KEMASKINI TERKINI: 12 Julai 2023
Siri 2
Lanjutan dari entri tentang Siri 1 – apa itu digital nomad (DN), di sini aku senaraikan beberapa peralatan hardware dan software/app yang penting dan sangat diperlukan. Aku maklumkan awal-awal, kerjaya DN ini agak ‘mahal’ kerana peralatannya. Ini bagi menjawab andaian sesetengah orang yang merasakan kerjaya DN hanya sekadar kerja data entry yang biasa dengan gaji murah seperti zaman 1997-2010 dulu.
Fakta: Tahukah anda, pengasas, shareholder atau lembaga pengarah bagi Shopee, Grab, Gojek, Foodpanda, Amazon, yang menerima pendapatan jutaan dan billion dollar, juga boleh dianggap sebagai seorang DN? Kerana mereka boleh bekerja di mana-mana memantau perkembangan operasi syarikat tanpa melibatkan sebarang produk fizikal. Kerjaya DN bukan kerjaya ‘korok’.
Menjadi seorang pengembara backpacker dengan seorang DN amatlah berbeza dari segi barangan yang dibawa. Kedua-duanya juga masih kekal dalam lingkungan minimalis, hanya DN sahaja beban peralatannya menjadi sedikit berat.
Sebelum aku teruskan penerangan, perlu diambil maklum yang aku sejenis yang mengabdikan diri untuk menjadi pengembara hingga ke hujung usia (hobi tegar). Senarai ini juga berdasarkan ciri-ciri DN mengikut profiling aku iaitu DN digabungkan dengan kembara jangkamasa panjang. Itulah sebabnya banyak peralatan penting yang dibawa sekaligus. Boleh jadi, hanya akan cecah kembali ke Malaysia selepas nomad selama 1-2 tahun lamanya diperantauan dengan melompat ke beberapa buah negara. Jika sekadar DN untuk seminggu, memadai dengan membawa laptop sahaja.
Nota: Senarai ini hanya cadangan bagi yang mempunyai lebihan belanja. Yang penting, peralatan terbaik ialah apa yang sudah sedia ada pada anda dan boleh dimulakan sekarang.
Senarai Peralatan & Perisian
1. Smartphone
Tak perlu aku huraikan lebih lanjut. Yang ini semua orang dah tahu kepentingannya. Paling penting ialah (selain dari tujuan call dan messaging), adakah smartphone boleh:
a. Mengambil gambar dengan baik.
Penting bagi yang ingin betul-betul minimalis, tanpa membawa sebarang kamera tambahan dan berharap pada kualiti kamera pada phone.
b. Pantas dan tidak lag (lengah masa).
Pengalaman kembara kami sebelum ini menggunakan phone dengan spesifikasi sederhana mengakibatkan lag apabila ingin gunakan dalam keadaan yang pantas. Boleh jadi lag disebabkan pelbagai app yang dibuka serentak seperti Google Maps, Agoda/Booking, Gallery, Grab/Uber dan Browser (untuk mendapatkan info tempat yang dilawati). Paling aku tak gemar keadaan lag, bila tergesa-gesa nak buka dan melihat Maps sewaktu dalam bas awam bandar apabila mendekati destinasi. Kalau terlepas hentian bas, leceh pula.
c. Kapasiti simpanan.
Berkaitan dengan (a) di atas. Lebih banyak gambar, lebih tinggi kapasiti storage diperlukan. Minima 256Gb adalah standard pada zaman sekarang.
d. Android/iOS terkini.
Perlu dikemaskini sentiasa kerana ada negara yang perlukan app tempatan (contohnya app yang mirip Mysejahtera) menggunakan versi Android/iOS terkini. Pastikan phone anda masih disokong oleh pengilang untuk versi terkini. Jika tidak, lebih baik gunakan phone yang baru untuk lebih jaminan dan ‘peace of mind’.
e. Menyelesaikan kerja DN.
Ada banyak kerjaya DN yang memerlukan phone yang bagus, contohnya influencer bagi sosial media, content video bagi affiliate Tiktok, content gambar bagi Instagram, vlogger serta productivity apps (Notion, Nimbus Note, Trello, Hubspot dll).
2. Laptop
Ini adalah aset kedua terpenting selepas smartphone. DN adalah kerjaya online 100%. Jika tiada laptop, ibarat kontraktor yang rosak atau hilang traktornya.
Apakah spesifikasi laptop yang terbaik? Saranan aku, spesifikasi adalah nombor dua. Yang utama ialah beratnya kerana kita adalah DN yang sentiasa ‘on the move’. Spesifikasi ringan lebih penting. Di pasaran sekarang telah banyak laptop yang berat di bawah 1.25kg contohnya ASUS Zenbook S13 dan Apple Macbook Air M2.
Jika bekerja online bagi tugasan seperti system admin (console dan web based), online customer support, accounting, menulis eBook, content creator (video Youtube 4K), online webinar (Zoom/Meet), project management (Notion, Trello, Slack, Basecamp, Clickup, Hubspot, Monday, Obsidian, Asana, Todoist, Sharepoint dll), graphic designer, membuat website dan database, UI/UX designer (Figma, Framer), digital marketing, data analyst dan big data, network security, Android app developer (bukan game), translator, voice over atau merupakan seorang startup founder dan menguruskan team sendiri, jadi memadailah laptop ASUS Zenbook 13 berspesifikasi Intel i5, 8Gb RAM dan 512Gb Hard Disk.
Jika bekerja online bagi tugasan berat contohnya graphic designer (animasi), game developer (Android dan iOS), app developer (Android dan iOS) dan content bagi video Youtube 4K dengan level editing advance hingga pro seperti Youtuber Fikri Zamri atau Zahariz Khuzaimah, kaki game berat sewaktu santai selepas bekerja online, jadi eloklah menggunakan laptop Intel i7 dengan 16GB RAM atau Apple Macbook Air M2.
Nota: Spesifikasi laptop janganlah terlalu rendah sangat sehingga demotivasikan diri untuk melakukan kerja online. Waktu kerja online pula memadai 2 hingga 4 jam sahaja per hari di hotel dan difokus sepenuhnya. Lebih dari tu biasanya mengarut, hehe.
Ingatan: Jangan lupa, tujuan anda menjadi DN dengan gabungan kembara ialah untuk mencari Work, Life dan Balance. Spesifikasi laptop yang tinggi dengan keasyikan bermain game akan menyebabkan anda kekal di bilik hotel tanpa keluar berjalan ke mana-mana.
3. Cloud Storage
Mengharapkan internal storage laptop semata-mata amatlah tidak mencukupi serta berbahaya jika berlaku apa-apa pada laptop (rosak, hard disk corrupted, jatuh dalam laut/sungai atau dicuri orang).
Disarankan melanggan cloud storage dengan minima 1Tb per bulan bagi penyimpanan dokumen, gambar dan video.
Apakah cloud storage kegemaran aku? Disebabkan aku pengguna Microsoft Windows, jadi Onedrive amatlah sesuai.
Cloud storage apakah yang terbaik untuk dokumen dan gambar/video peribadi sedia ada (bukan semasa kembara)? Onedrive, Dropbox, Google Drive atau pCloud.
Cloud storage apakah yang terbaik untuk backup gambar/video baru dengan saiz besar sewaktu travel dan on-the go? Dropbox (pelan bulanan sehingga 3Tb), Google Drive (sehingga 30Tb), Icedrive (sehingga 5Tb) atau pCloud (sehingga 2Tb).
Jika kembara ke negara yang mengamalkan privasi tertutup seperti China atau negara yang dikenakan sekatan ekonomi? Langganlah pCloud atau Icedrive dan tidak perlu menggunakan VPN untuk mengaksesnya. Onedrive, Google Drive dan Dropbox tidak boleh diakses di sana dan perlu VPN sepanjang masa. Ini melecehkan dan mengurangkan kelajuan upload/download.
4. External Hard Drive
Mesti ada yang akan persoalkan, “kenapa dah ada cloud storage, tapi masih perlu miliki dan bawa external hard drive?”
Sewaktu kami kembara sekeluarga dahulu selama tempoh 16 hari, hampir 46Gb gambar dan video yang diambil. Dari 46Gb itu pula, hanya 10Gb yang berjaya di upload ke cloud storage menggunakan WiFi hotel dan resort. Puas aku agihkan gambar/video ke 5 unit thumb drive yang aku bawa (dengan kapasiti di antara 8Gb hingga 16Gb) sebagai secondary backup. Bagaimana kalau micro SD kamera tiba-tiba corrupt atau kecuaian pada kamera? Baki 36GB gambar dan video akan hilang. Wang boleh dicari tapi kenangan dan momen kembara tidak boleh diulang yang sama.
Teringat kes kawan FB aku dulu yang berkelana di beberapa buah negara di Eropah. Akibat GoPro hilang, beliau terpaksa repeat semula route negara-negara tersebut semata-mata untuk mengambil gambar sekali lagi.
Kedua, masih banyak lagi negara dan kawasan pendalaman yang dianggap sebagai POI (point of interest) bagi pelancongan yang tiada liputan 4G atau 5G. Malah, liputan 4G dan bahkan WiFi resort yang kami cuba akses satu masa dulu dari sebuah resort juga lemah signalnya. Padahal berdekatan bandar besar. Jadi, amatlah penting data di backup terlebih dahulu ke dalam external hard drive sebelum bertemu dengan tempat yang mempunyai liputan yang kuat.
Perlu diketahui, bukan semua negara mempunyai telco dengan pakej prepaid dengan unlimited data upload/download seperti di negara kita. Sudah tentu data sebesar 46Gb tidak mencukupi bagi kuota telco yang rendah. Menjadi seorang DN yang mengembara jangkamasa panjang dan tak balik ke Malaysia, amatlah penting untuk backup data secepat atau sekerapnya.
Ketiga, sama seperti di atas. Ada kawasan liputan 4G/5G atau hotel/resort yang lemah signal WiFinya. Bila anda ingin mengakses data atau dokumen bagi urusan kerja secara offline, amatlah susah bila kelajuan internet lembab seperti zaman 90an. Dengan adanya external hard drive, anda dapat mengakses dokumen dan kemudiannya sync dokumen dan timestamp terkini untuk di upload semula ke cloud storage apabila liputan internet telah kuat. Jangan lupa, DN dan liputan internet berpisah tiada.
Dapatkan Transcend 2M3c di sini.
5. Digital Camera
Yang ini pula subjektif dan terpulang pada masing-masing. Ada yang inginkan kualiti dalam penghasilan video travel Youtube, ada pula yang ingin mewujudkan ‘studio mini’ di bilik hotel bagi membuat webinar atau Zoom/Meet meeting sebagai tutor atau menguruskan team masing-masing, ada pula yang ingin mengabdikan gambar dan video berkualiti untuk diri sendiri. Apa-apa pun, boleh rujuk entri khas yang aku sentiasa update bagi pemilihan kamera semasa berpetualang (kembara).
Bagi yang bersifat pengembara DN yang minimalis, boleh memilih untuk menggunakan webcam yang sedia ada pada laptop (Ada juga phone yang boleh digunakan dan disambung sebagai webcam untuk mendapat kualiti lebih baik). Yang penting, pencahayaan dalam bilik hotel/resort memuaskan. Dan juga cukup menggunakan kamera phone untuk semua platform (menegak dan melintang – Youtube, Tiktok, Instagram Reel/Story), asalkan berkualiti.
6. Microphone
Ini sama juga dengan pemilihan kamera di atas terutama bagi tujuan webinar dan online meeting yang pentingkan kualiti suara yang jelas. Untuk pengetahuan semua, seseorang DN banyak meraih pendapatan membuat video tutorial dan kelas bimbingan untuk pelbagai jenis subjek teknikal. Jadi, amat penting microphone yang jelas. Aku tak maksudkan microphone yang besar seperti studio, tapi memadai microphone clip-on yang basic di baju.
Mengharapkan microphone yang sedia terbina di laptop adalah tidak mencukupi.
Nota: Jika anda seorang DN yang mengambil tugasan kerja membuat ‘voice over’, pastikan microphone yang terbaik.
Dapatkan mikrofon Boya BY-M1 di sini.
7. Headphones
Headphones secara umumnya bagi seorang pengembara sudah tentu digunakan bagi mengisi masa apabila kebosanan menaiki pengangkutan laut, darat dan udara yang mengambil masa berbelas atau puluh jam lamanya.
Akan tetapi, entri ini mengetengahkan peralatan bagi DN yang boleh diguna untuk menghasilkan pendapatan online. Headphones sangat berguna bagi mereka yang membuat tugasan ‘voice over’ dan video editing (bagi mendengar semula rakaman dengan lebih jelas) dan banyak lagi.
Jenis headphones yang sesuai juga subjektif bagi individu. Yang penting ianya 2-in-1, boleh digunakan sebagai penghibur diri dan juga menjana pendapatan.
8. USB Thumb Drive
Disebabkan seorang DN tidak membawa printer kerana saiz yang besar dan tidak logik untuk ditambah beban, USB thumb drive membantu jika ingin print dokumen di cybercafe atau kedai stationary di luar negara.
Kenapa tak download sahaja dokumen dari Gmail, Whatsapp atau online cloud storage website menggunakan komputer di kedai printer? Atas sebab keselamatan kerana printer di situ tidak boleh disambung terus pada laptop kita dan wajib pula menggunakan komputer mereka. Bagi mengelak sebarang virus atau keylogger, elakkan dari log masuk ke Gmail, cloud storage dan lain-lain menggunakan komputer di situ. Pindah fail dari laptop sendiri ke thumb drive dan kemudian bawa ke kedai printing.
Selain tu, thumb drive berguna untuk dimasukkan dokumen-dokumen yang penting yang telah di scan seperti passport, surat beranak, mykad, sijil nikah, lesen memandu, penyata bank, surat tawaran kerja di Malaysia (bukti yang anda takkan kerja secara haram di negara tersebut), geran rumah atau tanah (bunyi macam lawak, contoh seperti di Australia yang nak bukti datang ke sana bukan untuk berkampung secara haram sampai 7 keturunan dan melepaskan segala aset di Malaysia) dan lain-lain lagi. Tujuan? Sekiranya ditahan pihak berkuasa, boleh serahkan thumb dirve pada mereka untuk diperlihatkan dokumen sebagai bukti. Ia juga sebagai backup kalau tak bawa dokumen yang telah difotostat.
Saiz thumb drive yang dicadangkan? Memadai 32Gb (minima) atau bergantung pada keperluan. Sebaiknya mempunyai dua connector yang digabung antara USB-C dan USB-A atau USB-A dan Lightning (bagi pengguna iPhone).
9. VPN App
Tahukah anda, hotel, resort dan homestay adalah rumah ke-2 bagi seorang DN dan kerap diduduki selama berminggu atau berbulan lamanya? Tempat penginapan tersebut adalah kawasan awam dan adanya perkongsian WiFi percuma.
Namun, adakah kita peka dengan keselamatan siber bagi WiFi percuma ini? Pelbagai taktik boleh dilakukan oleh penggodam yang mungkin juga merupakan salah seorang pihak pengurusan hotel.
Dengan memberi akses WiFi percuma pada anda, mereka boleh:
- Mengetahui laman web yang dimasuki oleh anda.
- Mengetahui kekunci keyboard di laptop dan phone yang ditaip oleh anda.
- Membuat cerminan data, gambar atau video yang anda upload ke cloud storage.
Apakah akibat apabila ketiga-tiga di atas diketahui mereka? Dengan mudah mereka mengakses Gmail, akaun bank, akaun cloud storage, menggodam masuk Whatsapp atau Telegram anda dan banyak lagi. Kes ini banyak berlaku di lapangan terbang diikuti dengan tempat penginapan yang melibatkan WiFi percuma.
Solusinya adalah menggunakan app VPN yang boleh digunakan pada semua peralatan (laptop dan phone).
Kegunaan kedua VPN ialah apabila anda mengembara ke negara yang sangat ketat kawalan privasinya dan juga negara yang telah dikenakan sekatan ekonomi. Ia penting bagi mengakses laman web pro barat seperti Google (Gmail, Youtube, Drive), Microsoft (Onedrive), Dropbox, Amazon, Ebay dan banyak lagi.
App VPN yang terbaik: HMA, ProtonVPN, NordVPN dan ExpressVPN.
10. USB HUB
USB hub tu apa benda?
Ramai dari kita hanya biasa menggunakan micro SD card adapter. Namun, satu slot adakalanya tidak mencukupi malah laptop terkini ada yang tidak menyokong slot bagi adapter ini contohnya Apple Macbook Air M1/M2. Bagi menyelesaikan masalah, gunakan USB hub yang hujungnya dengan kepala USB-C.
Perlu ke USB hub selain dari masalah hujung kepala USB-C?
Kerjaya DN banyak yang multitasking. Ada yang nak akses serentak external hard drive, SD card, kamera digital (untuk Google Meet, Zoom atau webinar) dan dalam masa yang sama, juga untuk mengecas laptop terkini yang menggunakan kepala USB-C.
Dapatkan Ugreen USB Hub di sini.
Pilihan Tambahan:
1. External Monitor
Kami yang bekerja 100% dalam bidang IT dan secara online memang mementingkan multitasking dengan kadar yang cepat. Adakalanya paparan bagi dua software atau apps perlu dibuka serentak. Jadi, amatlah leceh kalau hanya satu paparan sahaja boleh dibuka dalam satu-satu masa.
Solusinya, ialah membawa external monitor tambahan. Bukanlah monitor yang besar gedabak, tapi portable. Contohnya seperti model Asus MB14AC di bawah ini. Berat hanyalah 590gm.
2. IPad / Tablet
Selain menggunakan external monitor di atas, ini pula pilihan yang lebih baik kerana iPad/Tablet boleh juga diubah menjadi external monitor selain dari kegunaan utama seperti graphic designer (menggantikan papan tulis Wacom/Huion), NFT dan pelukis digital.
3. Drawing Tablet
Bagi yang ingin jimat dari membeli dan membawa iPad/Tablet atau external monitor tapi sangat memerlukan untuk kerja melukis, boleh gunakan drawing tablet dari jenama Huion yang sangat popular sewaktu PKP dahulu. Sama berat dengan iPad/Tablet tapi lebih murah dan boleh dibeli dengan harga di antara RM50-300.
4. Bluetooth Speaker
Duduk lama-lama dalam bilik hotel sambil buat kerja online, tapi cukup ke kepaduan bunyi dari speaker yang sedia terbina dalam laptop? Atau sekali-sekala santai di tepi pantai sambil dengar lagu yang dipancar dari bluetooth phone? Atau untuk naikkan semangat buat zumba dalam bilik hotel? Work, Life, Balance kan? Ini adalah pilihan dan bukan wajib. Sesuai untuk yang kembara jangka panjang sahaja serta sesuai untuk adik-adik DN yang lebih muda dari aku.
Ini adalah speaker bluetooth JBL Go 3 pilihan aku. Berat 200gm dan berharga RM229 malah waterproof!
Ini pula pilihan kedua aku, Realme Bluetooth Speaker, kerana beratnya lebih ringan, 113gm serta lebih murah (RM49). Aku dah ada bluetooth speaker dari jenama cap ayam dan lebih kecil dari Realme. Percayalah, sekecil begini tapi bunyinya padu walau jenama apa sekalipun.
5. Ebook Reader
Sebenarnya tak perlu sangat Ebook Reader memandangkan iPad, Tablet dan phone sudah mencukupi. Tapi bagi yang mementingkan privasi dan tidak mahu gangguan dari notifikasi dari phone yang bertalu-talu, jadi reader sebegini amatlah sesuai. Ia juga sesuai bagi yang tak mahu memenatkan mata memandang lama pada skrin phone jenis LED kerana ebook reader menggunakan paparan e-ink.
Peralatan mengisi masa lapang sebegini amat penting bagi DN. Tapi sebaiknya memastikan samada ianya perlu atau tidak. Kalau tidak, bakal menjadi bebanan ke hulu ke hilir apatah lagi bila ada baki beberapa bulan ke hadapan sebelum balik ke Malaysia.
Senarai Bukan Peralatan
1. Nomad Travel Insurance
Sebelum ni, aku pernah membuat ulasan tentang jenis-jenis travel insurance yang terbaik buat pengembara jangkamasa pendek dan panjang. Akan tetapi, terdapat dua kelemahan travel insurance yang dilanggan dari tempatan negara kita.
Pertama, bagi annual travel insurance, syarikat insurance hanya cover maksimum sehingga 180 hari atau 6 bulan sahaja walaupun langganan tahunan. Maksudnya, katanya anda mempunyai visa digital nomad di Chiangmai dan boleh diduduki sehingga 1 tahun, tapi disebabkan syarikat insurans di Malaysia hanya cover maksima 180 hari, anda perlu kembali semula ke sempadan negara pada hari ke 179. Jika lebih dari 180 hari? Syarikat insurans takkan cover sekiranya berlaku apa-apa. Dan setelah 24-48 jam berada dalam Malaysia, barulah anda boleh sambung semula duduk di Chiangmai dengan kembali ke sana.
Kedua, untuk aktifkan coverage insurans, anda wajib langgan dari Malaysia dan kaki juga wajib berpijak dalam Malaysia. Kemudian barulah boleh melangkah ke luar negara. Syarikat insurans takkan cover jika melanggan insurans sewaktu di luar negara.
Bagaimana kalau anda semenangnya malas balik? Bagaimana kalau dah pun berada di luar negara ketika itu? Gunakan travel insurance dari Safety Wing. Apa kelebihannya? Walaupun agak mahal, ia boleh:
- Cover lebih dari 180 hari hingga kiamat (jika anda masih perlu gunakan khidmatnya dan jika syarikatnya masih wujud di masa akan datang).
- Boleh dilanggan walaupun berada di luar Malaysia.
- Coverage termasuk juga peralatan DN anda.
- Langganan yang boleh disambung-sambung dari bulan ke bulan. Contohnya, anda berhajat kembara selama 6 bulan tapi belum tentu lagi rapat 6 bulan atau kurang dari tu. Jadi, langgan dulu untuk 2 bulan dan bila tempoh berakhir, ulang langgan bagi bulan ke 3 dan seterusnya sampai bulan ke 6.
Ok, itulah saja perkongsian tentang peralatan wajib ada bagi seorang Digital Nomad dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Kalau anda mahukan kualiti dalam kerja dan memberi kepuasan pada client online, sebaiknya peralatan biarlah yang terbaik atau gunakan yang sedia ada terlebih dahulu.
Featured images/photo by Marvin Meyer on Unsplash
Life Indie
Plan nak stay nomad for 1 year overseas.
Portable printer penting tak bro?
admin
Terima kasih komen. Sblm ni saya ada pernah terfikir juga. Tapi batalkan utk disenarai di sini memandangkan beberapa sbb iaitu:
1. Kalau boleh, cuba buat apa saja cara asalkan tak perlu guna sebarang kertas (paperless) bagi urusan kerja nomad. Kecuali kalau kertas tu dapat sendiri contohnya tiket kertas.
2. Tiba-tiba kena pakai printer? Jgn risau sbb semua ceruk dunia ni ada kedai yang menyediakan servis fotokopi atau printing. Bawa sahaja USB drive, selesai.
3. Keperluan printing bagi nomad bukanlah hari-hari atau berkajang-kajang kertas nak kena guna. Jarang atau kadang-kadang saja diperlukan.
4. Perlu printing sebab nak meeting semasa collabs di co-working spaces? Ini pun tak perlu sebab diskusi boleh dibuat melalui slide show di laptop atau note taking guna ipad/tablet.
Printer bagi saya dah berada di zaman yang hujung, kecuali dua keadaan:
a. Biasa nomad yang merangkap traveler kerap print itinerary sebab nak masuk sempadan mana-mana negara, nanti imigresen akan tanya macam-macam. Lebih baik print untuk tunjuk bukti sebagai traveler dan bukan niat untuk menetap secara haram.
b. Bagi nomad yang berkeuarga yg homeschooling kan anak-anak. Tapi portable printer menggunakan thermal paper pula. Jadi tak sesuai untuk conteng atau tulis di atas kertas tu.
Walaubagaimanapun, (a) dan (b) di atas bukan berlaku selalu dan boleh print di kedai printing di mana-mana di seluruh dunia.
Harap membantu..