Entri sebelumnya: Kembara Thailand – Laos: Day 8 – Part 4 – Ministry of Defence & Royal Thai Survey Department
Nak baca dari awal? Klik sini: Pra Kembara Thailand-Laos
Kalau korang rajin, dari The Grand Palace, boleh sahaja menapak sejauh 4.5km menuju ke sini. Hello Kitty House ini terletak di Siam Square One Shopping Mall. Tapi dek kerana ingin menjimatkan tenaga bagi membolehkan ia diguna untuk perjalanan seharian hingga malam, kami bercadang menaiki teksi sahaja dengan kos tambang THB150. Mahal juga lebih kurang RM17 bagi perjalanan yang hanya sejauh 4.5km. Mungkin sebab dah excited nak melihat Hello Kitty.
Untuk pengetahuan korang, di rantau Asia Tenggara hanya di Bangkok sahaja terdapat Hello Kitty House.
Teksi yang membawa kami hanya drop 150 meter dari premis yang ingin dituju kerana jika masuk ke dalam, perlu membayar parking. Jadi kami menapak di tepian jalan sambil aku melihat GPS di handphone. Agak keliru juga kerana posisi GPS sekejap berpusing 180 darjah, kemudian dia pusing semula ke kedudukan asal. Aku terpaksa berpandukan nama-nama bangunan tepi sebagai penanda.
Sambil tu aku perhati juga lorong-lorong di sini yang menuju entah ke mana tapi ramai pula pelajar sekolah (atau kolej?) di sini. Di hujung sana terdapat banyak deretan kedai kecil berkonsep seperti di Pertama Compleks, Kuala Lumpur.
Kawasan sekitar sini sebenarnya sangat ‘heaven’ bagi para shoppers kerana lokasi shopping mall adalah berdekatan. Rajin tak rajin sahaja nak menapak. Lebih kurang sama seperti di Bukit Bintang yang mana terdapatnya Berjaya Times Square, Sg Wang Plaza sehingga menjangkau ke Pavilion.
Tapi tujuan kami di sini cuma Hello Kitty House sahaja.
Meneruskan perjalanan menapak di sepanjang jalan sini dan 50 meter di hadapan (kiri) akan bertemulah dengan Hello Kitty House.
Tuh dia Hello Kitty! Tatie punyalah excited nak masuk. Tapi kami bergambar dahulu di bahagian luar sebelum masuk ke dalam.
Anggap sahaja entri ni ibarat ‘tour’ ke dalam Hello Kitty House… Masuk adalah PERCUMA tau..
Masuk sahaja, kami disajikan dengan restoran atau cafe bertemakan Hello Kitty semata-mata.
Konsep sama seperti cafe lain yang menghidangkan cake, cup cake, biskut, ice blended dan lain-lain lagi.
Selepas entrance, bahagian kanannya terdapat lagi ruang santai dengan meja dan kerusi untuk melepak. Ada pula sebuah kereta Hello Kitty untuk bergambar sepuasnya.
Aku cuba terangkan dengan sebaiknya kerana perihal ‘benda-benda cute’ ni bukan aku reti sangat. Nak menyusun ayat agar tempat ni nampak ‘comel’ tu macam susah, hahahaha.
Di sini, korang selamba saja bergambar walaupun tak beli barang apa-apa termasuk di cafe sekalipun. Jom kita menuju ke tingkat 1.
Tangganya berbentuk seperti U. Jadi semasa belokan di pertengahan U tu, aku pun sempat mengambil gambar bahagian cafe di bawah.
Betul-betul bersebelahan tangga bawah, kami dihidangkan satu rak barang-barang Hello Kitty terdiri dari beg kecil, bantal, topi, patung dan lain-lain. Aku rasa ini hanya display sahaja. Kalau nak beli boleh request dari mereka.
Blogger perempuan mungkin akan cakap “kiut nyerrrr”. Aku pun nak kata yang sama… “kiut nyerrrr tambah-tambah bila tangan kanan Hello Kitty tu seperti tersipu-sipu malu dan menutup mulutnya”.
Ok jom naik. Nampak tu makin banyak barang-barang yang dipamerkan.
Bucu terakhir tangga menaiki ke tingkat 1. Di hujung sana hanya meja-meja sahaja.
Hello Kitty Cafe. Tapi tingkat ni tiada orang. Mungkin fungsi untuk parti hari jadi atau majlis tertentu (bersanding siap pelamin di sini ada berani???)
Tuh dia… pasangan Hello Kitty awal-awal lagi dah bersanding. Pada ketika ini baru beberapa hari menyambut krismas. Jadi, penuhlah replika kotak hadiah dan pokok krismas di situ. Korang pun boleh sahaja duduk di kerusi tu sambil bergambar berpeluk atau macam-macam aksi. Jangan risau, di tingkat 1 ni jarang ada orang dan tiada yang akan menegur. Tapi perangai tu biarlah berpada-pada.
Aku rasa sangat sesuai majlis di sini dengan kapasiti 80 orang tetamu. Kerusi berbentuk Hello Kitty manakala corak atas meja juga sama.
Ok sofa di sini sangat cantik untuk bergambar sebab ada ribbon Hello Kitty di kerusi. Warna pula pink.
Overall dekorasi di tingkat 1 ini.
Ini pula bapak kepada Hello Kitty. Level bapak-bapak hanya bergambar dengan Hello Kitty lelaki yang muka juga seperti bapak-bapak.
Seronoknyaaaaa….. ok korang.. jangan lupa bergambar di sini kerana signboard tu tertera “Bangkok”. Itu yang mahal tu…
Ini rak pameran yang terletak berdekatan tangga atas tadi.
Aku tak teliti sangat. Tapi aku rasa semua dalam balang tu ialah candy.
Sebelum turun tangga, korang tinjau sekali bahagian sini sebab ada lagi barang-barang yang dipamerkan. Ini Hello Kitty skala sederhana besar.
Akibat tiada orang yang boleh bantu mengambil gambar kami sekeluarga, jadi kami hanya bergambar seorang demi seorang di sofa ini.
Jom kita turun….
Balik semula ke rak tingkat bawah…. Rak kedua tu aku tak pasti apa dalam kotak tu. Mungkin gambar-gambar Hello Kitty dalam bentuk kad?
Troli mini Hello Kitty…
Ingat tempat ni hanya setingkat ke atas sahaja ke? Tingkat bawah pun ada tau. Lagi macam-macam barang jualan terdapat di sini.
Sebaik sahaja korang turun ke bawah, jangan lupa tinjau bahagian tepi tangga sebab ada ruang boleh bergambar di sini.
Ok bermula dari gambar di atas ini dan bawah, semuanya barang jualan dan bukan pameran. Tapi kalau tak beli apa-apa pun tak mengapa seperti kami ni.
Haaa macam-macam ada. Mesin jahit Hello Kitty pun ada…
Wah…. ada kereta Hello Kitty pula tu. Sebuah kereta Volkswagen Beetle versi lama. Tapi separuh badan sahaja. Warna pula pink dengan seat putih yang menarik.
Pon Pon!!!
Kalau ramai orang di sini, korang kena beratur tunggu giliran untuk menaiki dan bergambar dengan kereta. Seeloknya ambil bahagian tepi biar nampak tulisan di pintu kereta yang tertera “Hello Kitty House Bangkok” sebagai kenangan.
Tak silap aku, di sini ada juga manicure, mungkin sticker yang dilekatkan di kuku adalah Hello Kitty.
Dan tingkat bawah ini juga digelar “Hello Kitty House Shop”. Di sebelah kanan tu terdapat pintu keluar. Aku tak pasti menuju atau boleh tembus ke mana.
Sebelum naik semula ke tingkat ground floor, aku snap sebanyak yang mungkin gambar barang-barang yang dijual di sini.
Ok ini cantik. Jam original Hello Kitty.
Fenomena Hello Kitty begitu terkenal di seluruh dunia. Aku masih ingat lagi perkenalan pertama oleh Mcdonald’s Malaysia. Ramai pakat beratur untuk membeli patungnya. Sekarang, terdapat pelbagai jenama yang mengadakan usahasama dengan jenama Hello Kitty dan di antaranya ialah mesin jahit Brother.
Menuju ke ground floor.
Melihat kek yang dijual dengan lebih dekat tapi tidak membeli apa-apa. Maklumlah tak pasti halal atau tidak.
Sekian sahaja ‘tour’ Hello Kitty House dari kami. Kalau korang datang ke sini dan banyak bajet, apa salahnya melepak minum di sini. Bukannya selalu datang kan?
Video pendek di sini.
Seterusnya kami meneroka Siam Square One dan Siam Paragon.
Leave a Reply