Bersambung dari entri Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 3 – Wat Thammikaram Worawihan dan Pulang Semula Ke Guesthouse di Prachuap Khiri Khan. Untuk pra-kembara, boleh rujuk di sini.
Sebaik sampai sahaja di Maggie Guesthouse (MG), kami pun bergegas masuk ke bilik dan berkemas. Demi mengenangkan jasa baik Nok yang benarkan kami check in seawal jam 9 pagi, jadi kami membalas jasa dengan check out tepat jam 12.00pm seperti yang dikehendakinya. Nama baik negara kena jaga….
Balik tu memang tak mandi lah dah tak sempat… kecuali Aqif je.
Banyak lebihan makanan yang terpaksa dibuang bagi mengurangkan beg yang perlu dipegang di tangan. Kemudian, backpack dan barangan kami kumpulkan setempat di ruang hadapan guesthouse.
Kemudian, aku pun bertanya pada Nok jika ada minibus ke Hua Hin. Sudahnya hari ni 31 Disember 2016 dan malam ni pula sambutan tahun baru 2017, aku dah mula risau. Risau kalau tiada minibus yang kosong. Tambahan pula, inilah kali pertama kami sekeluarga menaiki minibus dan belum memahami rentaknya.
Tiba-tiba Nok datang semula pada aku….. katanya, minibus FULL!!! Tersentap jap aku. Alamak aihh… takkan nak luangkan lagi satu malam di Prachuap? Dah sangap dah tak tahu nak buat apa lagi di sini. Aku minta Nok cuba lagi. Dia pun gigih call. Apa kesudahnya? Nanti aku story….
Sambil tu aku cerita sedikit ala-ala ‘review’ bagi Maggie Guesthouse.
Salah sebuah single room… mula-mula kami ingatkan tempat rehat untuk public, rupanya single room.
Maggie Guesthouse
Di Prachuap Khiri Khan, rasanya harga penginapan di sinilah yang paling murah. Kami jumpa pun secara tak sengaja selepas disyorkan oleh orang tempatan. Yang menariknya bagi solo traveler, di sini tiada dorm tapi single room with shared bathroom. Single room bermula dengan harga THB200. Tapi mungkin ada traveler atau backpacker yang tak berminat kerana tak dapat ‘mix up’ dengan traveler dari negara lain seperti mana konsep dorm.
Double room pula harga bermula dari THB350 hingga THB600. Kami dapat Double room with bathroom, aircond dan wifi dengan harga THB500. Sesuai untuk famili. Nyamuk pun tak ada. Tandasnya ok tapi tidaklah seperti hotel 4 bintang.
MG merupakan community based homestay/guesthouse. Jadi semua di situ kenalah maintain kebersihan, kebisingan dan lain-lain. Kalau uols ke Prachuap, aku sangatlah recommended MG dan sekiranya aku kembali semula ke sana, memang akan pilih MG sekali lagi. Ada dua orang barat yang aku berpeluang untuk berborak. Seorang dari France dan seorang lagi dari US. Kedua-duanya memilih MG untuk penginapan yang entah kali ke berapa setiap kali ke Prachuap.
MG dikendalikan oleh Nok, iaitu makcik kepada Maggie. Tidaklah tua, dalam usia 45 tahun lebih kurang. Nok sangat baik dengan kami dan dia pun ada juga adik beradik yang beragama Islam. Kami selalu bersembang tentang Malaysia dan Thailand malah sampai ke bab rantai emas sadur Zhulian pun dia sembang. Katanya, zaman emas sadur dari syarikat Malaysia itu sangat popular di Thai sewaktu 90an dahulu.
Lokasi GPS Maggie Guesthouse: 11.805762, 99.797933
Jarak MG dengan pantai hanyalah 300 meter dan jarak dengan pasar malam yang ada peniaga muslim pula ialah 400 meter.
Inilah ‘kaunter pertanyaan’ bagi MG. Unik kerana ianya terletak di bahagian luar guesthouse dan seolah-olah seperti gerai menjual kuih atau nasi lemak.
Waktu sampai awal pagi semalam, di pondok inilah aku cuba hubungi tuan rumah. Tak perlu guna handphone sendiri, boleh sahaja guna telefon yang mereka letakkan di meja tu.
Tempat bersantai untuk duduk dan berbaring juga disediakan secara percuma sahaja buat penghuni.
Tempat berehat di bahagian dalam yang penuh dengan sofa. Itulah sofa yang aku hentam tidur waktu sampai pagi semalam. Sedar je dah sejam! Tak sedar apa-apa.
Ruangan menonton TV.
Mini library….
Mesin basuh juga disediakan tapi kami tak sempat pakai di sini kerana lebih banyak cucian tangan sendiri.
Dapur percuma buat warga penghuni. Ia juga mirip seperti sebuah wakaf. Kalau korang datang ke sini dan mempunyai lebihan makanan seperti roti, biskut dan bahan-bahan masakan, bolehlah simpan di sini dah disumbangkan pada komuniti yang lain.
Kemudahan lain yang ada ialah sewaan basikal dan motorsikal, aku dah lupa berapa harga per motorsikal. Tak silapnya di antara THB200-250 sehari. Bagi yang kembara bermotosikal, rasanya di sini memang terbaik sebab boleh parking di dalam kawasan malah mungkin hampir ke bilik jika bilik terletak di bahagian luar.
Haa… patung ni memang lawak. Sewaktu Aqif nak bergambar di sini, dia terpegang kepala patung ni. Terjatuh seketul kepala ke tanah. Jenuh aku nak mengangkat dan sambungkan semula. Nasib baiklah boleh.
Di Maggie Guesthouse, aku berkenalan dengan seorang rakyat France yang bernama François Vuillaume. Nampak seperti usia pun dah 60an. Beliau sangat baik dan peramah, ternyata benarlah kata orang yang rakyat France ni baik-baik, mungkin dari bahagian tertentu di France. Kecuali Paris kerana kotanya penuh dengan pendatang asing seperti mana London.
Sewaktu kami mula-mula sampai di MG, beliaulah yang membantu kami untuk menghubungi Nok atau Maggie dan banyak menceritakan tentang keindahan Prachuap. Ini merupakan kunjungan beliau yang ke-2 di sini.
Sewaktu nak checkut dari MG, kami berborak seketika dan beliau menunjukkan banyak gambar-gambar gunung berapi berdekatan dengan Mont Blanc dan sempadan Switzerland. Hebat juga sebab melihat gambar beliau yang berdiri bersebelahan dengan larva gunung berapi. Rupanya beliau seorang hikers dan sangat mantap walaupun dah tua. Patutlah kembara ke South East Asia (SEA) hanya seorang diri je. Katanya dah dua bulan di SEA.
Beliau menetap di bahagian timur France iaitu berdekatan dengan sempadan Switzerland dan sangat dekat dengan Geneva. Aku pun tak ingat nama daerahnya. Yang pasti, kalau ada rezeki ke France, mungkin akan menuju ke rumahnya kerana beliau bersungguh-sungguh jemput ke rumah.
Bila dapat tahu beliau menetap di kawasan situ, aku pun bertanyalah tentang CERN (European Council for Nuclear Research). Bagi yang selalu mengkaji tentang CERN dan LHC (Large Hadron Collider), di situlah tempatnya. Yg lawaknya, beliau ingatkan yang aku ni engineer di CERN. Bukan… aku hanyalah pengkaji tentang fizik dan teknologi sahaja sebagai hobi, bukan secara mendalam.
Pada akhir pertemuan, kami bertukar email masing-masing… see you again François Vuillaume, you are very helpful and nice to us.
Nombor Maggie Guesthouse untuk dihubungi: 087 597 9720
Review dari Tripadvisor: https://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g1825963-d2177904-Reviews-Maggie_s_home_stay-Prachuap_Khiri_Khan_Prachuap_Khiri_Khan_Province.html
Untuk pengetahuan korang, dari 28 Dec sampai 12 Jan 2017, kami menempuh 11 bandar di sekitar Thailand dan Laos. Jika diberi pilihan pertama, kami ingin ke Prachuap sekali lagi berbanding bandar yang lain. Dari sini ke Hua Hin hanyalah sejam perjalanan.
Ok sambung semula kisah pasal Nok yang cuba hubungi minibus. Setelah gigih hubungi, masih juga tiada jawapan. Penyudahnya, Nok suruh aku ikut dia menaiki tuktuk bermotosikal kepunyaan guesthouse menuju ke stesen minibus. Tak jauh dalam 1 km.
Gambar di atas dari Google Street View, ada kisahnya. Tuktuk dia parking di luar MG, so kami ternampaklah signboard MG, yang berwarna hijau tu, yang jatuh mungkin ditiup angin. Aku sampai pergi ke belakang guesthouse mencari batu-bata sebab nak tambah berat pada kaki signboard. Tak pasal-pasal ‘berkhidmat’ sekejap dengan MG, hehe.
Vrooommm….. kami pun menuju ke stesen minibus manakala Aqif dan Tatie menunggu di MG. Terlupa pula nak bawa handphone sekiranya ada apa-apa hal.
Sampai je, aku tengok pekerja kaunter minibus ni tengah melepak baik punya. Siap ada 2-3 buah minibus kosong dan tersadai malah tak ada pula pelancong yang beratur di kawasan sini untuk menaiki minibus sesuai dengan yang dikatakan ‘tiket dah full atau sold out’. Apahalnya pula. Aku andaikan, mungkin yang Nok call tu dari syarikat yang berlainan dan dia pula tiada nombor telefon tempat ni. Atas sebab tu dia ajak terus aku ke sini.
Nok suruh aku beli tiket dahulu sambil dia pulang semula ke guesthouse dan pickup famili aku dan barangan kami. Aku pun belilah tiket untuk tiga orang. Seorang THB80. Budak-budak kecil pun kena bayar tau. Pekerja kaunter memang agak garang sedikit. Mungkin terlalu disiplin dan menepati masa sangat.
Aih… awat lama sangat Nok pickup dorang? Dekat 15 minit aku tunggu. Inilah first time paling lama dan paling jauh aku terpisah sekejap dari famili. Boleh cuak tau. Bab ni level ‘bapak-bapak’ je yang faham.
Tetiba dorang muncul depan aku…. ahh selamat….
Cepat-cepat punggah backpack dan masukkan dalam minibus yang sedang menunggu.
Ye ke menunggu kami? Bila masuk je, aku tengok ada dua orang je penumpang di bahagian belakang. Ingatkan penuh. Maklumlah minibus terlalu tinted hitam. Sambil aku pandang cermin dashboard, ternampak pula deretan kedai di hadapan kami.
Minibus yang kami naiki.
Aku pun turun sekejap. Sambil tu aku signal tangan macam orang nak minum air pada pemandu yang menunggu di kaunter tepi tu. Aku cakap sekejap je nak menapak ke kedai runcit dan membeli air mineral. Dia kata ok je cuma minta aku cepat beli dan menapak semula ke sini. Aku andaikan rakyat Thailand ni jenis menepati masa.
Kedai runcit ‘CJ’ yang aku singgah untuk membeli air mineral. Macam ribut aku menapak. Hampeh punya driver minibus, hahahaha! Dah kata pertama kali naik minibus kan….
Kembali ke minibus… hmmm… masih menunggu lagi. Aku pun ambillah gambar tempat ni. Ia masih dalam lingkungan bandar Prachuap, cuma dari bahagian yang berlainan.
Menunggu lagi…… agaknya doa-doa dan tangkal bagi mempermudahkan perjalanan dan diberi keselamatan. Itu andaian aku. Menarik pula tiga helai daun tu. Jenis daun apa ye?
Aqif sebenarnya dah penat, maklumlah seharian waktu pagi menapak dan memanjat bukit. Rasanya ni gambar sewaktu minibus dah mula bergerak meninggalkan Prachuap Khiri Khan.
Selamat tinggal Prachuap Khiri Khan. Kami bakal merinduimu.
Sekitar pemandangan dalam perjalanan ke Hua Hin.
Nak tengok vidao suasana dalam minibus? Saksikan video di atas.
Haa…. kan dah kata. Aqif penat dan terus tertidur tak sampai 15 minit menaiki minibus.
Aku tetap berjaga dalam perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam. Asalnya aku ingatkan 1 jam 15 minit. Tapi kerana minibus berhenti mengambil beberapa lagi penumpang, jadi masa perjalanannya bertambah.
Sambil tersengguk-sengguk mengantuk, aku terpandang pula deretan sami-sami Buddha menapak membentuk satu rantaian yang panjang. Tidaklah aku tahu destinasi mereka dan apa tujuan.
Gambar agak kabur sedikit. Ini pemandangan biasa… mereka memang tak memakai kasut.
Memasuki sebuah pekan di sini. Jarak ke Hua Hin makin hampir. Aku tertarik melihat wat yang begitu besar nun di atas bukit sana.
Sebenarnya, aku bercadang untuk berhenti di Rajabhakti Park iaitu sebuah taman dan tugu peringatan yang menempatkan 7 buah patung raja lama Thailand. Ia terletak di tengah-tengah perjalanan ke Hua Hin. Memandangkan kami bakal pikul backpack yang berat dan menapak ke dalam taman, jadi kami batal dan teruskan sehingga ke Hua Hin Clock Tower. Rancangan aku, mungkin selepas tiba di Hua Hin, esoknya menyewa motorsikal untuk ke Rajabhakti.
Ok, pelan dah berubah. Aku masih berfikir di mana perlu kami berhenti apabila tiba di Hua Hin? Aku dapat idea.
Tips: Terus aku google “Hua Hin Clock Tower” dan tunjukkan pada pemandu minibus. Sekali tengok dia dah tahu dan jelas. Mudah… itulah tekniknya kalau korang dah mula nak berbahasa ayam dan itik dengan orang tempatan.
Bagi korang yang follow entri aku mesti dah bosankan asyik-asyik cerita tentang Prachuap, Prachuap, Prachuap, kan? Ini adalah entri terakhir dan seterusnya kita akan buka buku tentang Hua Hin!
Bersambung di entri seterusnya…. Kembara Thailand – Laos: Day 4 – Part 5 – Hua Hin Here We Come! Tong Mee Hotel dan Night Market.
Leave a Reply