Pada pagi Khamis minggu lepas, 7 November 2019, aku mendapat DM melalui Instagram dari wakil bahagian broadcasting di TV Al-Hijrah. Disebabkan IG aku buat masa sekarang tiada sebarang agenda percutian, sengaja ditetapkan pada mode private, jadi segala DM yang masuk akan forward ke folder “Message Request”.
Akibatnya, subuh tadi aku baru terperasan di IG “1 Message Request”.
Lepas baca, larrr dah terlepas 10 November baru-baru ni (Ahad jam 7 pagi).
Wakil TV Al-Hijrah menjemput kami untuk sembang santai dalam segmen live Teh Tarik yang ke udara jam 7 pagi dengan tajuk “Perlukah bawa anak pergi bercuti?”. Gabungan beberapa orang panel yang akan turut serta termasuk kami jika hadir ke sana.
Walaupun tak dapat hadir kerana terlewat membaca DM dari wakil TV, nasib baiklah salah seorang kenalan IG iaitu Zyzool dan Mira yang juga menerima jemputan yang sama dan hadir ke sana. Aku tak terkejut kalau mereka yang hadir sebab memang layak dan merupakan pengembara tegar berkeluarga yang sama juga konsep mengembara seperti kami. Punca aku kenali Zyzool dan Mira pun kerana kami minat gaya ‘Family Backpackers/Travelers’ yang sama. Pembaca boleh layari blog travel mereka di sini: https://zyzoolmiratravel.com/
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana dengan perbincangan yang diadakan. Nasib baik Zyzool dan Mira upload ke Youtube. Thanks to them.
Tidak kisah siapa yang hadir, yang penting mesej yang ingin disampaikan dan galakan pada ibubapa yang mempunyai anak untuk turut sama mengembara. Salah seorang panelis yang hadir iaitu Ahli Psikologi Klinikal turut menyokong dan beliau sangat utamakan engagement dengan anak-anak. Katanya, tidak kisah apa aktiviti, yang penting adanya engagement. Jadi, kami memilih salah satu kaedah iaitu mengembara bersama keluarga sebagai engagement agar lebih intim dengan anak-anak dan pasangan.
Apa-apapun, you guys Zyzool dan Mira dah buatkan yang terbaik untuk ‘berkempen’ pada seluruh rakyat Malaysia serta jawapan semuanya straight to the point, brilliant!
Sebenarnya, aku dan isteri tak ada plan untuk terus berkembang sehingga ke peringkat TV. Kami pernah bincangkan hal ini sebelum ini. Antara sebab-sebabnya, kami berdua ada bisnes harian yang lebih utama untuk diberi fokus melainkan kalau kami berhasrat untuk terjebak dalam industri bisnes pelancongan. Manakala blog Zatie Wanderer serta kisah penceritaannya adalah hobi dan berkongsi maklumat pada netizen serta sebagai ‘backup’ kisah untuk dibaca oleh anak-anak apabila besar nanti. Kiranya, asal dari hobi mengembara digabung dengan minat aku yang suka menulis, terjadilah blog ini. Tak sangka pula mendapat perhatian pihak media.
Buat pembaca blog Zatie Wanderer, terima kasih kerana ikuti blog ini sejak dari tahun 2011 lagi. Dari nama blog Kembaratravelog menjadi DuniaBulat.com dan akhir sekali menjadi Zatie Wanderer.
Mira
Jalan-jalan terjumpa Zatie Wanderer. Terima kasih banyak-banyak!! Ni memang otai nih! Korang memang awesome!! Inshaa Allah ada rezeki boleh kita sama-sama sharing pasal Family Travel ni. Hehe. Selamat Hari Raya guys!
Admin
Haha. Jumpa jugak blog ni. Terima kasih sis sbb bertandang ke sini. Selamat Hari Raya juga buat uols.