Salam, agak sebulan lebih saya tak update blog ni. Maaf kepada para pembaca kerana terjadinya dua peristiwa sepanjang tempoh sebulan ini iaitu peristiwa gembira dan yang menyedihkan.
Hai! Nama saya Aqif Ammar Naqiuddin bin Zariss! Saya orang baru…
Ya, isteri saya yang baru-baru ni mengandung selama 9 bulan selamat melahirkan anak kami yang sulung pada 18 April 2013. Betapa gembiranya kami berdua setelah hampir 3 tahun berumahtangga baru Allah mengurniakan cahaya mata, Alhamdulillah.
Namun, selang dua minggu selepas kelahiran anak kami, ayah saya pula meninggal dunia dalam keadaan yang terkejut buat kami semua iaitu serangan jantung. Saya dan ibu antara orang yang terakhir berada di sisi ayah sewaktu serangan tersebut berlaku. Beliau meninggal dunia tidak sampai 1 minit selepas berlakunya serangan jantung. Al-Fatihah kepada ayahku Allahyarham Hj. Baba Ahmad bin Omar. Semoga beliau ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh dan di tempatkan di syurga yang teratas.
Begitulah ceritanya yang menyebabkan saya mendiamkan diri selama sebulan lebih termasuk kesibukan menguruskan anak (tapi isteri saya yang lebih penat menguruskan, kesian padanya), menguruskan kedai perniagaan orang tua yang sekarang ini diuruskan sepenuhnya oleh adik saya yang membantu ibu serta menyesuaikan diri dalam suasana ketiadaan ayah yang tersayang.
InsyaAllah, saya akan bersambung lagi beberapa penulisan travelog buat tatapan kalian…
Leave a Reply