Siri 1
Artikel ini didedikasikan untuk Azizi dan Nhazla (keluarga Ralit Packer).
Ramai yang tanya dah berapa tahun aku jadi Digital Nomad (DN)? Jawapan aku sejak dari 2004 lagi iaitu hampir 20 tahun yang lepas sebab kerjaya aku dalam bidang IT sepenuhnya 100% dan boleh bekerja di mana-mana untuk akses server kepunyaan client di sektor korporat ditambah pula minat aku di masa lapang berdagang Forex (mula 2008) yang juga boleh dilakukan di mana-mana (seperti co-working spaces).
Satu lagi perkara, disebabkan berkeluarga dan mempunyai anak, jadi tak dapatlah aku mengamalkan sepenuhnya ciri-ciri seorang DN secara skala penuh contohnya kembara seorang diri dan bekerja di mana-mana. Tiada sebab untuk kembara seorang diri kerana dah berkeluarga walhal boleh sahaja buat kerja online dari rumah. Termasuk juga tidak berkesempatan untuk melawat dan mengulas tentang co-working space yang disediakan di luar negara. Jadi, entri ini amatlah sesuai bagi yang masih single atau apabila anak sudah pun besar dengan haluan masing-masing dan suami-isteri pula sama-sama berdigital nomad. Usia bukan penghalang dalam dunia atas talian.
Nota: Di bawah ini adalah post asal aku pada tahun 2018 yang telah dikongsikan ke group FB Digital Nomad Malaysia. Aku kongsikan semula sebagai ‘opening’ atau mukadimah tentang apa itu digital nomad. Kali ni disertakan penambahbaikan setelah kita semua melalui pasca pandemik selama 2 tahun dan kesesuaiannya di zaman sekarang.
Ada satu golongan manusia hidupnya:
- Bukan lagi berwarganegara tetap
- Bukan lagi berumah di satu negara
- Bukan lagi berkereta
- Bukan pengumpul kereta lebih dari sebuah.
- Bukan minum pagi, petang dan malam di sebuah negara.
- Bukan berpejabat di sebuah negara
- Bukan ke hulu ke hilir tempat, rumah atau pejabat yg sama.
- Bukan lagi pakai nombor telefon tempatan.
- Bukan lagi miliki satu jenis bank sahaja
Tapi pendapatan mereka USD5000 hingga USD100,000 sebulan atau lebih lagi.
Mereka:
- Mempunyai ‘banyak’ kereta yg terletak di terminal kapal terbang atas nama Hertz, Avis, Europcar, dan lain-lain.
- Ke sana ke mari atas nama Grab, Uber atau Lyft.
- Rumah mereka di tepi pantai, di tengah bandar, di mana-mana saja… pendek kata seluruh dunia adalah rumah mereka atas nama AirBnB, Agoda dan Booking.com. Bila ditanya.. “kau duduk di mana?”… “alamat rumah aku serata tempat”.
- Mempunyai hanya sebuah rumah di negara asal… juga mempunyai rumah-rumah yg dibeli di negara-negara lain.
- Mempunyai hanya sebuah kereta sahaja di negara asal… itupun kereta di bawah harga RM150,000 atau sekadar Viva sahaja kerana tiada keperluan ‘memelihara’ kereta mahal sewaktu ketiadaan mereka dalam negara selama berbulan.
- Bila ditanya, “kau warganegara mana?”… jawapannya… “aku warga dunia”.
- Bila ditanya, “Ofis kau di mana?”… jawapannya.. “ofis aku di mana-mana”.
- Bila ditanya, “retail shop kau di mana?”… jawapannya… “shop aku byk cawangan, semuanya berakhir dengan nama .my, .id, .sg dan banyak lagi”.
- Bila ditanya, “shop kau simpan stok?” …. jawapannya… “shop aku multivendor, aku org tengah penyedia laman. Yang menjual semua vendor-vendor aku”.
- Kemudian tanya kawan sebelahnya pula si digital nomad B: “kau pula bisnes apa?”. Jawapannya, “aku pula bisnes design & printing”… “bagaimana kau buat”…. “semua tempahan melalui online, aku design, artwork hantar pada printer, aku caj pelanggan harga penuh, kemudian aku yg bayar kos untuk cetak. Aku tak perlu jumpa pelanggan sebab portfolio aku bertimbun dalam website dan pencetak sendiri yang hantar secara kurier kepada mereka”.
- Masih tertanya lagi… tanya pula kawan ketiga sebelah iaitu si digital nomad C: “kau pula?”. Jawapannya,”aku berdaftar di freelancer.com, di situ aku ambil upah membuat programming, website, apps, malah adakalanya aku jadi remote system admin menguruskan server-server yang besar”.
- Kemudian mereka meneruskan cerita: “asalnya mentor kami adalah peniaga offline. Beliau menjadi digital nomad secara tak langsung tapi separa nomad kerana masih mempunyai rangkaian kedai fizikal di beberapa negara. Tapi kerana kami tiada modal seperti beliau, kami memilih bidang lain asalkan nomad”.
Mereka ini adalah digital nomad. Orang kaya yg tiada harta. Rumah mereka adalah seluruh dunia, pagi minum kopi di Sao Paolo, tengahari lunch di New York, malamnya dinner di Paris.
Mereka bukan lagi ‘rat racer’, bukan lagi mengikuti lumrah dan pesanan orang-orang tua zaman dulu bahawa “hidup perlu bekerja setempat dan wajib menetap di satu negara”, mereka dah lupakan konsep waktu bekerja seperti “9 to 5”, mereka juga lupa apa itu “weekend” kerana setiap hari adalah “weekend”. Mereka peminat setia buku “The 4-Hour Workweek” oleh Timothy Ferriss.
Mereka bukan lagi golongan melaram dan pengumpul harta seperti “golongan zaman lama” iaitu kereta lebih dari dua buah dan rumah pula berbuah-buah. Golongan ini juga selalu dilabel “pemalas dan asyik nak senang je” oleh golongan tua. Hakikatnya dunia dah berevolusi sama seperti zaman 80an apabila ketika itu, ramai terngiang-ngiang kerana tiba-tiba wujudnya sistem syif sampai ada yang terkejut “wah, tengah malam sampai subuh pun boleh kerja ke??” Dahulunya hanya siang sahaja bekerja.
Ini kerja “work smart” namanya.
Modal mereka hanya telefon pintar, wifi, data 4G/5G, laptop berkuasa tinggi, kamera dan external storage, cloud storage, mikrofon (bagi yg cari pendapatan melalui youtube & webinar) dan sistem web based sendiri seperti “Project Manager” bagi menguruskan tim atau freelancer lain secara jarak jauh.
Anda masih bujang? Banyak peluang menjadi digital nomad cuma kena kreatif. Jangan tanya saya biz apa yang bagus. Jenis bisnes nomad yg perlu dibuat sama mcm menyediakan itinerari pengembaraan. Anda perlu rajin sendiri mencari info. Bagi yang berkeluarga, juga tidak menjadi masalah kerana lambat laun anak pun membesar dan boleh membawa diri. Jadi anda sebagai ibu bapa dah boleh menjadi nomad walaupun usia 50an.
Pos ini berdasarkan kisah-kisah benar yang dah pun berlaku. Tapi tahukah anda, dunia sekarang secara senyap menuju ke arah ini apatah lagi dengan gabungan 5G, Industry 4.0, metaverse, cryptocurrency dan feeless cross border transaction serta interoperability dan IoT (internet of things) yg mana mesin-mesin boleh dikawal secara jarak jauh sahaja.
UPDATE: Pos di atas ini telah dihasilkan pada tahun 2018 yang mana ketika itu tiada kepentingan Work From Home (WFH) atau BDR (Belajar Dari Rumah). Aku yakin pasca pandemik sekarang, semua tiba-tiba dah terbiasa kerja online atau secara tidak sedar, telahpun menjadi seorang Digital Nomad. Pandemik sebenarnya telah ‘speed up’ kesedaran kerja-kerja yang sememangnya boleh dibuat secara online sahaja sejak dari dulu.
Masa Hadapan Digital Nomad:
- Dengan adanya Star Link, anda boleh online di mana-mana sahaja ceruk dunia. Hutan? Paya bakau? Gunung-ganang? Padang Pasir? Pulau terpencil? Semua boleh. Rancangan kami di masa hadapan ialah beralih dari backpacker digital nomad ke van life (campervan/motorhome) dengan sambungan Star Link.
- Lagi akan ditambah di masa hadapan….
Featured Image Source: Photo by Andrea Piacquadio (https://www.pexels.com/photo/men-s-brown-coat-842912/)
Leave a Reply