Pada 22 Nov lepas, balik je dari lawatan kali ke-2 ke Cameron Highland, terus kami sekeluarga makan di Restoran Mi Rebus Tulang Tapah. (lawatan kali ke-2 ke Cameron akan saya buat ringkasan nanti).
Sewaktu sebelah malam di Cameron, tengah tak ada sebarang perkara nak dibuat, saya pun layari blog-blog yang berkaitan jalan-jalan cari makan (JJCM). Disebabkan lokasinya berdekatan highway exit tol Tapah dan memang seiring dengan jalan untuk kami pulang ke Kuala Lumpur, saya pun berhajat untuk menjamu selera di sana. Nampak macam sedap, sampai ada yang kata “dah balik rumah pun terliur lagi teringat-teringat kat Mi Rebus Tulang Tapah”… hehe.
Tidaklah susah nak cari. Keluar je dari tol PLUS exit ke Tapah, dalam 300 meter akan bertemu restoran tersebut. Payah-payah sangat, rujuk je peta yang saya attach di bawah:
Jika dilihat dari Google Street View:
Tuh dia, terang tang-tang nampak dari jalan besar. Signboard pun besar.
Ok ini antara gambar kelazatan Mi Rebus Tulang Tapah yang tak terhingga… ambik kau, sedapnyer.
Ya, memang betul pun. Balik dari restoran tu, esok harinya asyik teringat-teringat di lidah. Hehe. Komen isteri saya, rasanya memang marvelous. Kuahnya tak pekat, cair sedikit. Saya pula hirup kuahnya sampai habis!
Ada empat jenis Mi Rebus Tapah iaitu Mi Rebus Tulang, Mi Rebus Ayam, Mi Rebus Daging dan Mi Rebus Campur (semua iaitu ayam, tulang dan daging). Ikutkan yang asal terkenal mula-mula adalah Mi Rebus Tulang. Jadi, wajiblah sekurang-kurangnya pesan semangkuk Mi Rebus Tulang walaupun selera lebih pada ayam atau daging.
Harga adalah berpatutan, semua empat-empat selaras RM6.00 per mangkuk. Meh cuba, bila lagi? Buat yang dari KL dan selalu balik kampung ke utara, apa salahnya singgah sekejap, rugi tau tak singgah. Lagipun exit tol Tapah dalam 300 meter je, jalan kaki pun sampai. Kemudian boleh sambung semula perjalanan balik kampung.
Leave a Reply