Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 6 – Part 3 – Perjalanan Ke Nakhon Pathom dan Melihat Stupa Terbesar Di Dunia. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Sehingga hari ke-6 ni, agaknya dah berapa jauh kami overland? Dah 5 negeri/daerah dilalui dengan perjalanan sejauh 936km tidak termasuk Kanchanaburi. Bagi pengunjung baru, negeri/daerah tersebut ialah:
Klik link di atas untuk mulakan pembacaan entri blog sebelumnya.
Masuk sahaja ke dalam tren, kami terus mencari-cari tempat duduk kosong. Untuk pengetahuan korang, tempat duduk tiada nombor dan sukahati nak duduk di mana-mana. Suatu keunikan tren ini ialah kerusi dan dalamannya jenis lama dan diperbuat dari kayu. Dah macam zaman 60/70an pula.
Dengan lantainya pun masih kayu lama. Aku teringin juga nak tahu kayu jenis apa yang dipakai sampai boleh tahan begitu lama? Ini adalah 3rd class. Jangan malu atau ‘feeling miskin’. Tengok penumpang dalam tu… semuanya orang luar terdiri dari warganegara Hong Kong, China dan barat.
Disebabkan perjalanan memakan masa 2 jam, inilah ‘kerja’ yang kami buat. Sesi bergambar dengan gaya bukan-bukan. Seronoknya Aqif, tapi kaki dia tu Tatie yang tolong grip. Risau, kan?
Sebenarnya gambar Aqif diambil oleh gadis Hong Kong. Mana datang pula gadis HK ni??
Eh banyak pula pokok tebu di sini.
Berbalik pada gadis Hong Kong, inilah dia macam mana mereka boleh berbaik dengan kami. Perantaranya ialah Aqif. Entah apa yang dibual dan diguraukan mereka pun tak tahulah. Sampai bising-bising dengan gelak ketawa dan dari jauh aku dapat nampak raut muka mat saleh yang kurang suka suara budak yang bising. Sepatutnya negara kononnya bertamadun tinggi sedia paham faktor perilaku ‘budak-budak’. Aku memang sengaja tak nak halang Aqif berseronok. Aku tak mahu menggugat kebebasan dia. Lainlah kalau menangis meraung kuat atau mengacau mat saleh tu semua.
Dengan mimik muka pelbagai bentuk. Aku yang tolong ambil gambar ni pun nak tersengih. Dalam hati aku, takkan aku nak bermesra dengan gadis-gadis tu pula. Nanti apa kata ‘Puan Besar’ pula, kan? Ini bukan di dapur boleh main baling pinggan. Ini dalam tren… silap haribulan aku tercampak keluar, haha!
Baru cecah daerah Tharuanoi. Jam baru 4.17pm. Ada sejam lagi baki perjalanan.
Tren berhenti sini lebih kurang 3 minit. Kelihatan ramai warga Thailand sedang bersantai dan membaca suratkhabar. Aman pula rasa di sini.
Tapi ada satu yang menarik minat aku. Tengoklah kemudahan riadah dan senaman yang disediakan. Ramai juga orang di sini. Pada pendapat aku, orang dewasa hingga tua bangsa Cina hingga ke Thailand kebanyakannya sangat rajin bersenam. Jarang jumpa bangsa mereka yang berbadan besar dan gemuk atau obesiti.
Tak habis-habis lagi bergurau senda. Aku pun biarkan Aqif di situ sambil Tatie perhatikan dari jauh. Sambil tu aku pun pusing-pusing sekitar gerabak-gerabak lama dan mengambil beberapa buah video sampai ke dalam kemudahan tandas tren (video aku upload kemudian).
Pemandangan gunung-ganang yang cantik.
Pemandangan sawah padi di sini.
Rasanya gerabak kami ialah gerabak yang kedua selepas kepala tren.
Rumah-rumah kampung di sini. Lebih kurang sama sahaja pemandangan jika ke Kedah dan Kelantan.
Memang aku minat sangat mengambil gambar bukit dan gunung jenis ‘togel’, iaitu tiada hutan bakau.
Tepat jam 5.14pm, kami pun tiba di Kanchaburi Railway Station. Eh kenapa kami bergambar dengan dua orang wanita tu? Mereka penumpang dari stesen lain dan naik kemudiannya. Lepas bergurau dengan gadis Hong Kong, Aqif beralih pada dorang pula. Haii macam-macam!
Stesen ini masih mengekalkan bangunan kayu yang lama. Pemandangan beginilah yang kita nak. Bukannya dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan baru konon nak mirip seperti kemajuan kota London.
Ting! Ting! All aboard…… Entah dah berapa puluh tahun usia loceng tu. Baik bergambar dahulu sebelum stesen ini dilanda ‘kemajuan’. Loceng ini juga mengingatkan aku tentang filem animasi The Polar Express, iaitu kisah seorang budak yang menaiki tren menuju ke Kutub Utara dan bertemu dengan Santa Claus.
“Welcome to Kanchanaburi!”
Akhirnya kami sampai juga. Pada tahun 2012, kedua orang tua aku dah sampai ke sini secara overland menaiki bas persiaran berpakej bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga ke sempadan Cambodia. Dan sekarang giliran kami pula.
Ni dah macam satu geng semua backpack Osprey. Aku seorang sahaja geng Deuter.
Sewaktu di kaunter ini, ada seorang gadis bertanyakan destinasi kami. Aku ingatkan beliau promoter tempat penginapan. Rupa-rupanya tugas beliau menjadi tourist guide di bawah kerjasama Tourism Thailand. Memang kerjanya membantu pelancong untuk maklumat lokasi, tempat menarik dan sebagainya, free of charge!
Kami tak boleh lama, harus bergegas kerana hari akan gelap dalam tempoh 50 minit lagi..
Destinasi pertama yang dah set dalam kepala aku ialah menuju ke VN Guesthouse kerana review yang menarik serta menjadi tumpuan para backpackers. Seperti biasa tanpa sebarang booking dan mencuba nasib.
Lalu kami pun menapak di celah-celah jalan dan lorong termasuk melalui War Cemetery yang begitu besar dengan lambang salib gergasi di tengahnya (akan aku ceritakan nanti). Dan Google Map membawa kami ke lorong belakang rumah ini. Jarak dari stesen tadi ke sini dalam 500 meter. Penatlah juga dengan anjing melalak bagai.
Video perjalanan dari Nakhon Pathom ke Kanchanaburi.
Di hujung lorong ternampak guesthouse yang bernama Raibow Rainbow Guesthouse. Tapi yang nak dituju sebenarnya sebelah dia iaitu VN Guesthouse.
Sampai je, aku pun melabuhkan backpack dan masuk ke bahagian reception.
Alamak bilik full !!
Ok ok… Aku pun diam, tafakur sedikit dan menunggu gerak hati.
Memang rasa dalam hati kena tepat pada Rainbow.
Jadi, kami pun beralih ke Rainbow. Tunggu punya tunggu di kaunter tak ada pula orang.
Tunggu lagi….. kaki dah terasa nak langkah ke tempat lain. Gerak nak mula langkah…
Tup tap…. orangnya datang, seorang akak yang lebih tua dari aku siap dengan muka senyuman dan sawadikap!!. Dengan pantas aku tanya,”room available?”
Jawabnya…. “Oh yes, but one aircond THB450 per night, you want to check it first?”
Terus kami terjah ikut dia. Wahh…. mengadap sungai Kwai. Bilik tidaklah besar mana, just nice.
Dalam hati aku… hmm sama sahaja ‘spec’ dengan VN cuma bukan jenis terapung.
Alhamdulillah.. Ok… Kami ambil satu malam. Lagipun dah memang letak aras harga penginapan sini THB500 paling maksima. Dapat yang THB450 kira dah cun tu. Sebenarnya VN lebih murah. Tap tak mengapa kerana lebih baik ada daripada tiada langsung. Inilah satu masalah kalau menapak mencari-cari tempat penginapan sambil membawa backpack yang agak berat. Nak jalan jauh lagi tu boleh tapi risau pancit di tengah jalan. (Dah berlaku pada aku secara tiba-tiba sewaktu kami di Bangkok nanti).
Seronok sangat bila dapat bilik yang menghadap sungai Kwai di Kanchanaburi. Tapi sayangnya, kami jarang-jarang lepak di sini kerana banyak menghabiskan masa di luar sana. Bila dah balik ke guesthouse, penat pula dan terus landing atas katil.
Budak ni awal-awal awal dah berlabuh dalam hammock. Tengah feeling seperti berada dalam buaian spring di kampung.
Ahkak korang pula dah posing kat dalam. Rumah warna-warna dah serupa pondok mini di Australia.
Ulasan Tentang Rainbow Guesthouse
Juga dikenali sebagai Rainbow Lodge menurut carian dalam Google Maps. Bagi aku sangat berbaloi walaupun harganya THB450 bagi satu malam. Antara yang menarik:
- Lokasi menghadap sungai Kwai.
- Lokasi juga menghadap gunung-ganang dan jambatan panjang.
- Agak privasi.
- Terletak hanya 650 meter dari stesen keretapi Kanchanaburi (please menapak dan tak perlu naik tuktuk motorsikal).
- Bilik mandi bersih dan airnya laju.
- Terdapat pelantar untuk santai dan beriadah berserta tilam khususnya bagi kaki buku.
- Terdapat hammock dan buaian.
- Terdapat snooker berbayar disediakan.
- Sungai Kwai di hadapannya bersih dan tidak berbau.
- WiFi yang laju.
- Tiada gangguan mistik
- Juga menjual makanan/minuman (sesuai bagi bukan Islam)
- Boleh berehat dahulu di pelantar selepas checkout sekiranya jadual tren lambat lagi.
- Boleh juga menyimpan seketika backpack selepas checkout sekiranya ingin berjalan-jalan lagi di Kanchanaburi.
- Lokasi yang sangat dekat dengan jambatan besi keretapi yang terkenal di sungai Kwai (landasan keretapi maut).
- Reception yang begitu ramah.
Yang kurang menarik:
- Bilik kecil dan agak sempit tapi katilnya besar.
- Bukan jenis rumah terapung / floating.
- Tandasnya sederhana sahaja tapi bersih.
- TV lama tapi masih berfungsi.
Rating? Aku bagi 7/10. Repeat lagi jika ke Kanchanaburi? Disebabkan aku suka lokasi ini yang agak strategik, mungkin akan datang aku nak cuba VN Guesthouse pula.
Ini pula lokasi Rainbow Guesthouse. GPS: 14.030032, 99.522506.
Aku pula terlupa nak ambil password Wifi di kaunter, jadi aku terjah sekali lagi ke sana.
Lepas check-in apa kami buat? Jam dah 5.50pm. Kalau nak berehat sampai terlelap pula, perut dah berkeroncong, berdangdut dan raving. So, punggah barang dahulu, mandi-manda dan keluar menapak ke pekan terdekat. Sambil aku tunggu Tatie bersiap, aku pun upload semua gambar-gambar ke One Drive cloud storage. Risau weh kalau jadi apa-apa pada handphone atau kamera. Duit boleh dicari, tapi gambar kembara lebih berharga.
Kita sambung di sini ye…. Kembara Thailand – Laos: Day 6 – Part 5 – Kanchanaburi Night Market.
Leave a Reply