Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 5 – Perjalanan ke Ayutthaya & Ayutthaya Night Market
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Tarikh Kembara: 7 Januari 2017
Hari ke: 11
Lokasi: Ayutthaya
Ok, entri ni panjang ye sebab aku sekalikan beberapa aktiviti pagi.
Pagi jam 8.26. Bilik yang kami menginap mempunyai balkoni yang bersambung dengan bilik sebelah dan juga sesuai untuk menyidai pakaian.
Aku membuka pintu untuk melepak di balkoni sambil menyedut udara pagi yang segar. Udara dari kota Ayutthaya yang terletak 1560km dari rumahku. Sedarlah aku yang kini aku berada di utara Thailand. Jika semakin ke utara, boleh menembusi ke negara yang berjiran hingga ke Laos, timur Myanmar malah hingga ke negara China. Perasaan ini hanya yang berjiwa pengembara sahaja yang memahami luahanku walaupun Thailand hanyalah negara bersebelahan Malaysia.
Di sini dapat aku melihat stesen keretapi yang kami tiba semalam dari jauh.
Pagi ini kami mempunyai masa yang lapang dan aku habiskan masa dengan zoom ke arah stesen. Kelihatan banyak tuktuk yang sedia menunggu pelanggan yang bakal tiba dari Bangkok atau dari arah Chiang Mai. Jangan salah sangka, deretan motorikal yang terletak di bawah khemah bukanlah motorsikal baru untuk dijual tapi untuk disewakan.
Di hujung sana, jeti menanti untuk sesiapa yang ingin menyeberang sungai. Aku dapati, lokasi yang kami menetap ini sangat terbaik dari segi kemudahan walaupun bukan menginap di hotel yang tinggi tahap keselesaan.
Apa tidaknya, stesen keretapi hanya berdekatan dengan berjalan kaki sahaja. Sungai juga boleh menyeberang pada bila-bila masa. Tesco Lotus dan 7-E juga ada di deretan kedai berhadapan stesen. Motorsikal? Basikal? Semuanya boleh disewa di sini. Terdapat juga lebih dari 6 buah hotel di kawasan berdekatan, pilih saja yang mana berkenan.
Semua permainan ini kami beli sedikit demi sedikit di Thailand. Buat ibubapa, kaedah untuk menyenangkan anak sambil menyenangkan diri sendiri dari segi bebanan, jangan bawa permainan dari rumah (kecuali bagi usia 2 tahun ke bawah), tapi beli satu persatu di setiap tempat yang disinggah. Apabila anak-anak merasa bosan, tiba di sesuatu tempat, akan ada permainan baru.
Sambil Tatie bersiap dan berkemas, aku dan Aqif meronda di bahagian luar bilik. Tangga menuju ke tingkat bawah tapi kami bukan nak turun.
Sebaliknya naik ke atas bumbung. Lihat tu langit yang membiru. Benar-benar bangun dengan kesegaran minda yang optimum.
Dari pintu inilah kami menjelma. Keadaan sekitar agak tak terurus. Sebenarnya, hotel ini mengambil dua lot kedai. Disebabkan dua lot, jadi tangga pun dua juga. Untuk memudahkan pengurusan, pihak hotel hanya membuka satu tangga sahaja dan tangga kedua diabaikan serta dilonggokkan dengan segala barang-barang yang jarang dipakai.
Tak boleh expect sangat untuk mendapat hotel yang terbaik dalam keadaan begini.
Tapi pemandangannya sangat marvelous! Disediakan juga kerusi bagi yang ingin melepak pada waktu malam (berani ke??) atau mungkin sekadar menikmati pemandangan.
Senyum ke atau sebab matahari terik sangat?
Ini pula pemandangan di bahagian belakang hotel.
Tepat jam 12 tengahari nanti, kami perlu check-out. Ayuh turun untuk bersiap-siap…
Sempat juga aku ambil gambar keadaan belakang rumah di Ayutthaya ini.
Sambil turun tangga, aku terlihat sebuah bilik yang terbuka sedikit pintunya.
Boleh tahan juga bilik untuk pengembara solo. Kipas semua cukup kecuali TV.
Bahagian tandas turut aku tinjau dan ternyata bersih.
Kembali semula ke bilik. Sementara masa masih terluang, aku menampalkan sekali lagi tapak kasut yang terkopek sejak dari Prachuap Khiri Khan.
Untuk pusing sekitar bandar Ayutthaya sebentar nanti, kasut ini aku tak pakai untuk bagi masa agar gamnya melekat dengan lebih kuat. Jadi, aku bertemankan selipar Fipper sahaja.
Beginilah keadaan bilik yang kami sewa. Tilam tambahan juga disediakan.
Tandasnya yang agak bersih.
Sebelum berangkat, sekali lagi kami melayan bumbung hotel. Gaya dan background begini aku cukup suka.
Bagi chance hero Hindustan bergambar sendirian.
Bahagian bawah Hotel Saifon. Kelihatan beberapa buah backpack yang ditinggalkan di situ oleh pengembara yang check out jam 12 tengahari dan ingin pusing sekitar bandar Ayutthaya seperti kami. Perkhidmatan penyimpanan beg adalah percuma.
Tapi aku tak nasihatkan pembaca untuk menyimpan di sini kerana ia tidak dipantau dengan sepenuhnya. Tiru seperti kami iaitu menyimpan beg di Left Luggage Office di stesen keretapi Ayutthaya. Lagipun bayaran hanya THB10 bagi setiap beg.
Hotel yang dikombinasikan dengan restoran. Perkhidmatan menyewa basikal juga ada disediakan di sini, tapi aku tak galakkan kerana basikal yang disediakan seperti melepaskan batuk ditangga (cukup syarat).
Lebih baik menyewa di deretan kedai basikal yang terdapat di luar hotel.
Backpack masih belum jadi belacan, tapi segala barangan untuk dipegang di tangan semakin bertambah.
Akhir sebelum check out, kami bergambar dahulu dengan tuan punya hotel yang juga pengusaha restoran. Beliau melayan kami dengan baik, cuma masalahnya kondisi hotel sahaja tidak memuaskan. Alah, lagipun satu malam sahaja, apa ada hal. Harga semalaman pun tak lebih dari THB500 termasuk katil queen size, aircond, tilam ekstra dan tandas khas di dalam bilik.
Inilah hotelnya dari luar. Di tingkat atas sekali kelihatan sepasang pengembara berbasikal yang aku berborak semalam. Kembara secara berbasikal masih baru bagi aku ketika tu. Jadi, puaslah aku mengucapkan ‘take care’ berbanyak kali pada mereka dan menasihatkan agar berhati-hati kerana sikap pemandu di negara Asean ini sangat berbeza dari negara barat.
Oh ya, sebelum kami turun ke tingkat bawah, pengembara wanita berbasikal tu ada menghulurkan cenderamata duit syiling dari US pada Aqif. Dan bunga matahari tu adalah bunga yang kami ambil dari ladang semalam, hehe.
Ikan kering yang dijual di pasar yang terdapat di luar Hotel Saifon.
Keadaan pasar di sini dengan pelbagai jenis sayuran.
Entah kenapa, seronok pula aku tengok pakcik ni yang khusyuk membelek dan mengopek sayur di situ. Ada setengah orang mempunyai cita-cita yang besar. Ada setengah orang pula, bahagia dengan apa yang dia buat walaupun takkan menjadikan dia kaya berbillion ringgit.
Seterusnya, kami menuju ke stesen keretapi Ayutthaya untuk menyimpan backpack di Left Luggage Office.
Jam telahpun 12.47 tengahari. Dari stesen, terus kami menghala ke jeti mini yang telah dikunjungi semalam bagi menyeberang ke arah kawasan utama bandar Ayutthaya.
Agak-agak berapa tambangnya sehala? Hanya THB5 yang bersamaan RM0.60!
Tetiba jem pula apabila memasuki ke dalam bot. Rupanya ada seorang pelancong wania yang gagal mengangkat basikal untuk masuk ke dalam. Apa lagi, aku pun meringankan tangan membantu. Bab-bab yang melengahkan ni aku tak berapa berkenan sebab terlalu senang untuk diselesaikan sekelip mata dan tak perlu drag masa lama-lama.
Ok dah sampai ke jeti Chao Phrom Market Pier. Agak-agaknya, berapa jauh dari jeti pertama tadi?
Cuba tengok dalam gambar. Nampak rumah putih? Itulah jeti yang kami naik tadi. Kalau macam ini punya dekat, seminit pun tak sampai.
Yang keluar dari bot dan yang masuk pula silih berganti. Walaupun THB5 per orang, bisnes begini memang menguntungkan.
Nampak tak jambatan di hujung sana? Kalau tak naik bot, terpaksalah naik teksi atau tuktuk atau berjalan kaki untuk menyeberang jambatan. Seolah-olah seperti U-Turn dan ini akan melibatkan kos tambahan yang banyak pada pengangkutan awam.
Mari kita menapak naik ke atas.
Beginilah kaunter tiket untuk menaiki bot. Di Thailand, sistem pengangkutan air dan kaunter tiket sebegini adalah perkara biasa. Berbeza pula di Malaysia yang jarang dilihat serupa seperti di sini padahal di negara kita juga banyak sungai-sungai lebar seperti di Thailand.
Bot beroperasi dari waktu Subuh sehingga dah tak nampak matahari lagi. Mungkin ada juga perkhidmatan bot selepas jam 8 malam (yang ini aku tak pasti). Boleh cuba jika berada di sini.
Berjalan kaki menyelusuri kedai-kedai untuk ke bahagian tengah bandar.
Entah bagaimana, kaki aku tergerak untuk memilih menapak masuk ke dalam pasar yang menjual barangan basah.
Mungkin kerana ingin melihat suasana di sini.
Lapar? Boleh beli buah dahulu di sini buat alas perut.
Menapak lagi ke dalam…
Ini pula bahagian daging dan ikan tapi dah semakin berkurangan peniaga mungkin kerana matahari telahpun tegak di atas kepala.
Terus menapak lagi…
Kemudian masuk pula bahagian sayur.
Tiba-tiba aku ternampak seperti ada yang bertudung di hujung sana.
Alhamdulillah, kami bertemu dengan sebuah warung menjual nasi ayam.
Dan begitu juga warung menjual air oleh peniaga Muslim.
Punyalah sedap nasi ayamnya. Sepanjang aku hidup, inilah nasi ayam tersedap pernah aku makan sampai order dua kali.
Sijil halal di sini adalah regulated dan di bawah pemantauan Majlis Agama Islam Thailand.
Cuma, bab air minuman sahaja yang aku agak sensitif kerana risau air yang tercemar dengan bakteria-bakteria yang berasal dari air basuhan pinggan mangkuk dan ketul ais yang tidak diketahui jenis airnya. Jadi, setiap kali kami makan di warung, sebolehnya mengelak dari memesan air dan hanya minum dari air mineral/kotak/tin yang dibeli dari 7-E.
Lagi peniaga Muslim tapi aku tak pasti apa yang dijualnya.
Selepas ini, kami berbasikal untuk pertama kalinya di bumi Thailand.
Leave a Reply