Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 13 – Part 2 – Satu-satunya Masjid di Vientiane & Wat Inpeng
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
9.40 pagi..
Bangun pagi-pagi ni aku rasakan demam semakin surut dan ada separuh kekuatan untuk melangkah pulang. Tanpa berlengah lagi, aku terus check jadual tren untuk pulang ke Bangkok pada hari ini. Kami akan bergerak dari Nong Khai jam 6.10 petang dan tiba pada jam 6.00 pagi, keesokan harinya.
Alamak, bila dah masuk tahun 2020 ni, baru nak ajak bincang pasal Chindamay Hotel, tak pasal-pasal hilang dari Google Maps. Betul-betul berhantu hotel ni.
Nasib baiklah dah jumpa. Namanya kini telah ditukar dari Chindamay Hotel (Guesthouse) ke Intouch Guesthouse.
Lokasi bagi Chindamay @ Intouch Guesthouse. Tapi, adakah korang sanggup menginap di sini? Baca dahulu kisah istana raja bersiung ini di bawah sebelum bercadang untuk menginap.
Hampa, kosong, lemah, letih, putus harapan apabila melihat kembara pemandangan sekitar luaran hotel.
Seolah-olah kami datang ke sini hanya menempa demam, berehat menunggu sembuh dan kemudian beredar.
Lebih baik demam di rumah sendiri. Buang masa sahaja demam di sini. Tapi benda dah jadi, kan? Apa boleh buat.
Betul-betul belakang hotel ni macam-macam pemandangan ada. Semuanya pemandangan negara dunia ke-3. Kami boleh terima kerana bukan tujuan ke sini untuk bermewah-mewah, diva atau sebagainya.
Istana raja bersiung juga mempunyai kipas zaman 70an serta pemantul lampu syiling yang diasaskan dari anyaman tikar mengkuang. Ok lah, ada kelainan, aku terima. Tapi, pihak pengurusan hotel patut sedar, daun mengkuang tu kalau dah lama-lama panas dek kerana mentol, risau terbakar je.
Kipas jangan cerita, dia punya nak pusing 360 darjah tu kalau makan nasi separuh pinggan baru habis agaknya. Cuaca di sini memang panas, sama seperti di Malaysia pada waktu tengahari. Memandangkan hari masih pagi, tidaklah terasa sangat bahangnya.
Maaf agak bersepah kerana selesai mengaut semua barang-barang yang kami risau tersorok celah-celah selimat dan bantal. Jadi kami pakat punggah apa yang patut. Tiba masa untuk bergerak pulang.
Bilik 407 yang mempunyai kenangan yang mana kalau ditukar ke tajuk lagu akan berbunyi:
“Ku Pendam Sebuah Kenangan: 407”
atau…
“Ceri-beri Ku Tinggalkan: 407”
atau…
“Mencelup Kaki di Vientiane, Ku Sisip Sebuah Duka”
Macamlah korang tak pernah ceri-beri seumur hidup….
Opss… di sebelah bilik kami terdapatnya bilik 404. Teringat pula filem 90an dulu bertajuk Blok 404. Nasiblah takda gangguan apa-apa.
Inilah perjalanan adventure, hasil kombinasi dari backpacking dan hiking sehingga ke tingkat 4. Perlahan-lahan kami menuruni tangga.
Beginilah keadaan di Chindamay Hotel. Nama sedap, dalamnya indah nama dari rupa.
Sambil adventure kami menurun tangga, kelihatan tangga besi curam tapi pagar grilnya bertutup.
Kenangan terakhir di Chindamay Hotel @ Guesthouse. Taubatlah nak datang lagi. Di sebelah kanan gambar terdapatnya kedai runcit yang sangat mudah untuk memperolehi apa-apa makanan ringan atau separa-masak seperti maggi tempatan dan lain-lain.
Kesimpulannya….
Pros:
- Akses mudah ke beberapa tempat penting di Vientiane dengan hanya berjalan kaki.
- Terdapatnya kedai runcit di sebelahnya.
- Sunyi dan privasi.
- Reception yang friendly (tengok staf juga).
Cons:
- Paip air yang sederhana laju.
- Tiada air-cond.
- Tiada TV.
- Tiada Wifi percuma.
- Tiada lift – kami dapat bilik di tingkat 4.
- Tiada basic amenities seperti sabun, syampu dan lain-lain di tandas.
- Tandas ok, tapi atmosphere nya yang berupa 80an adakalanya menggerunkan.
Berapa rate per malam? Tak sampai RM30.
Berapa rating? Tripadvisor bagi 3/5. Aku pula bagi 2/5!
Disclaimer: Rating, pros serta cons di atas hanya untuk Chindamay sahaja dan tidak melibatkan Intouch Guesthouse yang merupakan pengurusan baru dan mungkin lebih baik dari sebelumnya.
Sebenarnya kami duduk free sahaja. Macam mana boleh dapat free? Sewaktu checkout, kami membuat pembayaran baki. Disebabkan urusan aku masih menggunakan duit Baht (100% diterima di sini), entah macam mana staf lelaki di reception pulangkan deposit pada aku dalam jumlah nilai yang apabila ditambah-tolak, siap ada lebih pula. Bermakna, kami duduk free! Selepas berada dalam tren ke Bangkok, baru aku tersedar. Takkanlah nak patah balik dan pulangkan baki duit?
Pada waktu tu, kepala aku masih ‘slow’ lagi sebab baru sembuh demam dan tak mahu pening-pening kepala, aku terima saja berapa yang dia kira. Agaknya, dia pun terkeliru dan tersalah kira akibat dari tukaran Kip dan Baht.
Kami checkout pada jam 10.07 pagi. Jom kita ke Patuxay pula!
Leave a Reply