Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 2 – Mae Phra Thoranee Beep Muay Phom & The Grand Palace, Bangkok
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Apa yang Aqif tunjuk tu?
“Kita kat sini… The Grand Palace.”
Selepas melintas jalan dan mengambil gambar panorama The Grand Palace, kami pun menuju ke sebuah bangunan tokong yang kelihatan ramai pengunjung keluar dan masuk.
Arnab lah!
Inilah tempat tersebut yang bernama Bangkok City Pillar Shrine. Fungsinya sama sahaja dengan City Pillar yang kami kunjungi seperti di Prachuap Khiri Khan dan beberapa tempat yang lain.
Lokasi tokong Bangkok City Pillar Shrine
Kami tak membuang masa dan terus menjengah ke dalam. Dalam pada masa yang sama, aku ragu-ragu untuk masuk bukan kerana apa, tapi kerana aku berseluar pendek dan kelihatan seperti mat superbike.
Kami cuba juga… Bismillah moga tiada apa-apa baik dari segi zahir mahupun ghaib. Kami datang sekadar ingin melihat aktiviti keagamaan rakyat Thailand. Seperti yang pernah aku terangkan dahulu, Pillar Shrine ni bertindak sebagai ‘beacon’ atau pusat sehenti bagi upacara sembahyang harian oleh mereka. Mereka juga percaya, dengan doa dan fikiran positif yang diterapkan di sini, bakal menyalurkan tenaga positif kembali ke sekeliling bandar di sini dan menjadikan bandar ini harmoni, menguntungkan penduduknya dan dijauhkan dari bencana-bencana.
Ramai juga yang asalnya bertandang ke upacara perkabungan menjadikan tempat ini salah satu hentian terakhir sebelum pulang. Aku dapat rasanya mereka bukan orang sini. Mungkin luar dari Bangkok, sama juga seperti di negara kita apabila Thaipusam, ramai penganut Hindu datang satu bas dari pelbagai negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Pahang dan lain-lain lagi.
Semasa aku di pintu Pillar Shrine ni, tertarik melihat lukisan dewa di pintu masuknya.
Kelihatan seperti upacara mengikat patung Buddha dengan pelbagai kain berwarna-warni.
Aku dapati, amalan melekatkan kertas timah berwarna keemasan ini dilaksanakan hampir ke semua tokong yang ada di Thailand. Apa yang kita dapat lihat dalam gambar ini adalah hasil lekatan kertas yang jumlahnya mungkin mencecah lebih 10 ribu keping kertas-kertas kecil.
Dalam kesempatan yang ada, aku close-up kamera untuk melihat upacara membawa sesuatu yang bentuk seperti kalung bunga dan ke mana dibawanya, aku pun tidak tahu.
Setiap patung Buddha ada fungsinya. Ada dewa kebaikan, ada dewa perlindungan, dewa rezeki dan macam-macam lagi. Kiranya begini.. kalau penganutnya mempunyai masalah rezeki, beliau akan menghadap dewa rezeki dan merenjis minyak bagi menyemarakkan lagi api. Api yang marak perumpamaan kepada rezeki yang semakin diluaskan.
Ok lah… Pandai-pandai sahaja aku terangkan dengan penuh keyakinan, kan? Rupa-rupanya upacara amalan bagi memperingati “Day Birth Buddha” pada diri masing-masing. Jangan tanya aku apa maksudnya. Untuk penerangan lanjut boleh rujuk di laman web ini:
https://www.phuket101.net/seven-buddha-postures/
Video sekitar Bangkok City Pillar Shrine.
Ingat lagi tentang meriam Ratu Hijau dalam filem Queen of Langkasuka? Jom kita gerak ke sana sekarang…… Ministry of Defence & Royal Thai Survey Department.
Leave a Reply