For English, click here. Pengenalan Assalamualaikum para pembaca. Alhamdulillah, pada 28hb Disember 2016 hingga 12 Januari 2017, kami berjaya menamatkan kembara 10 buah bandar di Thailand dan sebuah bandar di Laos. Agak mencabar dan banyak juga rintangan kerana kembara melibatkan anak kecil berusia 3 tahun 10 bulan.
Kembara Thailand – Laos: Day 1 – Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
Bersambung dari Pra Kembara Thailand – Laos.For English, click here. Tarikh Kembara: 28 Disember 2016Hari ke: 1Lokasi: Kuala Lumpur dan Padang Besar (Perlis) Malam 27 Disember tu memang kami tak dapat tidur langsung. Maklumlah banyak sebab. Antaranya ialah ini merupakan pertama kali kami berbackpacking sekeluarga dan keduanya risau terlewat bangun dan tertinggal tren.