Sambil-sambil saya buat entry tentang sistem pengangkutan di kota London semalam, terpandang pula tentang London Pass yang mana terus terang saya sendiri terlepas pandang sewaktu ke sana. Bagi saya ianya amat berbaloi kerana terdapat hampir atau lebih 60 tempat terkenal di London yang boleh dilawati dengan hanya menggunakan satu pass sahaja. Review kali ini tentang London Pass adalah di luar dari pengalaman saya dan entry ini dibuat berdasarkan carian dan kajian di internet berserta ‘feel’ saya tentang keadaan kota London dan kesesuaiannya.
Apa itu London Pass? Ianya mirip seperti kad Oyster atau kad Touch N Go. Ia boleh dibeli secara online atau apabila tiba di sana. Jika anda berminat, saya cadangkan agar membeli secara online kerana ada masanya, potongan diskaun 10% diberikan. Harganya bermula dari 47.00 pound hingga 91.80 pound bagi dewasa atau 30.00 pound hingga 64.80 pound bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Jom kita tengok rate nya di bawah:
Apa beza harga pass untuk biru dan pink? Ok, yang biru tu adalah London Pass tanpa sistem pengangkutan manakala warna pink adalah London Pass dengan sistem pengangkutan (London Pass with Travel). Di mana yang berbaloinya? Sistem pengangkutan bagi London Pass with Travel merangkumi semua sistem yang ada iaitu Tube, DLR, bas, trams dan London Overground. Yang bestnya, ia meliputi dari zon 1 sampai zon 6 tanpa had! Lebih berbaloi lagi, bila beli untuk 6 hari, akan dapat free 1 hari menjadikan jumlah hari sebanyak 7 hari.
Berbaloi? Cuba cerita sikit tentang harganya menurut hari (1 Day, 2 Day, 3 Day dan 6 Day pass)? Baiklah… begini, akan saya pecahkan ‘kisah’ mengikut hari:
1 Day: Katakan anda berkunjung ke tiga tempat popular iaitu London Bridge Experience, Cruise on the River Thames dan Tower of London, jika tiket bagi ketiga-tiga tempat tersebut dibeli secara berasingan, maka harganya adalah 61 pound. Dengan London Pass bagi satu hari, hanya berharga 47 pound sahaja!
2 Day: Melawat 5 tempat popular di London, anda akan jimat 40 pound untuk tiket entrance nya.
3 Day: Melawat 3 tempat popular di London akan menjimatkan anda 101 pound untuk tiket entrance nya.
6 Day: Inilah yang paling menjimatkan – seharian bersiar-siar ke tempat popular di London iaitu 15.30 pound per hari (91.80 pound dibahagi untuk 6 hari) – ianya lebih murah dari tiket bagi sekali entry untuk: Tower of London, London Bridge Experience, London Zoo, Thames River Cruise & Wimbledon Experience Tour.
Mungkin anda akan tertanya-tanya…. eh bagaimana pihak syarikat London Pass mendapat untung? Katakan anda dalam satu hari sahaja, dengan pantasnya, dapat melawat ke 6 tempat popular di sana. Cuba tengok contoh kiraan di bawah:
1. Thames River Boat Cruise – 19.00 pound
2. Tower of London – 19.50 pound
3. Westminster Abbey – 18.00 pound
4. London Bridge Experience – 23.00 pound
5. Windsor Castle – 17.75 pound
6. Tower Bridge Exhibition – 8.00 pound
Jumlah semua di atas = 105.25 pound
London Pass untuk satu hari – 47.00 pound
Penjimatan = 105.25 – 47.00 = 58.25 pound
Jimat kan? Itu kalau anda dapat cover semua 6 tempat dalam satu hari. Tapi saya rasa anda mungkin dapat cover paling minima 2 tempat dan paling maksima 4 tempat sahaja dalam satu hari. Tambah-tambah bawa anak dengan Stroller, mungkin 2-3 tempat sahaja. Ini saya berdasarkan pengalaman berjalan kaki dan bersiar-siar di sana pada tahun 2009. Memang penat nak cover banyak tempat dengan pantas walaupun cuacanya sejuk dan tidak berpeluh. Tapi kaki tetap perlu dicaj semula (berehat) untuk berjalan… hehe.
Penjimatan 58.25 pound tu sebenarnya juga merupakan kerugian bagi pihak London Pass. Jadi, berapa banyak pun takpe. Mungkin mereka ada caranya tersendiri untuk mendapat keuntungan berdasarkan jumlah tempat lawatan yang larat bagi pengunjung bagi satu hari (ada setengah pengunjung dapat pergi ke satu tempat sahaja sehari, mungkin dari ini mereka mendapat keuntungan). Pada mulanya, saya beranggapan ianya mirip kad prepaid iaitu contohnya bila kita membeli 1 Day pass berharga 47.00 pound dan melawat ke Westminster Abbey dengan tiket entrance berharga 18.00 pound, maka tiketnya akan ditolak dari 47.00 pound menjadi baki 29 pound. Rupanya anggapan saya tu salah. Jadi, dari penerangan ini, dapatlah anda menilai di mana yang berbaloinya jika membeli London Pass.
Oh ya, lupa saya nak beritahu…. dengan menggunakan London Pass, anda juga mendapat VIP queue bergelar “Fast Track”, sangat sesuai bagi yang membawa anak kecil. Maksudnya, kalau ada tempat yang perlu beratur, tapi tertera VIP queue line, anda boleh skip laluan beratur yang biasa dan terus ke depan kaunter. Agaknya, beli untuk berapa “Day” yang berbaloi? Ok, mari kita tengok apakah senarai tempat-tempat menarik yang diliputi dalam London Pass:
BANGUNAN BERSEJARAH
Kategori paling popular:
- Tower of London – Map
- Westminster Abbey – Map
- St. Paul’s Cathedral – Map
- Windsor Castle – Map
- Tower Bridge Exhibition – Map
- Hampton Court Palace – Map
Kategori bagus dilawati:
- Kensington Palace – Map
- Royal Albert Hall – Map
- The Monument – Map
- Benjamin Franklin House – Map
- Wellington Arch – Map
- Apsley House – Map
- Wernher Collection at Ranger’s House – Map
- Jewel Tower – Map
- The Banqueting House – Map
Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:
Kategori agak jauh untuk dilawati:
- Hampton Court Palace – Map
- Eton College – Map
- Eltham Palace – Map
- Wernher Collection at Ranger’s House – Map
TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI
Kategori paling popular:
Kategori bagus dilawati:
- Kew Gardens – Map
- HMS Belfast – Map
- London Wetland Centre – Map
- Chislehurst Caves – Map
- Chelsea Physic Garden – Map
Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:
Kategori agak jauh untuk dilawati:
- British Music Experience – Map
- Kew Gardens – Map
- London Wetland Centre – Map
- Chislehurst Caves – Map
- BAPS Shri Swaminarayan Mandir – Map
LONDON TOURS & CRUISES
Kategori paling popular:
- Thames River Boat Cruise – Map
- Jason’s Original Canal Boat Trip – Map
- Arsenal Stadium Tour (bagi peminat Arsenal) – Map
Kategori bagus dilawati:
- Wembley Stadium Tours (bagi peminat bolasepak England) – Map
- London Bicycle Tour – Map
- Wimbledon Tour Experience (bagi peminat tennis) – Map
- Chelsea FC Stadium Tour (bagi peminat Chelsea) – Map
- National Theatre Backstage Tours – Map
Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:
Kategori agak jauh untuk dilawati:
- Wimbledon Tour Experience – Map
- Chelsea FC Stadium Tour – Map
- Arsenal Stadium Tour – Map
- Wembley Stadium Tours – Map
LONDON ART GALLERIES
Kategori paling popular:
- The Queen’s Gallery – Map
Kategori bagus dilawati:
Kategori agak jauh untuk dilawati:
- Estorick Collection of Modern Italian Art – Map
LONDON MUSEUMS (JENIS YANG BERBAYAR)
Kategori paling popular:
Kategori bagus dilawati:
- Churchill War Rooms – Map
- London Transport Museum – Map
- The Garden Museum – Map
- London Motor Museum – Map
- London Canal Museum – Map
- Pollock’s Toy Museum – Map
- Firepower Royal Artillery Museum – Map
- Charles Dickens Museum – Map
- Museum of Brands, Packaging and Advertising – Map
- Cartoon Museum – Map
- Wimbledon Lawn Tennis Museum – Map
- Fan Museum – Map
- Design Museum London – Map
Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:
- Twickenham Rugby Museum & Stadium Tour – Map
- The Jewish Museum – Map
- The Foundling Museum – Map
- The Old Operating Theatre Museum – Map
- Florence Nightingale Museum – Map
- Handel House Museum – Map
Kategori agak jauh untuk dilawati:
- Twickenham Rugby Museum & Stadium Tour – Map
- London Motor Museum – Map
- Firepower Royal Artillery Museum – Map
- Wimbledon Lawn Tennis Museum – Map
- Fan Museum – Map
LEISURE ACTIVITIES
Kategori bagus dilawati:
- QUEENS Ice & Bowl (boleh pilih hanya satu sahaja iaitu Ice Skating atau Bowling) – Map
Kategori biasa-biasa sahaja untuk dilawati:
- Curzon Soho – Map
- Curzon Mayfair – Map
- London Brass Rubbing Centre – Map
- Curzon Chelsea – Map
- Renoir Cinema – Map
Dan banyak lagi tempat yang boleh dilawati antara seperti yg terdapat di laman ini:http://www.londonpass.com/london-attractions/index.html
Dalam laman di atas, ada dua kategori yang saya tak bincangkan di sini iaitu:
- “Special Offers” – tawaran istimewa bagi tempat-tempat terpilih yang diberikan diskaun untuk barangan, makanan atau perkhidmatan tertentu.
- “Special Offers at Attractions where public entry is free” – tawaran istimewa bagi tempat-tempat yang asalnya percuma untuk masuk tapi diberikan diskaun untuk beberapa perkhidmatan tertentu yang terdapat di dalamnya.
Jika saya menggunakan London Pass, agak-agaknya bagaimana saya merancang perjalanan agar benar-benar berbaloi? Baiklah, mungkin anda boleh meniru konsep saya… begini:
- Pilih tempat-tempat yang kategori popular dahulu dan berdekatan.
- Pilih tempat-tempat yang kategori bagus untuk dilawati. Jika boleh, ianya berdekatan juga dengan tempat (1) di atas.
- Pilih tempat-tempat yang kategori biasa-biasa untuk dilawati. Jika boleh, ianya berdekatan juga dengan tempat (1) dan (2) di atas.
- Pilih tempat-tempat yang dikategorikan agak jauh dari tengah kota London. Ambil masa satu hari untuk ke tempat-tempat ini dan saya cadangkan pilih 3-4 tempat sahaja. Satu hari tu harus khusus untuk tempat-tempat yang jauh ini. Elakkan dari pergi ke tempat yang percuma dan/atau tidak termasuk dalam tempat-tempat pilihan London Pass bagi mengelakkan kerugian masa.
- Bajet berapa tempat untuk pergi dan larat untuk satu hari. Ingat, jangan paksa diri nanti sakit demam susah pula, kita nak bersiar-siar kalau boleh dalam keadaan santai, tenang dan tidak terburu-buru kerana setiap inci kota London perlu kita hayati, barulah berbaloi seluruh percutian kita. Consider juga perjalanan sekiranya membawa keluarga dan anak kecil.
- Bajet berapa hari keseluruhan bajet di (5) boleh cover. Untuk memudahkan jarak perjalanan, rujuk link Map yang saya bekalkan di atas atau rujuk peta kerana dalam peta ada ditunjukkan ‘perkumpulan’ tempat-tempat popular untuk dilawati. Jadikan Westminster Abbey sebagai checkpoint untuk kawasan tengah kota London bagi membandingkan jarak dengan tempat-tempat lain.
- Barulah beli London Pass.
Bagi saya, option untuk 1 Day, 2 Day atau 3 Day sememangnya tidak mencukupi. Jadi, saya memilih 6 Day kerana percuma 1 Day. Adakah perlu mengambil pakej “London Pass with Travel” (145.80 pound)? Ya, kerana apabila dibeli berasingan iaitu “London Pass” (tanpa Travel – 91.80 pound) dan kad Oyster Travel Card selama 7 hari untuk Tube (55.60 pound), harga kedua-duanya mencecah 147.40 pound. Bermakna, kerugian 1.60 pound. Memang agak mahal. Jika anda benar-benar bajet, pilih sahaja 3 Day, sudah mencukupi tapi harus pantas untuk melawat tempat-tempat yang popular agar tak rugi (sesuai untuk backpackers).
Tak semua 60 tempat tersebut kita berminat untuk melawat. Jika kurang dari 10 atau 15 tempat, saya cadangkan beli 1 Day, 2 Day atau 3 Day London Pass sahaja.
UPDATE TAMBAHAN:
Bagaimana untuk membeli kad London Pass ini?
- Beli secara online dan print resitnya. Tidak perlu arahkan mereka poskan ke Malaysia kerana kosnya adalah 35 pound (RM165) jika nak cepat.
- Sampai di kota London (setelah melepasi Heathrow Airport), beli tiket Oyster “pay as you go” untuk sehala sahaja ke stesen Leicester Square dan ambil Exit 1. Kenapa sehala sahaja? Kerana kad London Pass sudah pun mempunyai Oyster Travel Card (sekiranya membeli pakej London Pass with Travel). Kaunternya dibuka 7 hari seminggu dari 10 pagi sampai 4.30 petang sahaja.
“Directions: Take exit 1 from Leicester Square tube station onto Charing Cross Road, turn left and walk past the Wyndham’s Theatre. Walk 100 metres towards Trafalgar square, our redemption desk is the downstairs area of the ticket information booth on the right hand side opposite the Garrick theatre.”
Atau lebih tepat merujuk pada koordinat ini (cari lokasi yang opposite dengan marker merah dalam peta):
Selamat berLondong Pass….. hehehe…
Nurfadzlin Zulkafly
bestnyaaa, banyak infO tQ ! 🙂
biasanyaa kalau nak travel sendiri, plus tix flight plus tix oyster travel card roughly how much total coast?…
Admin
mekasih :Dmaaf lambat reply.. dah lama saya tak update blog ni.menarik soalan tu, nanti saya buat artikel jumlah kos yg diperlukan dlm masa terdkt.
Syed Hafiz
Boleh share your intenary? Byk tips berguna. �� [email protected]
Admin
maaf bro, kembara ke London dah terlalu lama dulu masa 2009, byk saya dah lupa dan byk juga maklumat yg dah berubah mengikut keadaan semasa… insyaAllah hujung tahun ni kalau takde aral melintang, saya akan laksanakan kembara Europe termasuk London dan akan update maklumat terkini.
bundleofdeals.com
ya itu banyak kelebihan london lulus Hop-On Hop-Off Bus Tour dan nikmati 80+ atraksi tetapi Anda dapat menggunakan voucher pass london dan menghemat 20% pada tur Anda.
Nikmati +80 Tarikan di Londonpass |
Kod Baucer Londonpass