kelantan tapi dah lama menetap di KL. Kiranya kebetulan aku datang Kelantan, dia pula balik kampung. Lepas dapat kunci, aku mintak Tatie dan Aqif masuk bilik dulu sambil aku lepak kat coffee house bincang pasal next projek bisnes.
Ok, untuk pengetahuan korang, awalnya aku tak usha sangat berapa harga, maklumlah biz partner belanja. Dan bila balik, baru aku tengok harga. Lebih kurang RM298. Tapi….. kalau korang beli secara online, harga deluxe room yang biasa boleh dapat dalam RM198 jer.
Ok lagi satu perkara, aku kurang buat review tentang sesuatu tempat penginapan kalau dapat ‘free’. Segan weh, melainkan kalau duit aku sendiri. Apa yang aku boleh katakan, biliknya rating 8.5/10 tapi kawasan sekitar aku boleh bagi 4/10 jer. Kawasan sekitar tu merujuk pada luar hotel dan bukan kawasan hotel contohnya kawasan pantai, tempat-tempat makan menarik, tempat riadah tepian pantai dan sebagainya. Di sini sebenarnya sesuai untuk ‘getaway’ dari kesibukan kota terutama untuk penulis-penulis buku dan lain-lain. Aku sampai sekarang tak paham apa yang sedara-sedara aku kecoh sangat tempat ni seolah-olah macam menarik sangat.
Kos ke TABBR (ikut harga semasa, kecuali makan/minum):
- Minyak kereta: Masih ada baki.
- Tol: Tiada
- Penginapan di TABBR: orang belanja
Bersambung entri untuk hari ke-3…. Carpacker 2015 – Pantai Timur – #16 Aku jatuh cinta dengan Pantai Merang dan Overview Sutra Beach Resort.
Leave a Reply