Pasti ramai dah tahu tentang Big Pay, kan? Atau belum lagi? Kebanyakan pengembara dah biasa menggunakannya. Aku pula dah hampir setahun pakai. Walaupun tak mengembara, kerap digunakan apabila membeli barangan dan keperluan harian sebagai salah satu kaedah cashless.
UPDATE TERKINI (24 SEPTEMBER 2022): Big Pay telah bertukar dari Mastercard ke VISA. Saya secara peribadi lebih menggemari VISA.
UPDATE TERKINI (2020): Berita baik. BigPay dah boleh dipindahkan ke bank tempatan dalam kurang dari 12 jam. Semua komisen referral juga boleh dipindahkan.
Aku akan terangkan tentang kelebihan dan kekurangan Big Pay ini kerana merasakan amat rugi mempunyai blog Zatiewanderer.com tapi tidak mempromosikan eWallet ini. Apatah lagi jika korang mendaftar, aku mendapat bonus RM10, korang juga mendapat RM10. Ini terus-terang aku cerita tujuan utama agar memudahkan korang mencongak dan membuat kira-kira jika banyak mempromosikan Big Pay ni. Walaupun masing-masing sudahpun ada pendapatan bulanan, apa salahnya kalau kita diversified income, kan? Sebulan mendapat pendapatan sampingan RM300 pun dah bagus dan boleh bayar bil elektrik dan air serta duit simpanan tidak terusik atau boleh diguna untuk berbelanja makan mewah bersama keluarga setiap bulan. Rezeki jangan ditolak…
Nota: Jika korang mendaftar Big Pay menggunakan link di bawah yang aku kepilkan di sini, aku akan sediakan khidmat bantuan sama seperti bantuan untuk ETS dalam posting yang lalu yang mencapai 74,026 pelawat hanya untuk post itu sahaja dengan 62 jumlah komen. Khidmat bantuan HANYA YANG BERDAFTAR dengan link di bawah.
Big Pay ini juga merupakan eWallet dan juga bersifat Prepaid tapi ada perbezaan dengan eWallet lain seperti Boost, TnG, Grab Wallet, Fave, Setel dan lain-lain lagi. Apa perbezaannya? Ia tiada terminal seperti eWallet lain, tapi ia masih boleh menggunakan terminal touch card untuk VISA. Kelebihan VISA inilah yang menjadi penyebab ia boleh digunakan di luar negara. Berbanding eWallet lain, hanya perlu bergantung pada mesin kiosk dan terminal yang terdapat dalam negara. (Mana ada terminal QR code reader di negara lain untuk app-app buatan Malaysia, betul tak?).
Apakah kelebihan Big Pay?
Big Pay adalah app yang disertakan dengan kad fizikal. Korang juga boleh pindah wang secara mudah di antara pengguna Big Pay, kan dah macam bank? Apa yang menariknya bagi aku ialah mudah untuk menjejak perbelanjaan kita sendiri dengan adanya fungsi rekod transaksi (Expense Manager). Tak sampai seminit lepas korang gunakan untuk membeli-belah, transaksi dah siap direkodkan dalam app.
Buat masa ini, setiap transaksi tidak dikenakan sebarang caj perkhidmatan, caj tersembunyi dan lain-lain.
Bagi korang yang biasa di group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook mungkin akan biasa membaca log perjalanan yang dikongsi ahli yang menggunakan kad Big Pay. Rata-rata mengatakan apabila mengeluarkan wang di mesin ATM di luar negara atau transaksi VISA (bagi kad lama Big Pay, ia masih menggunakan Mastercard) menggunakan Big Pay, nilai tukaran matawang lebih tinggi dari tukaran di money changer (contoh maksud “tinggi” ialah beli matawang 1000 Baht dengan nilai hanya RM136 dan bukannya RM150).
Urusan pindah keluar wang korang dari Big Pay ke mana-mana cawangan bank di negara Thailand, Singapore, Filipina dan Indonesia juga mudah. Kebiasaannya, bank mengenakan caj di antara 11-20% bagi setiap transaksi negara ke negara, tapi tidak bagi Big Pay jika penerima di luar negara juga mempunyai akaun Big Pay. Perbezaan hanya pada kadar tukaran matawang semasa.
Big Pay adalah syarikat berkaitan Airasia dan juga Big Prepaid. Aku akan sentuh tentang perbezaan dengan Big Prepaid di bawah nanti. Bila dah Airasia, sudah tentu diskaun, Big point, serta caj perkhidmatan (processing fees) yang biasa ditambah dalam setiap kali booking tiket flight, langsung tiada jika menggunakan Big Pay ini. Korang juga boleh mendapatkan diskaun untuk pembelian meals dan lain-lain.
Point semasa membeli-belah menggunakan Big Pay juga akan dapat. Jadi, lama-kelamaan, point tu boleh tukar untuk redeem tiket flight.
Baiklah, apa beza Big Prepaid dan Big Pay?
Perbezaan yang ketara adalah:
- Big Prepaid lebih fokus untuk menjadi debit kad (Mastercard) manakala Big Pay adalah gabungan eWallet, app dan kad debit fizikal (VISA).
- Big Prepaid mempunyai caj servis RM2.50 jika tidak aktif.
- Big Prepaid tiada app dan bukan eWallet.
- Big Prepaid boleh kumpul Big Point di luar negara, tapi Big Pay pula boleh keduanya iaitu dalam dan luar negara.
- Big Prepaid tidak boleh pindah wang pada pihak lain, hanya untuk berbelanja.
- Disebabkan tiada app, korang tak boleh kesan perbelanjaan secara ‘real-time’.
- Besar kemungkinan, Big Prepaid akan dilupuskan dan diganti dengan Big Pay.
Di mana nak gunakan Big Pay ini?
Selain dari membeli tiket flight dalam laman web atau app Airasia, di bawah adalah contoh:
- Agoda
- Booking
- Lazada
- Shopee
- Isi minyak
- Bil-bil online
- Tesco
- Giant
- Pasaraya HERO
- Mydin
- Aeon
- Kedai buku
- Tiket cinema
- Klinik
- Semua kedai-kedai dalam dan luar negara yang menerima VISA
- Ish banyak lagilah nak disenaraikan.
Senang cerita, di mana tertera logo VISA, di situlah boleh menggunakan Big Pay.
Kenapa Big Pay dan bukan kad ATM biasa yang tertera logo VISA atau Mastercard?
Aku adalah pengguna debit kad Maybank dengan logo VISA. Ya memang tiada beza, tapi Big Pay boleh:
- Kumpul Big Point untuk redeem pembelian tiket flight Airasia.
- Perbelanjaan boleh dijejak, mudah kata.. segala yang dibelanjakan adalah terkawal.
- Tiada processing fee apabila membeli tiket flight Airasia.
- Tiada yuran tahunan contohnya RM8 atau RM10 seperti mana debit kad bank.
- Kadar tukaran matawang asing semasa di luar negara sangat berbaloi (caj pengeluaran wang tunai di ATM luar negara adalah RM10 atau bersamaan 2% nilai pengeluaran yang mana lebih tinggi).
- Bagi ibubapa yang mempunyai anak atau rakan yang sedang kembara ke luar negara dan tiba-tiba kekurangan wang, boleh menggunakan app Big Pay untuk pindahkan di antara ahli ke ahli Big Pay.
- Sangat sesuai untuk pengembara
kentalseperti aku. - Big Pay bukan hanya terhad di Thailand, Singapore, Indonesia dan Filipina, tapi juga sehingga ke Europe dan di mana-mana yang tertera logo VISA.
- Biasa dengar kes pelancong atau pengembara yang hilang kad kredit di luar negara? Pelbagai jenis remeh-temeh kena harung, kena ke sana sini atau kena call atau pergi bank. Untuk block Big Pay dari digunakan oleh sesiapa, hanya semudah klik FROZEN card.
Kekurangan Big Pay pula?
- Tiada mesin ATM yang boleh digunakan untuk deposit duit ke dalam kad Big Pay. Segalanya perlu dipindahkan dari akaun bank masuk ke dalam akaun Big Pay (boleh dibuat dari dalam app).
- Caj sebanyak RM6.00 dikenakan bagi setiap transaksi untuk mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM menggunakan kad Big Pay. Maklum sajalah yang Big Pay tidak mempunyai mesin ATM tersendiri dan terpaksa menumpang ATM dari bank lain. Lagipun zaman dah pun menuju cashless. Nak jimat? Amalkan budaya berbelanja tanpa tunai.
Setahu aku, Mastercard tiada contactless terminal seperti PayWave VISA walaupun pada kad fizikal tertera simbol seperti PayWave. Jadi, setiap kali membeli di pasaraya, korang perlu masukkan nombor pin kad. Berbeza pula dengan PayWave VISA yang hanya perlu touch pada terminal tanpa memasukkan nombor pin. Tapi kelemahan PayWave, jika kad hilang, sesiapa sahaja boleh membeli barangan semudah touch sehingga maksima RM250 bagi satu resit.(UPDATE 24 SEPT 2022: Big Pay sekarang menggunakan VISA).
Mitos tentang Big Pay:
- ADA HACKER YANG MENYEDUT SEDIKIT DEMI SEDIKIT WANG DALAM BIG PAY: Itu untuk beberapa kes awalan sementara sistem baru nak matang. Sehingga tarikh terkini posting blog ni, aku belum pernah lagi dengar kes yang seumpama begitu berulang. Untuk pengetahuan korang, kad bank ATM yang biasa tu pun boleh kena hack (zaman sekarang semua kad ATM terbina keupayaan seperti PayWave). Elakkan browse website bukan-bukan, membeli addon dalam game yang diragui dan lain-lain melalui smartphone korang. Banyak kes melibatkan hack yang berpunca dari smartphone.
- BAKI DALAM BIG PAY KENA POTONG RM2.50 JIKA CARD FROZEN: Aku dah cuba FROZEN kad dari bulan Julai sampai Ogos tahun ni, langsung tak kena potong dan baki masih kekal.
- BIG PAY BANYAK GUNA TALIAN ONLINE UNTUK TRANSAKSI, INI MENAKUTKAN/MEMBAHAYAKAN PENGGUNA: Habis tu, Maybank2u, CIMB Clicks dan Hong Leong Connect tu bukan bersifat online ke?
- ADA PENCURI YANG MENGGUNAKAN NFC KAD READER, DUDUK DI SEBELAH BEG ATAU POKET, SCAN KAD BIG PAY DAN CURI DUIT: Pernah bayar guna VISA PayWave di kaunter pasaraya? Lihatlah betapa rapat perlu disentuh kad pada terminal sehingga berbunyi teettt dan lampu indikator merah bertukar hijau (petanda transaksi berjaya). Walaupun teknologi NFC boleh disentuh dari jarak 10cm (jarak maksima), bagaimana pula jika kad diletakkan dalam ruangan yang mempunyai halangan-halangan yang tebal seperti dompet, seluar serta beg tangan wanita yang kulit handbag lebih tebal? Kes sebegini sangat jarang didengar di Malaysia. Eh, eh, korang lupa ke yang kad bank ATM biasa tu pun ada NFC? Mungkin korang keliru dengan kad RFID seperti yang digunakan apabila masuk ke pagar pak guard kondo? Kad RFID memang boleh disentuh hanya dari jarak 10 cm.
- SELAMAT KE SYARIKAT BIG PAY NI? Ianya diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. App Big Pay juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan telah matang setelah lebih 2 tahun dalam pasaran. Pemilikannya juga berkaitan dengan syarikat Airasia.
Tadi aku ada sentuh tentang CARD FROZEN di atas, baiklah apa kegunaannya? Macam aku, jika tak menggunakan Big Pay, aku akan enable fungsi FROZEN. Fungsi ini akan block segala tok nenek transaksi yang akan dikenakan pada kad termasuklah kes hack (jika ada).
- Susah ke nak FROZEN kad? Semudah klik button dalam app je mak jemah oihh.
- Boleh ke FROZEN banyak-banyak kali? Boleh pakcik oihh.
- Boleh ke UNFROZEN beberapa minit sebelum di kaunter pasaraya, lepas dah bayar barangan, terus FROZEN kad? Boleh, boleh, boleh (pinjam ayat Upin Ipin). Seeloknya UNFROZEN 5 minit sebelum membayar dan FROZEN pula selepas 5 minit membayar (yang penting dalam Expense Manager tertera transaksi yang baru dibuat beberapa minit yang lalu).
Contoh di bawah adalah gambar screenshot apabila aku FROZEN kad:
Inilah paparan app Big Pay. Nak download?
1. Download app menggunakan link ini:
2. Masukkan nombor telefon.
3. Kod verifikasi akan dihantar melalui SMS.
4. Buatkan password (hanya 6 angka).
5. Masukkan butiran peribadi seperti alamat email, nama, tarikh lahir dan kod referral. OK, inilah bahagian paling penting jika ingin mendapatkan sokongan bantuan berterusan dari saya. Copy dan masukkan kod di bawah dalam app. Korang akan mendapat bonus RM10 secara percuma:
TL8GR8C5FR
6. Kemudian, masukkan butiran alamat rumah. Sebenarnya, kad fizikal adalah pilihan. Nak kad pun boleh, tak mahu kad pun boleh (sekadar ingin menggunakan nombor VISA buat pembelian secara online. Tapi saya memilih untuk mendapatkan kad fizikal bagi kegunaan di luar negara. Untuk kad fizikal, korang perlu topup RM20 dan ia akan dikreditkan dalam balance anda. Jangan risau, RM20 tu tak ditelannya. Mereka sekadar ingin melihat komitmen korang. Dan kad fizikal percuma, tiada sebarang bayaran mahupun kod pos.
7. Korang perlu sahkan identiti. Ambil gambar mykad dan selfie muka sendiri.
8. Topup RM20 dan pengesahan identiti korang akan disahkan dalam beberapa jam.
9. Kemudian, nantikan kad Big Pay berwarna biru laut muncul di rumah korang dalam tempoh 3-5 hari waktu bekerja.
Itulah cara pendaftarannya. Tak susah sangat.
Sekarang dah ada eWallet Big Pay, bagaimana pula dengan eWallet yang lain?
Ok, ini aku kongsikan kaedah bagaimana aku manfaatkan Big Pay dengan eWallet yang lain. Tapi terlebih dahulu, sila lihat semua screenshot di bawah:
Jadi, apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Begini, setiap eWallet seperti Boost, Fave, Setel, Grab dan Touch N Go meminta agar korang masukkan kaedah untuk Topup dalam Payment Setting. Sebelum ni, aku input kad debit Maybank (VISA). Atas faktor keselamatan ‘peringkat ke-2’, aku jadikan kad fizikal VISA Big Pay sebagai kaedah untuk topup bagi semua eWallet dalam screenshot di atas (UPDATE 24 SEPT 2022: Big Pay sekarang menggunakan VISA)..
Keselamatan ‘peringkat ke-1’ merujuk pada akaun Maybank aku yang dihubungkan dengan kad debit ATM VISA. Jadi, kalau semua eWallet tu buat hal disebabkan masalah-masalah hack, kerentetan keselamatan, bugs dan lain-lain, jadi yang bakal jahanam hanya peringkat ke-2 iaitu Big Pay. Peringkat ke-1 masih selamat.
Dan setiap bulan, hanya topup RM200 atau mengikut nilai yang mencukupi bagi setiap eWallet tu. Gambaran mudah, kad debit bank menambah nilai ke dalam kad Big Pay dan kad Big Pay pula menambah nilai ke dalam eWallet yang lain.
Soalan lazim berkaitan Big Pay:
Baru menggunakan Big Pay:
- Berapa lama masa diambil untuk pindahkan wang ke Singapore? Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sebelum jam 5 petang, hanya satu hari bekerja. Selepas jam 5 petang, 2 hari waktu bekerja. Bagi Sabtu/Ahad dan cuti umum, mengambil masa selama 2 hari.
- Berapa lama masa diambil untuk pindahkan wang ke Indonesia? Setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pemindahan mengambil masa 5 minit.
- Berapa lama masa diambil untuk pindahkan wang ke Thailand? Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sebelum jam 6 petang, hanya satu hari bekerja. Selepas jam 6 petang, 2 hari waktu bekerja. Bagi Sabtu/Ahad dan cuti umum, mengambil masa selama 2 hari.
- Berapa lama masa diambil untuk pindahkan wang ke Philippines? Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sebelum jam 12 tengahari, hanya satu hari bekerja. Selepas jam 12 tengahari, 2 hari waktu bekerja. Bagi Sabtu/Ahad dan cuti umum, mengambil masa selama 1 hari.
- Berapakah caj bagi bank transfer? Untuk bank tempatan, hanya RM0.50 bagi setiap transaksi. Untuk bank antarabangsa pula, dalam app di bahagian Payment ada tertera “International bank transfer”. Klik dan korang akan diperlihatkan caj bagi negara-negara tertentu.
- Pada kadar apakah yang digunakan untuk tukaran matawang asing? Korang boleh lihat kadar tukaran secara terus dalam app Big Pay. Kadar adalah mengikut pasaran semasa, bukan kadar yang semalam atau beberapa jam yang lalu.
- Apakah had bagi pindahan wang? Jika bank tempatan, boleh pindah sehingga maksima RM1,000 setiap hari dan tidak lebih dari RM2,000 bagi setiap bulan. Had adalah berbeza bagi pemindahan wang antarabangsa.
- Kenapa perlu sahkan identiti sebelum boleh membuat pemindahan wang di antara bank? Ini adalah syarat yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia dan pihak Big Pay perlu mengetahui siapa anda (KYC). Pengesahan adakalanya dilakukan lebih dari sekali tapi tidaklah keterlaluan sampai menyusahkan pula. Setakat ini hanya sekali pengesahan yang aku buat.
- Kenapa pemindahan wang kena reject? Berkemungkinan besar, korang memasukkan butiran penerima yang salah. Periksa sekali lagi sebelum mencuba untuk kali ke-2. Jika masih kena reject, sila berhubung dengan pegawai Big Pay yang bertugas secara online.
- Tersalah hantar amaun semasa pemindahan wang. Big Pay akan memproses pemidahan serta-merta. Jika tersalah masuk, pihak Big Pay tidak dapat hentikan transaksi atau membuat refund kerana wang telahpun masuk ke dalam akaun pihak lain. Cuba hubungi pihak penerima bagi mengembalikan lebihan wang.
- Penerima belum menerima wang yang dipindahkan kepadanya. Sebelum pindahkan wang, akan tertera anggaran tarikh untuk penerima menerima wang anda. Anda boleh rujuk dengan klik pada butiran transaksi dalam app. Jika masih gagal, sila hubungi pegawai online Big Pay.
- Berapa lama untuk mendapatkan refund (bagi sesetengah kes)? Kebiasaannya 5 hari waktu bekerja.
- Berapa ramai rakan yang boleh saya save dalam “My Favourites”? Hanya maksima 10 orang.
- Adakah akan terima Airasia Big Point semasa pemindahan wang? Tidak. Korang hanya akan terima Big Point jika berbelanja menggunakan kad Big Pay.
Berkenaan kad:
- Di mana kad Big Pay boleh digunakan? Korang boleh gunakan di mana-mana yang tertera logo VISA di seluruh dunia. Lebih kurang 40 juta outlet, mall dan sebagainya. Perhatian, Big Pay tidak boleh digunakan di North Korea dan Israel.
- Apakah kadar tukaran matawang asing apabila kad digunakan di luar negara? Kad Big Pay akan tertakluk pada kadar tukaran VISA tanpa sebarang fees tambahan.
- Apabila membuat pembayaran. Sentiasa menggunakan matawang tempatan apabila di luar negara.
- Apabila telah membuat pembayaran. Tap transaksi yang telah dibuat dalam app. Jika masih pending, kadar yang ditunjukkan adalah pada waktu korang membuat pembayaran. Walaubagaimanapun, nilai tukaran bukan yang final. Korang akan membayar kadar tukaran pada hari yang pihak kedai, mall dan lain-lain telah selesai menerima bayaran tersebut dari pihak VISA.
- Perlukah memaklumkan pada pihak Big Pay jika ingin ke luar negara? Tidak perlu. Terus gunakan kad korang.
- Bagaimana untuk menukar nombor PIN kad? Mudah, dalam app klik Cards, klik PIN Settings dan masukkan nombor PIN korang yang baru. Tiada lagi kaedah zaman dinosaur yang mana perlu ke mesin ATM untuk menukar nombor pin.
- Mesin ATM tidak mengeluarkan sebagai wang tunai tapi kad saya telah dicaj. Baiklah, ini bukan normal dan merupakan masalah mesin. Segera hubungi pegawai online Big Pay.
- Kenapa tidak boleh keluarkan wang tunai di mesin ATM? Kebiasaannya disebabkan oleh salah masukkan nombor PIN, telah mencapai had pengeluaran harian sebanyak RM10,000, tidak mempunyai baki mencukupi dalam akaun atau kad anda telah di FROZEN. Atau mungkin juga kerana masalah mesin ATM tu sendiri, jadi cubalah di tempat lain.
- Adakah terdapat limit untuk pengeluaran wang tunai di mesin ATM? Ya, limit seperti berikut iaitu maksima kekerapan pengeluaran hanya 10 kali sehari dan maksima pengeluaran wang tunai RM10 ribu sehari (caj fee bagi pengeluaran di ATM juga termasuk sekali dalam RM10 ribu).
- Kad Big Pay Hilang! Jangan panik, buka app dan FROZEN kan kad korang. Jika dah jumpa semula kad, boleh UNFROZEN kembali. Jika hilang juga, sila laporkan pada pihak Big Pay. Kos gantian kad baru adalah RM20.
- Perlu aktifkan apa-apa jika mahu menggunakan fungsi contactless pada kad Big Pay? Ya, untuk aktifkan, korang perlu buat transaksi pembelian pertama di mana-mana kedai menggunakan nombor PIN. Kemudian barulah boleh gunakan fungsi contactless.
- Adakah terdapat limit dalam pembayaran secara contactless? Ya, sehari maksima RM250. Lebih dari itu, korang perlu menggunakan nombor PIN.
- Adakah terdapat sebarang fees dalam penggunaan Big Pay? Buat masa ini tiada walaupun di luar negara. Hanya pengeluaran wang tunai di mesin ATM sahaja iaitu RM6 bagi bank tempatan dan RM10 bagi bank luar negara. Tapi tertakluk juga pada mesin ATM dari bank lain yang mungkin akan caj ekstra.
Lagi soalan lazim akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Alif afdal
Salam…izin kang saya share link dan copy plisss…saya nk mintak halal
Admin
wsalam… kalau boleh membantu kehidupan saudara, silakan…
Alif afdal
Terima kasih tuan, saya minta maaf sb dh guna link tuan sblom minta izin
ladyiron
Salam, nak tanya, kalau untuk BigPay ATM withdrawal tu, pilih account ape?saving atau current??
Admin
Maaf lambat reply sbb notifikasi komen tak muncul dlm email. Utk ATM withdrawal tu saya belum cuba. Tapi kebiasaannya untuk akaun belanja ialah jenis saving.
ladyiron
Hihi, takpe, smlm baru Cuba withdrawal , yup, saving…sbb kalu netteler guna acc semasa untk withdrawal..thanks ya
Nur
Kalau nk stop dr guna kad big pay macam mana cara..boleh ke?
Admin
Kalau nak stop utk sementara, biasanya pengguna akan klik freeze card sahaja. Tapi kalau nak terminate terus, boleh. Saya cadangkan cik hubungi BigPay dan dorg akan guide camne cara utk terminate.
Nur
Kad bigpay blh guna utk pembayaran fb ads tak?
Nur
Dan sekiranya boleh guna adakah dikira sebagai pembayaran automatik/manual
Admin
Kad bigpay ialah debit card, sama saja spt debit card maybank dll. Boleh diguna utk fb ads. Pembayaran automatik/manual sama juga spt debit card mengikut pd jumlah baki yg ada dalam kad atau saving.
Faiz
Nak tanya kalau buat pindahan dari kad debit Maybank kepada bigpay ada caj tak dekat Maybank?terima kasih
Admin
Buat masa skrg, dari Maybank takde caj, tapi kalau dari Bigpay ke mana2 bank, ada caj RM0.50 per transaksi.
Faiz
Terima kasih Yee👍👍👍👍
Hanna
Hi,nak tanya ,kalau saya guna card bigpay tu kat kedai² yang ade logo Mastercard,dia akan terus tolak duit nya kan?bukan macam kad kredit kan?saya takut kalau ade hutang² je
Admin
Hi, ye betul. Dia hanya tolak baki dari jumlah yg kita dah deposit terlebih dulu ke dlm kad BigPay sblm ni.
sarah
Hi saya sekadar nak bertanya. Cik boleh menjawab sekiranya tahu.
Boleh saya tahu apakah hukum duit bigpay ni ye? Maksudnya halal ke duit ni? Itu sahaja. Terima kasih 🙂 Saya takda niat tau nak sindir ke atau menyakitkan hati sesiapa. Saya juga seperti org lain, masih belajar dan mahu mencari duit sampingan. Segala pencerahan dan maklumat darpda cik amat saya hargai. Terima kasih 😉
Admin
Assalamualaikum cik, terima kasih di atas soalan. Saya ada jawapan yg boleh dikongsikan, tapi sebelum tu saya perlukan dua maklumat dari cik sbg rujukan utk penjelasan saya nanti. Adakah cik ada menyimpan di mana2 akaun simpanan bank sblm ni? Dan keduanya, pada bahagian mana yang diragui.. adakah penyimpanan, pengeluaran, transaksi atau lain2?
sarah
Waalaikumussalam.
1. Saya ada menyimpan dalam akaun bank lain, tetapi dlm masa yg sama saya ingin mencuba aplikasi bigpay ini supaya dapat menambah duit sampingan.
2. Saya ragu bahagian pengeluaran dan transaksi.
Segala pencerahan yang diberikan amatlah dihargai. Terima kasih 😊
Admin
Kalau mengambil kira contoh yg sama spt mana kita mempunyai akaun simpanan di bank lain dan menggunakan debit kad, bermakna sama saja dgn bigpay cik. Bigpay ialah kad debit, bukan kad kredit. Tidak berhutang dan perlu masukkan duit terlebih dahulu ke dlm akaun bigpay sblm boleh digunakan utk membeli barangan di kedai, pasaraya, mall, online dll. Sekiranya tiada baki dlm bigpay, tiada barangan dpt dibeli. Transaksi pula bergantung pd apa yg kita nak beli dan atas kawalan sendiri.
Berkenaan duit sampingan, hanya komisen yang kita dpt selepas perkenalkan rakan baru yg nak apply kad ni menggunakan kod referral kita. Komisen ni adalah sah kerana atas usaha penat kita mempromosikan kad ini. Selepas tu, tiada lagi apa-apa duit sampingan yg diragui, tiada faedah bulanan spt bank biasa dan juga tiada konsep spt MLM dll.
Utk pengeluaran atau pemindahan, boleh keluarkan semula duit yg kita deposit masuk ke dalam bigpay sblm ni termasuk juga memindahkan komisen yg kita dpt ke akaun bank yg lain.
Secara asasnya, kad bigpay ni sama shj spt akaun simpanan bank yg lain yg disertakan dgn kad debit.
sarah
Alhamdulillah. Terima kasih banyak untuk segala pencerahan dan maklumat yang diberikan. Semoga Allah senantiasa permudahkan urusan dan murahkan lagi rezeki cik sekeluarga. Insha Allah aamiin. Terima kasih banyak cik😊
Admin
Sama2 cik.
Farra Amir
Salm kak nak tahu ni..kalau kawan naj transfers duit tapi dia x guna bigpay.. jadi dia kunta nombor acc utk tranfers duit tu jadi saya perlu bagi apa eh? No acc fizikal card atau virtual card? Tolong saya kak❤️
Admin
kalau nak buat apa2 pembelian online, boleh je utk dua2 jenis kad fizikal atau virtual. Tapi kalau utk guna beli secara offline cth di pasaraya dll, kena masukkan ke kad fizikal.
Shaa
Kak nak tanya jika kita nak buat pengeluaran duit dari kad bigpay menggunakan mesin atm cimb/Maybank berapa caj di kenakan oleh bank cimb/Maybank kpd kad bigpay kita?
Admin
Utk keluarkan duit bigpay menggunakan kad bigpay di mana2 mesin ATM, caj RM6.00 akan dikenakan bagi setiap pengeluaran dalam Malayia. Kalau di luar negara, caj RM10 dikenakan bagi setiap pengeluaran. Sy tak pernah guna kaedah ni. Biasanya sy guna je duit dlm kad tu utk buat apa2 pembelian di mana2 atau transfer dulu duit dr bigpay ke akaun saving cimb atau maybank.
Dan
Jadi duit bigpay dikira halal lah kan
Admin
duit yg mana ye? dari simpanan sendiri yg di transfer dari akaun bank ke bigpay atau duit komisen kalau kita promosikan bigpay?
Tkah
Nak tanya.code raferral tu boleh masukkan sekali je ke. Maksudnya masukkan time nak daftar tu
Admin
betul, utk daftar acc baru, boleh guna sekali je code referral.
Mizan
Hi
Saya nak tanya
Big Pay ni boleh digunakan utk tempahan hotel di luar negara melalui app booking.com@agoda@website hotel itu sendiri lah kan?
Atau beli tiket penerbangan di website airlines tu sendir cthnya emirates@etihad,dan tidak tertakluk pada airlines airasia sahaja kan?
Maksudnya duit akan ditolak terus je dari akaun bigpay,betul ke?
Mohon pencerahan.
Baru terjumpa post ni,baru nak fahamkan tentang big pay.
Terima kasih
admin
>> Big Pay ni boleh digunakan utk tempahan hotel di luar negara melalui app booking.com@agoda@website hotel itu sendiri lah kan?
Hi. Ye betul. Big Pay sama mcm kad debit bank biasa. Kiranya kat mana2 yg ada tertera logo Visa atau Mastercard di shoplot atau mall, boleh je guna. Utk tempahan atau sebarang pembelian online bagi barangan atau perkhidmatan spt booking hotel dan airlines dalam atau luar negara boleh digunakan tanpa sebarang masalah dan ia akan tolak terus dari akaun Big Pay.
>> Atau beli tiket penerbangan di website airlines tu sendir cthnya emirates@etihad,dan tidak tertakluk pada airlines airasia sahaja kan?
Maksudnya duit akan ditolak terus je dari akaun bigpay,betul ke?
Benar. Semua airlines boleh guna utk online purchase tanpa caj tambahan. Utk airasia tu sekadar mcm satu bonus tambahan je disbbkan Big Pay dgn airasia satu syarikat yg sama.
Utk makluman cik, topup maksima ke dalam kad Big Pay ialah RM20 ribu dan boleh spend sampai rapat 20k. Tapi kdg2 ada situasi yg mana tiket airlines yg kita tempah utk semua ahli keluarga sekali gus dlm satu tempahan mencecah lebih RM20k bagi trip negara jauh. Jadi, utk situasi tu tak boleh sbb maksima spending RM20k je atau mengikut pd nilai baki dlm kad Big Pay kita. Kaedahnya, beli berasingan dlm tarikh dan waktu flight yg sama.
Info tambahan yg saya belum update dlm blog ni:
Skrg Big Pay dah bertukar dari Mastercard ke VISA. Saya personally lebih gemar VISA sbb byk terminal yg kita boleh just tap card di pasaraya tanpa masukkan nombor pin (utk resit pembelian bernilai RM250 ke bwh shj). Utk pembelian lebih dr RM250 di pasaraya atau kedai, masih boleh spend tapi perlu masukkan nombor pin yg boleh di set dari app Big Pay je semudah begitu tanpa perlu hubungi hotline number dorg. Utk pembelian online pula, tak perlu nombor pin utk pembelian lebih dari RM250.
Lagi info tambahan:
Baki dlm kad Big Pay pun boleh juga dipindahkan semula ke akaun bank sendiri.
Sha
Hi kak.. saya akan pergi holiday ke bkk.. blh ke sy pakai qr code big pay utk byr di sana?
admin
Hi. Saya belum pernah cuba QR code Big Pay untuk negara luar Msia. Tapi boleh cuba sbb payment melalui Big Pay yang di link dgn DuitNow boleh diguna di Thailand dan Singapore serta beberapa negara Asean akan dtg.
cik aizat
salam akak harap akak masih aktif lagi. Jika saya melakukan pembayaran secara duitnow bigpay di saudi arabia akan dikenakan cas ke, berapa ya anggaran?
admin
Buat masa ni, Duitnow melalui Bigpay hanya disokong di negara Thailand, Indonesia dan Singapura sahaja. Utk arab saudi tiada. Melainkan kalau guna sbg debit kad VISA yg biasa tu boleh dan tiada sebarang caj tambahan atau tersembunyi. Hanya mengikut pertukaran kadar semasa sahaja.