Salam sejahtera pada semua pengunjung laman blog Zatie Wanderer. Wah, semakin hari semakin ramai yang bertandang ke sini. Dua bulan lalu, purata pengunjung 800 pelawat sehari. Sekarang dah mencecah 1,100 pelawat. Terima kasih diucapkan.
Tapi agak kehairanan juga, korang datang ke sini mesti membaca je, kan? Apa kata reply dalam ruangan komen di bawah. Bagilah aku semangat sedikit untuk teruskan penulisan. Rasa tak best kalau tiada respon dari korang.
Aku akui masih mengamalkan konsep “cara lama” iaitu berblogging. Sebelum ini aku selang seli posting di sini dan juga duplicate ke dalam laman FB. Apa yang aku dapati, kebanyakan posting di FB akan ‘tenggelam’ ke bawah dan sukar untuk dikategori atau dilabel agar menjadi rujukan pengunjung di masa hadapan termasuk diri aku sendiri. Dan aku sendiri malas untuk menggunakan fungsi search button di FB.
Akibatnya, aku prefer untuk mencatitkan sejarah perjalanan kembara kami sekeluarga kekal di blogspot sahaja kerana lebih mudah dan senang nak organize. Sejak kes isu kebocoran data pengguna di FB, kajian menunjukkan populariti FB makin lama makin menurun. Jadi, pilihan aku berblog di sini amat tepat sekali. Aku berpengalaman menggunakan Friendster dan Myspace. Sindrom risau laman FB berakhir seperti Friendster dan Myspace masih menebal.
Korang mesti perasan yang aku tak berkunjung ke banyak negara seperti sesetengah orang. Ya betul. Tapi aku ‘balas’ kandungan blog ni sepadu yang boleh. Maksudnya, walaupun sedikit negara di lawati tapi kandungan maklumat di sini ikutkan sangat terperinci tempat demi tempat sehinggakan dah boleh terbitkan buku travelog yang tebal. Dan untuk pengetahuan korang, aku bakal terbitkan buku Kembara Thailand-Laos nanti dan akan diedarkan PERCUMA saja dalam bentuk ebook. Kalau sambutan tinggi, barulah aku terbitkan buku fizikal untuk kembara akan datang.
Sebenarnya, banyak entri blog yang aku nak tulis termasuk tempat-tempat yang kami sekeluarga pusing sekitar semenanjung ni bermula awal tahun 2018 atas nama projek jalan-jalan cari makan (JJCM). Penyudahnya tergendala untuk dijadikan catatan JJCM dalam blog. Agaknya mungkin aku tak sesuai untuk menjadi blogger JJCM.
Jomlah reply di bawah…. nak juga baca pendapat korang macam mana. Say “Assalamualaikum” atau “Hi” pun dah ok. Terima kasih buat yang setia di sini.
zue mn
Assalamualaikum..
Byk info pasal travel ni.
insyallah, ada info dr blog ni, kalo xder aral melintang putus, sy nak travel backpacker ke thailand menaiki ETS penghujung bulan 12 ni.. kalo panjang langkah mb ke loas jgk.. tengok keadaan keberanian kami berdua.. sbb first time nak travel backpacker, takut pung ade, excited pung ade..
minta halalkan ilmu di atas yer..
wassalam.. zue
Admin
waalaikumsalam. terima kasih zue krn melawat ke blog saya… bulan 12 ke? insyaAllah nanti saya habiskan artikel blog hingga ke laos sebelum bulan 12 ni utk rujukan zue… takpe.. just kentalkan hati backpacker ke thailand dan laos… terus terang ckp.. thailand sgt selamat pd pendpt saya walaupun waktu mlm krn polis di sana cukup menjaga pelancong (negara dorg byk pendpt dr pelancongan).. laos pula kami cuma kuar sebelah siang je, malam tak pasti keadaan bagaimana, tapi overall alhamdulillah selamat… yakin padaNya sahaja, insyallah.. sekali dah pecah ruyung ber-backpack… lepas tu teringin nak ke tmpt lain pula.p/s: elakkan ke thailand pada tarikh sblm 15hb disember sbb waktu kami ke sana pada 28hb dis, thailand baru je surut dari banjir… tapi kebykan daerah yg kena selatan je, bhgn tgh spt bangkok dan ke atas takde masalah.