Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 3 – Part 4 – Warung Muslim dan Night Market di Prachuap Khiri Khan. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Tarikh Kembara: 31 Disember 2016
Hari ke: 4
Lokasi: Prachuap Khiri Khan, Thailand
Pagi tu kami pakat bangun agak lewat hampir jam 9.00am. Aku fikir balik, sempat ke nak habiskan 2-3 spot pelancongan di situ? Sambil membelek Google Maps dan koordinat tempat yang aku dah plot, nasib baiklah ianya terletak berdekatan sahaja. Kami hanya perlu menempuh jalan utama di Prachuap Khiri Khan (PKK) menghala ke utara.
Keluar sahaja dari Maggie Guesthouse (MG) lebih kurang jam 10.04am, kelihatan peniaga gerai makanan pagi di tepi jalan. Tak jauh, cuma 50 meter dari MG. Malangnya semua tak halal. Aku pun malas nak teliti dekat-dekat. Nanti kalau korang ke sana, cubalah teliti. Manalah tahu, mungkin sekadar menjual roti sandwich telur ke yang halal di makan.
Kemudian, ada juga warung besar di sini. Sama juga, menjual makanan tak halal. Tapi agak meriah dan ramai orang. Di sebelah kanan gambar itulah jalan utama PKK. Jalan utama memang panjang, tapi aku rasa di sinilah tumpuan atau spot utama bagi Bandar PKK. Tengoklah warungnya, sama sahajakan dengan kedai kopi di kampung-kampung kat Malaysia?
Cuaca hari ni agak baik, walaupun mula nak terik tapi tidak panas. Sebaik sahaja melepasi warung, kami pun belok ke kanan dan menuju ke utara Bandar PKK. Cuba korang tengok, parking di kiri kanan jalan tidaklah padat.
Cafe ala-ala Chatime di sini. Aku rasa, boleh sahaja nak cuba airnya kerana kandungannya boleh dipilih ikut suka kita.
Aku pula berposing membelakangi jalan ke utara Bandar PKK. Mungkin korang tertanya-tanya, “dah bawa sling bag, kenapa nak bawa daypack pula?” Ok aku jawab. Sling bag tu berfungsi untuk meletakkan kamera SLR aku yang besar gedabak termasuk plaster luka, tiket-tiket, business card hotel/guesthouse dan sebagainya. Daypack pula aku letakkan makanan tambahan sebab aku kan ada gastrik, air botol dan barang-barang jika shopping. So, tak payahlah pegang di tangan, kan?
Daypack Tatie pula? Penuh dengan baju spare Aqif dan pampers dan barangan wanita. Passport pula di mana? Sssyyhh!! Itu rahsia. Hehe.
Prachuap Grand Hotel. Tak terlintas aku nak tanya rate dia. Aku bajet mesti harga sama macam hotel yang mula-mula kami tanya di sini iaitu lebih dari THB800 per malam.
Aku biasa melihat suasana sebegini di kampungku di Pulau Pinang semasa lewat 80an dan awal 90an. Sekarang, kalau ada pun biasanya di kawasan pasar pagi.
Matahari dah mula terik, kami pakat pakai sunglasses masing-masing.
Balai Polis PKK. Balik tu, kami ada cuba masuk ke balainya untuk mencari kelainan. Aku macam biasa minta izin bergambar bahagian dalam. Penyudahnya kena marah atas alasan “NO NO NO!! For security reason, NO!” Yes, aku paham. Aku pun akur dan hanya bergambar di bahagian luar je dibenarkan.
Apa yang aku boleh katakan, bahagian dalaman sama je dengan balai polis di Malaysia iaitu adanya kaunter membuat repot dan kerusi menunggu.
Berjalan punya berjalan terjumpalah Museum of Prachuap Khiri Khan. Aku ingatkan buka, rupanya masih dalam pembinaan dan hampir 90% selesai. Jangan lupa korang, kalau ke sini cubalah tinjau. Manalah tahu dah dirasmikan. Aku teringin nak tengok gambar-gambar sewaktu Bandar PKK cuba dijajah oleh Jepun satu masa dahulu.
Ingat lagi jeti terpanjang di sini dalam entri sebelumnya? Inilah jalannya untuk ke sana. Jeti tu ada di belakang Tatie dan Aqif.
Sawadikappppp!! Mahu ke mana???? Bila teliti semula papan tanda ni, aduhai banyak juga tempat yang kami tak sempat contohnya King Mongkut Memorial Park of Science, Post Office, Wad Koalak dan Wad Klongwan.
Ya Allah! Apa kau buat tu Aqif??? Meninggalkan ‘jejak suci’ di Bandar PKK ke???
Kalau di Malaysia, aku rasa dah lama kena saman kereta ni. Suasana begini dianggap biasa di negara Thailand. Cuma aku tak pasti mereka ni pelajar sekolah, pekerja pasar pagi atau siapa.
Prachuapkhirikhan Technical College. Perasan tak ejaan Prachuap Khiri Khan semuanya rapat-rapat? Ok, ini adalah kolej teknikal tapi macam tutup pula. Mungkin sedang cuti.
Di hadapan kolej teknikal adanya meja dan gambar peringatan untuk mendiang Raja Bhumipol. Baik-baik ye, jangan mempermainkan Raja mereka. Ada pelancong barat yang dipenjarakan 10 tahun semata-mata kerana menyindir dan memperli Raja mereka.
Sadisnya. Sebenarnya dua kali kami terjumpa kucing yang mati di tepi jalan utama ni. Mungkin kena langgar kenderaan. Tapi apa pula ‘tanda’ yang Allah nak sampaikan pada kami? Wallahualam.
Ini pula mahkamah PKK. Wah, sepanjang menapak di sini, macam-macam pula yang kami jumpa.
Tuh dia! Dekat 700 meter kami menapak bermula dari Maggie Guesthouse sehingga ke Prachuap Khiri Khan City Pillar Shrine yang akan aku ceritakan di bawah.
Inilah tempat pertama yang kami nak terjah iaitu City Pillar Shrine. Untuk pengetahuan korang, pillar shrine dibina di setiap bandar utama di Thailand. Ianya bertujuan bagi masyarakat tempatan mendoakan kesejahteraan seluruh bandar. Ia juga ibarat beacon atau penyimpan tenaga positif hasil dari kolektif doa-doa dan ‘dipancarkan’ ke seluruh bandar atau pekan.
Koordinat GPS bagi tempat ni: 11.811157, 99.796960
Masuk je nampak kuda mini. Besar juga, tinggi lutut aku.
Bahagian utama shrine.
Di bahagian kiri dan kanan terdapat banyak kerusi-kerusi yang disusun. Aku bajet, mungkin untuk sambutan new year 2017 malam ni.
Shrine utama ‘dilindungi’ oleh dua buah shrine mini di bahagian kiri dan kanannya.
Di hujung sana terdapat sebuah rumah yang menempatkan patung-patung lama Buddha. Kami tak sempat nak masuk.
Anjing oh anjing, tidurlah engkau. Bersih juga anjing ni, siap ada tag di leher. Mungkin ada penjaganya.
Kami mula menapak naik ke atas shrine utama. Aku rasa, yang datang pagi tu mungkin ramai dari kalangan rakyat Thailand yang menetap di luar Bandar PKK. Alah, macam kita juga. Setiap kali tiba ke mana-mana daerah, mesti akan singgah masjid di situ.
Pasangan ni kelihatan sedang memasukkan jambangan bungi ke dalam sebuah tong besi.
Aku tak pastilah apa tujuannya. Adakah membakar jambangan bunga cantik yang dimasukkan tadi?
Membakar colok dan meletakkan di dalam pasu ini. Untuk pengetahuan korang, di bahagian dalam shrine utama, tidak dibenarkan membakar colok, hanya di luar sahaja.
Mula memasuki ruangan dalam shrine utama. Kasut kena tanggalkan.
Tuh dia. Ada empat kepala menghadap empat sudut. Aku agaklah, kalau diukur mungkin tepat dengan arah utara, selatan, timur dan barat. Tiang kepala inilah “pillar shrine utama”. Ia juga dilengkapi dengan 4 tiang tambahan di sekelilingnya. Kelihatan juga banyak jambangan bunga di sini, entah tak tahu pula namanya.
Cuba tengok apa yang wanita berbaju putih buat tu? Beliau sedang melekatkan kertas emas di tiang tersebut. Mungkin kertas tu dah disediakan di sini.
Tak pasti pula apakah nama patung ini.
Adakah ini kategori syaitan, iblis, dewa ‘nakal’ atau dari kalangan jin? Dan kenapa ia menghadap shrine utama, pasti ada sebab. Juga apabila pintunya di tutup dan ia menghadap pula bahagian luar, pun ada sebab. Wallahualam.
Posing sekejap di sini buat kenang-kenangan. Elok berpakaian melepasi paras lutut jika nak datang ke sini.
Aku suruh Aqif beranikan diri duduk di sini agar yakin pada Tuhan sendiri. Manalah tahu, bila dah besar dia ternampak gambar lama ni.
Nak tengok video upacara sembahyang di sini? Klik video di atas.
Bahagian luaran pillar shrine.
Tatie pun turut sama berposing di sini. Yang bestnya, pelawat tempatan di sini tak kisah pun kami ni Islam.
Elok je nak menapak keluar dari pillar shrine, ternampak pula rombongan sebuah keluarga yang baru sampai ke sini. Pakaian pun tradisional.
Apa lagi, aku minta salah seorang gadis ni bergambar dengan Tatie. Cuba close up dan tengok pipi gadis tu? Akan nampak seperti lumuran mirip tanah liat di pipinya. Tak pasti apa tujuannya. Mungkin juga upacara memohon restu bagi melangsungkan perkahwinan tak lama nanti.
Mengambil gambar kenang-kenangan di sini sebagai bukti “dah sampai!”… hehehe.
Dipanggil naga air, ular atau serpent dengan lima kepala.
Turun je dari shrine utama, kami ke shrine kecil yang terdapat di sini.
Di dalamnya menempatkan patung yang mungkin bertindak sebagai “penjaga” shrine utama.
Eh! Ada gajah lah….
Eh patung ayam pun ada. Nampak macam real. Aqif ooo Aqif, kenapa cekik kepala ayam tu? Kesian dia..
Bergambar di tepi patung kuda yang kami jumpa awal-awal tadi.
Jam dah 10.35am. Bersambung ke entri seterusnya…. Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 2 – Khao Chong Kra Chok di Prachuap Khiri Khan.
Eeren Chong
Family yg pkai baju tradisional tu sah2 org2 Myanmar… dgn bedak sejuk d pipi dan cara lelaki tu pkai kain… mmg rmai warga myanmar yg mencari rezeki di wilayah2 bersempadan dgn negara mereka…
Admin
laa yeke? begitu rupanya… saya ingatkan org tempatan thai… lagipun betul juga sbb lokasi prachuap ni paling hampir dgn sempadan burma.
Ye ke Begitu
kadang saya konpius antara orang myanmar dgn bangladesh
admin
Terima kasih krn melawat ke sini. Betul tu.