Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 14 – Part 2 – Patuxay
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Dari Patuxay, kami terus menuju ke Khua Din Bus Station kerana perasaan seperti tidak mahu berada lama di bumi Laos. Mungkin kerana kerisauan jika terjadi lagi perkara tidak diingin seperti masalah kesihatan pada 2 hari yang lalu. Bahkan tanpa mencari makan tengahari di Vientiane kerana aku beranggapan restoran halal masih lagi susah dicari.
On the way perjalanan tidak berapa serabut. Cuma keserabutan berlaku semasa di Khua Din Bus Station kerana terminal basnya yang tiada lorong khusus. Ibarat menunggu di luar sekolah menantikan bas sekolah yang berterabur atas jalan raya. Kawasan dalam Khua Din agak padat, ditambah lagi dengan penjaja-penjaja ‘mobile’ yang melaungkan nama barang jualan masing-masing terutama makanan dan minuman ringan. Satu yang aku berpuas hati di sini ialah penjaja tidaklah mengejar atau menjolok makanan ringan di celah muka kami sampai ke dalam bas atau semasa kami sedang tercangak-cangak mencari bas (ini paling annoying kalau terjadi).
Jarak dari Patuxay ke Khua Din bukanlah jauh sangat, dalam 1.1 km je. Saranan aku untuk korang, kalau mampu berjalan kaki, silakan. Itu lebih baik.
Beginilah keadaan di Khua Din Bus Station, tapi bezanya pada waktu kami berada di sini ialah 5 kali ganda lebih sesak dan dua kali ganda lebih padat bas-bas awamnya. Tahun 2020 ni mungkin dah berbeza wajah dan pengurusannya.
Ikutkan, ada banyak bas yang ke arah Thanaleng Border. Di antaranya ialah bas nombor 10 dan 14. Bagi yang tidak tahu seperti kami, jika menaiki bas nombor 14 dari Buddha Park boleh terus ke Vientiane tanpa perlu tukar ke bas nombor 10.
Apa-apapun, baik korang check dahulu nombor bas kerana aku dah terlupa nombor yang sepatutnya sewaktu menulis blog ini. Boleh check nombor semasa di Thanaleng Border Crossing kerana begitu banyak bas yang sudah tentu akan ke ibu kota mereka jua.
Dan pada ketika ini, kami telah bertukar dengan bas shuttle bagi menuju ke Nong Khai Border di bahagian Thailand.
Laos yang meninggalkan kenangan bagi kami walaupun sekejap.
Selamat tinggal Laos! Walaupun negaramu berdebu, aku tetap berhasrat untuk kembali ke sini. Mungkin kali ini akan ke Vang Vieng, Phonsavan, Luang Prabang dan seterusnya ke Hanoi atau menaiki slow boat ke Thailand.
Setelah tiba di imigresen Nong Khai, kami melepak-lepak dulu di sini memandangkan jam baru 12.43 tengahari dan jadual tren untuk pulang ke Bangkok pula pada jam 6.10 petang. Lambat lagi tu! Bagi aku, yang penting selesai sudah urusan imigresen di kedua-dua sempadan.
Dengan ini, kami telah masuk Thailand sebanyak dua kali dalam tempoh yang terdekat…
Siap semua, jadi kami pun berangkat mencari tuktuk bagi mencari restoran-restoran halal yang terdapat di Nong Khai. Pemandu tuktuk yang kami naiki ni sangat baik hati kerana berusaha bersungguh-sungguh mencari restoran halal dengan berpandukan logo bulan dan bintang yang aku tunjukkan dalam phone.
Jika difahami dalam pemetaan, tidak boleh harap apa-apa berkaitan muslim di kawasan yang terletak di antara Thailand dan Laos ini kerana rata-rata penduduknya 99% beragama Buddha.
Hampir dua kali pemandu tuktuk tersasar masuk ke sebuah kampung berdekatan pekan Nong Khai. Aku katakan padanya yang restoran tu bukan halal. Dia pun gigih mencari lagi. Akhirnya kami pun terjumpa sebuah di outskirt pekan Nong Khai.
Alhamdulillah masih dibuka. Disebabkan papan tanda restoran semua dalam tulisan Thailand, jadi aku tak pasti apa nama restoran ini.
Klik peta di atas untuk akses lokasi restoran. Ianya terletak tidak jauh dari Nong Khai border, sejauh 4.0 km.
Muka kami ceria dan senyum kembali… hehe.
Sebenarnya ini adalah restoran India muslim kerana pemiliknya dari India. Sewaktu ini, beliau sedang berada di belakang menyiapkan masakan untuk kami. Entah macam mana boleh terdampar di Nong Khai yang bagi aku tiada apa-apa yang menarik untuk mengembangkan bisnes. Melainkan jika beliau berkahwin dengan orang sini.
Walaupun lunch hour jam 1.34 tengahari, hanya kami sahaja yang bertandang.
Tuh dia, macam-macam ada! Buat yang dah berapa hari tak melayan lauk halal, di sini boleh melepaskan gian.
Sambil menunggu makanan, aku membelek tiket tren. Aihhh lambat lagi nak menuju ke jam 6.10 petang. Sekarang pun masih 1.35 tengahari.
LIHAT JUGA: Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Akibat kelaparan, sampai sahaja makanan dihidang atas meja, terus kami melahap. Dan sekarang tiba masa untuk bergerak ke Nong Khai railway station.
Oh sebelum tu, apa komen tentang restoran halal ini? Bagi pendapat aku, tersangatlah mahal kerana sepinggan berharga di antara RM30 ke RM50.
Walaupun mahal, kami terpaksa juga menapau dua bungkus bagi bekalan makan malam dalam tren nanti. Tapi kali ni, makanan yang ditapau cuma ringkas sahaja bagi mengurangkan bajet terakhir yang ada. Hari-hari terakhir kebiasaannya terasa malas kalau nak menukar lagi matawang.
Sedap ke? Ok bab ni first class!
Kami ‘membeli’ masa dengan meneroka di sekitar kawasan yang berdekatan dengan restoran tadi.
Kalaulah tidak kerana backpack yang berat, dah lama kami menapak sekitar sini meneroka apa-apa yang patut sehingga ke hujung.
Kafe di sini yang tidak halal. Tapi kalau nak bedal kopi dan teh, aku rasa tiada masalah.
Suasana pekan Nong Khai dari dalam tuktuk yang kami naiki.
Sebuah dataran utama untuk tujuan berkumpul warga Nong Khai bagi menyambut apa-apa perayaan penting.
Dah tiba di Nong Khai railway station pada jam 3.39 petang. Ada lagi 3 jam woihhh! Nak buat apa kat sini?
Inilah kerjanya, Aqif dan Tatie….. melintas landasan dan bergambar dengan papan tanda bagi maklumat shuttle train yang menghubungkan Nong Khai terus ke Thanaleng, melepasi Friendship Bridge.
Aktiviti mereka berdua menapak sehingga ke hujung stesen.
Kau dekat Nong Khai nak oihhh… kau sedar tak kecik-kecik umur 3 tahun 10 bulan dah merayap sampai ke sini… ini bukan dekat Malaysia nak oiihhh.. ini dekat hulu mana tau!
Bertemu rakan baru warga Thailand sambil bersembang pasal kesedapan aiskrim masing-masing.
Kemudian warga Thailand tour guide sampai ke tepi landasan. Aku perati je dari jauh…..
Pandai makan aiskrim, bila dah nak masuk malam mula dah mai demam. Nah ubat batuk!
Terus-terang cakap, aku berasa tak senang hati bila berada di stesen ni, entah kenapa tak pasti. Lalu aku diamkan diri sampai bersedia menghadap ketidakpastian yang boleh berlaku bila-bila masa dan apa saja.
Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku.
Tuh lah kau! Asyik fikir negatif je.
Kakitangan stesen yang penuh dedikasi. Menggalas tanggungjawab sebagai anggota berunifom.
Kenapa muka aku nampak sedikit hitam? Mudah-mudahan kerana pencahayaan di sini yang tak berapa baik.
Jam 6 lebih kami dah naik tren.
12 jam akan berada dalam gerabak dan peluang ini diambil untuk charge segala peralatan yang ada.
Powerbank……….
Bateri kamera Canon EOS………
Jam 8.10 malam, tren baru singgah di Udon Thani railway station (atau disebut Udorn Thani). Releklah, baru 1/10 perjalanan. Ikutkan perancangan asal, kami sememangnya berhajat untuk melawat Udon Thani atau Khon Kaen sebelum menuju ke Nong Khai kerana keduanya terletak di pertengahan perjalanan. Tapi dek kerana kesuntukan masa, hasrat dibatalkan.
Seperti biasa, backpack semuanya ditempatkan di hujung kaki dan bukan lagi di bahagian luar. Ini tips bagi korang yang baru terbaca blog ini.
Buah naga yang dibeli di Vientiane buat bekalan kami untuk makan dalam tren.
Pagi esok, iaitu hari ke-15, kami akan tiba di Bangkok, bersambung di sini………..
Leave a Reply