UPDATE 18 Mac 2025: Akhirnya keretapi ETS ke Segamat telah dilancarkan oleh KTMB pada 15 Mac 2025. Cara tempahan dari atau ke stesen Segamat telah dikemaskini.
UPDATE 27 April 2024: KTMB telah memperkenalkan laluan baru keretapi ETS sehingga ke Segamat, Johor (yang sebelum ini terhenti sehingga Gemas, Negeri Sembilan). Operasi akan bermula pada 1 Julai 2024. Selepas 1 Julai dengan data terkini, barulah saya akan kemaskini pos ini. (TERKINI: Dari Julai, tunda ke Oktober. Dan sekarang tunda sekali lagi. Laporan berita di sini. Berkemungkinan tarikh akhir pada April 2025).
UPDATE 25 Feb 2024: Jadual terbaru telah dikemaskini (masih sama).
UPDATE 10 JUN 2023: Jadual terbaru telah dikemaskini.
UPDATE 15 JANUARI 2023: Jadual dan langkah-langkah tempahan telah dikemaskini. Jika jadual berubah lagi, rujuk laman web ticketing KTMB yang terkini. Jadikan artikel ini sebagai rujukan sahaja. Juga dimasukkan gambar terbaru stesen Gemas dan peta terulung stesen KTMB yang wujud di Malaysia.
UPDATE 9 SEPTEMBER 2022: Disebabkan entri ini mendapat hit agak tinggi setiap hari, kami akan update nanti selepas mengumpul maklumat-maklumat terbaru.
UPDATE 29 NOVEMBER 2018: Tambahan peta terkini laluan tren ke selatan tanahair.
Nota: Ini adalah sambungan dari artikel bagaimana untuk booking tren ETS.
Maklumat ini sangat sesuai untuk pengembara dalam negara yang nak santai-santai, tidak terkejar-kejar, dan suka melayan pemandangan.
Mencari panduan beli tiket keretapi thailand? Lihat juga: Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Ada sesiapa pernah naik ETS ke selatan? Kebiasaannya, ramai pula yang naik ke utara, kan? Jom kita kaji perjalanan ke selatan tanahair dan boleh juga menuju ke Pantai Timur.
Saya kongsikan tentang jadual dan harga tiket train dari KL ke Gemas, KL ke Segamat (terbaru), Gemas/Segamat ke JB Sentral dan Gemas ke Tumpat, Kelantan dengan menaiki tren KTM Intercity. Jadual boleh dicari dalam laman web KTMB di https://www.ktmb.com.my. Untuk pengetahuan anda, train ETS terhad hingga ke Gemas Segamat sahaja. Kemudian kena transit. Puncanya kerana landasan keretapi elektrik berkembar belum siap lagi.
Apa yang menariknya di Gemas ni (khusus buat yang dari utara atau KL), bukan kata ke JB sahaja tapi boleh juga ke pantai timur. Kalau ke utara, landasan akan melalui tengah-tengah Tasik Bukit Merah, di pantai timur bagaimana pula view nya? Bagaimana dengan terowong-terowong dan pemandangan bukit bukau membelah banjaran Titiwangsa? Macam best kan? Ditambah pula dari Tumpat terus boleh ke Narathiwat, Yala, Pattani dan berakhir di Hatyai dengan bersambung pula menaiki train Thailand yang bermula dari Sungai Kolok (exit melalui Rantau Panjang). Silap haribulan, terus ke Bangkok!


Berikut harga tiket dan jadualnya yang aku dah kaji. Hanya waktu ini sahaja yang available. Kena pandai-pandai memilih waktu untuk transit selepas menaiki ETS.
—————————-
Nota: Stesen Terminal Bersepadu Selatan (KTM Code: Bdr Tasek Selatan) atau TBS, hanya sekadar contoh bagi penerangan di bawah sahaja. Sekiranya anda naik dari mana-mana stesen sebelah utara Semenanjung (tidak kira jam berapa dan hanya untuk tren ETS sahaja), anda akan melepasi stesen TBS juga pada jam yang sama seperti contoh di bawah ini. Tren tidak seperti bas yang sentiasa melalui laluan yang sama setiap jam. Tren hanya lalu sekali atau dua kali per hari.
ETS dari KL (Bandar Tasik Selatan) ke Gemas
Untuk ETS KL (Bdr Tasik Selatan) ke Gemas: Tiket berharga di antara RM29-RM32 (online untuk dewasa).
Jadual waktu siang:
a. Berlepas jam 12.30 tengahari dan tiba jam 2.40 petang (2 jam 10 minit)
Jadual waktu malam:
a. Berlepas jam 9.55 malam dan tiba jam 12.03 pagi (2 jam 8 minit) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
b. Berlepas jam 11.14 malam dan tiba jam 2.00 pagi (2 jam 46 minit) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
ETS dari KL (Bandar Tasik Selatan) ke Segamat
Untuk ETS KL (Bdr Tasik Selatan) ke Segamat: Tiket berharga di antara RM35-RM36 (online untuk dewasa).
Jadual waktu siang:
a. Berlepas jam 12.30 tengahari dan tiba jam 2.57 petang (2 jam 27 minit)
Jadual waktu malam:
a. Berlepas jam 9.55 malam dan tiba jam 12.20 pagi (2 jam 25 minit) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
KTM Intercity dari Gemas ke JB Sentral
Untuk tren KTM Intercity (bukan ETS – sbb track belum siap sampai selatan Johor) dari Gemas ke JB Sentral (paling hujung), tiket berharga RM21 (online untuk dewasa).
Waktu siang yang ada:
a. Berlepas jam 7.44 pagi dan tiba jam 12.30 tengahari (4 jam 46 minit) – (No train: Express 27).
b. Berlepas jam 9.30 pagi dan tiba jam 2.15 petang (4 jam 45 minit) – (No train: Express 43).
c. Berlepas jam 3.20 petang dan tiba jam 7.45 malam (4 jam 25 minit) – (No train: Express 45).
Waktu malam pula:
a. Berlepas jam 2.00 pagi dan tiba jam 6.25 pagi (4 jam 25 minit) – (No train: Express 41).
KTM Intercity dari Segamat ke JB Sentral
Untuk tren KTM Intercity (bukan ETS – sbb track belum siap sampai selatan Johor) dari Segamat ke JB Sentral (paling hujung), tiket berharga RM20 (online untuk dewasa).
Waktu siang yang ada:
a. Berlepas jam 8.21 pagi dan tiba jam 12.30 tengahari (4 jam 9 minit) – (No train: Express 27).
b. Berlepas jam 10.06 pagi dan tiba jam 2.15 petang (4 jam 9 minit) – (No train: Express 43).
c. Berlepas jam 3.56 petang dan tiba jam 7.45 malam (3 jam 49 minit) – (No train: Express 45).
Waktu malam pula:
a. Berlepas jam 2.36 pagi dan tiba jam 6.25 pagi (3 jam 49 minit) – (No train: Express 41).
ETS dari KL (Bandar Tasik Selatan) ke Gemas dan kemudian ke Tumpat, Kelantan
Untuk tren KTM Intercity (bukan ETS tapi SANGAT DIGEMARI PEMINAT TREN) dari Gemas ke Tumpat, Kelantan (landasan paling hujung dan penghabisan pantai timur), tiket online bagi seorang dewasa berharga:
a. RM46 (lower berth / katil bawah)
b. RM40 (upper berth / katil atas)
c. RM88 (kerusi duduk bagi kelas AFC)
d. RM34 (kerusi duduk ber-aircond kelas kedua)
Waktu malam sahaja yang ada:
a. Berlepas jam 1.18 pagi dan tiba jam 12.54 tengahari pada tarikh yang sama (11 jam 36 minit) – (No train: Express 26).
Dari JB Sentral (Johor Bahru) ke Tumpat (Kelantan)
Sepatutnya aku nak buat sub topik bagi “Segamat ke Tumpat”, tapi rasanya tak sesuai kerana route yang sama jika dari arah selatan (JB Sentral). Tambahan pula, tidak ada keperluan orang dari KL hendak ke Segamat untuk transit bagi menaiki keretapi ke Tumpat, Kelantan. Lainlah kalau korang nak test ETS terbaru hingga ke Segamat.
Tiket online bagi seorang dewasa berharga:
a. RM56 (lower berth / katil bawah)
b. RM50 (upper berth / katil atas)
c. RM117 (kerusi duduk bagi kelas AFC)
d. RM44 (kerusi duduk ber-aircond kelas kedua)
Waktu malam sahaja yang ada:
a. Berlepas jam 8.25 malam dan tiba jam 12.54 tengahari (16 jam 29 minit) – (No train: Express 26) – train ini tiba pada tarikh esoknya, jadi jangan keliru.
Laman untuk booking tren KTMB: https://www.ktmb.com.my/
—————————-
Contoh situasi bila melibatkan transit dari KL ke JB
Nota: Sebelum ni tajuk bagi ruangan ini ialah dari KL ke Gemas, tapi sekarang diganti hingga ke Segamat.
a. Jika bertolak dari KL ke Segamat dengan ETS jam 12.30 tengahari, tiba pula jam 2.57 petang. Kemudian naik tren KTM Intercity dari Segamat ke JB pula naik jam 3.56 petang, sampai pula jam 7.45 malam. Jadi, tempoh transit di Segamat ialah 59 minit.
b. Jika bertolak dari KL ke Segamat dengan ETS jam 9.55 malam, tiba pula jam 12.20 pagi (tarikh esoknya). Kemudian naik tren KTM Intercity dari Segamat ke JB pula naik jam 2.36 pagi, sampai pula jam 6.25 pagi. Jadi, tempoh transit di Segamat ialah 2 jam 16 minit. Ishk ishk, lama pulak tu. Jangan seram pula kalau menunggu di situ, hehe. Pak guard pun ramai. Maklumlah stesen baru bina.
Contoh situasi bila melibatkan transit dari KL ke Gemas dan kemudiannya ke Tumpat, Kelantan
Nota: Tren dari Gemas ke Tumpat, Kelantan hanya ada satu sahaja setiap hari. Jadi, ETS dari KL perlu naik (WAJIB) pada jam 9.55 malam.
a. Jika bertolak dari KL ke Gemas dengan ETS jam 9.55 malam, tiba pula jam 12.03 pagi (tarikh esoknya). Kemudian naik tren KTM Intercity dari Gemas ke Tumpat, Kelantan pula naik jam 1.18 pagi, sampai pula jam 12.54 tengahari. Jadi, tempoh transit di Gemas ialah 1 jam 15 minit. Sempat sangat tu. Taklah tergesa-gesa sangat waktu transit.
PENTING JANGAN LUPA! RAMAI ORANG TERSILAP TARIKH! ETS bertolak pada tarikh contohnya 19 Mac 2025 jam 9.55 malam tapi tiba jam 12.03 pagi, bermakna tiba pada tarikh 20 Mac 2025 dan BUKANNYA 19 Mac 2025. Masih kurang faham? Begini contoh jadual tempahan tiket:
Langkah 1: Tempah tiket ETS dari Bandar Tasek Selatan (KL) ke Gemas pada tarikh 19 Mac 2025 jam 9.55 malam. Tiba pula di Gemas pada jam 12.03 pagi.
Langkah 2: Tempah pula tiket KTM Intercity dari Gemas ke Tumpat pada tarikh 20 Mac 2025 jam 1.18 pagi. Dan tiba di Tumpat pada jam 12.54 tengahari.
Cabaran V1.0 buat peminat keretapi: KL hingga Segamat kemudian Segamat ke Tumpat
Ya tahu ramai yang dari FB group “Jom Naik Keretapi” ada ziarah ke blog ini dan di grup sana juga bakal bertemu dengan peminat yang cukup gila dengan keretapi. Jadi cabaran V1.0 ini biasa je bagi dorang. Apa-apa pun, aku sediakan juga bagi pemula untuk buat kerja gila bab keretapi dari KL ke Segamat dan kemudian Segamat ke Tumpat.
Jika bertolak dari KL ke Segamat dengan ETS jam 9.55 malam, tiba pula jam 12.20 pagi (tarikh esoknya). Kemudian naik tren KTM Intercity dari Segamat ke Tumpat, Kelantan pula naik jam 12.33 pagi, sampai pula jam 12.54 tengahari (12 jam 21 minit). Jadi, tempoh transit di Gemas ialah 13 minit (jangan risau, KTM Intercity biasa akan menunggu ETS jika terlambat).
Tempoh masa berada dalam keretapi: (2 jam 25 minit) + (12 jam 21 minit) = 14 jam 46 minit
Jumlah stesen berhenti: 5 (ETS) + 18 (KTM Intercity) = 23 buah
Cabaran V2.0 buat peminat keretapi: KL hingga Johor Bahru kemudian Johor Bahru ke Tumpat
Lagi kerja gila buat peminat dan pemula kembara berkeretapi. Versi 2.0 kali ni dari KL terus ke paling hujung di selatan iaitu JB Sentral (Johor Bahru) dan kemudian JB Sentral ke Tumpat, Kelantan.
Jika bertolak dari KL ke JB Sentral, wajib transit di Segamat kerana landasan keretapi ETS belum siap hingga ke JB Sentral.
Langkah 1: Mulakan dengan menaiki ETS dari Bandar Tasek Selatan (KL) jam 12.30 tengahari, tiba pula di Segamat jam 2.57 petang (2 jam 27 minit).
Langkah 2: Kemudian naik pula tren KTM Intercity dari Segamat jam 3.56 petang dan sampai pula jam 7.45 malam (3 jam 49 minit) di JB Sentral, Johor Bahru. Jadi, tempoh menunggu transit di Segamat ialah 59 minit.
Langkah 3: Maka bermulalah perjalanan keretapi “Jungle Train” paling panjang dalam sejarah Malaysia dengan menaiki tren KTM Intercity dari JB Sentral, Johor Bahru jam 8.25 malam dan sampai pula jam 12.54 tengahari (16 jam 29 minit) di Tumpat, Kelantan (keesokan harinya). Jadi, tempoh transit di JB Sentral ialah 40 minit.
Tempoh masa berada dalam keretapi: (2 jam 27 minit) + (3 jam 49 minit) + (16 jam 29 minit) = 22 jam 45 minit
Jumlah stesen berhenti: 5 (ETS) + 4 (KTM Intercity) + 21 (KTM Intercity) = 30 buah
Cabaran V3.0 buat peminat keretapi: Padang Besar (Perlis) hingga Johor Bahru kemudian Johor Bahru ke Tumpat
Kalau korang dapat buat projek gila ni, mmg confirm korang makan, tidur, mandi semua KERETAPI. Tak ada benda lain dah. Versi 3.0 kali ni dari Padang Besar (Perlis) terus ke paling hujung di selatan iaitu JB Sentral (Johor Bahru) dan kemudian JB Sentral ke Tumpat, Kelantan.
Jika bertolak dari Padang Besar ke JB Sentral, wajib transit di Segamat kerana landasan keretapi ETS belum siap hingga ke JB Sentral.
Langkah 1: Mulakan dengan menaiki ETS dari Padang Besar (Perlis) jam 3.55 petang, tiba pula di Segamat jam 12.20 pagi keesokan harinya (8 jam 25 minit). Ini adalah tren ETS terpaling jauh dan tempoh paling lama setakat ini. Hanya satu jadual sahaja sehari.
Langkah 2: Kemudian naik pula tren KTM Intercity dari Segamat jam 2.36 pagi dan sampai pula jam 6.25 pagi (3 jam 49 minit) di JB Sentral, Johor Bahru. Jadi, tempoh menunggu transit di Segamat ialah 2 jam 16 minit.
Langkah 3: Maka bermulalah perjalanan keretapi “Jungle Train” paling panjang dalam sejarah Malaysia dengan menaiki tren KTM Intercity dari JB Sentral, Johor Bahru jam 8.25 malam dan sampai pula jam 12.54 tengahari (16 jam 29 minit) di Tumpat, Kelantan (keesokan harinya). Jadi, tempoh transit di JB Sentral ialah 40 minit.
Nota 1: Di antara Langkah 2 dan 3 di atas, ada gap yang besar dalam jadual iaitu 14 jam. Cadangan aku, kalau penat bolehlah menginap di mana-mana hotel bajet (check-in jam 12.00 tengahari dan check-out awal jam 7.30 malam). Kalau kental, boleh menyewa dan tinggalkan beg di Dr. Locker yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk YFS Concept Store di bangunan Komtar JBCC dan kemudian meronda sekitar JB sehinggalah jam 8.25pm. Locker tersebut berharga RM10 hingga RM30 untuk 24 jam (terhad hingga jam 10pm sahaja kerana Komtar JBCC Mall ditutup dan perlu dikosongkan).
Nota 2: Tak semestinya wajib kena naik keretapi dari hujung ke hujung (Padang Besar ke Segamat dan JB sentral ke Tumpat). Boleh juga berhenti dan bermalam di mana-mana daerah yang dilalui. Ini lebih adventurous. Yang penting misi untuk merasai perjalanan naik tren yang sama laluan juga tercapai walaupun berbeza hari jika bermalam di mana-mana.
Tempoh masa berada dalam keretapi: (2 jam 27 minit) + (3 jam 49 minit) + (16 jam 29 minit) = 22 jam 45 minit
Jumlah stesen berhenti: 5 (ETS) + 4 (KTM Intercity) + 21 (KTM Intercity) = 30 buah
Nota semasa booking
Dalam website KTMB semasa booking tiket, Origin dan Destination berbeza result. Maksudnya, kalau masukkan Origin sebagai JB Sentral, semua result Destination bagi stesen-stesen di KL takkan muncul, yang ada hanya Segamat saja paling hujung. Kalau Origin dimasukkan Gemas atau Segamat, barulah muncul result Destination stesen-stesen KTMB di KL.
Tempoh perjalanan dari KL ke Segamat mengambil masa 2 jam 27 minit. Dari Segamat ke JB pula 3 jam 49 minit. Untuk ke Tumpat, Kelantan pula mengambil masa 16 jam 29 minit dengan jarak sejauh lebih 700km. Untuk elak sakit pinggang belakang duduk berbelas jam, jadi hanya ke arah Tumpat sahaja yang disarankan tempah katil Sleeper Berth seperti gambar di bawah ini dan jangan lupa booking:

Kaedah alternatif untuk menghubungkan di antara Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur
Bagi yang datang dari arah selatan, korang perlu menaiki tren KTM Intercity dan transit di Segamat/Gemas untuk bertukar pula dengan tren ETS kerana Tren ETS terhad hingga ke Segamat sahaja. Kemudian dari situ, terdapat dua cara bagi menghubungkan di antara Johor/N9 dan KL iaitu:
- Menaiki tren ETS dari Segamat ke KL. Untuk kaedah ini, korang kena pastikan jadual on time, maksudnya contoh kalau tiket tren ETS dari Segamat mula bertolak jam 3.35 petang, korang perlu naik KTM Intercity dan perlu sampai ke Segamat 1-2 jam sebelum tren ETS berangkat jam 3.35 petang.
- Atau…. Dari arah selatan, berhenti di stesen Gemas, naik apa-apa pengangkutan awam sehingga ke stesen Pulau Sebang yang terletak di Tampin, Melaka. Agak jauh, dalam 56km. Kemudian dari Tampin, boleh naiki tren KTM Komuter. Rujuk peta KTM Komuter di bawah ini:
Nota 1: Tidak digalakkan naik KTM Komuter untuk jarak terlalu jauh. Dalam hal ini, dari Pulau Sebang ke KL kerana Komuter kebiasaannya kurang tempat duduk. Jika mampu berdiri lama, teruskan.
Nota 2: PERJALANAN CONTOHNYA DARI TERMINAL BANDAR TASEK SELATAN KE PULAU SEBANG (TAMPIN, MELAKA) MEMAKAN MASA SELAMA 2 JAM 13 MINIT. KTM KOMUTER TIADA TANDAS DI DALAM GERABAK!! PENTING GUYS. PASTIKAN KAWAL KADAR MINUM AIR. JIKA TERPAKSA, BERHENTI DI MANA-MANA STESEN DAN TERUS KE TANDAS. TAPI PERLU MENUNGGU 1-2 JAM UNTUK TREN KOMUTER YANG SETERUSNYA. JIKA BERHAJAT MERANCANG UNTUK BERHENTI SEPARUH JALAN BAGI MENYELAMATKAN DIRI KE TANDAS, JANGAN BELI TIKET MANUAL (TOKEN) DIRECT KE PULAU SEBANG. GUNAKAN TOUCH N GO ATAU KAD DEBIT KERANA BOLEH TAP KAD DI PALANG KELUAR BAGI KE TANDAS YANG TERLETAK BAHAGIAN DALAM STESEN.

Anda terkejut? Percayalah! Memang wujud laluan tren KTM Komuter dari KL sampai ke Tampin (Melaka)! Klik peta untuk besarkan.



Gambar Terkini Stesen Gemas
Sewaktu melawat ke sini, aku dapati stesen ini mempunyai parkir yang selamat dan percuma. Selamat dalam erti kata, terletak dalam kawasan dalam stesen. Walaubagaimanapun, tiada jaminan keselamatan dan jumlah parkir kosong yang tersedia.
Pendapat aku, kalau tidak mahu menaiki tren ETS dari KL ke Gemas atau KTM Intercity dari selatan (JB) ke Gemas, boleh juga membawa kereta sehingga ke sini, parkir dan seterusnya mencuba KTM Intercity sehingga Tumpat, Kelantan. Ada setengah orang tiada cukup masa dan hanya nak mencuba sleeper berth KTM Intercity tanpa bercuti di Kelantan dan memadai menaiki dua hala pergi dan balik dalam hari yang sama. Jadi amat sesuai buat orang sebegini.



Bonus: Peta Laluan KTMB Terulung Malaysia
Usaha pemetaan adalah hak milik blog www.zatiewanderer.com. Lokasi adalah tepat berdasarkan stesen KTMB yang ada di sepanjang laluan tren.
Hijau – Laluan tren ETS dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Padang Besar (Perlis)
Oren – Laluan tren KTM Intercity dari JB Sentral (Johor) ke Gemas (Negeri Sembilan)
Biru Muda – Lauan tren KTM Intercity dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Tumpat (Kelantan)
Biru Tua – Laluan tren Sabah dari Tanjung Aru ke Tenom
Pautan Luar: https://www.google.com/maps/d/u/0/edit?mid=1S6elA24Zyfps_rO6XzFiMMB4ylYtVcdZ&usp=sharing
kalau dari alor setar, naik ktm ke kl sentral. boleh sahaja kan? sebab nya saya ingat nak beli tiket ets, tapi habis pulak. so, boleh je kan kalau naik ktm biasa dari alor setar ke kl sentral???
Setahu saya, tren biasa dah tak lalu lagi dah cik.. semua digantikan dgn ETS… kecuali kalau dari Gemas (n9) ke JB atau dari Gemas ke Tumpat, Kelantan.
ada ke tempat letak kereta di steawn gemas…ada dikenakan caj parking tak
Disember lepas saya saja singgah lalu di stesen gemas, parking byk tapi nampak percuma je. Cari parking yg berdekatan bangunan atau entrance.
Hi, nak tanya. Macam saya beli tiket dari tapah road – gemas – kluang, saya kena tukar train ke? Kalau ya, macam mana ya? Maaflah saya baru first time naik train 😭
Hi, saya belum update lagi yg terkini tapi saya tolong check kan. Kalau dari Tapah road kena naik ETS dan stop di Gemas. Dari Gemas ke Kluang, kena naik intercity train.
Mengikut jadual ETS:
– Tapah Road ke Gemas jam 10.13 pagi dan tiba 2.52 petang
– Tapah Road ke Gemas jam 7.34 petang dan tiba 12.10 malam
Mengikut jadual intercity train pula dari Gemas ke Kluang ada 4 waktu:
– Naik 2.00 pagi dan tiba 4.32 pagi
– Naik 7.44 pagi dan tiba 10.13 pagi
– Naik 9.30 pagi dan tiba 12.20 tghari
– Naik 3.20 petang dan tiba 5.52 petang
Kalau nak follow jadual yg terus menerus train tanpa ada gap masa yg besar di tgh2 pertukaran 2 train, cik ada dua waktu:
1. Naik ETS dari Tapah Road ke Gemas jam 10.13 pagi, tiba jam 2.52 ptg. Kemudian ambil intercity jam 3.20 petang di situ dan tiba di Kluang jam 5.52 ptg. Waktu menunggu pertukaran dari ETS ke intercity ialah dari jam 2.52 ptg sampai 3.20 ptg (ada 28 minit waktu rehat dan sempat sbb dua2 train tu sebelah menyebelah je). Selepas tu, tiada lagi intercity ke Kluang. Kalau ada pun, esoknya jam 2.00 pagi.
Atau..
2. Naik ETS dari Tapah Road ke Gemas jam 7.34 ptg, tiba jam 12.10 malam. Kemudian ambil intercity jam 2.00 pagi di situ dan tiba di Kluang jam 4.32 pagi. Waktu menunggu pertukaran dari ETS ke intercity ialah dari jam 12.10 mlm sampai 2.00 pagi (ada 1 jam 50 minit waktu rehat dan dua2 train tu juga sebelah menyebelah je). Kalau terlepas, jadual intercity ke Kluang yg ada jam 7.44 pagi, 9.30 pagi dan 3.20 ptg.
Dua2 tiket (ETS dan Intercity) boleh di booking di laman web https://online.ktmb.com.my/
Tapi sblm booking, nasihat saya:
a. Kalau booking guna phone atau app tapi leceh atau ada masalah teknikal, lebih baik booking pakai laptop browser.
b. ETS dan intercity. Antara dua ni, paling demand ialah ETS. Check jadual ETS dan beli dulu utk ETS, kemudian baru beli utk intercity sbb intercity sentiasa byk tmpt duduk.
c. Kalau pilih (2) di atas, jgn lupa… naik ETS jam 7.34 ptg dan tiba 12.10 malam (di kira sbg hari esoknya). Jadi hati2 beli pd tarikh yg dikehendaki. Contohnya, Tiket ETS jam 7.34 ptg (1hb Dis), tiket intercity pula jam 2.00 pagi (2hb Dis). Kecuali kalau pilih (1) di atas yg boleh pilih tarikh yg sama.
Jadual waktu di atas mgkn boleh berubah2 dan diubah oleh KTM bila2 masa. Tapi apa2 pun ia sbg contoh mengikut pd jadual actual yg tertera dlm laman web KTMB dan harap membantu..
Kalau dari kuala lipis ke gemas ada x train siang..agk² pukul brp ye dari kuala lipis ye.
Tren express yg long distance, ada katil dll tu hanya sblh mlm yg ada (mula jam 3 pagi dan tiba 7 pagi) utk laluan dari k. lipis ke gemas. Utk siang, hanya tren shuttle yg ada dgn pilihan dua waktu, jam 10.20 pagi atau 4.20 petang. Tempoh perjalanan selama 4 jam bagi dua2 jenis tren. Utk mudahkan lagi urusan, boleh rujuk laman web KTMB di https://online.ktmb.com.my kerana jadual kdg2 berubah. Kebiasaannya, hanya waktu yg dipinda atau diubah tapi perjalanan siang/malam masih tetap sama.
Salam min..nk tnya ni 1st nk jln2 naik train,klau nk prgi pdang besar perlis naik ktm dr tumpat mcm mne ye?train dr tumpat trus ke pdang besar ke?bleh bg pncerahan x cra2 nk prgi pdng bsar naik train dr stesen tumpat..tme ksih
Saya terangkan, panjang gak ni. Train dari Tumpat ke pantai barat (Perlis, Perak, Kedah, Penang, KL, Selangor) secara terus memang tiada. Kena naik dari Tumpat ke Gemas (Negeri Sembilan) terlebih dahulu. Kemudian dari stesen Gemas, naik pula train ETS ke Padang Besar.
Berikut contoh jadual sebenar utk jenis waktu kalau berlepas dari Tumpat ke Gemas dan kemudian ke Padang Besar (dari Tumpat ada 2 waktu berlepas):
****************
Jadual waktu Pilihan A (katakan 1 Julai) – Naik dari Tumpat jam 6 petang:
Tumpat ke Gemas: Naik jam 6 petang (1 Julai), tiba di Gemas jam 6.03 pagi (2 Julai).
Gemas ke Padang Besar (ETS): Naik jam 8.05 pagi (2 Julai), tiba di Padang Besar jam 4.33 petang.
Jadi, bila tiba di stesen Gemas, tempoh masa menunggu utk transit ke train Padang Besar pula ialah 2 jam (sesuai kalau nak bersarapan dulu di luar stesen Gemas).
****************
Jadual waktu Pilihan B (katakan 1 Julai) – Naik dari Tumpat jam 8.30 malam:
Tumpat ke Gemas: Naik jam 8.30 malam (1 Julai), tiba di Gemas jam 7.34 pagi (2 Julai).
Gemas ke Padang Besar (ETS): Naik jam 8.05 pagi (2 Julai), tiba di Padang Besar jam 4.33 petang.
Jadi, bila tiba di stesen Gemas, tempoh masa menunggu utk transit ke train Padang Besar pula ialah 30 minit (jgn risau, mmg sempat).
****************
Kalau saya jadi tuan, saya naik train Thailand. Mula dgn naik pengangkutan awam ke Rantau Panjang dan lintas sempadan ke Sungai Kolok. Di sana ada stesen keretapi dan menuju ke Hat Yai dan itu salah satu perancangan kami di masa hadapan. Kecuali kalau tuan mmg bercadang nak merasa naik train KTM dari Tumpat ke Gemas dan seterusnya ke Padang Besar, teruskan sbb seronok naik train jarak jauh. (Nota tambahan: Di Tak Bai, tiada stesen keretapi Thailand).
P/s: sebenarnya sgt menarik kalau nak ke utara Semenanjung (Kedah, Perlis, Langkawi) tapi naik train dari Sg Kolok ke Hat Yai, kemudian patah balik ke Padang Besar. Cuma lecehnya sbb kena ada passport. Kecuali kalau berhajat mmg nak ke Hat Yai dan utara Thailand.
Niceee. Tq Zatie. Saya memang mencari info train KL – Gemas – JB ni. Baca kat website KTM macam ok ok lah. Tapi bila baca kat sini terus faham. Saya pun nak try ni travel ke JB guna train, akan travel malam kot sebab kena ada sana sebelum tengah hari.
Terima kasih Zatie!
Sama-sama. Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Semoga selamat dalam perjalanan dan tiba ke destinasi on time nanti.