Klik untuk kisah sebelumnya pada hari ke-1. Untuk membaca dari awal, klik di sini.
Saya sebenarnya tak lah boleh tidur sangat memandangkan jet lag. Walaupun tidur semalam dah jam 3 atau 4 pagi, mata masih lagi segar. Tau kenapa? Inilah hari yang dinanti-nantikan, hehe. Sepanjang 2 tahun buat kajian tentang London, hasilnya akan dilaksanakan siang nanti.
Memandangkan saya ke sana pada pertengahan Oktober 2009, bulan ini merupakan bulan peralihan di antara musim luruh (Fall) dan musim sejuk (winter). Waktu tu, matahari terbit jam 5 pagi dan tenggelam pada jam 5.30 petang. Fuh, awal kan? Hehe, satu pengalaman baru bagi saya walaupun dulu pernah ke tanah Jawa, Indonesia dengan mataharinya terbit jam 6 pagi dan tenggelam jam 6 petang, namun London agak berbeza sedikit. Apa perasaan korang jika waktu Maghrib masuk jam 4.50 petang dan Isyak pula 5.30 petang? ๐
Disebabkan matahari terbit awal, itulah puncanya saya bangun awal, tak silap saya lebih kurang jam 7-8 pagi. Kelihatan di luar tingkap dah cerah. Hari tu adalah hari biasa orang bekerja. Korang bolehlah tengok muka saya di bawah ni baru bangun tidur siap mandi dan segalanya. Time nak pergi mandi tu, macam biasa, buat perangai orang Malaysia masuk tandas mandi lama-lama. Lepas keluar tandas, mak datuk punya sejuk walaupun mandi pakai heater! Dengan pantas saya berpakaian.
Seronok dalam bilik yang En. Ahmad sediakan untuk saya walaupun kecil dan kurang selesa. Apa boleh buat, kena akui segala-gala di London adalah mahal. Guna cara bijak, carilah bilik atau hotel yang murah. Kalaulah dekat London serupa macam dekat Malaysia boleh tidur dalam masjid, dah lama saya buat. Lagi jimat lagi bagus, yang penting dapat melihat tempat orang. Apa yang best dengan rumah yang disewa murah ni, saya dapat merasa feel duduk rumah jenis senibina English! Tapi kalau bab makan tu tak perlulah jimat sangat sampai kebulur, haha. Serius, hal jimat dalam makan ni menjadi masalah utama orang Malaysia yang ke London apabila sambil membeli makanan, sambil dalam kepala ligat convert matawang. Sekali beli makan 5 pound, dah bersamaan RM25 sepinggan nasik. Ishk, jangan terlalu convert sana sini dan berkira bab makan, nanti merana.
Ok, masa waktu pagi di rumah En. Ahmad, saya memang jenis pagi jarang breakfast. So, di dapur tu ada milo, saya pun bancuh ler buat sarapan pagi. Tiba-tiba En. Ahmad pun datang dan duduk bersembang dengan saya. Dia ni alim penampilannya. Tanya punya tanya, rupanya dia dah 25 tahun menetap di London dan berasal dari Kelantan. Asalnya dia menetap di sini terus bersambung lepas habis belajar. Katanya, di London, kawasannya 10 kali ganda lebih selamat dari negara kita. Walaupun pintu rumah tak berkunci, takkan ada pencuri yang masuk. Pencuri hanya akan masuk selepas mereka memastikan tuan rumah tiada. Di UK, kebanyakan tempat dipasang CCTV walaupun di kawasan perumahan! Hebat kan? Takpe, negara maju, apa boleh buat, negara kita pun sedang melangkah perlahan-lahan menuju menjadi negara maju. Di harap kerajaan kita dapat menggunakan konsep yang sama di Malaysia. Kebanyakan perbualan dengan En. Ahmad lebih tentang tempat-tempat menarik di kota London. Saya perasan yang beliau bercakap nada perlahan, mungkin kurang fasih atau dah tak biasa bercakap bahasa Melayu. Takpe, saya faham, 25 tahun menetap di sana bukan suatu tempoh yang sekejap!
Psttt… tapikan, ada sorang arwah kawan ni, dulu study kat UK tahun 80an. Saya tanya, betul ke orang Melayu yang dah lama menetap di sana boleh terlupa bahasa sendiri? Dia kata… “habis engkau dalam hati bercakap bahasa apa?” … iya tak ya juga ek.
Di dapur, memang saya tak boleh stay lama. Gambar saya di atas tu nampak jer baju tebal tapi masih perangai orang Malaysia berseluar pendek sampai lutut, haha. Jadi, perbualan lama di dapur memang sejuk naik ke kaki, tambah-tambah waktu pagi. Masuk je ke bilik, yahuuu, nak bersiap untuk keluar berjalan-jalan. Dah le datang pun sorang-sorang, memang thrill habis. Kalau jadi apa-apa pada saya di sana, memang tak ada siapa boleh tolong. Saya berserah segalanya pada Allah. Datang pun niat baik.
Di bilik, saya bersiap apa-apa yang patut. Beg galas yang saya lipat-lipat kecil masuk dalam beg Deuter saya keluarkan. Dalam tu, saya letak Laptop mini, duit cash pula saya pecahkan tiga tempat dan digulung dengan getah. Itulah cara saya. Duit backup dalam 100-200 pound saya letakkan di tempat asing, manalah tahu kan emergency. JANGAN letakkan duit cash korang dalam satu tempat yang sama, ni nasihat saya. Asingkan siap-siap duit yang perlu seperti duit sewa bilik/hotel (bagi yang tak menggunakan kad kredit atau tak booking online macam Agoda). Hanya duit makan dan minum serta transport sahaja dalam wallet, itulah jumlah yang sedikit sahaja.
Sebelum ke London, saya membeli baju Long John kononnya takut sejuk yang teramat di sana. Last-last, saya tak pakai sebab rasa macam tak ada keperluan. Siap sarung tangan sejuk bagai, semuanya tak pakai. Rugi sungguh sebab baju sejuk, sarung tangan dan Long John saya beli dekat RM800. Memang silap besar. Saya nasihatkan begini…. untuk waktu selain musim sejuk (winter), beli satu baju sejuk yang biasa digunakan untuk ke Genting Highland, dan bila tiba di London, cuba-cuba pakai 2-3 lapis baju Tshirt di dalam dan di luarnya baju sejuk. Kadang-kadang memadai 2 lapis Tshirt dan 1 baju jaket sejuk sahaja. Sarung tangan semua tak perlu sekiranya baju sejuk ada poket untuk masukkan tangan. Topi ala-ala snow cap digalakkan.
Ok, waktu untuk memulakan perjalanan ke kota London. Kawasan rumah En. Ahmad ni di Willesden, tapi saya kena menaiki Tube di stesen Dollis Hill. Sila rujuk artikel saya tentang Tube di sini. Jarak dari rumahnya ke stesen lebih kurang 500 meter dan jarak stesen ke tengah London pula dianggarkan 12km. Tapi dengan cuaca sejuk, kalau menapak memang tak terasa sangat, peluh pun tak ada!
Di hari ke-2 ni, saya mulakan dengan menaiki bas dahulu kerana tak tahu di mana lokasi stesen Dollis Hill. Kalau korang nak tahu, di sana stesen Tube bukan macam stesen LRT di KL yang dibina besar dan jelas nampak dari jauh. Di London, stesen Tube kadang-kadang bentuknya macam rumah orang atau rumah kedai yang biasa sahaja. Saya pun meninjau rumah-rumah di sekitar, bestnya, maklum le rumah senibina English macam kita biasa tengok dalam movie. Nampak gambar di atas ni ada postbox kan? Dengan postbox pun saya tinjau. Untuk pengetahuan korang, di sana tak perlu segan-segan kalau kepala korang tercangak-cangak melihat pemandangan, senibina atau arkitektur. Memang orang tempatan faham dan dah biasa dengan gelagat pelancong. So, layan sehabisnya! Di sebelah posbox tu kawasan berpagar, ada kolej swasta tak silap saya. Kadang-kadang ada lah gelagat remaja-remaja kolej yang lalu lalang. Tapi alhamdulillah, mereka tak ganggu. Saya rasa, jauh sekali gambaran yang diberikan dalam movie contohnya kelihatan golongan mat punk yang membakar tong-tong di tepi jalan dan sebagainya. Mungkin tidak di UK tapi di US agaknya.
Nampak tak cuaca dan mendungnya awan dalam gambar di atas? Nih namanya “gloomy”. Suasana begini memang tak disukai oleh orang yang dah lama menetap di sana kerana keadaan mendung begini sentiasa hari-hari, susah nak jumpa matahari terik. Yang lawaknya, saya fikir hari mungkin dah nak hujan. Jadi saya pun menapak giler punya laju dari tempat ke setempat risau takut hujan. Meleset betul sangkaan, rupanya di negara 4 musim, terutama Eropah, memang memanjang gloomy begini. Tapi sediakan payung, cuacanya tak tentu arah, kadang-kadang masuk kedai runcit nak beli minuman, keluar je tak pasal-pasal boleh hujan.
Panjang pulak saya bercerita. Baiklah, saya ke kedai runcit untuk membeli prepaid Lyca dan kad Oyster untuk menaiki bas. Saya terbeli pass untuk satu hari sahaja, aduhai. Esoknya baru saya beli untuk 4-5 hari, lebih banyak hari, lebih murah. Tentang kad prepaid Lyca tu, ianya memang dicadangkan sendiri oleh En. Ahmad kerana harganya murah. Saya membeli pack dengan isi prepaid 5 pound boleh bergayut call keluarga dan rakan-rakan di Malaysia selama 30-40 minit! Murah kan? Cuma, 3G dan broadband tu je yang tak ada (update 2013: tak silap saya, ada beberapa forum mengatakan Lyca Mobile dah boleh accept 3G mobile internet dengan kadar yang tertentu, sesuai bagi mereka yang menggunakan GPS Google Maps di henpon).
Bas pun sampai, saya pun naik. Malangnya saya agak gelabah juga sebab apabila bas berhenti di sesuatu perhentian, saya dah tak tahu perhentian di lokasi mana dan mana. Alamak, panik seketika. Dah tu tak pasal-pasal turun separuh jalan di tempat mana ke entah saya pun tak tahu. Gambar di bawah ni adalah tempat yang saya berhenti.
Di atas ni adalah gambar menunjukkan perhentian bas yang saya singgah. Saya meneruskan berjalan kaki ke hadapan lagi sampai bertemu sebuah lagi perhentian bas. Dari situ barulah saya belajar melihat peta laluan bas. Ohh, laluan ni akan ke Oxford Street! Saya pun tunggu dan menaiki, kali ni lebih teliti dan memahami laluan.
Sampai sahaja di Oxford Street, saya memandang sekeliling dan melihat tempatnya. Ohhhh, inilah rupanya Oxford Street!
Lokasi bagi gambar di atas ada dalam peta di bawah:
Koordinat GPS peta di atas: 51.514965, -0.144604
Kalau time ni saya dah berumahtangga, dah tentu saya akan singgah lama di sini kerana pujukan isteri untuk shopping, hehe. Sebenarnya, isteri saya tak kisah. Saya ni je yang suka push-push dan tengok gelagat dia bershopping. Disebabkan pagi-pagi ni saya belum bernafsu untuk membeli-belah, lalu saya bertanya orang arah ke stesen Tube berhampiran iaitu stesen Oxford Street. Itulah kali pertama saya menaiki Tube. Wow. Seronoknya bukan main! Macam dalam movie. Adehhh, ini yang buatkan saya nak ke sana semula di masa akan datang. Saya mengambil laluan ke stesen Piccadilly Circus. Oh, tempat ni tak ada circus tapi ada papan iklan Sanyo yang terkenal di seluruh dunia!
Koordinat GPS bagi peta di atas: 51.509911, -0.135132
Saya sempat ambil gambar dari sisi ni je. Sepatutnya ambil dari sisi depan baru best. Korang jangan lupa ambil gambar dari depan ye! Saya menapak ke depan lagi. Ternampak pula satu tugu Anteros iaitu patung dewa “cinta telah berputik” mirip Cupid dengan anak panahnya.
Saya pun berjalan terus melalui kedai sukan Lillywhites. Tanpa dirancang, terjumpa pula dengan pejabat “Visit Britain”. Saya pun masuk. Pegawainya seolah-olah macam tak layan, mungkin mereka ingat saya ni pendatang asing yang legal dan bekerja di sana. Selepas saya bertanyakan peta, barulah mereka layan. Harga peta dalam 1 pound. Saya beli sebab henpon bukanlah canggih dengan GPS semua pun takde, sekadar henpon biasa je. Satu lagi, untuk mendapat feel sebenar sebagai pengembara, belilah peta. Tak rugi, malahan dapat melihat gambaran penuh seluruh kota London!
Koordinat GPS bagi Visit Britain iaitu peta di atas: 51.508091, -0.133529
Gambar atas tu Tesco? Ya Tesco. Wah, kenapa besar sangattt? Hehe, memang kecil je tu saiznya. Rupa-rupanya, Tesco di sana tidaklah besar macam di Malaysia, kebanyakan bersaiz seperti 7-Eleven je dan digelar Tesco-Metro. Hmm, mungkin ada yang besar tapi tak nampak pula. Saya cadangkan masuklah tinjau untuk dapatkan feel keadaan dalaman kedai runcit ala British.
Perjalanan diteruskan. Gambar di atas kelihatan sebuah monumen rendah dan sebuah menara atau tiang yang tinggi. Monumen rendah adalah Crimean War Memorial dan menara tinggi adalah Duke of York Memorial.
Kelihatan tugu-tugu yang lain:
Menara Duke of York Memorial:
Yeahhhh… ini lah yang saya nanti-nantikan sejak dari awal perancangan di Malaysia iaitu bersiar-siar di taman London! Taman yang pertama saya lawati adalah St. James Park. Ianya bukan dalam perancangan kerana kebetulan ianya berdekatan dengan pejabat Visit Britain. Sungguh tenang sekali pemandangan di St. James Park. Ada juga forum yang mencadangkan agar mendengar music di earphone lagu-lagu lama yang syahdu sambil melalui taman. Hmmm… saya rasa tak perlu. Lebih bagus mendengar deruan angin dan keadaan sekeliling, baru ada feel negara 4 musim! Satu yang merugikan adalah tiadanya bunga-bunga yang mekar kerana salah bulan iaitu Oktober (musim luruh). Saya cadangkan untuk trip korang, pastikan memilih musim panas (summer) iaitu bulan-bulan di antara April hingga Ogos (ikutkan paling bagus di antara Mei hingga July), barulah boleh bergambar dengan lautan bunga!
Koordinat GPS tempat laluan pertama saya masuk ke St. James Park (peta di atas): 51.505262, -0.131163
Yang ni pula adalah tasik yang terdapat di St. James Park. Beza sedikit berbanding tasik di Malaysia iaitu tasiknya tidak berbau seperti mana sesetengah tasik yang berbau hapak dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tasik di St. James Park ni bagi saya seperti tidak terurus jika dibandingkan dengan tasik di Hyde Park.
Seterusnya saya menapak ke Westminster, masalahnya lokasi saya sekarang dah bercelaru! Yer lah, takde GPS. Ok… saya pun mula bertanya pada orang sekeliling. Orang yang pertama saya jumpa, rasanya sebaya iaitu 30an. Rupanya dia pun tak tahu arah. Baru saya teringat kata-kata seorang sahabat, “Di London…. 9 dari 10 orang adalah orang asing, ramai migrate dan expatriate termasuk pendatang haram”. Hmm… patut lah. Ok… berjalan lagi, terjumpa seorang lelaki berusia separuh abad sedang duduk di kerusi taman. Alhamdulillah, dia sanggup membantu. Saya memang respek orang sana walaupun pendatang asing. Mereka sanggup menolong sampai kita faham peta tu dan sanggup berdiri lama untuk bagi education pada kita. Thanks uncle! Alamak…. rasanya Westminster delay kejap, sebab saya ternampak House Guard Parade pulak betul-betul sebelah kiri saya…. terus melencong ke situ …. hehe.
Koordinat GPS bagi peta di atas: 51.503769, -0.129041
Dulu saya pernah tengok upacara perkahwinan Kate Middleton dengan Prince William. Rupanya, salah satu tempat mereka berarak menaiki kereta adalah kawasan House Guard Parade dan Royal Guard House seperti dalam gambar di atas. Mungkin simbolik tunjuk hormat pada kekuatan panglima negara mereka. Kalau korang tengok gambar, kelihatan kawasan tengahnya berpasir. Ya, memang berpasir bagi tujuan berkuda. Dari kawasan saya mengambil gambar hingga ke tengah bangunan lebih kurang 150 meter jauhnya.
Gambar di atas inilah bangunannya dan ada terowong atau laluan kecil di tengahnya. Di laluan itulah Kate Middleton dan Prince William masuk berarak. Cantik juga bangunannya. Saya rasa, di sini sepatutnya ada pertukaran pengawal berkuda seperti mana pertukaran pengawal di bangunan Buckingham Palace. Tapi waktu saya di Guard House ni, saya dapati tiada sebarang pertukaran. Mungkin saya terlepas jadualnya. Saya harap kalau korang nak ke sana, sila rujuk website mereka tentang jadual pertukaran kuda.
Saya pun berjalan, tapi berhenti meninjau di kawasan luar di bahagian kiri dan kanan bangunan dahulu. Terdapat satu tugu agak pelik, lihat di bawah:
Dari luar bangunan ni juga boleh dilihat menara atapnya yang berbentuk menarik. Saya suka menara yang mempunyai jam dan arah mata angin seperti ini:
Kelihatan London Eye berada di bahagian belakang bangunan ini. Nampaknya, Parliament (Westminster) dan Big Ben dah tak jauh!
Ok, saya pun masuk ke kawasan laluan tengah bangunan. Rupa-rupanya, ramai berkumpul di bahagian belakang. Di situlah ada pengawal berkuda yang beraksi. Mereka sama juga seperti pengawal yang berdiri tegak, walaupun diusik, langsung buat tak endah. Bezanya, mereka berdiri tegak dengan berkuda. Ada sekali tu, saya saja test duduk rapat-rapat dengan kuda dan tenung. Pengawal tu macam cuak juga mukanya walaupun gaya macam tak endah, hehe. Pengawalnya muda, tegap dan mantap.
Pengawal berkuda ni ada dua orang manakala pengawal yang berdiri pula sorang. Berkuda di kiri dan kanan. Pengawal tanpa berkuda berdiri pula di laluan tengah bangunan. Hairan juga saya, macam mana dorang latih kuda ni supaya berdiri tegak juga? Pelik… takpe, kita pelancong, selamba je buat muka pelik, no hal.
Lokasi tempat ni merujuk peta di bawah (Koordinat GPS: 51.504754, -0.126946):
Sengaja saya ambil secara dekat dan rapat beg yang digalas oleh pengawal yang berdiri ni. Nak tengok reaksi samada mereka cuak, responsive atau tidak. Hmm.. masih berdiri tegak, hehe. Ok, beg ni saya pun tak tahu apa kandungan dalamnya, mungkin barang-barang kepunyaan Naruto… buat tatapan korang sahabat setia saya di blog ni. Hari ke 2 bersambung ke part 2 – Westminster Abbey, Big Ben, London Eye dan Soutbank
Leave a Reply