Selepas ni, kebanyakan artikel saya akan paparkan koordinat GPS yang tepat. Contohnya apabila saya bertandang ke sebuah restoran yang sedap-sedap, saya akan rekod GPS nya dan berkongsi dengan korang di sini. Itulah kelebihan blog ni, lokasi disediakan dengan sangat tepat.
Tutorial GPS:
Saya akan tanda/rekodkan setiap tempat menarik dengan apps GPS. Kemudian akan paparkan nombor koodinat seperti ini:
3.132058, 101.702625
Atau begini:
Jika dalam bentuk nombor “3.132058, 101.702625”, copy dan paste kesemua nombor termasuk comma (“,”) nya sekali ke dalam google maps samada versi browser laptop atau smartphone. Koordinat ini adalah tepat ye korang. Ini akan memudahkan dalam pencarian tempat terus-menerus dari lokasi asal korang ke tempat tersebut. Tak perlu lagi kita tercangak-cangak mencari tempat, hehehe.
Leave a Reply